Isi Kandungan
Bagi anda yang ingin melancong ke Vietnam terutamanya di Hi Chi Minh, jom kita lihat aktiviti menarik yang sering dilakukan oleh pelancong di sini. Bandar Ho Chi Minh atau juga dikenali dengan nama Saigon menawarkan banyak tarikan pelancongan yang menarik untuk dilawati ketika bercuti.
Kalau melancong ke Vietnam, sudah tentu perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran ialah ‘shopping’ ! Memang tidak dinafikan tempat menarik di Vietnam memang banyak terutamanya untuk membeli belah seperti pakaian wanita, baju kurung, tudung, kain ela, periuk belanga dan sebagainya.
Destinasi shopping di Ho Chi Minch – pilihan utama orang Malaysia kalau melancong ke Vietnam
Mari kita lihat tempat shopping menarik di bandar Ho Chi Minh yang membuatkan para wanita teruja melompat-lompat.
Pasar Ben Thant
Merupaka satu pasar dan tempat membeli belah yang sangat besar yang menawarkan pelbagai jenis barangan baik perkakasan dapur, hiasan dalaman rumah, kraftangan, pakaian, kain pasang, kain lace, kain cotton, cenderahati dan lain-lain.
Di sinilah satu destinasi tempat shopping yang seringkali dikunjungi kalau ke Vietnam. Kalau tak singgah di Ben Thant Market memang tak sempurna percutian anda ke Vietnam.
Anda juga boleh menempah pakaian seperti baju kurung yang akan diijahit dalam masa beberapa jam sahaja. Harganya memang jauh lebih murah kalau nak dibandingkan di Malaysia.  Memang satu tempat shopping yang best di Ho Chi Minh untuk dikunjungi terutamanya kalau dekat-dekat Hari Raya Aidilfitri.
Pasar Binh Tay
Bagi yang nak memborong secara pukau pula, anda boleh ke Pasar Binh Tay yang boleh diibarat seperti GM KL atau GM Klang di Malaysia.
Kebiasaanya yang datang ke sini adalah peniaga-peniaga runcit yang mencari barangan seperti kain, perkakasan memasak, hiasan dalaman, barangan kraftangan dan of course baju-baju.
Dong Khoi Street
Bagi anda yang inginkan kawasan membeli belah dengan fesyen yang lebih moden dan kawasan persekitaran yang lebih maju, salah satu tempatnya ialah Dong Khoi Street.
Dong Khoi Street merupakan kawasan yang lebih ‘bandar’ yang menempatkan hotel-hotel, shopping mall dan butik-butik yang menawarkan fesyen rekaan baju yang lebih ‘up to date’.
Tempat pelancongan bersejarah di Vietnam
Vietnam mempunyai destinasi bersejarah yang sangat banyak dan destinasi berikut merupakan antara yang popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Chu Chi Tunnel
Merupakan terowong bawah tanah yang digunakan oleh tentera Vietnam untuk menewaskan tentera Amerika ketika Perang Vietnam satu masa ketika dahulu. Percaya atau tidak, rangkaian terowong bawah tanah ini boleh mencecah sejauh 200 km !
Anda juga boleh melihat barangan kehidupan/ketenteraan tentera di sini seperti perangkap musuh yang masih terjaga rapi. Satu tempat menarik di Vietnam yang bersejarah yang sangat popular.
Kalau anda bercuti ke Vietnam sendiri, anda boleh tanya hotel pakej perjalanan atau tour ke sini. Kebiasaanya di hotel sekitar Ho Chi Minh mempunyai agen yang boleh membawa anda ke Chu Chi Tunnel ini.
War Remnants Museum
Muzium ini memang sangat unik dan popular di Ho Chi Minh dan terletak tidak jauh dari Indepence Palace.
Di dalam muzium ini menempatkan pelbagai informasi bergambar dan barangan ketenteraan bersejarah ketika perang Vietnam dulu-dulu. Berada di sini pasti membuatkan anda sedar betapa teruk dan dahsyatnya sebuah peperangan dan betapa mahalnya nilai kemerdekaan untuk dikecapi.
