Isi Kandungan
Mahukan pakej percutian sempurna untuk menjelajah Pulau Redang bersama pasangan, keluarga mahupun diri sendiri? Pulau Redang, yang terletak di negeri pantai timur Malaysia iaitu Terengganu, merupakan antara destinasi percutian pulau yang terkenal di Asia Tenggara. Ini kerana pemandangannya yang indah, bersih, tenang dengan air yang jernih.
Tambahan pula, terdapat banyak sekali tempat penginapan yang menawarkan pakej-pakej istimewa yang sudah termasuk pengangkutan bot, penginapan, makanan dan aktiviti-aktiviti menarik. Berikut adalah 10 pakej Pulau Redang yang istimewa dan lebih murah dari tempat lain buat anda yang mahu merasai pengalaman percutian pulau yang menyeronokkan.
1. Laguna Redang Island Resort
Laguna Redang Island Resort memberikan pengalaman percutian yang tidak dapat anda lupakan dengan reka bentuk bangunan berserta lanskapnya yang luas, unik dan indah. Penginapan bertaraf 4 bintang ini menyediakan 6 jenis bilik sesuai untuk semua pengunjung dengan harga yang berpatutan.
Pengunjung yang telah ke sini menyukai pengalaman seolah bercuti di syurga dengan pemandangan laut nan biru yang memukau. Jaga-jaga, anda mungkin tidak mahu pulang kerana seronok mandi di kolam renang dan juga berendam di jakuzinya, berlari-lari anak di tepi pantai sambil menyaksikan matahari waktu senja penuh romantis atau berkawan dengan ikan-ikan comel sewaktu aktiviti menyelam! ‘Guide’ snorkeling yang ramah dan cekap, makanan yang sungguh enak dan khidmat pelanggan yang cemerlang membuatkan ramai pengunjung mahu datang lagi ke sini di masa depan.
Jadi, singsing lengan anda, tempah pakej percutian sekarang dan datanglah ke sini untuk rasai pengalaman mengujakan di Laguna Redang Island Resort!
Alamat: Pasir Panjang, Redang Island, Malaysia.
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
2. Redang Beach Resort
Redang Beach Resort terletak di belah Pasir Panjang di Pulau Redang. Dengan 6 jenis bilik mesra keluarga, pasangan mahupun solo.
Bukan itu saja, resort bertaraf 3 bintang ini juga menyediakan kelengkapan fasiliti yang sempurna untuk apa jua aktiviti anda. Redang Beach Resort mempunyai fasiliti dewan persidangan yang sesuai untuk anda dan rakan sekerja anda. Selain itu, anda juga boleh menikmati angin petang sepoi-sepoi bahasa bersama teman di kopitiamnya ataupun berseronok di waktu malam bersama kenalan baru di Summer Point dan Open Air Disco. Jangan risau, bukan bercuti di pulau namanya jika tiada aktiviti di laut. Maklum balas yang positif banyak diberikan berikutan pengalaman pengunjung yang seronok terjun ke laut bersama bimbingan ahli selam terlatih di ‘Dive Centre’ dan ‘Snorkelling Centre’.
Semestinya bukan ini saja tarikan istimewa di Redang Beach Resort, tempahlah sekarang untuk ketahui lebih banyak lagi tarikan menanti anda di sini.
Alamat: Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
3. Redang Pelangi Resort
Menjadi tempat penginapan pertama yang menyediakan “Full Board Packages”, Redang Pelangi Resort menjadi antara salah satu tempat penginapan di Redang yang mendapat pujian memberangsangkan daripada para pengunjung yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di resort bertaraf 2 bintang ini. Berbekalkan pakej-pakej berpatutan untuk aktiviti seperti snorkeling, menyelam dan pakej majlis perkahwinan, resort yang sudah bertapak selama lebih dari tiga dekad ini menjadi tumpuan bukan saja dari pengunjung dalam negara malah dari seantero dunia!
Ini kerana anda dapat menikmati “Full Board Package” untuk 3 hari 2 malam dengan hanya harga serendah RM 445 untuk seorang dewasa. Pakej percutian khas ini merangkumi perkhidmatan bot pergi balik dari jeti Merang – Resort – jeti Merang, percuma tiga kali perjalanan aktiviti snorkelling, empat hidangan makanan enak untuk dua hari, dan lain-lain fasiliti resort seperti bola tampar, mahjong, congkak dan lain-lain.
Rancanglah percutian anda segera dan tempahlah pakej percutian pilihan anda di Redang Pelangi Resort hari ini.
