Nasi Ayam Kampung

Nasi Ayam Kampung Chabang 4 merupakan salah satu destinasi sarapan pagi yang agak popular di Daerah/Jajahan Tumpat. Lokasi kedai ini terletak kira-kira 10 minit dari bandar Kota Bharu.

Dah banyak kali lalu kat sini, asal pagi je ramai orang, asal ramai orang je pagi :p. Menarik ke tidak jom lah tengok ! Jangan pelik dengan nama menu  Nasi Ayam Kampung sebagai sarapan pagi kalau anda di Kelantan!!

Nasi Ayam Kampung ini bukan la menu Nasi Ayam seperti Nasi Ayam Hainan tu, sebenarnya ianya ialah Nasi Gulai Ayam Kampung.. Kedai ini kebiasaannya akan tutup sekitar pukul 10 dan 11 pagi bergantung kepada pengunjung. Kalau habis awal, maka awal la tauke kedai ni tutup. Maklumlah kedai makan pagi popular lah katakan.

restoran nasi ayam kampung tumpat

Di sinilah customer perlu beratur untuk mendapatkan santapan masing-masing. Antara lauk ayam kampung yang ada di sini ialah, gulai ayam kampung dan ayam kampung goreng. Selain itu terdapat juga lauk lain seperti gulai ikan masin. Seddap nampak rasa nak try semuanya.

nasi ayam kampung sedap kb

Haa..ini lah dia santapan pagi CD hari ni…nasi putih + ayam kampung goreng dan berkuahkan gulai ikan masin !! memang terbaik kuah dia !! Kalau drumstick ayam bandar, memang tak sekecik ni !! Rasa ayam kampung memang agak liat dan lebih kenyal kalau dibandingkan dengan ayam biasa.. Mungkin sebab ayam kampung ni suka berlari…tidak seperti ayam bandar yang hanya makan dan tido sahaja.

kedai sarapan pagi sedap kelantan

Seperti yang kita tersedia maklum, ayam kampung ni lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan ayam bandar walaupun isi dia lebih sedikit dan lebih kenyal. Bagi CD, pengalaman makan nasi berlauk ayam kampung di pagi hari ni memang agak pelik sedikit !! maklumlah CD bukan orang sini..

Tapi di Kelantan, nasi berlauk seperti nak makan tengahari ni, merupakan perkara biasa dan kegemaran rakyat negeri The Red Warriors. Apa yang CD kagum dengan kedai ni ialah, walaupun kedai ni agak simple tapi kebersihan tetap diutamakan…siap dapat A lagi tu !! Kalau kedai makan sedap tapi kotor tak guna jugak kan.

makanan tradisi kelantan tumpat

Bagi CD, harga nasi ayam kampung ni dengan segelas air nescafe ais memang sangat berpatutan. Nasi dia bukan sahaja lembut malah lauk pauknya pun sedap !! RM5.80 memang murah.

restoran breakfast best kelantan

Untuk yang berminat nak menempah atau nakbuat reservation dulu boleh lah hubungi nombor phone yg tertera di papan tanda kuning itu…Koordinat kedai ialah lat/lng: 6.151883,102.157161. Kedai ni memang senang je nak jumpa dan betul-betul di tepi jalan besar. Selamat mencuba dan jalan jalan cari makan di Kelantan ! :)

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Pantai Sri Tujoh

Pantai Sri Tujoh atau lebih sinonim di kalangan masyarakat di Kelantan "Pantai Tujjoh" merupaka salah satu destinasi berekreasi yang paling popular di daerah Tumpat. Kalau...

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu merupakan salah satu destinasi melepak yang boleh dikatakan tidaklah terlalu sesak dengan orang kalau nak dibandingkan dengan pantai-pantai lain. Ini mungkin kerana...

43+ Tempat Menarik di Kelantan Paling Popular Untuk Pelancong Lawati

Majoriti tempat-tempat menarik di Kelantan yang popular & sering menjadi kunjungan pelancong luar lebih tertumpu kepada kawasan pasar, tempat makan menarik, destinasi bersejarah &...

Pantai Cahaya Bulan – Apa yang menarik di sini

Pantai Cahaya Bulan di Kelantan merupakan pantai rekreasi yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Dan sekiranya anda bercuti ke Kelantan dan inginkan destinasi...

Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Syurga Membeli Belah. Itulah panggilan yang selalu kita dengar kalau bercakap pasal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi,...

Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

Dalam entri yang lalu saya ada kongsikan beberapa tempat menarik di Kelantan untuk pengunjung yang bercuti ke Kelantan dan seperti yang dijanjikan hari ini saya...

14 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

14 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Homestay Melaka
Homestay Melaka
10 years ago

murah bro..kalau kt KL ayam saje dh RM5 kot!

W.R
W.R
10 years ago

huh murah sgt harga menu ayam kampung nie..:)

Hafizul
10 years ago

dah lama tak makan ayam kampung gulai ni…kerinduan dah rasa ni..haha

titan
10 years ago

fuhh..macam sedap aje nasi ayam tu. bak sikit..

Buat Wanita
10 years ago

bestnya ayam kampung kan … tapi makan pepagi?? tak lapar lagi kot :p kat kota bharu ni tempat makan best pernah pergi.. restoran nasi ulam cikgu je, yang dekat muzium … sebab sekali je pernah jejak kaki ke kelantan :)

Lizz
10 years ago

sebenarnya memang makanan2 kampung lagi best dari makan dekat kedai yg macam gempak tp lauk tak sedap.hehehehe

Denaihati
10 years ago

kalau dekat dah sampai restoran ni, nampak best je ni…heee

Hubungi Kami

14
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x