Medan Samudera Bandar Hilir – Destinasi Shopping Cenderahati di Melaka

Walaupun kawasan Bandar Hilir tidaklah besar sangat, tetapi kalau berjalan kaki melawat kesemua tempat menarik di sini pasti boleh patah kaki juga. Kalau anda di area seperti Muzium Samudera atau Dataran Studthuys ingin makan tengahari nasi campur, salah satu tempat terdekat yang boleh anda singgah ialah di Medan Samudera.

Destinasi ini mungkin tidak sepopular tempat makan menarik atau tempat shopping di Melaka yang lain, tetapi masih lagi ada fungsinya untuk pelancong kalau alang-alang dah berada berdekatan dengannya dan anda juga mungkin dalam situasi tidak mahu berjalan kaki lebih jauh untuk ke tempat lain kerana malas atau letih. Pendek cerita sangat ideal nak dijadikan hentian R&R selepas penat pusing lawat muzium jalan kaki.


Medan Samudera Bandar Hilir Melaka

medan samudera bandar hilir melaka

  • Kemudahan di Medan Samudera:
    • foodcourt/ nasi campur
    • kedai cenderahati
    • surau
    • tandas awam
    • parking kereta dekat
  • Waktu operasi di Medan Samudera banyak bergantung kepada peniaga masing-masing. Ada yang buka awal, ada yang tutup awal & umumnya destinasi ini lebih meriah waktu ramai pelancong yang melawat tempat menarik sekitar Bandar Hilir Melaka:
    • hari biasa: pagi – petang
    • weekend/cuti sekolah: pagi – malam
  • Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir bersebelahan Muzium Samudera, Muzium TLDM & Muzium Kastam
  • Peta: Google Map

restoran murah bandar hilir

Di tingkat dua Medan Samudera terdapat sebuah foodcourt yang mempunyai banyak lot-lot kedai makan. Seperti biasalah kalau dah ke Melaka lauk pauknya juga semestinya ala-ala masakan orang Melayu Melaka seperti asam pedas & sebagainya. Foodcourt di sini tidaklah besar sangat & tidaklah semewah di restoran 5 bintang tetapi kerana lokasinya yang strategik maka apa salahnya cuba santai makan di sini.

View dari sini juga tidak kurang menariknya, boleh nampak pemandangan Muzium Samudera, pelancong-pelancong naik beca & Sungai Melaka. Selain itu kemudahan bilik solat ada disediakan di sebelah foodcourt ini dan tandas juga tidak berapa jauh. Kebiasaannya pada waktu hari bekerja medan selera di sini dibuka sehingga lewat petang dan kalau cuti sekolah/ weekend beroperasi sampai malam bergantung kepada kehadiran pengunjung.


Destinasi beli cenderahati Melaka

membeli belah menarik bandar hilir

Majoriti lot-lot kedai di Medan Samudera ini lebih kepada kedai jual cenderahati seperti keychain, baju t-shirt, baju wanita & terdapat juga beberapa kedai yang menjual barangan kraft seperti tudung saji, bakul & sebagainya. Konsepnya kedai cenderahati di sini sama juga seperti di Pahlawan Walk cuma pilihan kedainya lebih sedikit.


Cencalok, kuih & makanan kering Melaka

tempat beli kuih muih melaka

Di Medan Samudera juga ada menjual banyak bahan makanan kering popular Melaka seperti belacan bakar, udang kering dan cencalok. Selain itu, pilihan makanan santai yang lebih kepada tradisional juga ada dijual di banyak kedai di sini seperti wajik, dodol & pelbagai jenis kerepek. Sesuai untuk pelancong membeli untuk dijadikan stok dapur di rumah atau mungkin untuk dihadiahkan kepada jiran tetangga. Harganya pula sangat-sangat mampu milik & yang paling penting semuanya Made in Malacca.


Hilangkan penat secara bajet

foodcourt best melaka

Bagi yang bercuti ke Melaka secara bajet, sangat dicadangkanlah kalau anda berkeliaran di sekitar Bandar Hilir Melaka jalan kaki, bolehlah singgah di sini untuk sesi R&R anda. Harga makanan di sini pun sangat mampu milik & kemudahan awam seperti tandas & surau pun ada. Pemandangan sekeliling kat sini pun tidak kurang menariknya sambil santai melayan angin bayu Selat Melaka.


Tempat parking pun dekat & murah

kupon parking kereta di melaka

Kawasan parking kereta sekitar Bandar Hilir Melaka boleh kata semuanya memerlukan pengguna jalanraya bayar parking secara menggunakan kupon bergores & ada juga sesetengahnya yang hanya perlu bayar sekali masuk. Kupon-kupon parking kereta boleh didapati di dalam Medan Samudera ini di bahagian bawah bangunan. Kosnya hanya RM 4.00 untuk 10 keping tiket gores & parking. Setiap keping yang bernilai RM 0.40 bersamaan dengan 30 minit masa parking.

Ada satu tempat parking betul-betul di tepi lorong Medan Samudera ini cuma RM 2.00 sekali masuk. Lagi jimat tetapi kalau cuti sekolah boleh mimpilah nak parking kat sebelah Medan Samudera ini. Sebaiknya beli & sediakan tiket kupon siap-siap dalam kereta. Boleh tahan sampai 2 tahun. Jom baca: Tempat Menarik Popular di Melaka


Selain di Medan Samudera, ada beberapa tempat lain yang boleh disinggah sekitar Bandar Hilir untuk mencari makanan atau shopping seperti di Pahlawan Walk atau di shopping mall sekitarnya. Akhir kata, selamat mencuba & cuti cuti satu Melaka.

4.5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 16 Homestay Di Melaka- Klasik dan Moden

Seperti yang kita tahu, Melaka merupakan sebuah bandar yang bersejarah. Terdapat tempat-tempat tinggalan sejarah yang menarik yang boleh anda lawati apabila ke Melaka. Tidak...

Muzium Samudera Melaka – Bayar Harga Tiket Sekali untuk 3 Muzium, JIMAT

Bercakap pasal muzium di Melaka, salah satu yang paling unik yang sudah lama menjadi tarikan pelancong di Melaka ialah Muzium Samudera yang terletak betul-betul...

Muzium Setem Melaka – Harga Tiket & Waktu Operasi Terkini

Muzium Setem Melaka yang terletak hanya beberapa meter dari Kota A Famosa ini merupakan sebuah bangunan lama yang telah dibina sejak era penjajahan Belanda....

10 Homestay yang Selesa di Sekitar Pengkalan Balak untuk Anda!

Melaka merupakan bandar bersejarah dan sering menjadi tumpuan pelancong kerana budaya dan keunikan yang ada di negeri ini. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai...

57+ Tempat Menarik di MELAKA Yang Popular untuk Dilawati Pelancong

Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling popular. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan...

Masjid Selat Melaka – Tempat Menarik di Bandar Melaka MESTI datang

Beberapa negeri di Malaysia seperti Terengganu, Kedah, Perlis & Sarawak mempunyai masjid terapung ikonik negeri yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri masing-masing....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x