Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu merupakan salah satu destinasi melepak yang boleh dikatakan tidaklah terlalu sesak dengan orang kalau nak dibandingkan dengan pantai-pantai lain. Ini mungkin kerana kedudukan pantai ni yang agak jauh dari bandar-bandar utama.

Pantai Bisikan Bayu boleh dijumpai kalau anda menuju ke Kelantan melalui Tok Bali. Ketika kami tiba di sini dalam pukul 3 petang, banyak gerai-gerai yang menjual makanan seperti keropok, jagung bakar, sata dan air kelapa baru nak buka. Orang pun taderlah ramai sangat. Mungkin kami tiba terlalu awal.

pantai bisikan bayu

Marah nampak budak ni aku snap gambar. Sori dik gua nak snap gambar jagung k !! hehe..Apa lagi, tapau sata dan air nyur !!

penginapan pantai bisikan bayu

Lepas membeli sata dan air kami pun carilah port2 yang best sket nak melepak. Kat sini ada juga orang berkhemah. Suasana kat sini tidak lah semeriah di Pantai Irama atau Pantai Cahaya Bulan. Mungkin sebab itu ada orang berkhemah di sini, privacy katanya…!!

bercuti ke pcb kelantan

Walapun hari panas terik tapi ada juga kelihatan beberapa orang bermandi manda kat sini. Kalau tengokkan keadaan pantai dan ombak memang sesuai untuk mandi dan bermain air. Air laut kat sini memang cantik dan jernih dan pasir pantai juga bersih tanpa sampah sarap. Mungkin sebab orang tak ramai sangat sebab tu sampah tak banyak…Kalau nak bercamping dan berkhemah di sini memang salah satu destinasi yang cun !

pantai menarik di kelantan pcb

Tak berapa jauh dari sini korang boleh nampak Pulau Perhentian yang terletak di sebelah kanan pantai ni. Makin petang angin pun semakin kuat dan sejuk. Kalau nak mencari ilham dan menenangkan jiwa, Pantai Bisikan Bayu memang destinasi yang ideal. Maklumlah tak serabut dengan orang.

holiday in kelantan beach

Menjelang petang orang pun semakin macam nak ramai. Masa untuk beransur lah pulak. Next time berhajat nak singgah lagi untuk mandi di pantai atau untuk bercamping. Kat sini juga ada beberapa chalet dan rumah tumpangan yang memang dekat je dengan Pantai Bisikan Bayu.

Koordinat Pantai Bisikan Bayu, Kelantan. lat/lng: 5.862584,102.516333. Selamat berjalan dan berpiknik ke sini. 

4.3/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Syurga Membeli Belah. Itulah panggilan yang selalu kita dengar kalau bercakap pasal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi,...

Nasi Ulam Cikgu

Kedai Makan Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kota Bharu merupakan salah satu destinasi yang amat popular untuk makan tengahari. Berkonsepkan menu makanan kampung ala...

9 Homestay yang Cantik di Pasir Mas untuk Penginapan Anda!

Jika berjalan ke Kelantan pastinya anda akan mencari penginapan yang selesa dan terbaik di kawasan berdekatan. Pasir Mas salah satu tempat yang sesuai untuk...

Nasi Ayam Kampung

Nasi Ayam Kampung Chabang 4 merupakan salah satu destinasi sarapan pagi yang agak popular di Daerah/Jajahan Tumpat. Lokasi kedai ini terletak kira-kira 10 minit...

Pantai Sri Tujoh

Pantai Sri Tujoh atau lebih sinonim di kalangan masyarakat di Kelantan "Pantai Tujjoh" merupaka salah satu destinasi berekreasi yang paling popular di daerah Tumpat. Kalau...

Pantai Irama

Dalam perjalanan menuju dari Kota Bharu ke Terengganu, kami telah bersepakat membawa berkat untuk melalui jalan Tok Bali. Apa lagi, on da way tu sempat...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mohamad Azriq Azriq
Mohamad Azriq Azriq
1 year ago

Tarikan Pelancongan di Kelantan yang ramai Tak tahu

Nurul
Nurul
1 year ago

Love the beach. Had an amazing time with my family there. Will visit the place again soon.

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x