Top 10 Pakej Honeymoon di Pulau Yang Best

Anda akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan anda terfikir di mana mahu pergi honeymoon atau berbulan madu bersama pasangan anda? Biasanya untuk honeymoon atau berbulan madu di Malaysia, ramai memilih untuk bercuti ke pulau-pulau. Ini kerana, pulau biasanya mempunyai pantai yang indah dan air laut yang jernih serta sesuai sekali untuk anda meluangkan masa bersama di tepi pantai sambil berborak dan berlari-lari kecil kemudian duduk bersama menghadap pantai untuk menyaksikan matahari terbit atau terbenam. Romantik kan?

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam flora dan fauna serta punyai banyak sekali destinasi percutian yang cantik-cantik belaka. Berikut adalah 10 pakej percutian pulau yang paling top untuk anda pergi berbulan madu!


1. Laguna Redang Resort – Pulau Redang

LAGUNA REDANG RESORT

Pulau Redang, sebuah pulau yang popular di semenanjung Malaysia ini terletak di daerah Kuala Nerus, Terengganu Malaysia. Pulau ini mempunyai banyak sekali tempat-tempat penginapan yang pelbagai, sesuai mengikut bajet para pelancong yang berminat ke sini. Pantainya yang jernih, bersih dan biru kehijau-hijauan juga menggamit perhatian ramai pengunjung dengan keindahannya. 

Redang Laguna Resort adalah antara resort yang menyediakan pakej berbulan madu buat para merpati dua sejoli di luar sana. Dalam pakej bulan madu istimewa untuk 3 hari 2 malam, para kekasih dijanjikan kemudahan dan fasiliti yang baik seperti penginapan 2 malam dengan katil ‘king’, sebuah bakul buah-buahan untuk menyambut ketibaan anda, satu acara makan malam ‘candlelight’ penuh romantis di tepi laut sekali dengan sebotol air ‘sparkling’, setengah kilogram kek berbentuk hati, satu aktiviti selam skuba ATAU sesi mengurut badan di spa ATAU penggambaran video untuk meraikan cinta anda, 2 ‘trip’ snorkeling, dan 2 kali pengangkutan pergi balik buat anda dan pasangan anda. Anda juga boleh meluangkan masa berendam di kolam renang dan jakuzinya, berkarakoe di ATV Lounge atau membeli cenderamata di kedai cenderamatanya.

Maklum balas dari pengunjung kebanyakannya jatuh cinta dengan pemandangan yang bak syurga, bilik yang kemas serta selesa didiami sepanjang percutian mereka di sini. Yang pasti, Redang Laguna Resort akan memberikan pengalaman berbulan madu yang terindah untuk menjadi kenangan buat anda dan pasangan. 

Alamat: Pasir Panjang, Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan


2. Rawa Island Resort – Pulau Rawa

RAWA ISLAND RESORT

Pulau Rawa adalah sebuah permata tersembunyi yang terletak di Mersing, Johor. Pulau ini mendapat namanya melalui nama ‘Rawa’ iaitu merpati putih yang banyak terdapat di kawasan ini. Pulau Rawa kaya dengan batu karang menjadikan ia destinasi snorkeling yang sangat menarik buat para pelancong.

Rawa Island Resort menampilkan pakej 3 hari 2 malam buat si pengantin baru yang menantikan masa bersendiri. Di sini, anda akan dijemput dengan penuh mesra serta air minuman semasa ketibaan anda. Pengangkutan pergi balik dari jeti ke resort juga disediakan untuk memudahkan anda dan pasangan. Berehatlah sepuas-puasnya di bilik yang disediakan khas buat anda. Para kekasih yang telah ke sini berasa senang dengan keselesaan dan ruang yang luas bilik di sini. Tambahan pula, mereka cukup menikmati hidangan sajian makanan di sini sambil menikmati suasana tenang tepi laut, pengalaman berkayak dan bersnorkeling bersama pasangan yang menyeronokkan, dan sesi ‘healing’ di spanya. Pantai yang cantik, layanan kakitangannya yang mesra, dan banyak tempat rehat yang menenangkan menjadi antara punca ramai pengunjung suka ke sini.

