Top 10 Pakej Percutian Pulau Tioman Yang Best

Pulau Tioman yang terletak di Pahang adalah salah satu destinasi percutian terkenal di Malaysia dan juga dunia. Yang menariknya, bentuk pulau ini kelihatan seperti paha ayam jika dilihat dari udara. Tambahan pula, ia adalah sebuah destinasi percutian yang sangat mesra untuk setiap kategori pelancong. Terdapat banyak variasi tempat penginapan dan resort sesuai dengan keperluan dan bajet anda ada di sini. Jom kita bedah satu persatu dari 10 pakej percutian terbaik yang ada di Pulau Tioman!

Pakej Pulau Tioman yg Best & Murah


 1. Pakej Percutian Aman Tioman Beach Resort

AMAN TIOMAN BEACH RESORT

Terletak di Kampung Paya Pulau Tioman, Aman Tioman Beach Resort menawarkan pakej percutian yang best dan menantikan kedatangan anda dengan 3 jenis bilik yang sesuai didiami sesiapa pun. Sama ada tetamu solo, berpasangan mahupun berkeluarga.

Pengunjung yang telah ke sini kebanyakannya menyukai percutian mereka di sini yang aman dan damai. Pilihan makanan di sini juga banyak dan enak-enak belaka. Mereka sukakan suasana di sini serta pengalaman snorkeling yang menyeronokkan, layanan staf yang mesra pelanggan juga membuatkan pengunjung gembira berada di sini. Keluarlah menjelajah bersama rakan dan keluarga sambil menghirup udara segar yang tidak dapat anda alami di kota.

Di sini, anda boleh melakukan aktiviti riadah seperti snorkeling, selam skuba, meredah hutan, jalan-jalan cari makan, ‘team building’, barbeku dan banyak lagi. Semuanya ada di Aman Tioman Beach Resort, khas buat anda!

Alamat: Lot 73 Kampung Paya Pulau Tioman, 26800 Mersing, Pahang

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan 


2. Pakej Percutian Barat Tioman Beach Resort

BARAT TIOMAN BEACH RESORT

Berbekalkan reputasi perkhidmatan yang baik, Barat Tioman Beach Resort menjadi salah satu pilihan para pengunjung untuk datang ke pulau ini. Resort bertaraf 3 bintang ini mempunyai variasi bilik yang banyak sekali, sesuai untuk menempatkan sejumlah tetamu yang selalunya memilih berkunjung ke sini terutamanya di waktu kemuncak percutian.

Antara variasi bilik yang ada di sini termasuk bilik Standard, Deluxe, dan banyak lagi! Selain itu, anda juga berpeluang mengisi masa percutian dengan aktiviti rekreasi di fasiliti yang disediakan di Pusat Rekreasi Barat oleh resort ini, antaranya bermain badminton, bola tampar, pendakian air terjun, berjalan dalam hutan, membeli-belah di Kampung Tekek, melihat penyu di santuari penyu dan banyak lagi.

Bilik yang bersih dan selesa, makanan yang enak, khidmat pelanggan yang baik, tidur yang nyenyak kolam renang yang mengujakan membuatkan ramai pengunjung memberi maklum balas positif buat resort yang tenang ini. Rasailah sendiri pengalaman yang mengujakan di Barat Tioman Resort cuti ini!

Alamat: Lot 438 Kampung Juara Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan 


3. Pakej Percutian Tioman Paya Beach Spa & Dive Resort

PAYA BEACH SPA & DIVE RESORT

8 jenis bilik yang selesa, bersih dan menenangkan minda menanti anda di Paya Beach Spa & Dive Resort. Ramai pengunjung yang telah ke sini mengakui keseronokkan sepanjang berada di sini dengan merasai pengalaman percutian impian melakukan aktiviti lasak di pantai yang menyegarkan seperti snorkeling, menyelam, bola tampar, frisbee, berkayak, menunggang ATV, dan trekking. Mereka juga jatuh cinta dengan keindahan alam semulajadi di sekeliling mereka sepanjang berada di sini. Anda juga dialu-alukan untuk bersosial di ‘Beach Bar’, ‘Sundeck’ dan ruangan hiburan di samping mengadakan aktiviti korporat di ruangan ‘conference’.

