Isi Kandungan
Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih-muih, lauk-pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu dalam senarai di bawah turut disertakan dengan tempat dan restoran mana yang boleh anda pergi untuk mencari makanan-makanan tradisional orang Terengganu.
Ada juga beberapa jenis makanan tradisi Terengganu yang juga ada di Kelantan. Contohnya nasi dagang, di Terengganu nasi dan kuahnya memang berlainan rasa daripada nasi dagang Kelantan. Apa-apa pun, senarai di bawah merupakan nama makanan di Terengganu yang memang semua orang tahu dan menjadi makanan harian.
11 Jenis Lauk &Â Makanan Tradisional Terengganu
1. Keropok Lekor – Keropok Warisan Losong
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Makanan yang popular di Terengganu. Tidak perlu ditakwil dan dipertikaikan lagi, asal keropok lekor sememangnya dari Negeri Terengganu. Memandangkan Negeri Terengganu kaya dengan sumber ikan, maka boleh dikatakan dari Kemaman sampailah ke hujung Besut ada je gerai yang menjual keropok lekor. Memang tak susah lansung nak mencari kedai makan keropok lekor di sini. Banyak kedai yang menjadi pembekal dan penjual keropok losong.
Salah satu kedai yang anda wajib pergi ialah Keropok Warisan Losong. Kedai ini memang antara kedai keropok losong yang popular di Terengganu ni. Mereka ada menjual yang sudah dimasak dan yang sejuk beku untuk dimasak sendiri di rumah. Keropok di sini memang sedap, mudah di kunyah dan lembut. Jangan lupa beli juga sos botol juga kalau beli keropok mereka untuk dibawa balik. Kalau tak tak lengkap juadah keropok lekor anda.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +6096315915 |Â Facebook
Alamat: 74, Jalan Kuala Hiliran, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 8.00 am – 8.00 pm
2. Nasi Dagang – Nasi Dagang Atas Tol
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Nasi Dagang seringkali dijadikan makanan sarapan pagi di Negeri Terengganu. Secara tradisionalnya, nasi dagang dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan diikat dengan menggunakan lidi. Nasi dagang ni nasinya lain dari yang lain tau. Biasanya nasi dagang dimakan kari ikan tongkol serta sedikit sayur campur. Kadang kala mereka juga padankan nasi ini dengan lauk lain seperti ayam mengikut kehendak pelanggan. Memang bersepah orang menjual nasi dagang di Terengganu.
Di Kuala Terengganu terdapat satu kedai yang terkenal iaitu Nasi Dagang Atas Tol yang sememangnya menjadi pilihan ramai. Rasa nasi, kuah, dan lauknya memang terbaik. Anda pasti dapat merasai keaslian makanan traditional Terengganu ini. Kedai ni memang pada hari minggu ataupun cuti sekolah dipenuhi orang ramai. Dia punya beratur sampai ke luar.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60139847846 |Â Facebook
Alamat: 1318, T101, Kampung Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 6.30 am – 12.00 pm
3. Nasi Lemak Ikan Tongkol – Nasi Lemak Dah Sunik
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Nasi lemak saya sendiri tidak tahu asal usulnya dari mana. Bahkan di Indonesia pun ada nasi lemak cuma lebih dikenali dengan Nasi Udok. Namun di Terengganu, hidangan lauk selera di sini ialah sambal ikan tongkol atau lebih dikenali di Terengganu sebagai ‘sambal ikan aya’. Memang jarang nak nampaknorang makan nasi lemak berlaukkan ikan melainkan di Terengganu. Maklumlah di sini memang kaya dengan hasil laut, jadi mestilah nasi lemak pon di makan dengan ikan.
