Muzium Kapal Selam Melaka – Harga Tiket & Apa Menarik di sini

Muzium yang mempamerkan informasi bersejarah, adat resam, budaya & keagamaan memang banyak di Malaysia dan boleh dikatakan semua negeri ada. Tetapi muzium kapal selam memang tiada di negeri lain. Rugi siapa yang bercuti ke Melaka tetapi tak singgah di Muzium Kapal Selam ( submarine museum ) yang terletak di Kompleks Pelancongan Klebang & hanya beberapa minit dari Pantai Rekreasi Klebang. Harga tiket masuk pun murah dan akses nak ke sini dari Bandaraya Melaka pun mudah & dekat.

Untuk makluman, destinasi ini merupakan sebuah kapal selam sebenar yang dahulunya dikategorikan sebagai kapal selam penyerang. Kini ianya telah dibuka menjadi sebuah muzium & salah satu tarikan pelancongan di Melaka sejak tahun 2012.


Harga tiket & waktu operasi Muzium Kapal Selam Melaka

harga tiket muzium kapal selam melaka

Harga tiket untuk melawat Muzium Kapal Selam sangat berpatutan dan sama murah dengan kebanyakan muzium-muzium di Melaka yang lain.

  • Dewasa: RM 5.00 / seorang
  • Kanak-kanak (bawah 12 tahun) : RM 2.00 / seorang
  • Kanak-kanak (bawah 6 tahun) : percuma

Waktu operasi Muzium Kapal Selam:

  • Isnin- Khamis: 9.00 am – 5.00 pm
  • Jumaat – Ahad: 9.00 am – 6.30 pm ( Jumaat rehat waktu 12.15 pm – 2.45 pm )

Kemudahan untuk pengunjung:

  • Parking kereta percuma
  • surau
  • tandas
  • gazebo
  • sub cafe (akan dibuka)
  • sistem penghawa dingin dalam kapal selam

Saiz muzium ini super besar

muzium kapal selam melaka

Sebaik membeli tiket masuk di kaunter dan masuk melalui gate utama, anda sudah dapat menyaksikan kawasan hadapan kapal selam atau namanya SMD Quessant yang terletak di tepi sebuah padang rumput yang sangat lapang. Sebaik melalui ke sisinya, anda tentu kagum melihat saiznya kira-kira 70 m yang lebih panjang dari Muzium Kapal Samudera.

Bermacam-macam perkara bermain di kepala tentang teknologi & keupayaan sebuah kenderaan yang sebegini besar boleh menyelam di lautan sehingga 300 meter dalamnya. Hal ini pasti akan membuatkan mereka yang belum ada pengalaman masuk ke dalam kapal selam terutamanya kanak-kanak makin teruja nak melihat keadaan sebenar di dalamnya.


Taklimat penerangan kapal selam

apa menarik di submarine museum melaka

Sebelum menaiki tangga menuju ke ruangan dalaman kapal selam ini, pengunjung disarankan untuk ke ruangan bawah kapal selam ini yang menempatkan informasi penting serta paparan video ringkas tentang kapal selam ini seperti sejarah perjalanannya, keadaan semasa diangkut ke darat & sebagainya. Dalam video ini ada juga menunjukkan barge (kapal) & kren gergasi yang digunakan untuk mengangkut kapal selam yang besar ini.


Muzium yang besar di luar kecil di dalam

muzium menarik melaka kapal selam

Kenyataan besar di luar kecil di dalam mungkin bukan satu benda yang positif nak digambarkan. Namun itulah hakikatnya keadaan kapal selam di muzium ini yang pernah menjadi tempat tinggal kelasi-kelasi kapal yang menyelam di dasar lautan. Keselesaan untuk tinggal di dalam kapal selam bukanlah semewah di dalam hotel.

Pengunjung perlu menaiki tangga yang disediakan di bahagian depan kapal selam ini yang merupakan ruangan pelancaran peluru torpedo. Sekiranya buat lawatan ke Muzium Kapal Selam ini dengan kanak-kanak, sila awasi mereka di bahagian ini kerana tiada pagar di platform laluan yang sempit ini.


Tempat pelancaran peluru berpandu

submarine-museum-in-malacca-compressor
ruangan pelancaran torpedo

Memang sangat best dapat melihat keadaan yang real di dalam sebuah kapal selam terutamanya di bahagian pelancaran torpedo. Terdapat beberapa laras tempat mengisi torpedo yang di sekelilingnya mempunyai begitu banyak paip-paip, skru-skru sehingga pening melihat keadaannya. Tidak boleh nak bayangkan bagaimana agaknya tentera-tentera laut dahulu memasukkan peluru berpandu ke dalam tempat pelancaran ini dalam ruangan yang sangat terhad.


Jangan mewah janji ada fungsi

tempat menarik pantai klebang melaka

Ruangan dalaman Muzium Kapal Selam ini yang menjadi tempat lawatan pengunjung tidaklah terlalu besar & mungkin mengambil masa 3-4 minit untuk lihat kesemua ruangan seperti galley,kabin krew, tempat mengemudi kapal, bilik tidur pegawai, tandas, dapur dan sebagainya. Secara keseluruhannya, ruangan-ruangan yang menjadi fungsi kepada kapal selam ini memang sempit & meminimumkan saiz supaya ‘hanya cukup pakai’ seolah-olah adalah prinsip untuk membina ruangan dalaman sebuah kapal selam.


