7 Klinik Pakar Psikiatri di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu

Psikiatri klinikal memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan mental dan mengurangkan beban penyakit mental dalam masyarakat. Dengan rawatan yang betul, ramai penghidap penyakit mental dapat menjalani kehidupan produktif dan memuaskan. 

Jika anda sedang menghadapi masalah kesihatan mental dan memerlukan perkhidmatan pakar, kami sedia untuk bantu anda! Di sini, kami telah senaraikan 7 klinik pakar psikiatri yang terletak di Petaling Jaya untuk membantu menyelesaikan masalah mental yang mungkin anda hadapi. Semoga membantu!

 7 Klinik Pakar Psikiatri di Petaling Jaya


1. Process Psychology Center, Kelana Centre Point

Process Psychology Center, Kelana Centre Point

Process Psychology Center yang terletak berhampiran Kelana Centre Point ini menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang berkualiti. Klinik pakar psikiatri ini dipercayai oleh semua peringkat umur dan penduduk di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. 

Ianya diuruskan sepenuhnya oleh pasukan pelbagai disiplin antarabangsa dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan terapeutik, kaunseling dan penyelesaian masalah kepada individu, pasangan, keluarga dan organisasi. 

Terapi dan kaunseling yang ditawarkan termasuk terapi perkahwinan, terapi keluarga, kaunseling peribadi, kaunseling pekerjaan dan terapi kesihatan mental. Di samping itu, pusat ini turut menyediakan perkhidmatan sokongan seperti program latihan kemahiran sosial, terapi kumpulan, dan membantu dengan masalah tekanan dan emosi.

Alamat: Block A, Kelana Centre Point, 3A25 & 3A27, 3, Jalan SS 7/19, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad & Isnin (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Process Psychology


2. Soul Mechanics Therapy Center, The Strand, Kota Damansara

Soul Mechanics Therapy Center, The Strand, Kota Damansara

Soul Mechanics Therapy Center mempunyai dua cawangan yang terletak di bandar kota Damansara dan di Ipoh. Ianya ditubuh oleh Devi Venashinee Muruges dengan tujuan untuk menghapuskan stigma yang berkaitan dengan kesihatan mental dan kaunseling.

Matlamat utama mereka adalah untuk menyediakan ruang yang selamat di mana pelanggan boleh berkomunikasi dengan ahli terapi terlatih, menjamin kerahsiaan yang lengkap. Bantuan profesional diberikan kepada individu daripada pelbagai latar belakang, termasuk mereka yang tinggal di kawasan dalam bandar. 

Selain itu, pihak klinik ini komited untuk memberikan hanya penjagaan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Percayalah, mereka akan memastikan anda akan mendapat pengalaman spatial yang selamat di mana anda boleh bercakap secara santai tetapi masih didengari dengan serius.

Alamat: 57-1, Jalan PJU 5/20 The Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 7.00 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Soul Mechanics


3. Abri Integrated Mental Health, Phileo Damansara 

Abri Integrated Mental Health, Phileo Damansara 

Klinik psikiatri seterusnya adalah ABRI Integrated Mental Health yang terletak di Phileo Damansara, Petaling Jaya. Satu fakta menarik mengenai klinik ini, nama “ABRI” berasal dari perkataan Perancis “abriter” yang membawa maksud “to shelter or shield”, atau untuk berlindung dan melindungi.

ABRI Integrated Mental Health diasaskan oleh sekumpulan doktor kesihatan mental yang berkongsi satu visi. Mereka berniat untuk menyatukan amalan pelbagai disiplin mereka selama lebih 30 tahun untuk membantu pelanggan merentas semua lapisan masyarakat benar-benar mencapai kesihatan mental dan emosi yang lebih baik. 

Di ABRI, ikrar mereka adalah untuk sentiasa menawarkan anda perkhidmatan kesihatan mental, emosi dan perhubungan yang prihatin, profesional, beretika dan berkemahiran. Mereka berada di sini untuk menyokong anda melalui penyembuhan dan penyelesaian isu mental anda.

Alamat: Phileo Damansara, Suite 3A-07, Block F, Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp ABRI


4. Klinik Pakar Deva Dass, Seksyen 52

Klinik Pakar Psikiatri Deva Dass, Seksyen 52, Petaling Jaya

Klinik Pakar Deva Dass dimiliki oleh Dr. Deva Dass yang merupakan seorang doktor dengan pengalaman 36 tahun dalam psikologi. Beliau menerima ijazah Sarjana Muda Perubatan pada tahun 1980 dari Universiti Melbourne, Australia. Beliau juga merupakan ahli Majlis Perubatan Malaysia. 