Nasi Lemak Dah Sunik di Pasir Panjang ini menjual menjual nasi lemak dengan pelbagai lauk yang sedap-sedap dan salah satunya ialah ikan tongkol. Nasi Lemak di sini memang sangat terkenal. Anda yang datang tu selau kena beratur sebab ramai sangat orang nak makan nasi lemak sedap ini. Saiz hidangannya juga banyak dan memang puas anda makan.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60199321100 |Â Facebook
Alamat: 1149a, Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 5.30 pm – 12.00 am
4. Ketupat Sotong – Restoran Lempeng Rusila
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Masakan tradisional Terengganu dan lauk yang memang cukup sinonim di Terengganu di mana sotong akan disumbat dengan beras pulut dan dimasak secara berkuah lemak. Hidangan Ketupat Sotong kebiasaanya di makan dengan nasi putih. Ada juga sesetengah kedai yang menjual ketupat sotong ini sebagai hidangan santai waktu petang hari. Di Terengganu menu lauk ketupat sotong lebih dikenali dengan nama ‘tuppat sutong’ ataupun ‘sutong sumbak’.
Ketupat sotong boleh didapatkan di Restoran Lempeng. Mereka menyediakan ketupat sotong dengan sedap sekali. Bukan sahaja itu, kuah yang didatangkan dengannya memang cukup rasa dan berlemak. Anda yang ke sini, boleh cuba padankan dengan makanan istimewa kedai ini iaitu lempeng. Memang terbaik sekali kombinasi kedua-duanya.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60139283414 |Â Facebook
Alamat: 11, Malaysia, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 9.00 am – 7.00 pm
5. Ikan Singgang – Restoran Singgang Budu
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Di sesetengah negeri mungkin lauk ikan singgang lebih dikenali dengan masakan lauk pindang. Namun kalau di Terengganu mahupun Kelantan, lauk berkuah jernih ini lebih sinonim dengan nama singgang. Asas protin untuk membuat lauk singgang tidak tertakluk kepada ikan sahaja bahkan ada yang menggunakan sotong dan ada juga menggunakan daging lembu. Kalau setiap hari raya korban, singgang daging menjadi menu wajib di kebanyakan masyarakat orang Terengganu.
Jika anda menginginkan ikan singgang, anda boleh makan di Singgang Budu. Restoran ni menyediakan makanan lain juga seperti ikan bakar, ayam penyet dan juga pizza. Memang macam-macam ada disini. Kedai yang menjual ikan singgang ini memang cukup sedap dan terkenal sampaikan pernah mendapat liputan daripada Berita Harian. Jadi, memang selayaknya anda terjah kedai ini.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60129668584 |Â Facebook | Website
Alamat: Jalan Engku Sar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 11.00 am – 5.00 pm (kecuali Jumaat)
6. Laksa Terengganu
Seperti juga di negeri lain, menu laksa di Terengganu mempunyai keunikannya tersendiri terutamanya pada kuahnya. Di sini terdapat 2 jenis kuah yang dikenali dengan kuah putih dan kuah merah.
Kuah putih rasanya lebih lemak dan mempunyai rasa isi ikan yang kuat manakala kuah merah lebih pedas dan berempah.
7. Laksam – Kedai Laksam Dabara
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Laksam pula dihidangkan seperti laksa di atas dengan pilihan dua jenis kuah dan potongan ulam-ulaman sebagai sayurnya. Cuma yang membezakan antara laksa dan laksam, mee yang digunakan berbentung gulung dan juga dibuat daripada tepung beras. Kuah laksam memang berlemak dan ada rasa manis-manis sikit.
Siapa nak makan laksam tu, mestilah ada yang sedap di Terengganu. Kedai Laksam Dabara mempunyai laksam yang terbaik. Kuah laksamnya memang berlemak dan cukup pedas serta manisnya. Bila campur cili tu pastikan anda rasa dulu sesuai tak pedasnya dengan anda supaya senang nak menikmati kuah laksamnya. Mereka juga ada makanan tradisional Terengganu yang lain di sini.
Peta Lokasi |Â Jarak
Alamat: 21020 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 5.00 pm – 10.00 pm (kecuali Isnin)
8. Otak Otak
Otak-otak di Terengganu memang cukup popular terutamanya di Daerah Kemaman. Memang sudah tersohor makanan otak-otak dan kebanyakan negeri mempunyai resepi dan caranya tersendiri contohnya Johor.
Otak-otak di Terengganu menggunakan isi ikan yang pure dan disaluti dengan rempah-rempah yang agak pedas.