Sistem kapal selam analog

muzium pantai klebang melaka

Memandangkan kapal selam SMD Quessant ini dibina tahun pada 70 an lagi maka sistem kawalan semua unit di dalamnya adalah jenis analog. Anda boleh lihat sendiri dari ruangan Main Control Centre yang banyak menempatkan meter-meter bacaan variable penting seperti tekanan, suhu & sebagainya yang menjadi panduan kepada kelasi tentang parameter-parameter penting ketika di bawah permukaan air. Kapal selam ini memang telah lama berkhidmat bermula di Perancis sebelum dibeli oleh Tentera Laut Diraja Malaysia untuk dijadikan kapal latihan.


Buat ‘tawaf’ kalau tak puas tengok

muzium kapal selam klebang melaka

Memandangkan ruangan laluan dalamannya yang sempit maka kalau time orang ramai memang susah nak berjalan sesuka hati. Time kita nak cepat ke hadapan orang di hadapan pula lambat dan time kite nak lambat orang di belakang pula nak cepat. Nak berselisih atau nak potong orang di hadapan memang agak susah sebab terlalu sempit. Jadi kalau tak puas melihat keadaan dalam kapal selam ini boleh sahaja turun dari pintu belakang dan kembali ke pintu hadapan melalui tangga yang disediakan seberapa kali yang anda mahu.


Jet pejuang di depan mata

apa best di muzium melaka

Selain kapal selam yang menjadi tarikan utama di sini, pengunjung juga boleh melihat dua buah pesawat yang merupakan replika jet pejuang yang besar termasuk dengan kostum lengkap seorang pengemudi di dalam bekas kaca. Bunyi deruan jet pejuang yang mengiringi pengunjung juga boleh didengari daripada video-video yang disediakan di sini sebagai panduan untuk pengunjung.


Santai di Pantai Klebang

coconut-shake-original-klebang melaka

Kalau dah terlajak ke sini selepas Zohor, bolehlah pula ke beberapa tempat menarik di Melaka yang ada di sekitar Klebang seperti bersantai petang di Pantai Klebang. Kalau menuju balik ke Bandaraya Melaka boleh singgah untuk merasai kelazatan Coconut Shake Original Klebang. Di ruangan parking kereta di Muzium Kapal Selam ini juga terdapat kemudahan cafe ( subs cafe) namun ianya masih belum dibuka. Untuk makan tengahari di sekitar Pantai Klebang juga terdapat beberapa medan selera yang menyediakan pelbagai menu makanan seperti nasi campur, nasi ayam, masakan panas & sebagainya.


Semoga artikel ini memberi anda manfaat berguna sebelum melawat Muzium Kapal Selam Melaka kelak. Walaupun anggaran masa lawatan ke muzium ini agak singkat berbanding dengan muzium di Melaka yang lain, namun ianya sesuatu yang sangat berharga kerana peluang untuk melihat malah untuk masuk kedalam kapal selam bukan sesuatu perkara yang mudah untuk didapati di tempat lain. Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mesti datang tengok. Wassalam.

4.4/5 - (28 votes)

Anda Mungkin Berminat

57+ Tempat Menarik di MELAKA Yang Popular untuk Dilawati Pelancong

Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling popular. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan...

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

Top 10 Tempat Penginapan Tepi Pantai Best di Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah semestinya tempat percutian kegemaran rakyat Malaysia jika bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Disebabkan lokasinya yang terletak hanya beberapa jam sahaja dari...

Muzium Sejarah & Etnografi Melaka – Satu Tiket untuk 5 Muzium

Kalau anda mulakan perjalanan percutian anda di Bandar Hilir Melaka di sekitar dataran Stadthuys yang menempatkan mercu tanda I Love Melaka serta berdekatan dengan...

Masjid Selat Melaka – Tempat Menarik di Bandar Melaka MESTI datang

Beberapa negeri di Malaysia seperti Terengganu, Kedah, Perlis & Sarawak mempunyai masjid terapung ikonik negeri yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri masing-masing....

10 Homestay yang Selesa di Sekitar Pengkalan Balak untuk Anda!

Melaka merupakan bandar bersejarah dan sering menjadi tumpuan pelancong kerana budaya dan keunikan yang ada di negeri ini. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai...

3 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Normy
Normy
5 years ago

Nak buat lawatan ke sana, boleh dapat tak diskaun kalau pergi ramai – ramai. T.kasih

Nor Azlin Bt Selim
Nor Azlin Bt Selim
6 years ago

macam sangat menarik, baru nak pergi

Nor Azlin Bt Selim
Nor Azlin Bt Selim
6 years ago

nak buat lawatan ke muzium untuk sekolah nak buat surat rasmi ke muzium kapal selam

Hubungi Kami

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x