Alamat: 2A, Jalan Syed Hussin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
3. Redang Bay Resort
Rata-rata pengunjung yang telah merasai pengalaman menenangkan di resort ini memuji perkhidmatan selama mereka berada di Redang Bay Resort. Resort bertaraf 3 bintang ini masyhur dengan pakej hostel, harga berpatutan untuk para ‘backpackers’ serta keramahan kakitangannya. Dek kerana kualitinya yang menyenangkan, sering juga bilik-biliknya kehabisan ditempah!
Anda bukan saja boleh bercuti ke sini bersama keluarga, pasangan ataupun rakan, malah anda juga boleh ke sini membawa haiwan peliharaan kesayangan anda bersama. Selain itu, Redang Bay Resort menyediakan hidangan-hidangan makanan enak pilihan anda di meja buffet. Anda juga boleh menonjolkan bakat terpendam anda sebagai penyanyi semasa berkaraoke dan lakukan aktiviti lasak bersama teman tapi mesra anda seperti mendaki, snorkeling serta menikmati pemandangan indah di waktu senja sambil berkayak bersama pasangan anda.
Jangan risau, jika anda datang ke sini untuk sesi ‘healing’, anda boleh memanjakan diri anda di spa yang disediakan dan tampil semula dengan semangat baru!
Alamat: 131, Jalan Bandar, 20100 Kuala Terengganu. Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
5. Redang Reef Resort
Jom kita ke Redang Reef Resort yang menawarkan pakej yang sangat bersesuaian untuk aktiviti percutian bagi individu, mahupun berkumpulan. Jangan tidak tahu, resort ini seringkali dikunjungi kumpulan-kumpulan pelajar kerana harga pakejnya yang betul-betul mesra poket!
Terdiri daripada bilik Standard dan Deluxe, para pengunjung juga diberi pilihan untuk memilih antara dua pakej resort yang utama di sini iaitu Pakej Snorkeling atau Pakej Diving. Pengunjung-pengunjung lepas juga memberikan maklum balas yang baik kerana perkhidmatan di resort ini sangat menyenangkan seperti makanan yang dihidangkan sangat enak sambil menikmati pemandangan tepi laut yang memukau. Selain itu, anda boleh membeli cenderamata di kedai cenderamata yang terdapat di sini.
Selain itu, anda juga berpeluang berenang bersama penyu-penyu Laut Cina Selatan secara dekat dengan bimbingan pemandu pelancong di sini. Nikmatilah percutian menenangkan jauh dari hiruk-pikuk kota di sini dan buatlah tempahan secara berjemaah bersama rakan-rakan anda sekarang.
Alamat untuk tempahan: Redang Reef Resort Travel and Tours Sdn.Bhd. 167, Jalan Bandar, 20100 Kuala Terengganu. Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
6. The Taaras Beach & Spa Resort
Hari jadi anda sudah dekat? Tempahlah sebuah percutian istimewa sebagai tanda penghargaan kepada diri sendiri di The Taaras Beach & Spa Resort. Rata-rata pengunjung begitu menyukai pengalaman percutian mereka di sini.
Dengan enam jenis bilik yang serba mewah, resort ini seronok juga didiami bersama teman-teman untuk percutian akhir minggu bersama. Selain menyediakan perkhidmatan pergi balik bersama pesawat ringan, resort ini juga menyediakan pakej perkahwinan impian anda untuk bakal pengantin yang mahu melangsungkan majlis perkahwinan romantis berlatar belakangkan pemandangan biru Laut Cina Selatan.
Bukan itu saja, dengan perkhidmatan kakitangan bertaraf antarabangsa, pengunjung lepas kebanyakannya merindui pengalaman mereka sepanjang berada di sini berikutan fasilitinya yang berkualiti tinggi dan pelbagai seperti hidangan makanan yang begitu menyelerakan dari chef berpengalaman, kolam renang yang luas, gimnasium dan sesi karaoke menghiburkan bersama rakan ataupun keluarga. Rebutlah peluang untuk percutian serba indah di The Taraas hari ini.
Alamat: The Taaras Beach & Spa Resort, PO Box 126, Main Post Office 20928 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
7. Redang Holiday Beach Resort
Dinamakan sebagai resort yang menawarkan pengalaman snorkeling terbaik di Pulau Redang, Redang Holiday Beach Resort mempunyai 4 jenis bilik yang bersih dan selesa, sedia untuk ditempah oleh anda dengan pemandangan laut indah. Semua ini sesuai sekali untuk mereka yang mahukan percutian ke pulau yang selesa, tenang dan natural seiring dengan motto resort ini.
