Isi Kandungan
Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu ini dahulunya menjadi tempat persinggahan kapal dari Singgora (Selatan Thailand) yang mahu ke Kuala Terengganu. Oleh kerana sering menjadi tempat persinggahan, Pulau ini dinamakan Pulau Perhentian. Pulau yang indah ini telah diwartakan sebagai sebahagian dari Taman Marin Nasional Malaysia.
Kini, walaupun masih dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal laut, ia juga telah menjadi salah satu destinasi percutian terkenal di Malaysia. Banyak sekali tempat penginapan ada di sini, sesuai untuk menjadi destinasi percutian anda yang inginkan pengalaman percutian pantai yang indah. Jom kita tengok 10 pakej percutian perhentian yang terkenal dan disukai ramai!
 1. Pakej Percutian Perhentian Island Resort
Perhentian Island Resort adalah sebuah tempat penginapan yang dikatakan ideal bagi pengunjung berkeluarga. Ini kerana bilik-bilik yang disediakan sangat luas dan selesa untuk pengunjung berkumpulan. Didatangkan dengan 5 jenis bilik yang kemas dan serba lengkap, pengunjung boleh memilih sama ada mahu pemandangan bilik berlatarkan laut ataupun taman.
Selain itu, resort ini menampilkan fasiliti yang sinonim dengan destinasi percutian pulau seperti snorkeling, kayak dan selam skuba. Bolehlah anda berenang kuak lentang sepuas hati anda di laut! Tambahan pula, resort yang mendapat maklumbalas sebanyak 3.5 bintang oleh pengunjung ini juga menawarkan promosi-promosi menarik buat para pengunjung, dapat bermandi manda di kolam renangnya, bermain bola tampar di ruangan yang disediakan, perkhidmatan ‘boat transfer’ yang memudahkan, dan berehat di spa yang bernama Spa Pinang Seribu. Jadi tunggu apa lagi, dengan harga serendah RM 401 semalam, tempahlah pakej percutian perhentian anda hari ini di Perhentian Island Resort!
Alamat: Pulau Perhentian Besar, Terengganu – Malaysia 22200
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
2. Pakej Percutian Barat Perhentian Resort
Terdapat 8 jenis bilik yang cantik, selesa dan kemas serba lengkap menanti anda di sini. Barat Perhentian Resort menyediakan dua pakej utama yang menarik dan berbaloi untuk para pengunjung.
Bagi pakej ‘Retreat + Snorkeling’, anda boleh memilih sama ada mahu pakej 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam. Selain itu, pakej kedua yang ditawarkan di sini adalah pakej ‘Diving+Padi Course’. Di sini anda boleh menikmati tempat penginapan, baucer sarapan, makan tengah hari, makan malam dan BBQ. Tambahan pula, anda juga boleh bersnokerling di beberapa tempat snorkeling yang terkenal bersama bimbingan pegawai snorkeling terlatih. Anda juga boleh berpiknik di tepi pantai sambil menghirup udara segar dan suasana tenang di sini, menjamu selera di restorannya, menyegarkan badan bersama di ‘Health Therapy’, dan banyak lagi.
Pengunjung yang telah ke sini kebanyakannya gembira dengan suasana pulau yang tenang, layanan mesra dari staf yang banyak melancarkan penginapan sepanjang mereka di sini. Jadi, jom tempah pakej yang anda mahu dan mari berenang bersama ikan cantik berwarna-warni di Laut Cina Selatan ini!
Alamat: Lot 136, GM 19, Kampung Seberang Genting, Pulau Perhentian Besar, Terengganu, Malaysia.
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
3. Pakej Percutian Perhentian Coral View Island Resort
Coral View Island Resort yang mempunyai reka bentuk menggamit perhatian ini terkenal dengan ‘trademark’ bumbung biru yang tampak mewah dan elegan jika dilihat dari jauh. Didatangkan dengan 92 buah bilik secara keseluruhan, ia mempunyai 13 jenis bilik yang menarik, kemas dan selesa.
Yang menariknya bagi mereka yang mahukan kolam persendirian dengan lebih privasi, anda boleh memilih untuk menempah bilik seperti Premium Pool Garden atau Sea view. Anda pasti akan menyukai pengalaman berendam di kolam sambil menghadap ke laut bersama teman-teman anda. Ramai pengunjung gembira dengan kolam renang yang terdapat di sini di samping jarak pantai yang betul-betul dekat dikelilingi pokok-pokok hijau yang menenangkan. Selain itu, di sini juga anda dapat melakukan aktiviti rekreasi air seperti snorkeling dan menyelam. Anda juga perlu meluangkan masa ke kedai batik untuk membeli cenderamata buat kenang-kenangan.
Restoran di resort ini juga menyediakan sajian enak gabungan 3 budaya iaitu Malaysia, Thailand dan Barat. Nama pun berada di laut, sudah tentulah ia merupakan syurga makanan laut, jadi apa lagi jamulah perut anda dengan hidangan-hidangan laut yang lazat di sini.
