Isi Kandungan
Nak kata Pantai Bukit Keluang ni tak famous, mungkin dalam kalangan orang yang tak pernah dengar nama pantai ni iyalah. Tapi, orang-orang Ganu dengan orang negeri-negeri dekat confirm tahu sangat apa yang bestnya kalau singgah ke Pantai Bukit Keluang. Mana tak bestnya, dalam banyak-banyak pantai yang tak boleh mandi dekat Terengganu, dekat sini anda boleh mandi sakan.
Dekat pantai ni tak perlu anda bawa terlalu banyak keperluan dari rumah sebab banyak disediakan, dari kelengkapan berenang sampailah ke makanan. Bawa diri je ke sini pun dah memadai. Nak tahu lebih pasal Pantai Bukit Keluang? Tak ada masalah, jom baca artikel kami ni.
Aktiviti Menarik di Pantai Bukit Keluang
Sukan Air
Antara sukan air yang boleh anda cuba dekat sini termasuklah banana boat. Siapa tak reti berenang, jangan risau sebab jaket keselamatan memang semua yang naik bot akan dapat. Nanti bot tu terbalik pun memang takkan pergi jauh dari persisiran pantai.
Kalau nak watersport lain, ha bolehlah cuba snorkeling. Pakej snorkeling bukanlah betul-betul dekat pantai yang ni, tapi penaja akan bawa anda ke Pulau Rhu terus dari Pulau Bukit Keluang. 7 minit je naik bot untuk ke sana.
Berkelah
Ini memang aktiviti paling top lah kalau dah sampai pantai ni. Dekat Pantai Bukit Keluang memang akan nampak keliling ramai keluarga berkelah atas tikar. Anda pun jangan lepaskan peluang berkelah atas pasir pantai yang indah ni.
Syok lagi kalau bawa makanan dari rumah ke, yang dibeli dekat warung tepi jalan ke, makan ramai-ramai. Kalau rasa apa yang bawa tu tak cukup, jalan sekejap pergi beli dekat gerai-gerai makanan yang ada. Asalkan, perut semua kenyang.
MemancingÂ
Walaupun seronok kalau dah ada joran sendiri dan nak pergi pancing sorang-sorang, dekat sini juga ada pakej memancing. Kalau yang tak pro lagi tu, eloklah memancing dengan pakej kan. Selamat pun selamat, sebab penaja bawa naik bot.
Lagipun, kalau naik bot nanti penaja akan bawa ke spot yang memang ideal untuk memancing. Daripada tak ada bot dan tunggu ikan makan umpan, lagi baik ikut mereka yang dah arif pasal kawasan tu.
Berkhemah
Nak jimat duit taknak tempah bilik dekat hotel? Bawak aje khemah dari rumah, terus dirikan depan pantai. Tapi pastikan anda dah banyak pengalaman berkhemah ya. Takut-takut, pagi bangun tengok khemah dah terbuka luas.
Berkhemah dekat Pantai Bukit Keluang memang best sebab jalan kaki sikit dah jumpa kemudahan. Nak makan pun tak payah jalan jauh, kereta pun tak perlu bawa sekali. Yang cadang nak tidur dalam khemah pilihlah kawasan yang selamat tau.
Bermandi-manda
Seronok betul kalau tahu satu-satu pantai tu pengunjung boleh mandi-manda. Lagi-lagi untuk anak-anak yang teringin dan tak pernah mandi air laut. Gunakanlah peluang boleh mandi dekat sini untuk berseronok dengan keluarga tersayang.
Sambil-sambil mandi tu perhatikan juga ya dalam air takut ada obor-obor. Pastikan tempat dekat mana mandi tu keliling dia senang nampak apa ada dalam air. Harapnya pengalaman mandi-manda dekat sini jadi bermakna dan selamat.
Penginapan di Pantai Bukit Keluang
Bukit Keluang Beach Resort
2 minit sahaja perjalanan diambil kalau dari Pantai Bukit Keluang nak ke Bukit Keluang Beach Resort ni. Tak puas mandi pantai, anda sekeluarga boleh pergi mandi dalam kolam renang resort yang ada 4 biji, berbeza kedalaman. Untuk bilik pula, pilihlah nak bilik superior ke, suite ke, standard ke, duplex, atau deluxe.
