Isi Kandungan
Tahukah anda bahawa di Sabah Malaysia, terdapat banyak pulau yang sungguh cantik di sekitar Semporna? Kecantikan untuk pulau pulau semporna ini dikatakan sungguh menakjubkan setanding destinasi-destinasi percutian pantai yang sering kita lihat di kaca televisyen. Pulau pulau di Semporna dikenali sebagai syurga menyelam berkat kejernihan air dan kecantikan pantainya. Ia juga tempat tinggal ramai masyarakat Bajau yang terkenal dengan kebolehan menyelam selama lebih dari 10 minit!
Semporna juga sangat terkenal sebagai destinasi percutian dengan bilangan tempat peranginan yang banyak, pakej percutian Semporna yang murah serta menarik boleh didapati di sini. Jom kita lihat 10 pakej percutian di sekitar pulau Semporna yang best dan pastinya menarik!
 1. Pakej Kapalai Dive Resort – Pulau Kapalai
Pulau Kapalai terletak di daerah Tawau, Sabah. Ia adalah sebuah tebing pasir yang sungguh indah di laut Celebes. Pulau ini tidak ramai penduduk namun ia mempunyai sebuah resort persendirian yang cantik, khusus buat para pengunjung yang mahu melakukan aktiviti riadah air seperti snorkeling dan selam skuba. Kapalai Dive Resort, iaitu resort tunggal yang berada di Pulai Kapalai ini menawarkan beberapa pakej percutian Semporna buat anda.
Pakej tersebut adalah pakej percutian untuk aktiviti menyelam dan juga pakej snorkeling. Pengunjung seringkali memuji penginapan di chaletnya yang selesa dan cantik, bilik air yang lengkap dengan air panas dan sejuk, pengangkutan pergi balik dari jeti ke resort, menu-menu enak hasil air tangan chef di resort, peralatan-peralatan menyelam atau snorkeling, dan aktiviti riadah air yang tiada penghujungnya.
Anda pastinya akan sangat menikmati waktu indah anda sepanjang berada di resort bertaraf 3 bintang ini kerana perkhidmatan pelanggannya yang berkualiti tinggi, kedai cenderahati, bilik permainan serta keindahan alam yang sungguh mempesona. Datanglah ke Kapalai Dive Resort untuk pengalaman bercuti yang tiada tandingannya!
Pakej |Â Laman Web | Ulasan PelangganÂ
2. Pakej Mabul Beach Resort – Pulau Mabul
Pulau Mabul adalah sebuah pulau kecil yang terletak di arah tenggara di Sabah. Semenjak 1990an, ia mula dikenali sebagai destinasi menyelam yang menarik berikutan kewujudan hidupan akuatik yang menarik dan pelbagai yang ada di pantainya. Di pulau Mabul ada sebuah resort yang sungguh menarik untuk dilawati terutamanya bagi peminat aktiviti menyelam.
Mabul Beach Resort yang dikelola oleh Scuba Junkie menawarkan pakej bagi para penyelam iaitu anda boleh memilih untuk tinggal di sini selama 3 hari sehingga 10 hari! Ramai pengunjung sukakan tempat ini berikutan kemudahan mendapatkan makanan. Mereka suka berada di sini kerana hanya perlu bawa diri saja ke tempat makan disediakan, dapat juga bersosial di kawasan barnya, dan jika bernasib baik dapat melihat penyu bertelur. Pengalaman mereka bersnorkeling dan menyelam di samping ‘guide’ yang amat professional dan penyabar juga membuatkan mereka senang berada di sini. Tambahan pula, ramai pelancong memilih untuk datang lebih dari sekali ke sini kerana pihak resort memberikan diskaun buat tetamu yang bercuti di sini buat kali kedua dan seterusnya!
Pakej-pakej ini datang dengan harga yang berbaloi dan pasti anda akan menikmati waktu yang menyenangkan sepanjang berada di Semporna. Tempahlah tiket percutian anda ke Mabul Beach Resort bersama rakan-rakan anda sekarang!
