Muzium Istana Kesultanan Melaka – Hub Ilmu Kesultanan Melayu Melaka

Destinasi ini antara tempat bersejarah di Bandar Melaka yang sangat ideal untuk pelancong mempelajari tentang Kesultanan Melayu Melaka & banyak sejarah-sejarah dalam pendekatan yang tidak membosankan. Muzium Istana Kesultanan Melaka ini memang sangat unik kerana dibina dengan teknik tradisional seperti pasak & kalau berada di sini ibarat kembali ke zaman kegemilangan negeri Melaka.

Muzium Istana Melaka ini memang sangat sesuai untuk anda jadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar untuk anak-anak atau bersama pelajar institusi pengajian.


Harga tiket Muzium Istana Kesultanan Melaka & waktu operasi

istana kesultanan melayu melaka

Berikut merupakan informasi penting untuk melawat muzium ini:

  • Harga Tiket :
    • Pelancong tempatan (MyKad/MyKid):
      • Dewasa: RM 3.00/seorang
      • Kanak-kanak (7-12 tahun): RM 2.00/ seorang
      • Kanak-kanak (bawah 7 tahun): percuma
      • OKU: Percuma
    • Pelancong asing:
      • Dewasa: RM 5.00/seorang
      • Kanak-kanak (7-12 tahun): RM 2.00/ seorang
      • Kanak-kanak (bawah 7 tahun): percuma
  • Waktu Operasi:
    • Isnin-Ahad: 9.00 pagi – 5.00 petang ( Jumaat 11.45 pagi – 2.45 petang ditutup sementara)
  • Lokasi: Berdekatan dengan Kota A’Famosa
  • Alamat: Jalan Kota, 75000, Melaka
  • Peta: Google Map
  • Masa lawatan: 20-30 minit

Fakta menarik tentang Muzium Istana Melaka ini

muzium istana melaka

Muzium ini dibina seperti skala asal Istana Melaka yang sebenar ketika era kegemilangan negeri Melaka pada zaman Sultan Mansur Syah (1456-1477) yang banyak berpandukan sumber-sumber sejarah. Yang menariknya, pembinaan muzium ini masih menggunakan cara pasak & tanggam sebagai ganti kepada paku untuk menghubungkan sendi kayu-kayu di sini.

Material kayu yang digunakan untuk membina replika ini bukannya sembarangan tetapi menggunakan jenis-jenis kayu yang berkualiti tinggi seperti atap ( kayu berlian), tiang seri ( kayu cengal) & lantainya (kayu resak). Tidak hairanlah masa pembinaan yang diambil untuk siapkan replika Istana Kesultanan Melaka ini mengambil masa 2 tahun & siap sepenuhnya pada tahun 1986.


Istana lama Melaka mujur ada aircond

kesultanan melayu melaka

Mujurlah, walaupun muzium ini merupakan replika Istana Kesultanan Melaka 500 tahun yang lepas namun masih ada sistem penghawa dingin untuk keselesaan pengunjung. Kalau anda berkeliaran di kawasan terbuka seperti di Kota A’Famosa pada waktu tengahari yang panas, eloklah untuk terus ke sini untuk berteduh & sejukkan diri dengan melawat muzium ini. Lokasi Muzium Kesultanan Melayu Melaka ini hanya 3 minit jalan kaki dari Kota A’ Famosa.

Sebaik melangkah masuk ke aras pertama anda dapat lihat kiri & kanan bayak galeri & beberapa diorama yang kesemuanya berkaitan dengan era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Muzium ini mempunyai 2 tingkat & bahagian di atas lebih terasa bahang panas matahari kerana tiada ceiling di antara atap & lantai seperti yang ada di bangunan zaman moden.


Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

istana lama sultan melaka

Sebaik sampai di pintu masuk pengunjung boleh melihat beberapa bahan bacaan sebagai pengenalan tentang latar belakang Istana Kesultanan Melaka ini. Ringkasnya, tujuan muzium ini dibina adalah untuk mengetengahkan sejarah Kesultanan Melayu Melaka kepada pelancong yang banyak menceritakan tentang tokoh-tokoh pahlawan di Melaka, budaya, hal perdagangan, sistem pentadbiran & sebagainya.

Pendekatan penyampaian maklumat di sini juga lebih kepada koleksi galeri, infografik, potret lukisan & diorama. Antara diorama yang sangat sinonim dengan Kesultanan Melayu Melaka di sini ialah pertelingkahan Hang Tuah/ Hang Jebat, suasana perjumpaan pembesar & sultan di Balairong Seri & juga kisah Parameswara melihat peristiwa binatang bergaduh yang seterusnya mencetuskan idea untuk menamakan negeri Melaka.


Senjata purba pahlawan Melaka

artifak muzium istana melaka

Koleksi senjata-senjata lama yang ada di sini memang agak banyak untuk anda pelajari yang kebanyakannya juga merupakan senjata-senjata lama pahlawan Melayu. Sekiranya anda sukakan kesenian Melayu lama, banyak keris-keris dengan motif ukiran menarik untuk dilihat & senjata-sejata yang sering dilakukan dalam filem Melayu lama seperti Laksamana Do Re Mi juga ada di sini.


