Pantai Bagan Lalang – Tarikan dan Makanan Seafood BEST

Bagi anda yang berada di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia yang inginkan percutian di destinasi pantai peranginan yang dekat tetapi best, salah satu destinasi yang menarik untuk diterjah ialah di Pantai Bagan Lalang. Nak datang ke sini dari KL pun dekat sekitar sejam sahaja memandu melalui Lebuhraya PLUS menuju ke KLIA.

Dahulunya Pantai Bagan Lalang ini tidak sepopular seperti sekarang. Semenjak pembangunan di Sepang seperti wujudnya KLIA dan Litar Lumba Sepang, maka tumbuhlah bagaikan cendawan hotel dan chalet di persekitaran kawasan pantai seperti di Pantai Bagan Lalang mahupun di Pantai Morib di Banting, Selangor.


Apa yang menarik di Pantai Bagan Lalang

berkelah di hotel pantai bagan lalang

Pantai ini sememangnya sangat sesuai untuk datang bersama keluarga dan anak-anak samaada untuk bermain air laut mahupun hanya sekadar untuk mengambil angin pantai. Air laut di sini mungkin tidak sejernih kebiruan seperti yang ada di kepulauan Sabah mahupun pulau di Terengganu, namun mempunyai keluasan pantai yang agak lapang yang sesuai untuk aktiviti seperti main pasir pantai, main layang-layang, bola sepak pantai ataupun bola tampar.


 

Pantainya yang landai dan ombak yang tidak kuat sangat sesuai untuk anak-anak kecil berlari di gigian pantai sambil bermain air. Bagi orang dewasa yang mahukan aktiviti seperti berenang & menyelam, pantai ini bukanlah jawapannya.


bercuti ke pantai bagan lalang

Setiap hujung minggu memang ramai yang datang berkelah dan bersantai di tepi Pantai Bagan Lalang dan ada yang siap pasang khemah untuk ber’camping’ di sini. Tak perlu nak sewa tapak perkhemahan, pilih lokasi yang sesuai dan pacakkan khemah sekukuh mungkin. Memang best kalau dapat lepak tepi pantai dan ber’bbq’ bersama keluarga dan rakan-rakan.


tempat menarik di sepang selangor pantai

Dari pantai ini juga pengunjung boleh melihat deretan ‘rumah terapung’ di atas laut yang mengunjur panjang ke tengah pantai yang merupakan hotel terkenal untuk percutian keluarga, iaitu Avani Gold Coast Sepang. Waktu petang ketika matahari nak terbenam, panoramanya langit jingga memang sangat mengujakan.


Air lautnya yang kerap pasang surut

tempat-menarik-di-bagan-lalang

Boleh dikatakan setiap hari air laut di Pantai Bagan Lalang ini sentiasa surut terutamanya pada waktu tengahari sehinggalah sekitar pukul 3-4 petang. Kadang-kadang ada juga air laut surut sehingga jam 5 petang.

Ketika air laut tengah surut, anda boleh berjalan kaki ketengah sehingga 300-500 m dan paras air hanya di bawah lutut dan kadang-kadang tiada air langsung. Masa ini sesuailah anak-anak untuk berkejaran di dalam laut. Namun berwaspada selepas sekitar pukul 3 petang atau mungkin lebih awal, air laut akan mula pasang dan secara perlahan paras air akan lebih dalam. Waktu ini memang best bagi yang lebih dewasa untuk bermandi manda kerana paras air yang lebih dalam.

Kemudahan Prasaran di sekitar Pantai Bagan Lalang memang lengkap untuk para pengunjung yang ke sini seperti tapak perkhemahan, mesin ATM,  tandas awam, kedai makan, pasar, surau, taman permainan, gazebo, masjid dan sebagainya.

Bagi anda yang tidak mahu mendirikan khemah, pilihan penginapan seperti hotel, chalet, resort dan homestay pun banyak di sini samaada penginapan yang murah mahupun yang bertaraf 5 bintang.

Avani Goldcost Resort Sepang – resort atas air yang mewah di Bagan Lalang

avanis-gold-coast-resort-sepang-M

Salah satu resort yang ada di sekitar Bagan Lalang ini ialah Avani Sepang Gold Coast Resort yang mempunyai resort di atas air laut dan membentuk seperti pokok kelapa sawit. Pemandangan dari atas di resort ini tidak ubah seperti Palm Island di Dubai. Resort mewah atas air ini menempatkan 315 bilik dan beberapa villa atas air untuk yang berkeluarga ataupun pasangan yang ingin berbulan madu.
resort-honeymoon-bagan-lalangResort ini sememangnya popular di peringkat antarabangsa dan banyak kali dianggap antara resort yang paling best untuk melihat matahari terbenam. Satu resort yang sangat romantik, mewah dan cantik untuk percutian bersama insan tersayang ketika honeymoon. Makan dan santai di balkoni mengadap pantai sambil melihat mentari terbenam di ufuk barat. Fuh !! speechless.