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
3. Pakej Mabul Water Bungalow – Pulau Mabul
Mabul Water Bungalow memberi pengalaman bercuti mewah atas air buat para pengunjung yang ingin menikmati suasana percutian atas air di Pulau Mabul. Ia adalah resort 4 bintang yang terletak berdekatan 15 minit dari Sipadan dengan menaiki bot laju.
Oleh kerana terkenal sebagai destinasi pelancongan buat mereka yang meminati aktiviti menyelam dan snorkeling, Mabul Water Bungalow semestinya ada menawarkan pakej menyelam buat anda. Anda akan diberi peluang untuk pergi ke 3 lokasi terhangat untuk aktiviti ini iaitu di Sipadan, Mabul dan juga Kapalai. Anda berpeluang menikmati indahnya menyelam di laut biru sambil menjelajah dasar laut dengan harga serendah RM 4,926 sahaja. Resort ini seringkali mendapat maklum balas yang positif berkenaan kebersihan biliknya, ketenangan alam sekeliling di resort, kejernihan air yang menakjubkan, berendam di kolam renang sambil menyaksikan pemandangan laut yang mengasyikkan. Tetamu juga dapat berehat di spa, bersosial di restoran dan bar, mengadakan aktiviti korporat di ruangan ‘conference’ dan banyak lagi.
Tambahan pula servis dari kakitangan resort dan ‘dive centre’ juga layak diberi 5 bintang, membuatkan tetamu resort rasa dihargai sepanjang mereka berada di sini. Buat tempahan awal sekiranya anda tidak mahu terlepas peluang untuk menyelam di perairan bak syurga di Mabul Water Bungalow!
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
4. Pakej Sipadan Water Village Resort – Pulau Mabul
Sipadan Water Village Resort adalah sebuah resort yang dibina berilhamkan perkampungan Bajau Laut. Resort yang terletak di Pulau Sipadan ini sudah dekat untuk mencapai tahap utopia berikutan reka bentuknya yang disusun secara teratur dan kemas di atas air. Ia dilengkapi dengan fasiliti bagi kemudahan tetamu seperti ’dive centre’, dan ‘mini mart’.Â
Tambahan pula, anda berpeluang menginap di Twin share Water Cottage yang dilengkapi dengan ‘sundeck’ atau geladak matahari persendirian. Bolehlah anda bangun pagi sambil disapa lembutnya bayu laut dan melihat ikan berenang-renang dari tempat penginapan anda! Selain itu, kebanyakan pengunjung yang telah ke sini sependapat bahawa mereka berasa selesa sepanjang berada di sini kerana bilik yang bersih dan kemas serta makanan yang disajikan juga mempunyai mutu yang memuaskan. Tambahan pula, mereka sukakan layanan staf di ‘dive center’ yang tiptop, professional, menyenangkan dan ia menjamin rasa selamat buat mereka.
Pihak resort sentiasa memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik untuk para pengunjung, oleh yang demikian anda memang akan dijaga dengan sempurna jika anda bercuti di Sipadan Water Village Resort ini. Ajaklah pasangan dan rakan serta ahli keluarga anda bercuti ke sini bersama.
5. Pakej Borneo Divers Mabul Resort – Pulau Mabul
Borneo Divers Mabul Resort adalah sebuah resort yang terletak di Pulau Mabul, Semporna Sabah. Dengan fasiliti yang lengkap termasuk kolam renang, spa, bilik-bilik Deluxe yang luas, dewan persidangan, restoran dan banyak lagi cukup membuatkan pengunjung yang pernah ke sini memberi maklum balas positif mengenai resort ini di portal-portal percutian.Â
Ramai penyelam suka ke Semporna berikutan pakej percutian ‘diving’ yang lengkap dan berbaloi. Bagi aktiviti ini, resort ini memang dibina untuk kemudahan para penyelam dengan adanya fasiliti menyelam ‘PADI Course’ bertaraf 5 bintang di sini. Ia juga turut diakui oleh para pengunjung dalam dan luar negara yang sudah ke sini dalam lawatan-lawatan lepas. Bagi anda yang tidak mahu menyelam, anda juga boleh meluangkan masa untuk mendapatkan layanan istimewa di spanya yang memberikan pakej urutan khusus buat anda yang mahu memanjakan diri. Anda boleh bermain bola tampar dan bola sepak mini di fasilitinya.Â
Resort ini sungguh sesuai untuk didatangi pengunjung solo mahupun berkeluarga. Nikmatilah percutian menakjubkan di syurga atas air di Borneo Divers Mabul Resort dan buatlah tempahan sekarang!