Rasa dan tekstur otak-otak di sini memang lain daripada otak-otak di Johor ataupun di pantai barat.
9. Sata – Kak Zah Sata dan Pulut Panggang
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sata boleh dikatakan merupakan menu makanan yang menjadi ikon utama kepada daerah Kemaman. Banyak kedai di sini yang menjual sata dan sering menjadi makanan santai di waktu petang. Seperti juga otak-otak, ianya diperbuat daripada isi ikan dan dibaluti dengan daun kelapa dalam bentuk kon. Namun rasa dia memang berbeza daripada otak-otak.
Di Kuala Terengganu anda boleh mendapatkan sata yang sedap di Kedai Kak Zah Sata dan Pulut Panggang. Memang digemari ramai sata Kak Zah ni kerana rasanya yang memang enak. Pulut panggang di sini pun memang laku habis. Memang banyak kedai menjual sata di Terengganu tapi tak semunya sedap, jadi kalau nak yang dah tentu sedap, sinilah tempatnya.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60139243109
Alamat: Jln Tengku Ampuan Intan Zaharah, Kampung Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 2.00 pm – 6.30 pm
10. Pari Celup Tepung – D Coconut Cafe
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
ICT atau nama panjangnya Ikan Celup Tepung merupakan menu makanan santai yang sangat popular di area Kuala Terengganu dan juga di Besut. Antara jenis ikan yang sering menjadi pilihan penduduk setempat ialah ikan pari celup tepung. Ikan Celup Tepung ni memang makanan santai-santai masyarakat setempat. Makan ni macam makan goreng pisang ataupun keropok lekor je.
Kalau bercerita tentang ikan celup tepung, memang di sinilah tempat wajib pergi. Mereka ada banyak ikan yang digunakan untuk celup tepung ni dan sudah tentu ikan pari celup tepung pun ada tau. Menu makan ni memang untuk santai-santai je dan best di makan di tepian pantai. Dah sampai sini nanti jangan lupa juga untuk pesan coconut shake untuk dipadankan dengan ikan celup tepung tu.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +601112989054
Alamat: Jalan Ketapang Pantai, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 1.00 pm – 8.00 pm
11. Sate Ikan – Sate Ikan rokiah
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Sate yang diperbuat daripada ikan berbentuk gelembung dimakan bersama sos manis dan sos pedas. Kalau di Kelantan, sate ikan lebih dikenali dengan nama Lok Ching. Anda boleh dapati ramai penjaja yang menjual satay ikan dengan motosikal dan van lotun di kebanyakan pantai di Terengganu. Memang banyak pembekal sate ikan di Terengganu. Ada yang anda boleh cuba yang siap dimasak sebelum anda beli yang sejuk beku untuk dibakar sendiri.
Biasalah Terengganu ni kan kawasan pantai, jadi mestilah ada sate ikan. Sate Ikan Rokiah ni memang antara sate ikan yang sedap di Terengganu. Mereka memang khusus dalam pembuatan dan penjualan sate ikan. Selain menjual yang sudah dimasak, mereka juga menjadi pembekal untuk sate ikan sejuk beku. Anda boleh sahaja membeli yang sejuk beku untuk bakar sendiri di rumah. Kalau nak tahu sedap ke tak sebelum beli yang sejuk beku, anda belilah yang sudah dimasak punya dulu.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â 014-293 5371| Facebook
Alamat: Lorong Haji Da, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 9.00 am – 8.00 pm
15 Aneka Manisan & Kuih Muih Tradisional Terengganu
1. Bronok Sagu
Kalau di Langkawi, bronok lebih dikenali dengan binatang laut yang rupanya seperti timun laut dan biasanya dibuat kerabu. Di Terengganu pula, bronok adalah sejenis kuih tradisi yang cukup popular di waktu pagi.
Bronok sagu merupakan sejenis kuih sagu yang dibaluti dengan isi kelapa putih. Ada yang warna merah dan ada sagunya yang warna hijau. Warna tidak memainkan peranan apa-apa.