Antara aktiviti menarik dan kemudahan yang ada di Avanis Gold Coast Resort di Bagan Lalang:

  • Kolam renang yang mengadap pantai
  • Kelas Yoga
  • Kelas Zumba
  • Aktiviti sukan air seperti sailing, berkanu & windsurfing
  • Beach Cart Sailing & Beach Speed Sailing

Harga menginap di sini pun boleh dikatakan agak mahal, namun itulah yang anda perlu habiskan untuk mengalami pengalaman bercuti di resort yang mewah dan romantis di atas air ini. Walaubagaimanapun, di sekitar Pantai Bagan Lalang, ada beberapa pilihan penginapan lain seperti:

  • Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang
  • Seri Bayu Resort Hotel
  • Bagan Lalang Beach Resort

Semak Harga Resort Avani Sepang


Popular dengan restoran seafood yang murah dan sedap

seafood-di-bagan-lalang-sedap-M
Kalau bercuti ke Bagan Lalang ataupun menginap di sini selama beberapa malam, antara aktiviti wajib yang disyorkan ialah pekena makanan laut atau seafood yang segar dan sedap di restoran sekitar Pantai Bagan Lalang.

Memandangkan kebanyakan kedai makan di sini di tepi pantai dan dekat dengan bekalan ikan dari nelayan, maka anda mempunyai banyak pilihan makanan laut segar untuk dijamah seperti udang, pepahat, lala, ketam, aneka ikan laut dan sebagainya.

Antara restoran atau tempat makan seafood yang popular di sekitar Pantai Bagan Lalang ialah.

  • Restoran Terapung H.M Sri Bagan Sdn Bhd
  • Bagan Lalang Sea View Restaurant
  • Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood
  • Restoran Senandung Malam Seafood

Kebiasaanya kedai makan di sini memang ramai orang terutamanya pada hujung minggu khususnya hari Sabtu. Namun kalau anda bercuti di hujung minggu juga, hari Ahad lebih kurang orang dan seeloknya datang seawal pukul 6 petang untuk mendapatkan meja makan yang menarik untuk makan dan melihat matahari terbenam.

Kalau anda hanya berkunjung ke Pantai Bagan Lalang semata-mata nak makan feafood, sebaiknya datang pada weekday. Lagi tenang dan tidak serabut dengan pelanggan lain yang ramai. Makanan pun cepat sampai dan tahap kesabaran anda tidaklah terlalu teruji gitu. Namun kalau dah terlanjur ke sini waktu hujung minggu, boleh datang awal sekitar pukul 7 petang.


Kalau anda menginap di hotel atau sekadar melalui jalan utama di sekitar Pantai Bagan Lalang, jangan lupa untuk singgah dan cuba seafood di sini yang memang ‘terbaik dari ladang’. Selamat mencuba.

4.1/5 - (35 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Sepang, Selangor

Daerah Sepang terletak di bahagian selatan Negeri Selangor dan mempunyai 3 mukim utama iaitu Dengkil, Labu dan Sepang sendiri. Kebanyakan tempat menarik di Sepang...

7 Homestay Bagan Lalang Utk SEISI KELUARGA

Di Sepang terdapat satu kawasan pantai yang menarik dan memang terkenal di kalangan penggemar pantai iaitu Pantai Bagan Lalang. Pantai ini memang cantik terutama...

16 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

16 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mazuin
Mazuin
1 year ago

Nk tanya yer,,klau air pasang waktu pukul berapa?

Aira
Aira
1 year ago

Nak Tanya pergi pantai ni berbayar ke?

Mazuin
Mazuin
1 year ago
Reply to  Aira

Bila masa pantai kene bayar, lom pernah dgr pantai bayar

Anuar
Anuar
6 years ago

Mana nak cari restoran seafood kat sepang yg ada ketam nipah masak cili yg sedap?

kadir syah
kadir syah
4 years ago
Reply to  Anuar

anda boleh pergi ke kedai seafood haji ismail gazebo..bleh waze..harga berpatutan..ade live band setiap jumaat hingga ahad

a
a
1 year ago
Reply to  kadir syah

xjumpa dalam waze haji ismail gazebo

Mat
Mat
7 years ago

Nk jumpa air padang datang pagi2 ..klu tengahari nk main layang2 OK jgk atau main pasir Baru kulit sunburns

abu
abu
7 years ago

as salam admin..maaf tumpang iklan, utk sahabat2 yg ingin bercuti di avani resort sepang, 2 bedroom villa rm600, 0122208140

Ida
Ida
6 years ago
Reply to  abu

En Abu, iklan ni masih valid lagi ke sekarang ni?

junainah ngah
junainah ngah
4 years ago
Reply to  abu

Email detail.boleh

Sharifah
Sharifah
7 years ago

Paling best menginap di bagan villa beach resort sebelah kedai ikan bakar wan lan.RM 96 semalam

Azam Shahidan
8 years ago

Sedap seafood di Bagan Lalang. Fresh-fresh. Masakan pon ok. Harga sgt berpatutan. Insya-Allah weekend ni plan nak pegi. Yg wajib ialah siakap stim, kerapu masam manis, pepahat masak sambal, kailan ikan masin. Sgt menyelerakan

Hubungi Kami

16
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x