Kalau rasa macam tak sempat nak pergi cari sarapan dekat luar, boleh tempah bilik sekali breakfast dekat resort. Wi-fi dibagi percuma dan parking pun disediakan khas secara percuma. Nak bawa baju fresh balik rumah pun boleh aje guna servis laundry oleh pekerja resort.
Manor Beach Resort
Dari Pantai Bukit Keluang nak pergi check-in atau kembali ke Manor Beach Resort, perjalanan ambil masa 6 minit. Mesti tak rasa rugi punyalah kalau tempah dengan resort ni sebab reka bentuk dia sangat cantik dan unik, berkonsepkan kayu. Sesiapa yang rasa nak makan barbeku, hanya contact aje pihak resort, nanti mereka sediakan semua makanan.
Bilik-bilik yang ada dekat sini termasuk bilik king, deluxe, double, triple dan rumah chalet. Ada bilik dengan pemandangan laut, ada juga bilik pemandangan dia taman. Lagi best, anda boleh pergi tengok rusa kalau nak, tapi kena tempah dengan resort.
Tanjung Demong Beach Resort
Yang menempah dengan Tanjung Demong Beach Resort, anda ada pilihan sama ada nak bilik standard twin, triple atau keluarga, dengan bilik superior twin atau keluarga. Tempahlah ikut saiz keluarga atau kenalan masing-masing. Resort ni letaknya hanya 6 minit dari Pantai Bukit Keluang.
Sambil-sambil dah jadi penginap dekat sini, enjoy-lah guna kolam renang dia yang luas. Nak barbeku dengan family waktu malam pun boleh sebab ada kelengkapan barbeku. Siapa yang rasa penat nak cari makanan luar resort boleh aje makan dekat kafe dalam resort, nama dia ‘Demong Cafe’.
Tempat Makan Best Pantai Bukit Keluang
Alangkah ruginya kalau ke negeri yang kaya dengan makanan laut segar tapi tak cuba makan. Maka, anda sangat digalakkan untuk cuba makan sebanyak mana seafood yang ada jual dekat kedai-kedai makan sekitar Pantai Bukit Keluang. Paling best kalau dah order seafood celup tepung. Memang fikir nak tapau balik resort je. Kalau nak makanan jenis lain pun, tak ada masalah memang akan jumpa banyak punya.
Dekat kawasan pantai ni memang senang jumpa kedai-kedai makan sedap. Menu-menu dia pun tak terhad kepada seafood sahaja, banyak juga pilihan lain. Senanglah untuk yang bawa anak-anak selera asyik nak ayam atau nasi aje.
Tempat menarik berdekatan Pantai Bukit Keluang
Paragliding Bukit Bubus
Terkejut tak terkejut kalau dekat tepi pantai boleh cuba paragliding ni? Pengalaman yang mungkin jadi sekali seumur hidup ni, baik anda pergi aje ke Bukit Bubus, cuba sendiri suka ekstrim ni. Dengan tunjuk ajar guide profesional, tak mustahil memang selamat sampai anda landing. Tambahan pula guide memang ada belakang ada sepanjang paragliding tu.
Nak cuba pun kira tak mahal dan berbaloi, paling rendah hanya RM150 sahaja dengan pengalaman tak boleh lupa. Kalau gerun nak paragliding, ada aje aktiviti lain macam Giant Swing, harga serendah RM5 untuk cuba.
Masjid ‘Gorky Park Moscow’
Masjid yang sangat unik dan berwarna-warni reka bentuknya ni, boleh juga kita panggil ‘Majid Lapan Kubah’. Sebabnya, memang kubah-kubah yang dibina keliling masjid ada lapan semuanya. Pada yang taktahu itu masjid, memang akan ingat ini monumen dari filem ‘Charlie and the Chocolate Factory’, sebab warnanya yang tak biasa tengok dalam Malaysia.
