Kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam memang agak ragu-ragu nak masuk restoran cina sebab was-was dengan kehalalan masakan mereka. Seperti jugak CD dulu-dulu, memang agak susah nak pergi restoran masakan cina sebab takut !!
Salah satu kedai yang menyediakan masakan cina yang halal yang pernah CD cuba ialah di Restoran De Templer yang terletak di Taman Melati. Kalau korang selalu balik ke Pantai Timur melalui MRR2, kedai ni terletak di deretan kedai sebelum Petronas Taman Melati sebelah kiri dan sebaris dengan restoran Sate Kajang. Dari luar restoran dia warna hijau macam the incredible hulk ! Cuak jugak sebelum masuk kedai ni, tapi bila masuk dalam pergh !!
Kedai Masakan Cina tapi olang melayu lagi lamai maaaa !! Justeru dengan tak semena-mena terus rasa confiden jer nak makan kat sini.
Layout restoran De Templer ni macam kebanyakan kedai lain, kadang-kadang rasa macam masuk restoran Melayu pun ada..mungkin tauke kedai kena letak sesuatu yang mencirikan Restoran Cina seperti kepala naga ke, tile lantai kaler merah oren ke, buah limau percuma atas meja ker, chopstik besar kat dinding ke…baru rasa macam masuk kedai cina.. :) Apa-apa pun kedai ni memang bersih dan tenang..no doubt yo..
Datang ke sini kalau order mee goreng mamak memang tak kena beb ! Tengok menu De Templer memang buat air liur meleleh dengan pelbagai jenis masakan cina yang pelik-pelik..Kalau ikut hati memang nak try semua..tapi kalau ikut duit memang tak dapat la der…Dim Sum merupakan masakan cina yang sangat popular…harga pun taderlah mahal sangat..good-good aje dengan bajet den.
Bagi orang yang jakun macam CD masuk kedai chinese ni, pilihan menu macam kat kedai kentaki dengan Set A sehingga Z memang sangat bagus..harga pun lagi murah kalau pilih set-set kombo ni.. kalau tengok gambar kat menu ni memang awesome tapi yang sebenarnya macam mana?
Walaupun time ni agak ramai orang tapi servis dia memang agak laju..Tak sempat panas pungkok dah sampai makanan kitaorang. Sebijik macam dalam gambar menu De Templer..Pandai derang ni menjaga kualiti dan accuracy masakan mereka.
Yang ni pulak air longan pandan. Bau dia memang wangi dan rasa dia memang sangat unik. Kat kedai mamak memang tader jenis air cenggini…Kalau minum air sejuk cenggini di tengahari panas-panas ketika badan hot-hot memang terbaik.
Yang ni pulak mee cantonese. Dah lama CD geram nak try masakan ni yang dimasak oleh orang cina. Sebelum ni asyik tengok dalam cerita cina jer, sekarang dapat jugak melepas gian cuba menu ni.. Kuah dia memang likat, mee dia memang banyak, daging dia memang lembut dan rasa dia memang memang seddap ooo.
Dalam banyak-banyak menu yang CD order, yang ni paling CD suka. Sekali tengok macam tempe goreng bertauge kan..tapi bukan..nama dia Stir Fried Turnip Cake.. rasa dia macam tenpayaki pun ada…ke benda yang sama eh?? ermm lantak dia lah janji seddap kan.. :p
Secara keseluruhan CD belanja untuk 2 orang makan bersama orang rumah tak sampai pun 50 Ringgit. Sekali sekala boleh lah makan sini kalau hari-hari mau pengsan eden..Bagi yang ingin rasa masakan cina halal bolehlah datang ke Restoran De Templer di Taman Melati..
Murahnya set makanan. Memang wajib mencuba kat restoran ni
murah la jugak kalau nk banding dgn tempat lain :) memang sedap tu yg penting..
pernah sekali nak ajak family makan di kedai cina muslim, tapi abah tak mahu sebab was-was…hu sampai sekarang tak masuk lagi kedai cina muslim
try datang kat sini mesti tak was was tgok keadaan kedai dan pekerja pekerja nya :)
diet saya nak cari sayur dan air kosong ngheee..boleh
hehe..dah naik 20 sen ni memang kena diet ler.. :)
Sedapnya nampak air longan pandan…macam mana rasanya ekk?
kena dtg lah bro baru boleh tau..rasa dia mcm pelik tapi layan jugaklah…tapi xleh lawan air lai chi kang.. :)
Info yang menarik. Boleh cuba ni. Saya memang suka chinese food.
boleh2..sedap konfem terangkat :)
saya memang suka sangat la chinese food..
ada dekat bangi gateway pun best.
boleh cuba..yummmmssss
sy pon…sblom jarang makan sbb tak tau kat mana yg halal…bila try not bad ! :)
makin banyak piliah buat leleh air mata nak memilihnya
hehe..mudahan..lagi banyak pilihan akan menjelma dari masa ke semasa.. :)