Selain aktiviti lasak, anda juga boleh meluangkan masa melakukan aktiviti yang dapat menenangkan seperti yoga di pagi hari, pergi ke safari untuk melihat keindahan alam flora dan fauna, ataupun bermain air sejuk di air terjun berhampiran. Di samping itu, mari kita memanjakan diri di spa yang menawarkan lebih daripada 15 pakej urutan yang pelbagai, tentu sekali dapat membuatkan anda segar bugar dan gembira sepanjang hari.

Anda pasti akan menyukai penginapan anda sepanjang di sini dan mungkin mahu datang lagi!

Alamat: Lot 71 & 77, Kampong Paya, Pulau Tioman, Johor

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan 


4. Pakej Tioman Berjaya Resort

BERJAYA TIOMAN RESORT

Dengan 6 jenis bilik yang serba lengkap dan menyejukkan mata, kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan percutian mereka di sini dan mereka gembira dengan pemandangan sekeliling resort yang cukup indah bak di syurga, penginapan yang sungguh selesa serta layanan kakitangan yang memang berkelas dunia! Berjaya Tioman Resort bijak mengambil hati pengunjung dengan reka bentuk chalet dan biliknya yang klasik tradisional moden dan juga pelbagai fasiliti yang memudahkan pengunjung seperti kolam renang, gimnasium, ‘Kids Club’, dan ruangan bersukan.

Selain itu, resort bertaraf 4 bintang ini juga menyediakan tawaran berbaloi buat pengunjung antaranya tawaran khas untuk pengunjung awal dan juga tawaran akhir tahun. Tambahan pula, di Berjaya Tioman Resort, anda harus melakukan aktiviti istimewa semasa bercuti seperti berkunjung ke spa untuk sesi manjakan diri, bermain golf bersama rakan-rakan, melakukan aktiviti rekreasi air seperti selam skuba, snorkeling dan ‘jungle trekking’ di hutan hujan tropika.

Lalui pengalaman percutian tepi pantai dengan cuaca yang menyegarkan di Berjaya Tioman Resort sekarang!

Alamat: P.O. Box 4 86807 Mersing, Johor Malaysia.

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan 


5. Pakej Tioman Tunamaya Beach & Spa Resort

UNAMAYA BEACH & SPA RESORT

Tunamaya Beach & Spa Resort, resort bertaraf 4 bintang yang bukan saja indah di mata tetapi juga menawarkan perkhidmatan pelanggan berkualiti tinggi. Malahan, taraf perkhidmatan oleh kakitangannya seringkali mendapat pujian yang memberangsangkan dari para pengunjung melalui portal-portal percutian.

Dengan lebih dari 54 buah vila penginapan, anda boleh memilih 3 jenis vila yang anda mahu diami mengikut bajet mahupun pemandangan bilik yang ada seperti pemandangan laut, taman dan hutan hujan. Di sini, anda mempunyai banyak pilihan aktiviti riadah seperti bersnorkeling atau menyelam, berenang di kolam renang, makan dan minum petang di restoran Pawana dan Ombak Bar dan juga aktiviti kegemaran kaum hawa sudah tentulah melawati spa!

Dalam pada itu, Tunamaya juga menyediakan pakej majlis perkahwinan buat bakal pengantin yang mahu merasai pengalaman perkahwinan tepi pantai yang romantis. Jangan risau, resort ini nampaknya mendengar apa yang pengunjung mahukan kerana selain aktiviti riadah air, anda juga berpeluang melakukan aktiviti ‘team building’ dan macam-macam lagi.

Jika anda berminat, datanglah ke sini dan nikmati percutian pulau yang tenang tapi mengujakan!