Jadi, tunggu apa lagi? Anda pasti dapat menggembirakan si dia dengan meluangkan waktu-waktu berkualiti bersama di pulau persendirian yang indah dan tenang ini. Zahirkan kasih sayang kepada pasangan anda dengan menempah percutian romantis ke Rawa Island Resort sekarang.

Alamat: Rawa Island Resort Sdn Bhd, Tourist Centre, Jalan Abu Bakar, 86800 Mersing, Johor, Malaysia (Sales Office)

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan


3. Kapalai Dive Resort – Pulau Kapalai

KAPALAI DIVE RESORT

Pulau Kapalai yang terletak di Sipadan, Tawau, Sabah ini merupakan sebuah pulau yang sangat indah. Di pulau kecil ini, terdapat sebuah pusat peranginan iaitu Kapalai Dive Resort. Kini, resort menjadi antara destinasi skuba terkenal dunia kerana keindahan batu karang dan kepelbagaian hidupan akuatiknya.

Bagi si pengantin baru yang mahu ke sini, anda boleh menempah pakej bulan madunya yang menarik sekali. Dengan serendah RM 1,910 anda dapat menikmati pakej bulan madu selama 3 hari 2 malam. Anda juga akan diberi pengangkutan dari jeti ke resort. Dekorasi ringkas untuk si pengantin baru turut dibuat untuk menyambut ketibaan anda berdua. Selain itu, anda tidak perlu gusar untuk makan di mana, bawa saja pasangan anda makan di restoran milik resort dan makan saja di sini untuk setiap kali waktu makan termasuk kudap-kudapan, minuman ringan dan sebagainya istimewa buat tetamu yang dihargai. Pengunjung yang pernah ke sini memberi maklum balas di resort bertaraf 3 bintang ini, mereka dapat menggunakan fasiliti yang ada di sini seperti kemudahan menyewa kelengkapan menyelam, kedai cenderahati, bilik permainan, dan akses internet. Mereka juga meluangkan masa bersama melakukan aktiviti riadah air seperti mandi-manda di laut  atau bersnorkeling. Resort ini juga murah untuk ditempah dan pemandangannya sungguh indah di mana ia seronok dinikmati di ‘sundeck’nya.

Pastinya akan ini menjadi satu pengalaman terindah buat anda dan pasangan anda! Nikmatilah percutian di Kapalai Dive Resort yang setanding dengan Maldives tetapi dengan harga yang jauh lebih murah ini. Tempahlah percutian untuk kesayangan anda hari ini!

Alamat: Pulau Kapalai, Sipadan, 91021 Tawau, Sabah, Malaysia.

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan


4. Tunamaya Beach & Spa Resort – Pulau Tioman

TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT

Tunamaya Beach & Spa Resort adalah sebuah resort bertaraf 4 bintang yang terletak di Pulau Tioman, Johor. Resort yang dilengkapi dengan 54 buah villa menanti anda dengan tangan terbuka.

Tambahan pula, resort indah ini ada menawarkan pakej bulan madu selama 3 hari 2 malam dengan harga serendah RM 2,828 untuk satu bilik. Dalam pakej ini, para pengantin baru berpeluang menikmati malam yang indah bersama pasangan di bilik Beach Villa Deluxe berpemandangan Laut Cina Selatan. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menikmati sajian hotel enak di resort ini. Pasangan merpati dua sejoli tersebut juga boleh berjalan-jalan dan bermain air di pantai serta menikmati makan malam  ‘candle light’ romantis di tepi pantai. Dalam pada itu, ramai sekali pengunjung yang memuji akan pemandangan pantai yang indah dan bersih. Bilik yang didiami mereka juga selesa dan amat memuaskan serta makanan yang disediakan adalah ringkas namun cukup sempurna. Mereka juga seronok bermain air di kolam renang, bersenam bersama di gimnasium dan memborong cenderahati di kedai cenderahati di sini.

Bawalah kekasih sejati anda ke sini sebagai tanda penghargaan buatnya dan nikmatilah masa romantis berdua bersama. Tempahlah pakej percutian romantis anda di Tunamaya Beach & Spa Resort segera!

