Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet ski, banana boat, mandi manda, parasailing atau membeli belah di pasar malam. Selain itu, di sekitar Pantai Batu Feringgi banyak pilihan penginapan tepi pantai yang sesuai untuk anda bermalam serta restoran-restoran yang menghidangkan pelbagai juadah popular orang Penang.

Pantai ini yang terletak ke arah seberang pulau mudah untuk diakses dengan kenderaan walaupun jalan untuk ke sini agak berliku-liku. Sepanjang menuju ke Pantai Batu Ferringhi melalui pesisir pantai, anda boleh lihat persekitaran pantai yang mendamaikan serta kehidupan orang-orang di sini.


Aktiviti di Pantai Batu Ferringhi yang mesti cuba

bercuti pantai batu ferringhi

Kalau bercuti ke Pantai Batu Ferringhi, tarikan utama di sini yang paling menarik sudah tentulah terletak pada sukan-sukan air yang pasti membuatkan belia remaja tidak sabar nak mencuba. Kawasan pantai di Batu Ferringhi memang panjang dan mempunyai beberapa zon (Zon A – Zon H) yang mana setiap zon dikendalikan oleh operator sukan air yang berbeza. Masing-masing menawarkan pelbagai pilihan sukan air yang menarik untuk aktiviti pelancong. Waktu operasi untuk aktiviti-aktiviti sukan air ini bermula seawal 7 am sehingga ke 7 pm setiap hari bergantung kepada keadaan cuaca.


aktiviti di pantai batu ferringhi
Antara aktiviti di Pantai Batu Feringgi yang paling mengujakan adalah mencuba parasailing yang bermula dari pantai menuju ke laut dan kembali mendarat di atas pantai. Memang agak cemas melihat permainan aktiviti ini kerana payung terjung yang ditarik oleh boat laju dengan tali memang akan meluncur laju tinggi melangit. Perkara yang paling mendebarkan adalah ketika nak mendarat kembali di atas pantai bagaimana pemandu bot di depan mengemudi dengan cekap sekali supaya payung terjun selamat mendarat di tepi pantai dengan tepat. Memang sangat cekap & berpengalaman operator-operator ini sini.


aktiviti menarik di batu ferringhi beach

Di waktu petang terutamanya di hujung minggu, memang ramai yang singgah di Pantai Batu Ferringhi ini untuk mencuba pelbagai water sport di sini & ada juga yang berkelah. Memang seronok kalau datang ke sini secara berkumpulan dan setiap kali naik/turun payung terjun, riuh rendah keadaannya dengan sorakan rakan-rakan. Tidak kurang juga pengunjung yang mencuba parasailing yang menjerit panjang bagaikan histeria sebaik bot memecut untuk menerbangkan payung terjun. Bagi yang gayat untuk mencuba secara solo, anda boleh mencuba secara tandem dengan ditemani operator terlatih di sini.


banana boat batu ferringhi penang

Sekiranya anda mungkin terlalu gayat sehingga tidak dapat dikawal untuk aktiviti parasailing, banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan yang rata-rata lebih kepada aktiviti atas permukaan air semata-mata seperti banana boat ride, jetski ride, big donut, long boat dan sebagainya. Samaada anda pandai berenang atau tidak, tidak menjadi masalah kerana life jacket disediakan. Seeloknya lakukan aktiviti sebegini pada waktu ombak yang tenang dan cuaca baik. Rancang & rujuk ramalan cuaca dahulu sebelum datang ke Pantai Batu Ferringgi. Kalau tak rancang & kebetulan dah sampai di sini & cuaca pula buruk alamatnya makan angin sajalah di sini.


mandi manda pantai batu ferringhi

Seperti yang sudah tersedia maklum, kebanyakan pantai di sebelah Selat Melaka ini tidaklah jernih kebiruan warna airnya seperti di Laut China Selatan terutamanya di pulau popular di Sabah/Terengganu. Dan kebanyakan pantai di Pulau Pinang ini agak tidak digalakkan untuk mandi manda sambil berenang kerana banyak obor-obor. Di Pantai Batu Ferringhi boleh dikatakan sesuai untuk bermain air di pinggir gigi pantai yang turut disediakan net sebagai langkah keselamatan. Namun begitu, pengawasan orang dewasa sangat diperlukan untuk anak-anak kecil.