Alamat: Lot 20 & 21, Sarang Burung, Kg. Mukut, 26800 Pulau Tioman, Pahang

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan 


6. Pakej Tioman Sun Beach Resort

SUN BEACH RESORT

Dengan pakej 3 hari 2 malam serendah RM 315 seorang, Sun Beach Resort adalah antara destinasi percutian yang popular di Pulau Tioman. Ini kerana, para pengunjung mengakui wang yang dibelanjakan mereka berbaloi dengan pengalaman percutian mereka di sini.

Mereka juga gembira dengan pengalaman bersnorkeling yang best di sini. Pada waktu sama, resort ini juga menyediakan pakej bulan madu serendah RM 1,605 untuk merpati dua sejoli! Lokasinya juga mudah dicari, iaitu lebih kurang 100 meter dari jeti Kampung Genting. Di samping itu, resort ini berkeluasan besar di mana ia mampu menempatkan sebanyak 52 chalet. Tambahan pula, di waktu puncak, resort ini mampu menempatkan sehingga 200 tetamu pada satu masa.

Kemudahan Wi-Fi juga bagus di resort ini, air minuman bersih juga senang diakses di samping makanan yang disediakan menepati citarasa para tetamu di sini. Bilik yang bersih dan selesa juga antara faktor yang menyebabkan ramai berkunjung lebih dari sekali ke sini. Tetamu juga senang dapat mandi manda di kolam renang dan bermain air di pantai. Ajaklah rakan-rakan dan keluarga anda bercuti di sini bersama!

Alamat: Kampung Genting, Pulau Tioman, Pahang, 86807

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan 


7. Pakej Tioman Salang Indah Resort

SALANG INDAH RESORT

Salang Indah Resort menjanjikan percutian indah bak syurga duniawi buat para pengunjung di mana lokasinya yang terletak betul-betul berhadapan dengan pantai dan pemandangan indah serta memukau. Dengan harga serendah RM 120 satu malam, resort ini menyediakan 2 pilihan bilik Standard & Deluxe yang kemas, bersih, selesa dan memang berpatutan harganya.

Maklum balas dari pengunjung juga rata-rata menceritakan pengalaman percutian pulau yang sangat berbaloi di samping menikmati fasiliti restoran resort yang menyediakan makanan-makanan laut enak dan murah. Selain itu, anda juga boleh pergi ke kedai runcit untuk mendapatkan barangan keperluan, menggunakan bilik mesyuarat untuk aktiviti syarikat dan ke surau untuk solat berjemaah.

Tambahan pula, bagi mereka yang mahu bercuti dengan tenang, anda boleh saja memilih di antara 3 pakej percutian yang disediakan resort ini. Di samping itu, kemudahan pengangkutan feri pergi balik ke tanah besar jugal dapat membantu melancarkan perjalanan anda ke sini. Tunggu apa lagi, mari ke Salang Indah Resort!

Alamat: Salang Indah Tioman, Kampung Salang, Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan 


8. Pakej Tioman Minang Cove Resort

MIHANG COVE RESORT

Pemenang bagi Kategori Hotel Percutian Kecil Terbaik Malaysia bagi tahun 2018 oleh tripadvisor.com ini sememangnya sebuah tempat penginapan yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Minang Cove Resort ini menempatkan 12 chalet Deluxe dan 2 villa Melayu khusus buat para pengunjung yang mahukan pemandangan laut biru dan jernih selain dikelilingi hutan hujan tropika Malaysia.

Sesuai dengan namanya yang menggambarkan keunikan salah satu budaya etnik di Malaysia, resort ini mengetengahkan ciri-ciri tradisional Minang+Melayu istimewa untuk paparan para tetamu dalam dan luar negara. Pengunjung yang telah ke sini jatuh cinta dengan hidangan makanan yang disajikan di restoran resort ini kerana menunya enak dan istimewa, khusus dari tanah air kita dan juga antarabangsa. Selain itu, para pengunjung wajib melakukan aktiviti yang disediakan di resort ini seperti snorkeling dan menyelam. Di samping itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan di spa, bergosip di ‘sun deck’, minum petang di bar, dan melayan perasaan di Minang Reef.

Semua ini dan banyak lagi fasiliti-fasiliti sesuai untuk tentatif program anda sepanjang berada di Minang Cove Resort ini!