Alamat: Lot 20 & 21, Sarang Burung, Kg. Mukut, 26800 Pulau Tioman, Pahang

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan


5. Bubu Villa – Pulau Perhentian

BUBU VILLA

Terletak di bahagian utara Long Beach, Bubu Villa merupakan sebuah destinasi percutian yang cantik dan istimewa di Pulau Perhentian. Dilengkapi dengan 36 buah bilik untuk para pengunjung, resort yang berhampiran dengan jeti ini amat memudahkan urusan pergi balik buat para tetamu istimewanya.

Diberkati keindahan alam semula jadi di sekelilingnya menjadikan Bubu Villa sebuah tempat peranginan yang sesuai dijadikan destinasi percutian untuk berbulan madu. Dengan pakej bulan madu 3 hari 2 malam, anda akan dijemput dari lapangan terbang Kota Bharu sehinggalah ke pintu masuk resort ini. Mudah bukan? Selain itu, anda boleh menikmati hidangan ala buffet di restoran resort. Ramai pasangan tidak dapat melupakan pengalaman bercuti yang begitu indah buat mereka terutamanya waktu romantis bersama, mereka diberi peluang untuk menikmati makan malam ‘candlelight’ persendirian. Dalam pada itu, mereka juga berkelah sambil melihat pemandangan laut yang menakjubkan dan meluangkan masa mandi manda di kolam renang, berehat di spa Uroot, minum petang di The World Cafe, berkayak atau bersnorkeling di pantai.

Yang menariknya, anda boleh nikmati semua ini hanya dengan RM 2,650 sahaja! Semua ini dan banyak lagi keistimewaan yang Bubu Villa tawarkan buat anda dan pasangan kesayangan anda jadi jangan lepaskan peluang berbulan madu di resort mewah dan indah ini!

Alamat: Long Beach, Perhentian Island, 22300, Besut, Terengganu, Malaysia

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan


6. Summer Bay Resort – Lang Tengah

SUMMER BAY RESORT

Mahukah anda berjalan berpimpin tangan bersama cinta sejati anda di tepi pantai menghadap Laut Cina Selatan sambil menghirup udara segar? Summer Bay Resort terletak di Pulau Lang Tengah yang dikenali sebagai ‘An eagle in the middle’ di Kuala Nerus Terengganu, pulau ini berada di tengah-tengah antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Dilengkapi dengan 10 jenis bilik, pengantin baru boleh menikmati pakej 3 hari 2 malam, anda dapat bersama pasangan anda menginap di resort bertaraf 4 bintang samping meluangkan masa berenang di pantai dan menyertai aktiviti snorkeling di sini. Pasangan anda juga pasti akan berasa gembira setelah mengisi perut di sini tambahan pula dapat menikmati 4 kali sajian makanan di resort ini. Selain itu, anda boleh melakukan aktiviti riadah bersama pasangan dengan ‘jungle trekking’ di kawasan sekitar. Tambahan pula, jika cuaca baik, anda dapat mencipta memori indah dengan menyaksikan fenomena ‘Blue Tears’ yang jarang sekali dapat dialami! Ramai pengunjung juga memilih untuk ke sini kerana keadaan fasiliti yang baik seperti kolam renang dan bilik ‘conference’, bilik dengan bilik air yang bersih, makanan yang enak. Tambahan pula, mereka juga menyukai aktiviti snorkeling, menyelam dan berkayak yang sistematik dan menyenangkan di sini.

Ciptalah pengalaman manis bersama yang tersayang di Summer Bay Resort, pasti anda akan datang lagi! Buatlah tempahan untuk anda dan pasangan kesayangan anda di sini!

Alamat: Lot 52, Lang Tengah Island, 21300 Lang Tengah

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan


7. Mabul Water Bungalow – Pulau Mabul

MABUL WATER BUNGALOW

Pulau Mabul yang terletak di arah tenggara perairan Sabah ini hanya 15 KM saja dari Sipadan. Pulau yang terletak di Semporna Sabah ini kaya dengan hidupan akuatik yang menarik serta kawasan ini juga merupakan kawasan skuba yang terkenal di seluruh dunia.