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
6. Pakej The Reef Dive Resort – Pulau Mataking
Pulau Mataking terletak di Laut Celebes di Sabah. Pulau yang dikenali sebagai ‘Pejabat Pos Bawah Air’ Malaysia ini juga merupakan sebuah pulau persendirian. Di sini hanya terdapat sebuah resort iaitu The Reef Dive Resort, sebuah resort eksklusif dan mewah.
The Reef Dive Resort didatangkan dengan 7 pilihan bilik yang mewah ini menampilkan pakej percutian menarik bagi para penyelam dan juga pengunjung yang mahu melakukan aktiviti percutian santai di Semporna. Ramai pengunjung gembira menikmati bermacam-macam aktiviti di fasiliti yang ada sepanjang berada di sini seperti bersenam di gimnasium, menyapa burung merak di ‘Peacock Sanctuary’, dan memerhati proses penetasan telur penyu. Antara kemudahan di sini adalah tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan atas air yang penuh romantis lain dari lain dan pengalaman menyantap sajian enak dengan pemandangan air laut Celebes.
Tambahan pula, sebuah tarikan eksklusif yang cuma ada di resort ini iaitu ‘Pejabat Pos Bawah Air’ yang berupa sebuah kapal yang sengaja dikaramkan untuk menjadi terumbu karang bagi hidupan akuatik di kawasan ini. Ia adalah sebuah pengalaman unik yang sering meniti di bibir pengunjung yang telah ke sini. Di sini, para penyelam berpeluang mengepos poskad mereka di bawah air.
Anda mahu mengepos poskad bawah air untuk pertama kali dalam hidup anda? Bercutilah ke The Reef Dive Resort untuk pengalaman sekali seumur hidup yang menakjubkan ini!
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
7. Pakej Pom Pom Island Resort – Pulau Pom Pom
Di Sabah, terdapat sebuah pulau kecil yang jaraknya 30 kilometer dari arah timur laut bandar Semporna. Meskipun masih kurang maju, ia menempatkan sebuah resort penginapan yang terkenal dengan pantai berpasir putihnya dan juga menjadi tempat bersarang penyu hijau bersisik. Pom Pom Island Resort yang berada di Pulau Pom Pom ini menawarkan banyak sekali aktiviti menarik yang tidak dapat dialami di tempat lain menurut pengunjung yang telah ke sini.
Tambahan pula, anda juga berpeluang memilih di antara 3 jenis bilik penginapan dengan harga serendah RM 600 satu malam. Bayangkan anda tidur dan bangun ditemani bayu laut yang segar di samping pemandangan hidupan akuatik yang berwarna-warni di bawah lantai penginapan anda. Selain itu, resort ini juga menawarkan ‘PADI Course’ yang berbaloi buat anda si para ‘diving junkie’! Setelah puas berehat di bilik atau menyelam di dasar laut, anda berpeluang menyegarkan semula badan anda di Yin & Yang Spa yang terdapat di resort ini, bersosial di bar dan kawasan ‘lounge’, bermain di ‘Game Room’, membeli belah di kedai cederahati, dan mengadakan mesyuarat di ‘Conference Room’.
Anda tentu sekali akan menyukai pengalaman bercuti anda di resort atas air ini dan semestinya percutian akan menjadi lebih menyeronokkan dengan adanya orang tersayang. Jadi tempahlah percutian anda dan orang tersayang di Pom Pom Island Resort sekarang!
