Panduan Lengkap Melancong ke Taiwan yg Mesra Muslim

Taiwan merupakan destinasi pelancongan yang popular, menawarkan pelbagai tarikan menarik dan kemudahan terbaik untuk pelancong dari seluruh dunia. Dengan gabungan sempurna antara alam semula jadi, budaya, makanan, dan kemudahan moden, Taiwan kini menjadi destinasi mesra muslim terkenal dunia. Panduan kali ini menyediakan maklumat penting untuk membantu anda yang ingin melancong ke Taiwan. Ketahui lebih lanjut!

melancong di taiwan

Panduan Melancong ke Taiwan dan Tarikannya


Taiwan menawarkan pelbagai pengalaman menarik, dari keindahan alam semula jadi hingga budaya yang kaya, menjadikannya destinasi pelancongan yang wajib dilawati. Di sini, anda boleh mencipta momen dan merasai pengalaman dengan menerokai:

Keindahan Gunung dan Taman Negara

Dikenali sebagai Pulau Cantik oleh penjelajah Portugis, Taiwan memiliki landskap semula jadi yang memukau.

taiwan

Dua pertiga kawasannya diselubungi gunung hijau dengan 258 puncak melebihi ketinggian 3,000 meter.

taman negara taiwan

Aktiviti seperti mendaki dan meneroka taman negara seperti Taroko Gorge, Kenting National Park, dan Yushan National Park menawarkan pemandangan luar biasa, dari tebing curam hingga pantai berpasir putih.

Penuh dengan Aktiviti Mesra Alam

Taiwan juga terkenal dengan kemudahan mesra alam seperti laluan mendaki dan basikal yang mencabar.

Aktiviti Mesra Alam

Penunggang basikal boleh menikmati ratusan kilometer laluan khas dengan pemandangan tasik, lembah, dan gunung.

Kepelbagaian Budaya Taiwan

Taiwan adalah tempat pertemuan pelbagai budaya.

Kepelbagaian Budaya Taiwan

Dari warisan suku asli hingga pengaruh Belanda, Jepun, dan Cina, tradisi dan seni budaya Taiwan terus berkembang.

tarian tradisional taiwan

Perayaan tradisional seperti Festival Tanglung dan aktiviti seni tarian suku asli menjadi daya tarikan kepada pelancong.

festival tanglung

Syurga Makanan Asia

Taiwan adalah syurga makanan bagi pencinta masakan. Rasai keenakan teh Taiwan yang cukup menyegarkan.

Syurga Makanan Asia

Anda juga boleh berkunjung ke pasar malam seperti Shilin Night Market menawarkan makanan ringan tempatan seperti bubble tea, bebola daging, dan stinky tofu yang memberikan pengalaman masakan kelas dunia.

Lihat juga : 15 Restoran Halal di Taipei, Taiwan Paling Terbaik

Pengalaman Membeli-belah yang Unik

Pengalaman Membeli-belah yang Unik

Dari butik moden di Ximending hingga pasar tradisional seperti Pasar Jed, Taiwan memenuhi semua citarasa pembeli. Kraf tangan seperti payung kertas dan seni kaca tempatan adalah cenderamata yang unik untuk dibawa pulang.

Persekitaran Mesra Muslim

melancong ke taiwan yang mesra Muslim

Taiwan menyediakan kemudahan lengkap untuk pelancong Muslim, termasuk ruang solat dan restoran bersijil Halal.

Lokasi seperti Taipei Main Station dan kawasan-kawasan lain turut dilengkapi dengan kemudahan mesra Muslim, menjadikan pengalaman perjalanan anda di sini lebih selesa.

Bahasa dan Komunikasi Ketika Melancong ke Taiwan

Bahasa dan Komunikasi Ketika Melancong ke Taiwan

Bahasa Mandarin adalah bahasa kebangsaan Taiwan. Selain itu, bahasa Taiwan, serupa dengan bahasa Hokien, juga digunakan secara meluas. Di kawasan pelancongan, kakitangan boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Jepun.

