Nasi Ulam Cikgu

Kedai Makan Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kota Bharu merupakan salah satu destinasi yang amat popular untuk makan tengahari. Berkonsepkan menu makanan kampung ala negeri Kelantan dan harga makanan-makanan di sini memang berpatutan.

Restoran Nasi Ulam Cikgu atau juga dikenali sebagai Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan terletak berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah. Kebiasaannya makanan dan lauk yang disediakan adalah untuk makan tengahari. Ketika kami datang orang memang penuh. Mujurlah restoran ini agak besar dan tidaklah sempit sangat nak makan. Korang kena self sefvice dan pilihlah lauk pauk yang memang sentiasa ditopup kalau habis.

nasi ulam cikgu kota bharu

Dah nama pun restoran nasi ulam maka konfemlah ulam ulaman wajib ada. Tak macam kat kedai lain, pilihan ulaman kat sini memang banyak !! Dan yang paling best budu yang disediakan bukanlah budu dalam botol tetapi budu kampung yang memang sedap !! Rasanya memang lain dari kebanyakan budu yang kami pernah rasa.

nasi budu kota bharu

Tu dia budu kampung di campur dengan bawang, buah mempelam muda (pauh putih), tempoyak dan asam limau. Memang terangkat beb. Kalau datang sini wajib cuba budu ni.

lauk tradisional kelantan sedap

Ikan keli goreng ni memang besar dan kalau di kebanyakan kedai makan lain ikan keli sebesar ni sah2 harga dia tak kurang RM8-RM10. Tapi kat sini harganya cuma sekitar RM4-RM7. Yang pasti ikan keli goreng kat sini memang panas2 sebab sentiasa ditopup kerana terlalu laris. Rempah goreng dia pun agak lain dari kebiasaan ikan keli goreng yang pernah kami makan. Dan yang penting, kalau ambik ikan goreng ni, korang kenalah ambik air asam dia yang memang kau abih..satu hari tangan bau belacan !! huhu

restoran sedap kota bharu

Untuk dua orang makan ni lah dia lauk pauk yang kami ambik. Sebenarnya banyak pilihan lauk di sini tetapi memandangkan kami ni cuma berdua so amik yang mana nak makan lah. Tak baik tamak2. Harga untuk kesemua lauk2 ni serta air tea ais ialah RM13.50. Memang murah !! Ikan Patin masak tempoyak dia memang lain kalau nak dibandingkan di Temerloh. Mungkin style orang sini. Secara peribadi, gua memang lagi suka ikan patin tempoyak Temerloh. Koordinat Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu. lat/lng: 6.133013,102.237888. Selamat menjamu selera !

4.4/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Sri Tujoh

Pantai Sri Tujoh atau lebih sinonim di kalangan masyarakat di Kelantan "Pantai Tujjoh" merupaka salah satu destinasi berekreasi yang paling popular di daerah Tumpat. Kalau...

9 Homestay yang Cantik di Pasir Mas untuk Penginapan Anda!

Jika berjalan ke Kelantan pastinya anda akan mencari penginapan yang selesa dan terbaik di kawasan berdekatan. Pasir Mas salah satu tempat yang sesuai untuk...

Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Syurga Membeli Belah. Itulah panggilan yang selalu kita dengar kalau bercakap pasal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi,...

Top 15+ Hidden Gem di Kelantan yang Ramai Tak Tahu

Pelancongan domestik menawarkan pelbagai pengalaman unik dan menarik, terutamanya di Kelantan. Negeri pantai timur ini kaya dengan keindahan alam semula jadi, budaya, dan sejarah....

Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

Dalam entri yang lalu saya ada kongsikan beberapa tempat menarik di Kelantan untuk pengunjung yang bercuti ke Kelantan dan seperti yang dijanjikan hari ini saya...

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu merupakan salah satu destinasi melepak yang boleh dikatakan tidaklah terlalu sesak dengan orang kalau nak dibandingkan dengan pantai-pantai lain. Ini mungkin kerana...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
laila
laila
1 year ago

nak tanya hari jumaat kedai buka ke

amri
amri
7 years ago

nasi ulam sedap….sangat enak dimakan

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x