Baruku tahu meriam Melayu juga ada

pameran meriam muzium melaka

Sebelum datang ke sini, mesti ramai yang tidak menyangka rupa-rupanya meriam klasik orang Melayu zaman dahulu juga pernah dicipta sebagai senjata pertahanan. Ada beberapa koleksi-koleksi meriam Melayu yang dipamerkan di sini yang setiapnya mempunyai nama masing-masing. Saiznya kalau dilihat agak kecil kalau nak dibandingkan dengan meriam-merian penjajah & saiznya lebih kurang besar senapang tetapi mempunyai bentuk lebih kepada sebuah meriam lama barat.


Senibina istana-istana lama negeri Melayu

muzium menarik bandar hilir melaka

Muzium yang panjang ini bukan sahaja menempatkan sejarah tentang negeri Melaka semata-mata, di sini juga mempunyai banyak sejarah kebudayaan Melayu dari negeri lain di Tanah Melayu. Antara yang paling menarik pengunjung juga boleh melihat replika kayu kecil yang memaparkan struktur binaan istana-istana ikonik di negeri lain di Malaysia seperti Istana Sri Menanti, Istana Maziah, Istana Jahar & sebagainya. Setiap replika yang ada dilampirkan informasi padat tentang sejarah pembinaannnya & maklumat penting lain untuk pengetahuan pelancong.


Koleksi pakaian tradisional negeri Melayu

menarik muzium istana melaka

Kalau anda mengelilingi Muzium Istana Kesultanan Melaka yang panjang ini, banyak diorama menarik & kebudayaan negeri lain yang turut ada di sini. Zaman hari ini pakaian tradisional Melayu yang hanya dikenali umum adalah baju Melayu ataupun mungkin baju kurung/kebaya sahaja. Sebenarnya banyak pecahan-pecahan lain yang mana setiap negeri di Malaysia mempunyai pakaian tradisionalnya masing-masing. Ada yang kelihatan sama tetapi lain pula corak kolar bajunya & ada yang namanya sama tetapi lain pula lain pula corak bunganya.


Taman larangan puteri-puteri

taman larangan istana melaka

Berhadapan dengan pintu masuk muzium Istana Kesultanan Melaka ini terdapat sebuah taman bunga dengan landskap yang cantik yang dikenali dengan nama Taman Larangan. Taman larangan kalau mengikut sejarahnya merupakan tempat permainan puteri-puteri raja dahulu kala. Bahkan mengikut sumber sejarah di sini kebanyakan istana-istana Melayu lama di negeri lain juga mempunyai taman larangannya masing-masing.

Sekiranya ada bercuti ke Bandar Hilir Melaka pada waktu petang yang lebih redup, bolehlah bergambar sebagai kenangan di taman larangan ini yang mempunyai banyak pohon-pohon bunga, pokok-pokok rendang & bangku rehat untuk pengunjung.


Akhir kata, sangat dicadangkan untuk pelancong yang bercuti ke Melaka untuk ke Muzium Istana Kesultanan Melaka ini yang sangat unik binaannya serta banyak koleksi bahan sejarah yang boleh dikatakan sangat lengkap untuk anda mengenali sejarah kegemilangan negeri Melaka dengan lebih dekat. Sekian & Wassalam.

4.5/5 - (14 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium Samudera Melaka – Bayar Harga Tiket Sekali untuk 3 Muzium, JIMAT

Bercakap pasal muzium di Melaka, salah satu yang paling unik yang sudah lama menjadi tarikan pelancong di Melaka ialah Muzium Samudera yang terletak betul-betul...

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

Tempat Membeli Belah di Melaka

Bercakap mengenai tempat membeli belah di Melaka, pilihan destinasinya memanglah tidak sebanyak di Kuala Lumpur ataupun di Selangor. Namun sekiranya anda ingin cuci cuci...

10 Kedai Steamboat di Melaka yang Anda Perlu Datang!

Kita biasa dengar Melaka terkenal sebagai bandar bersejarah dan mempunyai beberapa tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Selain dari mempunyai tarikan dan khazanah yang...

Masjid Selat Melaka – Tempat Menarik di Bandar Melaka MESTI datang

Beberapa negeri di Malaysia seperti Terengganu, Kedah, Perlis & Sarawak mempunyai masjid terapung ikonik negeri yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri masing-masing....

Gereja St Paul Melaka – Sejarah & Tarikan Pelancongan Melaka

Satu tempat menarik di Melaka yang merupakan binaan lama Portugis yang masih ada yang sering mejadi tumpuan pelancong ialah Gereja St Paul di Melaka yang...

5 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
MrAli
MrAli
6 years ago

Semua datang untuk copy paste lolololol

hamba allah
hamba allah
6 years ago

kita mencari maklumat x pe kau semak kenapa????halamaakkkkk ai!!!!!!

kakaksyah
kakaksyah
6 years ago

asal taknk bg org copy paste eh?bgi je la bukan susah pon halamakkkkk!!!!!!

Jeng
Jeng
6 years ago
Reply to  kakaksyah

asal taknk buat sendiri eh?buat je la bukan susah pon halamakkkkk!!!!!!

Hubungi Kami

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x