Alamat: No 89A Depan StesyenTeksi Kuala Besut 22300 Kuala Besut Terengganu Malaysia
4. Pakej Bubu Resort Perhentian
Rata-rata pengunjung begitu menyukai pengalaman mereka semasa bercuti di Bubu Resort berikutan reputasi dan ‘rating’ yang tinggi daripada portal-portal percutian.Â
Resort bertaraf 4 bintang ini bukan sahaja mempunyai persekitaran yang bersih, kemas dan selesa malah ia juga memberi pilihan bilik-bilik yang menarik buat pengunjung. Berbekalkan 36 buah bilik di sini, kategori bilik penginapannya terbahagi kepada 2 iaitu bilik Deluxe dan Villa. Ia sungguh sesuai bagi mereka yang mahu ke sini bersendirian, berpasangan mahupun berkumpulan. Anda juga boleh memilih mahu pemandangan bilik menghadap taman atau laut yang jernih.Â
Selain itu, pengunjung dijemput mengisi perut ke restoran yang menyajikan hidangan makanan Asia, Barat dan variasi BBQ yang menyelerakan. Yang menariknya, di sini anda boleh cas semula tenaga anda setelah penat bekerja di spa, melakukan aktiviti rekreasi air seperti snorkeling, berjalan sambil hirup udara segar di hutan berdekatan, berkelah penuh romantis di tepi pantai bersama pasangan, menaiki ‘cruise’ dan banyak lagi aktiviti yang tidak dapat anda lupakan di sini.Â
Alamat: Long Beach, Perhentian Island, Terengganu, Malaysia.
Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan
5. Pakej Mimpi Resort Perhentian
Bagaikan melangkah ke lokasi seperti dalam filem romantik, Mimpi Resort tampak sungguh indah di mata. Didatangkan dengan 75 buah bilik secara keseluruhan, pengunjung boleh memilih antara 4 jenis bilik untuk didiami iaitu Premier Suite, Family Suite, Superior Hillview dan Ocean Deluxe yang membuatkan hotel ini sesuai bagi pengunjung solo mahupun berkumpulan.
Selain rupanya yang menyejukkan mata, perkhidmatan pelanggan mereka juga berkualiti tinggi sekaligus membuatkan resort ini mendapat maklum balas positif di portal-portal percutian. Mimpi Resort juga menawarkan pakej-pakej 3 hari 2 malam untuk para pengunjung yang mahu datang ke sini dengan objektif berbeza seperti pakej bulan madu, pakej menjelajah pulau, pakej menyelam dan juga pakej lawatan sambil bekerja.
Anda juga boleh mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti rekreasi air, pergi ke spa, berendam di kolam renang, mendapat kudap-kudapan di ‘ENAK Snack Bar’, membeli-belah dan jalan-jalan cari makan di restoran resort dan kawasan sekitar. Jangan buang masa lagi, tempahlah bilik untuk percutian idaman anda sekarang.
Alamat: Long Beach, Pulau Perhentian Kecil, 22300 Kuala Besut, Terengganu, Malaysia.
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
6. Pakej Samudra Beach Chalet Perhentian
Diapit oleh hutan hujan tropika dan pantai nan jernih, Samudra Beach Chalet yang berkonsepkan tradisional melayu ini mempunyai 3 jenis bilik iaitu bilik Standard, bilik Keluarga dan bilik ‘Sea View’ sesuai untuk didiami pengunjung solo dan berkumpulan.
Selain itu, anda juga pasti mahu beriadah bersama rakan-rakan jadi anda boleh saja mengikuti aktiviti snorkeling, selam skuba, bermain bola tampar, membeli buah tangan di kedai cenderahati dan lain-lain. Setelah penat bermain sudah tentu perut pun berkeroncong, marilah makan makanan yang enak-enak belaka di Samudra Cafe. Ramai pengunjung yang telah datang ke sini suka dengan pilihan makanan bervariasi dari makanan lokal dan barat. Boleh juga berbarbeku bersama geng sambil menghadap laut. Memang boleh ‘repeat’ percutian ke sini!
Jadi mari ajak kumpulan rakan sekolah, pejabat ataupun kejiranan anda bercuti ke sini!
Alamat: Jalan Pantai Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut, Terengganu, Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut, Terengganu
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
7. Pakej Cozy Chalet Perhentian
Cozy Chalet yang terletak di sebelah Mama’s chalet amat mudah dicari berikutan lokasinya yang strategik. Chalet ini juga menyediakan pakej percutian yang pelbagai, sesuai untuk bajet dan objektif setiap pengunjungnya.
Antara pakej popular yang seringkali ditempah di sini adalah pakej snorkeling. Tambahan pula, anda boleh juga memilih pakej-pakej lain yang lebih menepati citarasa anda. Resort ini juga dilengkapi kedai cenderahati, servis laundry, dan banyak lagi. Setelah puas berehat, berjalanlah ke tepi pantai sambil menghirup udara segar dan sertailah aktiviti-aktiviti rekreasi air yang ada di kawasan sekitar .