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
8. Pakej Crystal Resort – Semporna
Crystal Resort adalah sebuah resort atas air yang baru saja dibina di Semporna Sabah pada Jun 2022. Resort ini adalah sebuah resort yang sungguh indah, bakal memberikan anda pengalaman percutian seindah di Maldives, namun dengan harga yang jauh lebih murah. Ia memang mampu milik bagi sesiapa yang mahukan pengalaman percutian bak di syurga! Ia dilengkapi fasiliti buat tetamu seperti gimnasium, bilik ‘meeting’, ‘Observation Deck’, pusat servis dan kemudahan bas ulang-alik.
Menampilkan pilihan terhad dengan sebanyak 10 chalet, Crystal Resort memberikan suasana percutian eksklusif dan persendirian, sempurna bagi para tetamu yang ingin berbulan madu penuh romantis! Selain unit penginapan yang serba selesa, kemas dan cantik, sajian makanan yang enak sepanjang berada di sini serta ‘trip’ untuk menjelajah pulau-pulau berhampiran adalah pengalaman yang paling diingati oleh para pelancong yang pernah bercuti ke sini justeru mendapat rating tinggi iaitu 4 bintang!
Pelawalah pasangan anda untuk merasai pengalaman percutian yang tidak dapat anda lupakan di Crystal Resort dan buatlah tempahan sekarang!
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
9. Pakej Singamata Adventures Reef Resort – Semporna
Singamata Adventures Reef Resort yang berada di Semporna Sabah ini terletak berhampiran dengan kota. Ia juga hanya mengambil masa sekitar 1 jam 11 minit untuk ke lapangan terbang Tawau dan sekitar 24 min memandu ke Kota Tawau. Resort yang mula dibina pada tahun 2017 ini menyediakan sebanyak 60 pilihan bilik untuk para tetamu resort. Ia menjadi resort bajet untuk para pengunjung yang mahukan pengalaman bercuti sambil berjimat.
Resort ini menawarkan ‘PADI Course’ 5 bintang kepada para tetamu dengan harga yang berpatutan dan kursus yang pelbagai, sesuai untuk semua pengunjung yang mahukan pengalaman percutian berkualiti tinggi. Resort ini juga sering mendapat pujian memberangsangkan daripada para pengunjung yang telah datang ke sini. Mereka memuji keindahan alam di sekeliling resort ini dan harga yang dibayar untuk menginap di sini juga sungguh berbaloi dengan pengalaman mereka.
Anda juga bebas untuk bersnorkeling sambil mandi laut dan menikmati percutian yang menyenangkan, restoran dilengkapi sajian enak serta dapat bersosial di ruangan bar bakal membuatkan anda pulang dengan hati yang gembira. Semua ini dan banyak lagi jika anda menempah percutian di Singamata Adventures Reef Resort.
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
10. Pakej Arcadia Beach Resort – Pulau Pandanan
Pulau Pandanan terletak di timur laut Semporna ini berdekatan dengan perairan barat Madjing. Arcadia Beach Resort dengan lanskap yang begitu indah dan menenangkan ini merupakan sebuah resort cantik dan begitu estetik yang membuatkan pengunjung yang telah ke sini teruja dengan apa yang mereka lihat.
Dengan harga serendah RM 2,050, anda dapat menikmati kemudahan yang disediakan resort cantik ini seperti pengangkutan dari jeti ke resort, 3 sajian untuk santapan anda termasuk minum petang di tepi laut dengan pemandangan yang indah bak syurga, dan minuman percuma. Kolam renang yang baru dan bersih juga antara tarikan yang menyeronokkan menurut pengunjung-pengunjung yang telah ke sini.
Resort yang baru dibina ini juga bakal memberikan pengalaman percutian yang mengujakan buat anda yang menginginkan percutian sambil bersnorkeling dan menyelam ke dasar laut bersama-sama hidupan akuatik yang pelbagai. Nikmatilah pengalaman percutian istimewa anda di Arcadia Beach Resort yang menenangkan jiwa dan buatlah tempahan hari ini!
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