Isi Kandungan
Untungnya berada di Malaysia kerana mempunyai pelbagai kaum dan bangsa yang hidup dalam keadaan aman dan saling menghormati antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ini mewujudkan variasi adat budaya dan makanan tradisional suku kaum yang menarik untuk dicuba. Kali jom kita lihat beberapa makanan tradisional Cina yang sering menjadi pilihan ketika musim perayaan kaum Cina setiap tahun dan beberapa menu lain yang sangat best untuk dicuba.
Kebanyakan makanan orang Cina sangat disukai kaum lain di Malaysia dan yang biasa kita dengar ialah Nasi Ayam Hainan, Char Kuew Teaw, Yong Tau Fu dan Taufu Fa. Kebanyakannya berasaskan soya, sayuran dan tepung.
Makanan Tradisional Cina sempena musim perayaan
Berikut merupakan menu kuih dan makanan yang sinonim di musim perayaan orang Cina setiap tahun.
1. Kuih Bakul (Nian Gao)
Kuih tradisional masyarakat Tiong Hwa yang sering mendapat sambutan terutamanya pada musim perayaan Cina.
Manisan kuih ini memang enak dan sedap dikunyak kerana diperbuat daripada tepung beras yang dimasak dengan gula putih. Secara tradisionalnya, kuih ini kebiasaanya dimasak di dalam bekas yang berlapik daun pisang di dalamnya bagi memberi aroma yang wangi dan menjadikan kuih ini lembut.
2. Kuih Bulan
Sejenis kuih manisan yang sangat cantik dan kebiasaanya disediakan sempena Pesta Tanglung yang berlangsung pertengahan bulan 8 dalam kalenda Lunar.
Ada juga sumber yang mengatakan ianya disediakan ketika Perayaan Pertengahan Musim Luruh dan bentuknya datang dalam bulat ataupun bersegi.
3. Zong Zi ( Bak Tzang)
Namanya pelbagai dan ada juga yang memanggil kuih bacang.
Menu ini pula merupakan menu makanan yang sangat simbolik sempena festival Duanhu yang berlangsung setiap tahun pada hari ke 5 dalam bulan 5 Kalendar Lunar.
4. Yee Sang
Kalau kebiasaanya di musim perayaan Tahun Baru Cina, anda mesti selalu lihat satu adegan seperti dalam movie Chinese Block Buster di mana kaum keluarga duduk di meja bulat dan menggaulkan makanan-makanan sayuran bersama-sama dengan menggunakan chop stik.
Makan besar ! Yee Sang ini terdiri daripada beberapa hirisan memanjang sayuran yang berwarna warni dan pelbagai tekstur. Ianya merupakan simbolik majmuk yang cukup penting dalam masyarakat Cina untuk mengeratkan silaturahim sesama kaum keluarga dan sehabat handai.
5. Tang Yuan
Sekali tengok ianya seperti kuih Puteri Mandi kerana kebiasaanya dihidangkan di dalam mangkuk dan merupakan bebola beras pulut berkuahkan manisan.
Kalau di negara China menu ini kebiasaanya dimakan pada musim sejuk pada bulan Desember.
2 menu makanan tradisional kaum Cina yang paling best
Nak sebut satu-satu makanan tradisional Cina memang banyak, namun 2 yang berikut bagi saya yang paling membuatkan anak tekakku gembira.
1. Stir Fried Turnip Cake
Hidangan menu ini sangat simple dan kalau sekali pandang dari jauh, tak ubah seperti keaw teaw goreng. Menu ini sedap dimakan kalau time panas dan masih panas-panas, kalau sejuk memang cepat muak.
Bau dia memang sungguh menawan kalbu dan setiap kali ke Restoran Cina Muslim, memang tak sah akan order menu simple dan sedap ini.
2. Dim Sum
Menu makanan tradisional Cina yang memang popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Hidangan dim sum ini datang dalam pelbagai jenis bentuk dan cara nak buat bebola dim sum pun agak leceh serta memerlukan kepakaran yang tinggi.
Menu ini bukan sahaja popular di kalangan peniaga orang Cina, malah hari ini kita boleh berjumpa dengan orang Melayu, India dan Pakistan yang menjaja di tepi jalan menjual Dim Sum ibarat gerai-gerai pisang goreng.
Ada beberapa Restoran Masakan Halal Cina yang boleh disinggah yang ada di sekitar KL yang pernah saya sendiri makan di sana seperti di Restoran De Templer di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
WOWW!!kuih bakul,soo delicous dan banyak makanan sedap
Banyak maklumat yang berfaedah
Dim sum tu nmpak sedap. tapi yang asal punye dicampur khinzir. Teringin nak makan dim sum yg halal punye
Terimakasih banyak bantak
kuih bakul = dodol cina kalau d Indonesia. mantap :-)
kuih bakul kalau di Indonesia disebut dodol cina. enak lah… dulu pernah tiap tahun di kasih hehehe…
zon zi tu setiap kali hari raya mesti makcik saya belikan..sedap, depa panggil ketupat cina
kuih bulan tu kegemaran saya :)