2. Pulut Lepe
Pulut Lepe adalah nama Terengganu kepada pulut panggang. Berbeza dengan pulut panggang Kelantan yang pulutnya lebih manis, pulut panggang di Terengganu rasanya tawar dan lebih rasa ikan pada intinya di tengah-tengah.
Dibalut dengan daun kelapa dan dibakar dengan arang yang membara, aromanya pasti menambat selera anda.
3. Puteri Mandi
Puteri Mandi merupakan sejenis kuih yang seakan-akan berlendir dengan sos manis berkelapanya.
Kalau disesetengah tempat dikenali dengan badak berendam. Rasa doh dan kekenyalan kuih adalah sama, kecuali sos atau kuahnya yang berbeza.
4. Ulat Bulu
Ulat bulu pula merupakan sejenis kuih juga dibaluti dengan parutan isi kelapa muda. Cuma bebola tepung berasnya berwarna hitam dan lebih kenyal. Walaupun nama kuihnya macam ‘miang’ bunyinya, tetapi rasa dia memang sedap dibuat sebagai pemanis dan pencuci mulut.
5. Kayu Keramat
Kayu keramat atau nama tradisinya ‘ Kayu Khhammat’ lebih sinonim dikalangan orang luar dengan nama Char Kuey.
Namun di Terengganu, ianya tidak dimakan dengan sos hijau yang biasa anda jumpa di pasar malam sekitar KL dan Kelantan. Di sini saiznya lebih besar dan lebih tebal dan sedap dimakan kalau dicicah dengan Tea Peng (Teh Ais)
6. Nasi Kapit Sambal
Menu makanan pagi yang sangat popular di Terengganu di mana nasi himpit dimakan bersama sambal ikan atau juga sambal kelapa atau lebih dikenali dengan sambal nyor.
Tiada yang berbeza nasi himpit atau nasi kapit di tempat lain. Cuma cara memakan dan pasangan nasi himpit sahaja yang berbeza.
7. Tok Aji Serban
Tok Aji Serban ataupun Tok Aji Serban merupakan sejenis kuih pencuci mulut yang terdiri dari pulut di bawahnya dan sejenis kaya di lapisan atasnya.
Rupanya juga seakan-akan kuih seri muka kalau di sebelah barat, cuma lapisan atas pulut yang sedikit berbeza dengan Tok Aji Serban.
8. Beke Ubi Kayu
Kuih Beke ubi kayu ini lebih dikenali di Kelantan dengan nama Tepung Boko dan di sesetengah tempat lain sebagai Kuih Talam.
Kebiasaanya kuih ini diletak dalam talam dan dihiris sekiranya nak dimakan. Makan kuih ini sambil menghirup air kopi panas dikala hujan renyai-renyai memang satu kombinasi yang baik.
9. Bekang Kuah Manis dan Kuah Lemak
Kuih ini memang sangat sangat ikonik dengan terengganu. Tidak seperti beke, ianya tidak dibuat daripada ubi sebaliknya tepu beras. Dan bekang ada dua jenis iaitu yang berkuah manis dan yang berkuah lemak.
Yang berkuah lemak ada rasa-rasa macam isi ikan di dalamnya. Kuih Bekang tidaklah sepopular kuih Tok Aji Serban namun yang boleh dikatakan, kuih ini memang ‘pure dari Terengganu’.
10. Tepung Gomok
Sesetengah tempat memanggil kuih ini sebagai kuih buah peluru kerana bentuknya yang bulat seperti peluru meriam (agaknyalah).
Tepung gomok diperbuat daripada tepung pulut dan dibaluti dengan debu-debuan tepung untuk mengelak ianya melekat antara satu sama lain. Ada juga sesetengah negeri memanggilnya kuih gomak.
11. Nganang
Nganang atau juga dikenali dengan Menganang merupakan kuih yang rasanya seakan-akan kuih Akok yang popular di Kelantan. Namun tidak seperti akok yang dimasak dalam acuan yang lebih kecil, bentuk kuih nganang ini biasanya dalam bentuk seperti kek yang lebih besar.
