Isi Kandungan
Rakyat Malaysia sudah mula membuka mata dengan sukan Golf dan bukannya tertumpu pada golongan elit sahaja. Jika dulu ia sering kali dikaitkan dengan sukan yang membawa jurang antara golongan biasa dan golongan tertentu tetapi selepas Malaysia sendiri telah membuka banyak ruang seperti kemudahan dan padang golf di Malaysia yang luas untuk bermain, sukan ini sudah menjadi satu kebiasaan bagi semua.Â
1. Sutera Harbour Golf & Country Club, Sabah
Padang golf terbaik yang menjadi tarikan utama di Sabah adalah Sutera Harbour Golf & Country Club. Destinasi ini sebenarnya tidak tertumpu kepada sukan dan fasiliti golf semata-mata. Sebaliknya mereka yang datang dari dalam dan luar negara mahukan tempat rehat sambil mencuci mata melihat keindahan Sabah. Yang mana destinasi ini juga memberikan kesempatan yang lumayan kepada pengunjung yang ingin melancong sambil beriadah.Â
Sutera Harbour yang dikelilingi dengan lautan dan alam semula jadi mampu menyajikan pancaindera anda dengan keindahan yang sangat menakjubkan. Di sini, anda boleh menaiki kapal layar, dan melakukan pelbagai aktiviti sukan khususnya golf. Bukan itu sahaja, malah disediakan lagi kelas golf untuk sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam sukan ini. Menariknya, The Golf Academy Borneo menawarkan servis dari mereka yang berpengalaman dan profesional seperti Neil Douglas, Chris Boyle, dan Neil & Chris.Â
Alamat: Jalan Utama Sutera Harbour Boulevard, Sutera Harbour, 88100 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia
Bayaran Masuk: RM 245 – RM 315 (18 holes), RM 180 – RM 192 (9 holes)
Waktu Operasi: 6 pagi – 7 malam (setiap hari)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 088-318888
2. Mount Kinabalu Golf Club, Sabah
Kebiasaan, kelab golf di Malaysia dibina di tanah rata. Namun bagaimana pula jika anda bermain golf dengan ditemani gunung dan tanah tinggi di kiri dan kanan? Landskap yang dibina oleh Robert Muir Graves ini membawa kepuasan yang maksima kepada pengemar sukan golf kerana sesiapa pun pasti teruja untuk bermain sambil ditemani angin dingin gunung-ganang, dan ladang ternakan. Jika anda bernasib baik ketika itu, anda boleh melihat dengan jelas dari jarak dekat pemandangan Gunung Kinabalu yang megah berada di sebelah anda.
Sambil menyelam minum air, barangkali itu adalah pepatah yang tepat untuk anda. Selepas bermain golf, anda boleh cuba untuk merasai pengalaman baru pula yang lebih mencabar dengan mendaki Gunung Kinabalu yang berketinggian 4101 meter.Â
Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Bayaran Masuk: RM 53 – RM 106 (18 holes)
Waktu Operasi: 7 pagi – 4 petang (setiap hari)
Lokasi | Laman Web |Â Ulasan Google | Email | Phone: 088-889445
3. Dalit Bay Golf & Country Club, Sabah
Dalit Bay Golf & Country Club berkeluasan 400 ekar ini direka khas untuk mengambarkan keindahan semula jadi negeri Sabah. Lokasi Dalit sememangnya tidak boleh disangkal lagi sebagai sebuah padang golf terbaik yang sesuai kepada semua tahap pemain golf di Malaysia. Anda boleh bermain dari hole 1 sehingga ke hole 18 bergantung kepada kemampuan anda.Â
Disamping lokasi Dalit sering dijadikan tempat untuk pertandingan golf peringkat antarabangsa diadakan seperti BMW Golf Tournament, Mercedes Trophy, dan sebagainya. Ia juga berjaya memperoleh pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara seperti Top 10 Golf in Asia, Malaysia Best Golf Hotel, dan lain-lain lagi.Â
Alamat: Dalit Bay Golf & Country Club Pantai Dalit Beach, Tuaran, Sabah, 89208, Malaysia
Bayaran Masuk: RM 440 (18 holes), RM 250 (9 holes)
Waktu Operasi: 7 pagi – 8 malam (setiap hari)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 088-791666
4. Damai Golf & Country Club, Sabah
Damai Golf & Country Club merupakan salah satu dari kelab golf di Malaysia. Padang dan fasilitinya telah mencapai standard antarabangsa dan boleh digunakan untuk pertandingan di peringkat dunia. Latar tempatnya sangat strategik yang mana bersempadan dengan kaki Gunung Santubong, bersebelahan dengan pantai berbatu dan dikelilingi oleh hutan paya bakau Laut China Selatan.Â
Dua bentuk pakej yang terdapat di sini merangkumi The Ocean Nine (hole 8 & 9) dan The Mountain Nine (hole 13 & hole 18). Ramai yang teringin untuk belajar bermain golf tetapi kesuntukan waktu apabila sibuk dengan urusan kerja dan rutin harian. Oleh itu, mereka ini selalunya akan menjadikan sebahagian dari masa trip percutian sebagai masa bersama sukan golf. Untuk anda yang berhadapan dengan situasi seperti ini, usah risau kerana Damai Golf berdekatan dengan 4 buah hotel berprestij untuk di diami seperti Damai Beach Resort, Grand Margherita, Riverside Majestic Hotel Puteri Wing and Riverside Majestic Hotel Astana Wing.