Mabul Water Bungalow adalah sebuah resort atas air yang baru dibina. Dilengkapi dengan 24 unit penginapan buat pengunjung, para merpati dua sejoli dijemput untuk menikmati pakej berbulan madu untuk 3 hari 2 malam di resort ini. Dengan harga serendah RM 3,320, si uda dan dara akan diberi penginapan selama dua malam dan pengangkutan pergi balik dari jeti ke resort. Selain itu, anda juga akan dijemput dengan sebuah bakul buah-buahan dan dekorasi kelopak bunga romantis sewaktu ketibaan anda di resort bertaraf 4 bintang ini. Pengalaman berbulan madu anda juga menjadi lebih menarik dengan adanya aktiviti di spa khas buat anda berdua. Yang menariknya anda dan pasangan anda juga berpeluang untuk menikmati makan malam ‘candlelight’ romantis dengan menu enak yang disediakan. Pengunjung memuji fasiliti berkualiti tinggi yang disediakan di sini seperti ‘deck’ untuk snorkeling yang besar di samping lanskap dan seni bina resort yang sangat cantik dan bersih. Aktiviti menyelam dilakukan juga menyenangkan di ‘dive center’ dan stafnya juga amat membantu dan ramah.

Semarakkan kasih sayang antara anda dan pasangan dengan menghadiahkannya sebuah pakej berbulan madu yang istimewa di resort terapung Mabul Water Bungalow. Buatlah tempahan di resort ini sekarang dan nikmatilah percutian romantis bersama!

Alamat: Lot A-1-G, Block A, Signature Office, KK Times Square, Off Coastal Highway, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100, Malaysia, 88100, Sabah

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan


8. The Reef Dive Resort – Pulau Mataking

THE REEF DIVE RESORT

Pulau Mataking adalah semua pulau yang terletak di laut Celebes di Sabah. Pulau kecil ini dikenali sebagai sebuah “Pejabat Pos Bawah Air” pertama di Malaysia. The Reef Dive Resort adalah sebuah resort persendirian yang terletak di pulau ini. Keindahan perairannya menjadikan resort ini sebuah destinasi pelancongan pilihan terutamanya untuk para peminat selam skuba.

Pulau ini sesuai untuk menjadi destinasi percutian bulan madu buat si pengantin baru. Degan pilihan 8 jenis bilik, anda dan suami atau isteri anda boleh menikmati pakej bulan madu selama 4 hari 3 malam di sini dengan harga serendah RM 2,560. Untuk mengalu-alukan merpati dua sejoli, dekorasi romantis dengan taburan kelopak-kelopak bunga menanti anda. Tambahan pula maklum balas dari pengunjung banyak yang memuji akan ruang resort yang luas dan selesa, dapat melihat burung merak dan penyu di santuarinya dan bersenam dengan mudah di gimnasium. Mereka juga menikmati makanan laut yang sungguh enak di sini serta menyerlahkan bakat terpendam di bilik karaoke dan berehat di spa. Semua aktiviti riadah yang dilakukan juga seronok di sini seperti aktiviti menyelam dan snorkeling.

Pengalaman ini bakal menjadikan ia sebuah memori termanis dan terindah buat anda dan suami atau isteri anda. Buatlah tempahan di resort ini untuk percutian romantis anda sekarang!

Alamat: TB212, Jalan Bunga, Fajar Complex 91000 Tawau, Sabah, Malaysia (Sales Offices)

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan


9. Pangkor Holiday Resort – Pulau Pangkor

PANGKOR HOLIDAY RESORT

Pulau Pangkor, sebuah pulau yang terletak di pantai barat Malaysia ini berada dalam jajahan negeri Perak. Lokasinya yang strategik menjadikan ia sebuah destinasi yang sesuai dilawati sepanjang tahun. Salah satu resort yang sesuai dilawati di sini adalah Pangkor Holiday Resort.

Dengan pilihan lapan jenis bilik yang kemas, luas dan selesa kepada pengunjung, mereka berpeluang menikmati percutian yang menenangkan di sini. Selain pengunjung berkeluarga, resort ini juga mengalu-alukan kedatangan mereka yang mahu berbulan madu. Dengan hanya RM 499 sahaja para pengantin baru berpeluang menikmati bulan madu selama 3 hari 2 malam di resort ini.