Terdapat beberapa jenis kuih nganang seperti telur, kacang, beras dan pandan. Kalau yang kaler hijaunya pula, lebih dikenali dengan nama Kuih Bako.
12. Nekbat Sira
Kuih ini sangat popular di bulan Ramadhan. Bentuknya seperti kuih bahulu tetapi ianya berkuah. Kuahnya pula memang agak manis dan lebih sedap kalau dimakan selepas seharian ditinggal di dalam peti sejuk.
Selain di Terengganu, nekbat sira juga popular di Negeri Kelantan. Asal usul mana kuih nekbat sira ini masih belum diketahui samaada di Terengganu ataupun Kelantan. Untuk resepinya anda boleh rujuk di sini.
13. Rojak Katih
Rojak Katih ini merupakan yang kelihatan sekakan seperti lauk asam pedas. Kuahnya berwarna merah dan rasanya masam pedas. Katih pula ialah kaki lembu. Dengan bahasa yang mudah, ianya Rojak Katih = Rojak Kaki Lembu. Bunyinya macam ngeri tapi rasa dia memang sedap.
Mungkin kerana Rojak Katih inilah tagline pasukan bola sepak Terengganu “Peteh Terengganu Peteh” muncul.
14. Karipap Inti Ikan
Tidak seperti di negeri lain, negeri Terengganu lebih popular dengan karipap yang berintikan sambal ikan. Kalau waktu pagi memang kebanyakan kedai ada jual kuih karipap inti ikan.
Selain karipap inti ikan, ada juga karipap inti kentang dan daging. Kebiasaanya karipap inti ikan boleh dibezakan dengan bunga di sekeliling dohnya.
15. Asam Guppa
Kuih bersagu yang ada inti kacang ditengah-tengahnya dan dimakan dengan kuah putih bersantan. Ada juga sesetengah jenis asam guppa yang tiada inti dan dimakan dengan kuahnya sahaja.
Cara penyedian kuih ini juga agak rumit dan memang agak susah nak cari kuih ini di Terengganu. Kuih Asam Guppa memang popular di Terengganu dan Kelantan terutamanya pada bulan puasa.
Nak ingat makanan Terengganu dengan lebih seronok? Tengok je video di bawah.
Sumber video: Teluk Pasu
Makanan sedap di Terengganu memang banyak, namun apa-apa pun ianya bergantung kepada penilainya kerana setiap lidah adalah berbeza. Kebanyakan kuih muih tradisi ini anda boleh cari di pasar seperti di Pasar Payang, Gerai Kuih di Gong Kapas dan warung-warung yang menyediakan makanan pagi. Semoga perkongsian makanan tradisional Terengganu ini memberi anda idea untuk jalan jalan cari makan di Terengganu kelak. Anda orang Terengganu? Ada lagi cadangan makanan tradisional Terengganu yang tiada dalam senarai di atas? Sila komen nama makanan & tempat yang boleh pelancong cari di bawah. Wassalam.
Assalamualaikum wbt. Sesiapa boleh tolong bg resepi ke ang dan perok ikan. Kedua duanya resepi tradisional Terengganu.
Assalamualaikum. Saya cuba dapatkan dua jeniis makanan. 1 perok ikan. 2. Ke ang
malaysia boleh
thank you cocococococ much for you information BABE
Ambe teringat nak makan pelara ikan hok wat dalam guri tapi kena masak dalam purong bila masak bubuh asam limau ngan lada cine jarum canpur nyior muda makan ngan nasi beras baru tumbuk nak cari duana le ning.
Admin.. minta tambah lagi satu produk makanan Terengganu.
Kek Lapis Mykhai yang terletak di kg Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Mcm kek lapis Sarawak tapi resepi ikut citarasa org Terengganu.
Kek Lapis Pio Terengganu. Sangat2 berbeza rupa & bezanya dari kek lapis sarawak. Produk kek lapis ini pun dah byk kali mewakili negeri Trgganu ke event2 besar di Seluruh Malaysia & Singapore yg telah di kenali sebagai Kek Lapis Terengganu.
Fb & IG: mykhaikeklapis
Peteh = tackle
Kateh = kaki