Maklum balas dari pengunjung di laman-laman portal memuji chaletnya yang selesa dan bersih, servis dari kakitangan yang ramah, mesra dan banyak membantu menyenangkan percutian mereka sehinggakan ada yang melanjutkan percutian dari 7 hari ke 16 hari! Semua ini dan banyak lagi yang ada dapat rasai apabila anda bercuti di Cozy Chalet!
Alamat: No 102 – 103, Jalan Besar, Pulau Perhentian Besar, 22300, Terengganu
8. Pakej Shari-La Island Resort Perhentian
Shari-La Island Resort adalah salah sebuah resort di Perhentian yang selalu menjadi pilihan pengunjung. Ini kerana ia mempunyai pantai persendirian yang bersih dan memukau dan tentunya kemudahan dan fasiliti yang menarik seperti ‘Dive Center’, bilik meeting, kedai cenderahati, kolam renang, kedai serbaneka dan lain-lain, memang mendapat pujian memberangsangkan dari pengunjung-pengunjung yang telah bertandang ke sini.
Antara fasilitinya yang disukai ramai adalah restoran menghadap laut, bilik seminar, dan TV satelit. Resort ini menempatkan 99 unit penginapan iaitu terdiri dari 5 jenis bilik sesuai mengikut pilihan pengunjung. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan pakej percutian pilihan anda yang ada di sini seperti pakej 3 hari 2 malam ‘Free & Easy’, ‘Full Board Package’, dan pakej bulan madu.
Jangan risau, harga setiap pakej ini sudah pasti menepati bajet anda. Jadi marilah tempah unit penginapan anda sekarang!
Alamat: Teluk Aur, Pulau Perhentian Kecil, 22300 Perhentian Islands, Malaysia
9. Pakej Senja Bay Resort Perhentian
Dengan harga serendah RM 106 semalam, anda boleh menikmati pengalaman percutian pulau yang tenang dan menyegarkan di Senja Bay Resort. Di sini, anda juga boleh memilih di antara 3 pakej percutian yang menarik dan sesuai dengan bajet anda.
Antara pakej-pakej tersebut adalah pakej 3 hari 2 malam ‘Full Board Snorkeling’, ‘Snorkeling’ biasa, dan pakej 3 hari 2 malam biasa namun mengujakan. Selain itu, anda juga boleh makan besar di restoran resort ini yang mampu memuatkan 60 orang tetamu pada satu-satu masa yang menyajikan makanan-makanan lokal dan barat. Selain snorkelling, anda boleh meluangkan masa berjalan di pantai ataupun berpiknik bersama yang tersayang. Untuk aktiviti di waktu malam pula, anda boleh menikmati sajian BBQ dan menonton filem di cafenya.
Pengunjung sukakan kedudukan resort yang berada di depan pantai, tiket bas yang boleh dibeli di kaunter di samping servis telefon, ‘laundry’, penukaran wang dan informasi. Ditambah pula signal Wifi yang kuat, membuatkan percutian menjadi ringan dan tenang. Nikmatilah percutian di Senja Bay yang berbaloi-baloi cuti nanti!
Alamat: Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, 22300 Besut, Terengganu, Malaysia.
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
10. Pakej Ombak Dive Resort Perhentian
Tempat peranginan yang mempunyai 5 jenis bilik ini sesuai diduduki oleh pengunjung solo mahupun berkumpulan. Variasi bilik-bilik di sini hadir dengan pelbagai harga yang bersesuaian dengan bajet anda. Terletak betul-betul berdekatan dengan coral bay, rugi rasanya jika anda tidak bersnorkeling di sini. Di Ombak Dive Resort, anda boleh menempah pakej 3 hari 2 malam serendah RM 450. Sungguh berbaloi!
Selain itu, para pengunjung dapat menikmati suasana makan malam romantis ditemani pemandangan indah laut yang jernih dengan bunyi ombak menyapa pantai, beriadah bersama teman-teman, makanan di restoran ini enak-enak belaka dengan harga yang berpatutan. Setelah makan, anda boleh bersiar-siar menghirup udara malam di kawasan sekitar, menghirup latte di ‘cafe’, ataupun pergi menonton pertunjukkan tarian api, menonton filem pada malam filem pilihan dan juga menikmati waktu riang sambil menonton persembahan akustik secara langsung di ruangan yang disediakan.
Ramai pengunjung berpuas hati dengan pengalaman percutian ke resort bertaraf 2 bintang ini kerana perkhidmatan pelanggan yang bagus dan juga harga pakejnya yang berbaloi. Jomlah semua, kita tempah percutian kita ke Ombak Dive Resort sekarang!
Alamat: Lot 406, Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu, 23200, Malaysia
Pakej | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
Tidak rugi jika anda mahu bercuti ke Pulau Perhentian. Ini kerana terdapat banyak sekali tempat penginapan di Pulau Perhentian dengan pakej percutian yang betul-betul berpatutan harganya. Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan tempat cantik, mungkin saja anda akan mahu ke sini lagi. Jangan tunggu lagi, marilah segera menempah tempat penginapan paling ideal buat anda sekarang!