hotel menarik tepi pantai penang
Selain aktiviti mandi manda di sini, pasir pantainya yang agak lapang dan terjaga dari sampah sarap memang sesuai untuk aktiviti santai & berkelah dengan si kecil. Walaupun di waktu tengahari ketika matahari terik di atas kepala, pesisiran Pantai Batu Ferringhi sangat redup kerana terdapat deretan pokok-pokok yang rendang sesuai untuk pengunjung hamparkan tikar dan landing terlentang menikmati bayu laut Selat Melaka.


pelancongan tepi pantai penang menarik

Pemandangan Pantai Batu Ferringhi pada waktu petang memang sangat menarik terutamanya di waktu matahari hampir terbenam. Dengan lautnya yang luas dengan aktiviti sukan air, bot-bot, kapal-kapal, pulau-pulau hijau di kiri/kanan yang mengunjur keluar, memang sangat sesuai sebagai subjek menarik untuk mereka yang gemar landskap photografi.


pantai batu ferringhi pulau pinang

Sekiranya anda bercadang mencari penginapan & bercuti dekat tepi pantai di Pulau Pinang, kawasan Pantai Batu Ferringhi sangat dicadangkan untuk anda lawati. Jarak ke bandar utama di Georgetown juga tidak jauh lebih kurang 15-16km sahaja. Segala kemudahan untuk pelancong juga lengkap baik penginapan, masjid, stesen minyak, restoran dan sebagainya. Dan yang paling penting, setiap hari boleh makan angin di tepi pantai sambil bersantai di tepi pantai. Jom Baca: Apa menarik di Bukit Bendera


pasar malam batu ferringhi

Di sekitar Pantai Batu Ferringhi juga terdapat deretan kedai yang rata-ratanya lebih menjual barangan untuk berkelah & mandi manda di sini. Sekiranya anda datang bercuti ke Pantai Batu Ferringhi secara ‘main redah jer’ tanpa apa-apa persediaan, segala perkakasan ada dijual di sini. Pada waktu malam, Pantai Batu Ferringhi mempunyai pasar malam yang beroperasi setiap hari sehingga jam 12 malam. Pelbagai gerai yang ada di sini yang rata-ratanya lebih kepada makanan santai serta tempat yang agak ideal untuk mencari cenderahati seperti keychain, magnet peti, pakaian murah, aksesori wanita branded (bukan ori) dan sebagainya.


restoran menarik batu ferringhi

Memandangkan pantai peranginan Batu Ferringhi ini merupakan pantai pelancongan paling popular di Penang, maka tidak perlu risau tentang hal makanan baik pagi atau malam. Memang banyak restoran, kafe, fastfood & warung di sekitarnya yang menghidangkan makanan popular Pulau Pinang seperti laksa Penang, char kuew teaw, seafood, ikan bakar dan sebagainya.


Semoga perjalanan anda untuk bercuti ke Pantai Batu Ferringhi, Penang lebih mudah dan segala maklumat di sini memberi anda kemudahan untuk merancang dan membayangkan apa & tempat apa yang menarik di sini. Wassalam.

4.2/5 - (30 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10+ Kereta Sewa di Penang Yang TERBAIK & Murah

Pulau Pinang atau dipanggil Penang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi. Antara tempat menarik di Penang seperti Pantai...

Muzium 3D Penang – Destinasi Riang Ria Kanak-Kanak di Penang

Bercuti ke tempat menarik di Penang bersama anak-anak sudah tentulah kita mencari destinasi yang akan membuatkan kanak-kanak seronok & ghairah sampai lupa nak balik. Salah...

7 Kedai Steamboat di Penang Rugi Kalau Anda Tak Cuba!

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti anda terbayangkan keindahan negeri ini serta tak lain tak bukan makanannya. Pulau Pinang atau Penang ini juga digelar Syurga...

5 Homestay di Bayan Lepas yang Patut Anda Cuba!

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Selain itu, ia merupakan hub perindustrian Pulau Pinang dan dikenali dengan Zon Bebas Perindustrian....

7 Homestay di Balik Pulau yang Boleh Anda Cuba!

Balik Pulau terletak di negeri Pulau Pinang yang mana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat padat dan menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja...

10 Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang yg BEST

Pulau Pinang, terkenal dengan pelbagai hidangan kuliner yang lazat. Antara pelbagai hidangan yang menarik, satu hidangan tempatan ikonik yang sering mencuri perhatian orang ramai...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x