Ada juga pengunjung yang cakap, tak perlu pergi Moscow untuk tengok senibina sebegini unik rupanya. Dah sampai depan masjid, ambillah gambar kenangan banyak-banyak.
Mek Flora Kraftangan Kercut
Terletak dalam kawasan perkampungan yang agak dalam, ramai mungkin taktahu ada rumah khas untuk pengunjung yang minat kraf tangan. Pereka kraf tangan yang ada bertahun-tahun pengalaman akan tolong anda hasilkan kraftangan sendiri. Sebab tulah, terpampang signboard ‘Bengkel Ikonik Kraftangan’ dekat depan rumah ni.
Nak datang ke sini untuk yang bukan dari kawasan berdekatan semestinya agak susah, mungkin perlukan bantuan dari penduduk setempat. Dekat sinilah kita boleh aplikasikan peribahasa ‘Malu bertanya, sesat jalan’.
Maklumat tambahan
Tempat letak kereta
Parking kereta dekat sini, walaupun ada banyak lot-lot dia, tetap akan rasa sempit. Orang-orang yang dah pernah sampai ke Pantai Bukit Keluang pun tahu betapa sesaknya parking kalau ramai sangat datang. Jadinya, pastikan jadual anda datang ke sini tu waktu orang tak rasa nak ke pantai.
Boleh juga biarkan kereta dekat tempat anda menginap, lepas tu jalan aje kaki ke pantai, sebab jaraknya tak jauh. Kemungkinan kereta anda kena block dengan kereta lain pun ada, jadi pilih jalan mudah.
Waktu terbaik untuk pergi
Tak dinafikan lagi, waktu cuti sekolah memang waktu yang tak digalakkan untuk anda ke Pantai Bukit Keluang ni. Kemungkinan orang ramai bersesak-sesak boleh rosakkan mood bercuti dengan keluarga anda. Seeloknya pergilah waktu hujung minggu, atau hari bekerja kalau memang taknak ada orang.
Matahari terbit dekat pantai ni memang sejuk mata memandang ya, jadi bolehlah datang ke pantai betul-betul lepas Subuh. Tak pun, datang bila dah redup lepas pukul 5 petang macam tu.
Kemudahan
Kalau sekadar nak datang ke pantai untuk OOTD atau untuk sesi bergambar aje, boleh naik ke platform atas air. Tak ada lah baju basah nanti, habis tak cantik dalam gambar. Surau pun disediakan dekat sini, tak adalah terkejar-kejar nak sembahyang.
Gerai-gerai keliling pantai boleh kata banyak, siap jual pelampung dan snek-snek untuk mengunyah sambil tengok ombak. Photo zone pun ada kalau nak ambil gambar kenangan. Toilet disediakan, gazebo pun ada buat berkelah atau bersosial.
Peta lokasi
Jauh sungguh perjalanan buat mereka yang datang dari Kuala Lumpur, sebab perjalanan ambil masa 5 jam. Itupun kalau ikut jalan yang paling dekat. Kalau yang ada bajet lebih tu, apa salahnya naik kapal terbang kan, sejam aje.
Klaau yang dari highway Paloh, hanya sejam setengah je lagi perjalanan nak sampai ke Pantai Bukit Keluang. Apa pun jarak dia, keseronokan dekat pantai akan buat anda lupa penat nak ke sini.
Memang syok sekali dah sampai di Pantai Bukit Keluang ni sebab terlampau banyak tarikan keliling dia. Dari pemandangan yang nak ingat sampai bila-bila, sampailah ke kemudahan dia yang serba lengkap. Semestinya, Pantai Bukit Keluang boleh menjadi destinasi yang confirm anda singgah bila ke Besut, Terengganu.
Bakpe tok panjat bukit tu…view di belakang lagi cantik.di atas tu ada tempat behenti rehat.rugi tak naik bukit tengok dari aras atas….
Ni tempat saya selalu jogging nie. :)
ooo…tempat ni mmg cantik gile…ada gua boleh bersenam kalau hujan :p