Anda dan pasangan berpeluang menikmati penginapan yang selesa di chalet resort ini. Aktiviti menunggang kuda disediakan khusus buat anda dan pasangan dengan sebanyak 6 pusingan hanya di Pangkor Holiday Resort. Untuk mengisi perut pula anda dijemput untuk menyantap sajian yang enak-enak belaka yang disediakan di resort ini. Selalunya, para pengunjung suka meluangkan masa bersama yang tersayang mandi manda di kolam renangnya, bermain bersama di ‘game room’, bilik yang lapang dan kemas serta layanan perkhidmatan kakitangan resort yang sungguh memuaskan.

Tunjukkan penghargaan anda kepada pasangan dengan menempah percutian yang menyeronokkan dengan harga yang berpatutan hanya di Pangkor Holiday Resort. Buatlah tempahan sekarang!

Alamat: Lot 41, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan


10. Kapas Coral Beach Resort – Pulau Kapas

KAPAS CORAL BEACH RESORT

Di Terengganu terdapat sebuah pulau yang indah dan menakjubkan iaitu Pulau Kapas. Pulau ini terletak di daerah Marang dan berdekatan dengan sebuah lagi pulau yang kecil iaitu pulau Gemia. Ia mendapatkan namanya berkat pasir di pantainya yang putih bersih.

Di Kapas Coral Beach Resort, pasangan pengantin baru tidak perlu gusar tentang penginapan pergi balik dari jeti ke resort, anda akan diberi pengangkutan yang sempurna di sini. Setelah tiba, anda akan diberi bilik yang bersih, selesa dan kemas untuk anda berehat dan beradu selama 2 malam. Kemudian, nikmatilah sajian hidangan yang enak-enak selama anda di sini, semuanya pasti membuat anda dan si dia senang hati.

Pasangan yang telah ke sini berpuas hati dengan makan malam ‘candlelight’ khusus buat mereka berdua. Tambahan pula, mereka juga sukakan waktu santai berpiknik di tepi pantai ala-ala drama romantik Korea dengan bunga, coklat dan jus sparkling yang juga disediakan oleh resort. Bagi aktiviti riadah air, mereka menikmati 2 lawatan snorkeling percuma. Semuanya memang mudah didapati di sini!

Semua ini dan banyak lagi tarikan yang menanti anda di Kapas Coral Beach Resort. Marilah bercuti ke resort ini bersama si dia sekarang!

Alamat: Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu

Pakej | Laman Web | Ulasan Pelanggan


 

Sungguh banyak sekali pilihan yang boleh anda pilih untuk mengalami percutian romantis berbulan madu bersama pasangan anda. Setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri yang tentu sekali akan membuatkan perjalanan dan percutian anda memori terindah. Jadi, jom kita berbulan madu di pulau-pulau indah Malaysia!

4.5/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Jeti Kuala Besut- ‘PINTU’ Ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian merupakan antara salah satu pulau yang menjadi tumpuan pelancong dan sentiasa menjadi lubuk egensi pelancongan yang memberikan pakej menarik ke Pulau Perhentian....

Cara Cara ke Pulau Redang

Adakah anda sedang merancang percutian ke Pulau Redang dan tidak pasti lagi pengangkutan mana yang sesuai untuk anda? Sama ada anda inginkan cara ke...

4 Kedai Makan Pilihan di Pulau Perhentian Besar

Merupakan destinasi pelancongan pilihan, Pulau Perhentian Besar menawarkan berbagai pilihan makanan dari pelbagai kedai makan buat para pengunjung. Antara hidangan yang popular termasuklah Malaysian...

12 Resort Terbaik untuk Penginapan di Pulau Redang

Pulau Redang merupakan tempat pelancongan antarabangsa yang terkenal di Terengganu yang menjanjikan banyak pengalaman mengujakan jika berkunjung kesana. Jika mendengar nama Pulau Redang memang...

Top 10 Pakej Percutian Pulau Perhentian Yang Best & Murah

Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu ini dahulunya menjadi tempat persinggahan kapal dari Singgora (Selatan Thailand) yang mahu ke Kuala Terengganu. Oleh kerana sering...

27+ Resort Pulau Perhentian Yang Menarik & Best

Pulau Perhentian merupakan satu destinasi pelancongan yang amat menarik untuk semua jenis pelancong. Pulau ini dibahagi kepada dua pulau, iaitu Pulau Perhentian Besar dan...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Susila
Susila
1 year ago

Honeymoon tahun lepas kami di Redang Laguna, harga tak tinggi, best juga pulau redang, memang romantik.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x