Di sini, para pengunjung yang lalu begitu meminati aktiviti riadah air menarik yang telah mereka lakukan seperti aktiviti snorkeling bersama ikan-ikan berwarna-warni, menunjukkan sisi atletik dengan bermain bola tampar berkumpulan, bermain tarik tali, berenang di tepi laut mahupun di kolam renang dan juga bermesyuarat untuk aktiviti syarikat bersama rakan sekerja. Percutian tidak akan lengkap tanpa makanan jadi semestinya anda dapat mengisi perut dengan jamuan makanan Malaysia yang pelbagai di sini.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk sebuah percutian yang menyeronokkan hanya di Redang Holiday Beach Resort!
Alamat: 35, Jalan Bandar, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
8. Redang Mutiara Resort
Mari semua, kita menjelajah ke salah sebuah resort yang terkenal di Pulau Redang ini. Redang Mutiara Resort yang mempunyai pakej serendah RM 340 ini akan memberikan pengalaman percutian terindah dan termurah untuk anda.
Resort ini merangkumi empat jenis bilik yang serba lengkap, khas buat anda. Anda boleh saja mencipta kenangan terindah bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga di sini. Di samping itu, resort yang mula bertapak sejak 1999 ini sangat pakar dalam mengendalikan keperluan-keperluan para tetamu resort. Anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi yang tidak akan dapat anda alami di kota seperti aktiviti snorkeling, memancing dan selam skuba. Kebanyakan pengunjung yang telah ke sini sukakan khidmat pelanggan yang memuaskan dari stafnya, makanan yang disediakan juga enak-enak, mengadakan aktiviti korporat juga mudah, senang untuk beriadah pantai, dan dapat membeli barangan di mini mart serta banyak lagi kemudahan yang disediakan.
Resort ini juga sesuai untuk dijadikan destinasi lawatan sambil bekerja. Nikmatilah percutian di Redang yang seronok di sini, buatlah tempahan sekarang!
Alamat: Pantai Peranginan Merang, 21010, Setiu, Terengganu Darul Iman.
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
9. Redang Island Resort
Direka dengan reka bentuk dalaman yang kemas dan selesa, Redang Island Resort bakal membuai perasaan anda dengan pengalaman percutian yang penuh girang dan menyeronokkan dengan pantai yang tenang dan bersih.
Suasananya yang begitu aman, bilik yang bersih, sajian hidangan yang lazat-lazat menjadikan para pengunjung yang telah ke sini memberikan maklum balas positif mengenai resort ini. Selain itu, mereka juga sukakan kolam renang serta bersenam di gimnasium. Anda boleh bercuti tanpa rasa bosan sepanjang berada di sini.
Bila sudah puas berehat, lakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan teman-teman di sekitar resort seperti snorkeling, menyelam, memancing, jungle trekking, dan juga menerokai kawasan-kawasan sekitar.
Alamat: Redang Island Resort, Teluk Siang, Redang Island, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
10. Sari Pacific Resort & Spa
Ingin bercuti ke tempat percutian seperti dalam filem? Sari Pacifica Resort & Spa memang tampah indah dan gah di pandangan mata selain pernah muncul di beberapa filem dari Cina dan Hong Kong. Berkonsepkan reka bentuk Tudor Inggeris, resort bertaraf 4 bintang ini menyediakan pilihan-pilihan unit penginapan istimewa buat semua.
Antara biliknya adalah Seafront Villa di mana pemandangan anda adalah Laut Cina Selatan yang jernih nan biru. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menginap di Lagoon Villa dengan pemandangan “Lily Pond” iaitu laguna buatan manusia yang sungguh menyejukkan mata. Tidak kurang juga bilik Country Villa di mana anda akan mendapat pemandangan menghadap “Lily Pond” dengan air terjun 3 tingkat yang akan menjadi salah satu memori baru buat anda.
Sari Pacifica Resort & Spa mendapat pujian dari pengunjung-pengunjung yang telah ke sini berikutan kemudahan-kemudahan selayaknya untuk para tetamu resort seperti kolam renang, pilihan sajian terkemuka dari seluruh dunia, perkhidmatan feri, menyelam, restoran dan bar, taman marin, menonton penyu, selam skuba dan banyak lagi aktiviti mengujakan khas buat para tetamu resort ini.
Alamat: Lot 87 & 88 Pantai Pasir Panjang, Redang Island, Terengganu, Malaysia
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
Jadi setelah melihat 10 pakej redang resort yang kami kemukakan di sini, mana satu menjadi pilihan kalbu? Buatlah pilihan bijak, tempahlah salah satu dari 10 pilihan pakej resort terkemuka di sini dan ajak rakan, pasangan, atau keluarga anda bercuti bersama sekarang!