Sebagai seorang doktor yang penuh belas kasihan, Dr. Das akan mendengar anda, kebimbangan anda, dan mengesyorkan ubat-ubatan yang sesuai. Beliau merupakan seorang doktor yang berpengalaman, peramah dan berpendidikan tinggi yang amat komited untuk membantu para pesakitnya.

Menurut ulasan, Dr. Das akan mengekalkan perbualan yang selesa dengan anda, beri peringatan yang membantu dan tidak berkongsi masalah anda dengan orang lain selama bertahun-tahun. Selain itu, pengetahuannya yang luas dalam bidang perubatan dan kemahiran mendengar yang penuh perhatian membolehkannya memberikan penjagaan pesakit yang sangat baik dan memberikan nasihat yang bijak. 

Tidak dinafikan, beliau adalah doktor yang hebat yang layak mendapat pujian yang tinggi dan recommendation yang ramai daripada pesakit beliau yang telah mendapatkan perkhidmatan di sini sebelum ini. Walau bagaimanapun, terdapat ulasan yang telah beri peringatan bahawa klinik ini dibuka pada hari Rabu hanya untuk ubat-ubatan, tiada konsultasi doktor.

Alamat: 40 A, Jalan 52/18, Seksyen 52, Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat (8.00 am – 4.30 pm), Sabtu & Rabu (8.00 am – 1.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7956 0523


5. Kin & Kids Petaling Jaya, VSQ@PJ City Centre

Klinik Pakar Psikiatri Kin & Kids Petaling Jaya, VSQ@PJ City Centre

Kin and Kids ialah sekumpulan pengamal kesihatan mental yang diketuai oleh pengarah klinik, Dr. Charis Wong. Klinik pakar psikiatri ini menyediakan perkhidmatan terapi perkahwinan, terapi keluarga, terapi kanak-kanak atau bermain, terapi seks, psikologi dan kaunseling di Petaling Jaya. 

Pelanggan tempatan dan antarabangsa digalakkan mendapatkan perkhidmatan pakar psikiatri di klinik ini. Ini termasuklah orang dewasa, kanak-kanak, remaja, pasangan dan keluarga dari semua peringkat umur dan gaya hidup.

Dr. Charis Wong dan pasukannya telah menyediakan pasukan profesional kesihatan mental yang berkelayakan yang mematuhi Kod Etika Profesional. Mereka juga bekerja secara kolaboratif antara ahli terapi dan pelanggan. 

Dengan pendekatan yang bertimbang rasa, prihatin, berasaskan kekuatan, mereka sedia untuk menyelesaikan masalah dan melindungi privasi individu. Mereka juga berjanji untuk memantau kualiti perkhidmatan profesional yang diberikan melalui penyeliaan berterusan.

Alamat: 5-05-03, VSQ@PJ City Centre, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 5.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Kin & Kids


6. Ding Psychology Centre, Damansara Utama

Ding Psychology Centre, Damansara Utama

Klinik pakar psikiatri seterusnya adalah Ding Psychology Centre yang terletak di Damansara Utama, Petaling Jaya. Pusat ini telah diasaskan oleh Selina Ding sejak tahun 2007. Mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berkembang, mencapai kejayaan dalam hidup. 

Klinik ini menyediakan penilaian dan terapi untuk kanak-kanak, remaja, keluarga, pasangan dan orang dewasa. Tambahan pula, Ding Psychology Centre juga menyediakan konsultasi dan terapi melalui dalam talian. Mereka juga pakar dalam mengajar kanak-kanak, remaja dan orang dewasa dengan disleksia (dyslexia). 

Program Disleksia Ding telah diasaskan sejak 2009, bertujuan untuk membantu individu mendapatkan semula keyakinan dalam membaca, mengeja dan menulis. Pakar terapi keperluan khas mereka berdedikasi untuk membimbing individu, terutamanya kanak-kanak dan remaja, untuk berkemahiran membaca dan mengeja.