Lihat juga: 10 Destinasi Mesra Muslim di Taipei, Taiwan yg BEST


Ketibaan dan Berlepas

Mulai 15 Ogos 2023, individu yang mengalami simptom COVID-19 atau ujian pantas positif perlu mengamalkan pendekatan “0+n pengurusan kesihatan diri”. Tiada kuarantin diperlukan, namun pelancong disarankan:

  • Mengelak keluar rumah kecuali perlu.
  • Memakai topeng setiap masa apabila keluar.
  • Mendapatkan rawatan perubatan segera jika berisiko tinggi.

Prosedur ini perlu diteruskan sehingga keputusan ujian negatif diterima atau selepas lima hari dari ujian positif terakhir.


Keperluan dan Prosedur Permohonan Visa Jika Melancong ke Taiwan

Visa Pelawat ke Taiwan

Pelancong dari Malaysia yang memiliki pasport boleh memasuki Taiwan tanpa visa namun  tidak boleh melebihi tempoh daripada 30 hari. Namun, jika ingin tinggal lebih lama, permohonan visa mesti dilakukan terlebih dahulu.

Pelancong asing juga boleh jika mereka memegang pasport asing atau dokumen perjalanan yang sah selama lebih daripada enam bulan di Republik China untuk lawatan perniagaan, keluarga, rawatan perubatan, atau tujuan lain yang sah. Dokumen diperlukan:

  • Borang permohonan lengkap.
  • Tiket perjalanan masuk dan keluar.
  • Gambar pasport.
  • Dokumen tujuan lawatan.
  • Dokumen lain yang berkaitan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi mereka atau melalui talian +886-2-2343-2888.

Website


Kastam dan Pelepasan Bagasi Jika Ingin Melancong ke Taiwan

Peraturan Mata Wang 

  • Mata Wang Asing: Nilai melebihi AS$10,000 perlu diisytiharkan.
  • Mata Wang Taiwan Baru: Maksimum NT$100,000 dibenarkan tanpa kebenaran.

Pelancong yang membawa keluar emas bernilai lebih AS$20,000 mesti mendapatkan permit eksport daripada Biro Perdagangan Luar, MOEA (Tel : +886-2-2351-0271 sambungan 352) dan memohon pelepasan kastam kepada pejabat kastam.

Sila lawati laman web rasmi Pejabat Kastam Taipei untuk maklumat lanjut tentang peraturan kastam di Taiwan.


Garis Panduan Bayaran Balik VAT untuk Pelancong Asing

Bayaran balik VAT (Value Added Tax) adalah perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengembara asing yang membeli barangan tertentu di Taiwan. Hal ini membolehkan anda mendapatkan semula cukai yang telah dibayar, namun ia tertakluk kepada syarat dan prosedur yang ditetapkan.

Pemohon yang Layak Menuntut Bayaran Balik VAT

Hanya pengembara asing yang memenuhi kriteria berikut layak memohon bayaran balik VAT:

Dokumen yang Diperlukan:

  • Pasport negara selain ROC.
  • Pasport ROC tanpa Nombor ID peribadi direkodkan.
  • Dokumen perjalanan.
  • Permit Keluar & Masuk.
  • Permit kemasukan sementara (hanya untuk tuntutan di lapangan terbang/pelabuhan antarabangsa).

Tempoh Tinggal:

  • Tidak melebihi 183 hari dari tarikh ketibaan di Taiwan.

Keperluan untuk Memohon Bayaran Balik VAT

Pembelian Minimum:

  • Pembelian sekurang-kurangnya NT$2,000 pada hari yang sama dari kedai yang memaparkan label “Bayaran Balik Cukai Taiwan”.

Dokumen Diperlukan untuk Tuntutan:

  • Pasport atau dokumen pengenalan lain.
  • Borang Permohonan Bayaran Balik VAT.
  • Resit pembelian.

Tempoh Sah untuk Tuntutan:

  • Permohonan mesti dilakukan dalam 90 hari selepas tarikh pembelian.

Barang Perlu Dibawa Keluar dari Taiwan:

  • Semua barangan yang dibeli perlu dibawa bersama ketika meninggalkan Taiwan.

