Time Tunnel Museum – Ubat gigi muka HITAM !

Bagi yang membesar dalam era 70-90an, berada kat Time Tunnel Museum pasti akan membuatkan anda teringat kembali ke masa silam. Banyak barangan, perkakas lama yang ada di sini daripada barangan dapur, barangan kegunaan harian, duit lama, gambar lama dan makanan. Sedap air strawberi blended kat sini, fresh.

Sebenarnya kat Cameron Highland ni rata-rata makanan berasakan strawberi pun sedap. Stok senang dapatlah katakan. Kalau anda baru pertama kali ke Cameron Highland, tempat ini mesti anda datang ! Di pintu masuk, ada sebuah cafe kepunyaan muzium ini dan kalau beli makanan dan minuman di situ anda akan dapat 10% diskaun untuk harga tiket masuk ke muzium! Pandai !

Tiketnya hanya berharga RM 5 untuk dewasa dan MR 3 untuk kanak-kanak!! Murah je.

time tunnel museum cameron highland

Walaupun muzium ini kecil tapi memang banyak barangan lama yang ada di sini. Dari luar muzium ini nampak biasa-biasa je, tapi dalam, padat dengan barangan sejarah yang berharga.

Kalau bawak anak-anak ke sini, sesuailah untuk terangkan kepada mereka barangan dan keperluan kita ketika kita kanak-kanak dahulu.

Ubat gigi muka hitam !

muzium di cameron highland

Antara barangan yang amat menarik perhatian saya ialah kotak ubat gigi Darlie ni ! Buruknya kotak dan logo dia ! Baru tau ini rupa asal ubat gigi Darlie dahulu. Kalau sekarang kotak dan nama ubat gigi ni ada di kedai, konfem tader orang beli. Buruk lah.

apa menarik di time tunnel museum

Selain itu, ada juga satu ruangan dapur yang menempatkan barangan-barangan memasak yang lama. Teringat time duduk rumah atuk masa kecik-kecik dahulu.

tempat sejarah cameron highland

Kesemua barangan di sini tersusun rapi mengikut peredaran zaman. Dan ada sesetangah gambar dan barangan mempunyai info sejarahnya dan ada juga yang tiada apa-apa penerangan. Pemilik sepatutnya letak lebih banyak info bertulis supaya senang generasi muda tahu asal usul barang-barang antik di sini. Satu tempat bersejarah yang amat menarik di Cameron Highland. Jangan lupa untuk datang.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Taman Lavender Cameron Highland – Aiskrim Berperisa Lavender?

Satu tarikan pelancongan di Cameron Highland yang agak baru iaitu Taman Bunga Lavender. Bagi yang nak photoshot di kelilingi bunga-bunga yang cantik berwarna warni, bolehlah...

Ladang Teh Boh – Pemandangan hijau yang indah

Teh Boh merupakan jenama teh yang amat popular di Malaysia. Jadi kalau nak tengok pemandangan Ladang Teh Boh di Sungai Palas dan mempelajari bagaimana serbuk...

Big Red Strawberry Farm

Mercu tanda Cameron Highland. Selain Ladang Teh Boh di Sungai Palas, salah satu lagi ikon Cameron Highland ialah buah strawberry. Kanak-kanak mesti terasa amat teruja...

35+ Tempat Menarik di Cameron Highland, Pahang Paling Popular Untuk Diterokai

Sekiranya anda orang Semenanjung Malaysia & belum pernah bercuti di Cameron Highland walaupun sekali, jangan 'hati koyak' pula kalau anda sebenarnya boleh dilabelkan sebagai...

12 Tempat Penginapan BEST di Cameron Highland

Percutian yang sejuk dan nyaman semestinya di Cameron Highland yang merupakan destinasi percutian popular di Semenanjung Malaysia. Pemandangannya yang cantik dipenuhi kehijauan ladang teh...

Agro Technology Park MARDI – PELIK bunga dan buahnya

Taman Agro Tech MARDI di Cameron Highland ini hanyalah dalam 20 minit jalan kaki dairpada pertengahan Tanah Rata. Taman ini mempunyai pelbagai jenis bunga-bunga...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x