Alamat: Minang Cove Resort Teluk Bayan, Tioman Island, Pahang Malaysia.

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan 


9. Pakej Tioman Panuba Inn

PANUBA INN

Tempat penginapan yang memuatkan 20 bilik ini adalah antara resort yang menjadi tumpuan bagi para pengunjung yang mahu berjimat sambil bercuti. Ini kerana, anda boleh menginap di sini hanya dengan harga serendah RM 115 sahaja!

Selain itu, para pengunjung juga suka ke Panuba Inn kerana variasi makanan-makanan dari Asia yang pelbagai dan enak ada disediakan di restoran resort ini. Tambahan pula, resort ini ada menawarkan pakej 3 hari 2 malam dengan harga serendah RM 335. Setelah puas berehat, anda boleh meluangkan masa berjalan ke taman marin berhampiran, melakukan aktiviti rekreasi air seperti ‘jungle trekking’, snorkeling dan menyelam.

Sungguh berbaloi bercuti ke sini berikutan harga bilik yang berpatutan, keadaan bilik yang memuaskan, perkhidmatan ‘laundry’, perkhidmatan teksi air untuk ‘Sea Trips’, kepelbagaian aktiviti di sekitar resort dan juga makanan yang enak-enak belaka. Rancanglah percutian solo atau berkumpulan anda ke sini segera!

Alamat: No. 9 Pusat Khidmat Pelancong Jalan Abu Bakar, Pulau Tioman 26800 Malaysia

Pakej | Laman Web 


10. Pakej Tioman 1511 Coconut Grove

1551 COCONUT GROVE

1511 Coconut Grove yang terletak di antara Barat Tioman Beach Resort dan Projek Penyu Juara ini menyediakan 3 pilihan bilik yang menarik antaranya bilik Garden View, bilik Sea View dan juga bilik Menara. Setiap satu dari 3 jenis bilik ini mempunyai pemandangan yang berbeza namun istimewa dengan cara tersendiri.

Pengunjung yang telah ke sini kebanyakannya mahu datang lagi. Ini kerana kawasan sekitar resort ini memberi pengalaman percutian yang senyap dan tenang sesuai sekali bagi mereka yang menginginkan privasi. Di sini anda tidak akan pernah berasa bosan kerana anda boleh keluar untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti meluncur ombak, menyelam, berkayak, mengayuh basikal roda tiga elektrik dan banyak lagi!

Oh ya, salah satu keistimewaan 1511 Coconut Grove yang tidak ditonjolkan oleh resort lain adalah anda berpeluang untuk menyertai Projek Penyu Juara bersama rakan-rakan anda! Unik bukan? Jadi tunggu apa lagi nikmatilah percutian yang mengujakan ibarat di syurga bersama yang tersayang di sini.

Alamat: Kampung Juara, Tioman Island, Pahang, Malaysia

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan 


Pulau Tioman semestinya sebuah pulau yang menarik untuk dikunjungi kerana ia sangat indah dan harga-harga tempat penginapan di sini sesuai untuk semua jenis bajet yang anda mahukan. Tempahlah percutian anda ke Pulau Tioman, ia merupakan salah satu tempat percutian yang best dan tenang, ciptalah kenangan manis yang baru bersama orang-orang tersayang! 

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

9 Resort & Chalet Tepi Pantai Di Pulau Tioman – RUGI TAK PERGI

Anda dah merancang untuk bercuti di negeri Pahang tapi tak tahu nak pergi dan menginap di mana? Jiwa anda dambakan ketenangan? Mata anda pula...

Bercuti di Pulau Tioman – Pulau yg BEST utk Bersantai

Setiap tahun Pulau Tioman menjadi destinasi percutian yang kerap dikunjungi pelancong tak kira dari dalam mahupun luar negara. Pulau di Pahang ini merupakan salah...

Top 10 Pakej Honeymoon di Pulau Yang Best

Anda akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan anda terfikir di mana mahu pergi honeymoon atau berbulan madu bersama pasangan anda? Biasanya untuk honeymoon...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x