Alamat: No 19-B, Jalan SS 21/56b, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Ding Psychology


7. Integrated Psychology Network Petaling Jaya, Pinnacle PJ Tower A

Klinik Pakar Psikiatri Integrated Psychology Network Petaling Jaya, Pinnacle PJ Tower A

Integrated Psychology Network Petaling Jaya (IPN PJ) adalah sebuah klinik psikiatri yang terkenal di Petaling Jaya. Mereka menyediakan khidmat nasihat dan rawatan psikologi yang berkualiti tinggi, termasuk pemulihan emosi dan mental, perundingan perkahwinan, terapi trauma, dan banyak lagi. 

Klinik ini mempunyai pasukan pakar psikologi yang terlatih dan berpengalaman yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh perhatian dan amanah. Mereka menggunakan kaedah terkini dan terbaik untuk memastikan bahawa pelanggan menerima perkhidmatan yang terbaik dan berkesan. 

IPN PJ juga menawarkan perkhidmatan psikometrik yang lengkap, seperti ujian kognitif dan ujian personaliti, untuk membantu pelanggan memahami diri mereka sendiri dan meningkatkan kefahaman tentang diri mereka.

IPN PJ mengamalkan pendekatan holistik dalam memberikan rawatan, menganggap semua aspek kehidupan pelanggan sebagai satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Dengan pendekatan ini, klinik ini dapat membantu pelanggan mengatasi masalah psikologi mereka dengan lebih efektif dan menyeluruh.

Terdapat pelbagai pakej rawatan yang ditawarkan oleh IPN PJ, yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Jadi, jangan segan untuk mencuba mendapatkan perkhidmatan psikiatri di klinik pakar di Petaling Jaya ini!

Alamat: Unit A-22-12, Pinnacle PJ Tower A, Lorong Utara C, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 5.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7960 7236


Kami harap senarai ini dapat membantu anda mencari klinik pakar psikiatri di Petaling Jaya yang dapat merawat apa pun penyakit mental yang mungkin anda, ahli keluarga anda ataupun orang tersayang menghadapi. 

Sedikit tips dari kami: jangan lupa untuk membuat temujanji terlebih dahulu dengan klinik pilihan anda untuk memudahkan urusan anda dan pihak klinik tersebut. Kami harap segala perancangan anda sepanjang anda berurusan dengan klinik pakar psikiatri di Petaling Jaya pilihan anda berjalan dengan lancar.

Jika anda inginkan pilihan klinik pakar selain klinik pakar psikiatri, kami juga telah menyenaraikan 6 Klinik Pakar Kanak-Kanak Terbaik di Petaling Jaya. Kami harap senarai itu juga dapat membantu anda, terutamanya jika anak anda memerlukan perkhidmatan professional.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Klinik Kesihatan Anda Boleh Lawati Di Sekitar Sungai Buloh

Umum mengetahui pelbagai kemudahan berkaitan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan buat rakyat Malaysia. Antaranya adalah hospital besar, klinik kesihatan, klinik desa, klinik komuniti dan...

7 Klinik Beroperasi 24 Jam di Shah Alam Untuk Pengetahuan Anda

Sakit datang tak kenal waktu dan hari, ia boleh datang secara tiba-tiba. Paling membimbangkan adalah apabila sakit datang pada waktu malam. Ini kerana tidak...

Klinik Kesihatan di Shah Alam Yang Boleh Anda Kunjungi

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor. Shah Alam mendapat gelaran “Bandar Perindustrian” kerana mempunyai banyak kawasan perindustrian di sini. Bandaraya Shah Alam juga...

10+ TOP Kedai Cermin Mata yg Best & Pro

Terdapat banyak faktor yang penting dalam memilih cermin mata, terutamanya untuk pengguna cermin mata kali pertama. Disebabkan ini, kedai cermin mata yang berpengalaman dan...

8 Klinik yang Beroperasi 24 Jam di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu!

Pernah terfikir apa yang perlu anda lakukan seandainya berlaku kecemasan pada tengah malam? Kebanyakan klinik kerajaan hanya beroperasi sehingga jam 5 petang. Tuntutan kerja...

12 Farmasi di Shah Alam yang Sedia Membantu Anda

Daripada ubat-ubatan sehingga ke alatan kesihatan, farmasi sedia untuk memberi khidmat nasihat mengenai ubat yang sesuai untuk anda. Sesetengah farmasi juga mempunyai pemeriksaan kesihatan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x