Alamat: Jalan Santubong, P.O.Box B203, 93862 Kuching, Sarawak, Malaysia
Bayaran Masuk: RM 170 (18 holes), RM 110 (9 holes)
Waktu Operasi: 6:30 pagi – 7 malam (setiap hari)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 082-846088
5. Labuan International Golf Club, Labuan
Siapa kata di Labuan anda tidak berpeluang untuk bermain golf? Malah padang golf di Malaysia Timur pada kali ini merupakan sebuah padang golf yang tidak asing lagi di dunia. Apa lagi kalau bukan Labuan International Golf Club (LIGC). Dengan tanah berkeluasan 200 ekar dan landskap sekeliling yang dihiasi dengan keindahan alam semula jadi, LIGC terus mendapat tempat di hati pencinta sukan golf di seluruh dunia. Menariknya, destinasi ini direka khas dari designer Australia iaitu Parslow & Winter Golf Course Design.
LIGC merekodkan ia berjaya menempah nama dalam Top 100 Golf Courses Terbaik dengan berkedudukan ketiga di Malaysia, dan kedua puluh tiga terbaik di dunia.
Alamat: Jalan Sungai Pagar, 87000 Federal Territory, Wilayah Persekutuan Labuan
Bayaran Masuk: RM 170 – RM 220 (18 holes)
Waktu Operasi: 6:30 pagi – 11 malam (setiap hari)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 087-468468
6. Sabah Golf & Country Club, Sabah
Satu lagi padang golf di Malaysia Timur yang selalu menjadi tarikan ramai adalah Sabah Golf & Country Club. Memiliki lebih seribu keahlian yang aktif merangkumi kategori dewasa dan kanak-kanak. Lokasi ini cukup memberikan impak yang hebat kepada sukan golf khususnya di Borneo kerana pelbagai kejuaran dunia telah dipertandingan di sini seperti WAGC Championship 2019, dan Carlsberg Golf Classic 2019.Â
Selain padang golf yang luas, Sabah Golf & Country Club juga mempunyai fasiliti yang canggih dari segi kolam renang, gym, gelanggang tennis, F&B outlet, gelanggang squash, bilik sauna, bilik snooker, D’Dogleg bar, dan sebagainya.Â
Alamat: Jalan Kolam, Bukit Padang, 88820 Kota Kinabalu, Sabah
Bayaran Masuk: RM 220 – RM 300 (18 holes)
Waktu Operasi: 8 pagi – 4:30 petang (ahad cuti)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 088-247533
Whatsapp Sabah Golf & Country Club
7. Kelab Golf Sarawak, Sarawak
Siapa yang pernah ke Sarawak pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba padang golf terbaik di sini. Kelab Golf Sarawak (KGS) terletak 10 kilometer atau 15 minit perjalanan dari bandar Kuching dan menjadi tumpuan umum lebih-lebih lagi pengunjung dari luar.
Pengemar sukan golf akan berasa tercabar setiap kali ke sini kerana ia menawarkan 36-hole golf course yang terdiri dari dua arah berbeza iaitu selatan dan utara. Di sebelah selatan dengan 18-hole courses adalah Matang/Santubong manakala di utara Siol/Demak. Nama-nama ini agak unik dan asli kerana ia mengekalkan geografi tempat tersebut dengan apa yang boleh anda nampak di sekelilingnya. Contohnya bagi lokasi Matang/Santubong, anda boleh melihat dua mercu tanda Gunung Santubong dan Matang dengan nyata dari jauh. Â
Alamat: Jalan Stadium (Ring), Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Bayaran Masuk: RM 250 – RM 350 (18 holes)
Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang (ahad cuti)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 082-443398
8. Eastwood Valley Golf & Country Club, Sarawak
Tidak lengkap rasanya jika tidak masukkan sekali satu lagi padang golf terbaik yang ada di Sarawak ini iaitu Eastwood Valley Golf & Country Club. Namanya sahaja sudah gah menunjukkan ia dikelilingi dengan landskap menghijau yang menyegarkan mata pengunjung. Ya, memang tidak dinafikan sebahagian mereka yang menginap di Hotel Eastwood Valley pasti akan mencuba padang golf yang terdapat di situ.Â
Sama ada anda di tahap junior, pro, atau pun professional anda pasti akan mendapatkan pengalaman yang luar biasa jika bermain di padang ini. Malah mereka yang benar-benar serius dalam sukan golf juga boleh menikmati pelbagai servis lain yang ditawarkan khusus dalam bidang golf seperti corporate golf day, client entertaining, business seminar, dan sebagainya.Â
Alamat: Lot 1379, Block 17, KBLD, Sarawak 98000, 98000 Miri, Sarawak
Bayaran Masuk: RM 232 – RM 301 (18 holes), RM 127 – RM 169 (9 holes)
Waktu Operasi: 24 jam
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 085-421010
Dengan hanya sebiji bola kecil, sebatang kayu pemukul, sebuah lubang kecil di hamparan sebuah padang yang luas, anda boleh mengasah pelbagai disiplin ilmu dan peribadi seperti berdisiplin, fokus, jujur, dan bijak dalam membuat keputusan. Sukan golf sangat berpotensi untuk menjadi sukan negara sekiranya lebih ramai lagi masyarakat yang membuka mata akan suka ini.