Tempat untuk Menuntut Bayaran Balik VAT

Pengembara mempunyai beberapa pilihan lokasi untuk menuntut bayaran balik VAT:

Kaunter Lapangan Terbang/Terminal Pelabuhan:

  • Kaunter Perkhidmatan Bayaran Balik Cukai tersedia di lapangan terbang dan pelabuhan utama.

Kedai Berlabel “Bayaran Balik Cukai Taiwan”:

  • Beberapa buah kedai yang dibenarkan kerajaan bagi menawarkan perkhidmatan bayaran balik cukai di lokasi.

Kaunter Ditetapkan:

  • Kaunter khusus untuk perkhidmatan bayaran balik cukai di lokasi tertentu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Bayaran Balik E-VAT.


Nikmati Pengangkutan Komprehensif Semasa Melancong di Taiwan

Nikmati Pengangkutan Komprehensif Semasa Melancong di Taiwan

Rangkaian pengangkutan Taiwan merangkumi perjalanan darat, laut, dan udara, dengan sistem yang diselaraskan untuk memenuhi keperluan semua pelancong. Ketersambungan yang baik menjadikan Taiwan sebagai destinasi ideal bagi pelancong yang ingin meneroka tanpa gangguan.

Perkhidmatan Ulang-alik Pelancong Taiwan

Bagi pelancong yang ingin merancang perjalanan sendiri, Perkhidmatan Ulang-alik Pelancong Taiwan adalah pilihan yang popular. Ia bukan sahaja memudahkan perjalanan, tetapi juga menyokong kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan karbon dioksida. Pilihan ini amat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman percutian mesra alam.

Bas Pelancong Taiwan

Bas Pelancong Taiwan adalah perkhidmatan lengkap yang menghubungkan destinasi pelancongan utama di seluruh negara. Selain itu, bas ini menawarkan kemudahan seperti:

  • Lawatan berpandu dalam bahasa Mandarin, Inggeris, dan Jepun.
  • Perkhidmatan pengambilan di hotel, lapangan terbang, dan stesen.

Kemudahan ini memberikan pengalaman bersiar-siar yang menyeronokkan dan tanpa tekanan.

Melancong ke Taiwan Melalui Syarikat Penerbangan Antarabangsa atau Domestik

Penerbangan udara ke bandar utama seperti Taipei dan Kaohsiung menyediakan pelbagai pilihan jadual dan harga yang sesuai dengan bajet pelancong.

Bagi mereka yang ingin meneroka kawasan terpencil di Taiwan, penerbangan domestik adalah pilihan yang cepat dan selesa bagi memastikan anda dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

Pengangkutan Laut 

Bagi peminat perjalanan laut, Taiwan menawarkan pengangkutan marin yang cekap. Anda boleh menikmati pengalaman bot yang menghubungkan pulau-pulau kecil sekitar Taiwan, seperti Pulau Penghu dan Pulau Orchid. Perjalanan melalui laluan laut ini memberikan peluang untuk anda menikmati pemandangan yang cukup menakjubkan.

Sistem pengangkutan Taiwan dirancang untuk memberikan kemudahan kepada pelancong. Ketersambungan antara kereta api, bas, dan perkhidmatan lain menjadikan perjalanan lebih mudah. Dengan adanya pelbagai pilihan pengangkutan, pelancong dapat merancang perjalanan mereka dengan fleksibel.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelancongan Taiwan, sila hubungi atau layari laman web Tourism Administration, M.O.T.C. Republic of China(Taiwan) seperti tertera di bawah.

Alamat: 106, Taipei City, Da’an District, Section 4, Zhongxiao E Rd, 290號9樓

Waktu Operasi: Buka setiap hari Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 12.00 tengah hari, 1.30 petang – 5.30 petang)

LokasiWebsite | No. Telefon:+886-2-2349-1500


Taiwan merupakan destinasi yang mesra pelancong dengan sistem yang efisien dan banyak tarikan menarik. Pastikan anda mematuhi peraturan visa, kastam, dan kesihatan semasa perjalanan. Rancang perjalanan anda untuk melancong ke Taiwan bagi menikmati keindahan dan budaya uniknya!

Baca juga:TOP 10 Hotel Mesra Muslim di Taipei, Taiwan

 

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x