Terdapat banyak replika sejarah ketenteraan di sini seperti puluru mortar, helicopter, kereta kebal, senapang, meriam, kenderaan tentera dan sebagainya. Harga tiket masuk 15,000 Dong seorang.
Museum of Ho Chi Minh City
Merupakan sebuah bangunan yang sangat unik yang menempatkan banyak kesan sejarah bandar Ho Chi Minch. Sebaik sampai di sini anda dapat melihat beberapa replika jet pejuang, meriam dan kereta klasik di sekeliling bangunan yang cantik ini.
Bangunan muzium ini sendiri sememang sangat unik dengan rekaan bentuk yang sangat klasikal dan dibina pada sekitar 1885 an. Di dalam bangunan ini menempatkan pelbagai frame gambar-gambar dan informasi mengenai sejarah bandar Ho Chi Minh.
Independence Palace ( Reunification Palace)
Dahululnya merupakan kediaman rasmi presiden Republik Vietnam dan kini ianya telah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang lebih ke arah galeri bersejarah.
Di dalamnya anda boleh menlihat keindahan bangunan ini yang menempatkan beberapa bahagian yang kelihatan sangat mewah. Dan kini masih lagi menjadi tempat perjumpaan untuk kerajaan bagi acara-acara tertentu. Terdapat juga beberapa replika ketenteraan di sini seperti kereta kebal dan juga helicopter. Harga tiket sekitar 15,00 dong seorang.
Central Post Office
Merupakan sebuah pejabat pos lama yang mempunyai ciri dan struktur bangunan yang klasikal dan cantik. Bangunan ini direkabentuk oleh Alexandre Gustave Eiffel iaitu orang yang sama yang mereka bentuk Eifel Tower di Paris.
Pejabat pos ini masih lagi beroperasi sehingga kini malah anda boleh menghantar poskad-poskad menarik kepada teman-teman anda di luar negara Di dalamnya ada beberapa kedai yang menjual barangan cenderhati yang bercirikan budaya orang Vietnam.
Reka bentuk bangunan dengan tile-tile bercorak yang menarik pasti membuatkan anda berasa kembali ke zaman 50 dan 60 an.
Saigon Opera House
Pertunjukkan opera Vietnam yang bertempat di sebuah bangunan yang klasik dan dibina pada sekitar 1897 ketika era penjajahan Perancis.
Sehingga sekarang ianya menjadi salah satu tarikan kebudayaan pelancongan Vietnam untuk pelancong yang ingin melihat senibina bangunannya ataupun untuk melihat persembahan yang diadakan di sini. Harga-harga untuk masuk melihat pertunjukan yang diadakan di sini bergantung kepada tempat duduk anda dan jenis persembahan yang ditayangkan.
Boneka Air Vietnam
Bagi anda yang ingin lebih menyelami seni budaya orang Vietnam, salah satu yang yang menarik ialah melihat pesembahan boneka air Vietnam.
Yang uniknya kalau dibandingkan dengan persembahan boneka lain atau wayang kulit, boneka-boneka kayu di sini dimainkan di atas kolam kecil di atas pentas yang menyerupai seperti sawah mini. Harga tiket untuk seorang ialah 160,000 dong seorang.
Bitexico Financial Tower
Merupakan bangunan dan menara yang tertinggi di Bandar Ho Chi Minch. Ada dua aktiviti yang boleh dilakukan di sini iaitu naik ke Saigon Sky Deck yang terletak di tingkat 49 ataupun ke kafenya yang terletak ditingkat 50.
Kafe yang ada di puncak ini sememangnya menawarkan view Bandar Ho Chi Minh yang sangat menarik seolah-olah anda berada di Revolving Restaurant di Menara Kuala Lumpur. Harga tiket untuk naik ialah sekitar 200,000 Dong seorang.
>> Lihat Hotel Terbaik di sekitar Hi Chi Minh City <<
Itulah dia tempat-tempat menarik di Bandar Ho Chi Minh yang popular dan boleh anda lawati kalau melancong ke Vietnam. Secara umumnya, tempat-tempat menarik di Vietnam sangat kaya dengan kawasan yang bersejarah dan juga pasar-pasar yang menjual barangan yang berwarna-warni.