Isi Kandungan
Di Pahang terdapt sebuah perkampungan di Bentong iaitu Janda Baik. Kawasannya terletak di Banjaran Titiwangsa Semenanjung Malaysia; kawasan pergunungan dengan ketinggian antara 600m ke 800m di atas paras laut. Hutan di sini juga sering menerima hujan sepanjang tahun. Oleh itu, Janda Baik ini dikelilingi dengan hutan dan bersuhu sekitar 22°C ke 28°C sahaja. Janda Baik terkenal dengan tempat-tempat semulajadi yang cantik dan damai seperti air terjun dan sesuai untuk aktiviti mendaki, jungle trekking dan perkhemahan. Di sebabkan Pahang bersempadan dengan banyak negeri lain, maka Pahang sering menerima pelancong dari dalam negara untuk singgah ke tempat semula jadi mereka.
Jadi di sini kami senaraikan 9 kedai makan di Janda Baik, Pahang yang patut anda kunjungi dan menikmati makanan di sini jika anda mencari lokasi makan yang berkualiti dengan harga murah.
9 Kedai Makan Di Janda Baik
1. Lemuni Cafe Janda BaikÂ
Sebuah cafe yang berada di Hutan Simpan Lentang iaitu Lemuni Cafe Janda Baik ini mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Lemuni Cafe menyajikan masakan Melayu ala-ala kampung. Makanan di sini segar dan berkualiti tinggi. Suasana dan cara menghidang makanan juga sangat berkonsepkan kampung. Landskap sekitar Lemuni Cafe sudah tentu cantik dan sesuai bagi mereka yang mencari kafe-kafe yang berada di luar bandar dan instagramable.
Berbalik kepada Lemuni Cafe, menu di sini juga mempunyai bermacam pilihan bergantung kepada waktu makan seperti asam pedas ikan siakap, kari jenahak, lempeng kelapa, nasi daging dan banyak lagi. Menu sesi sarapan, makan tengahari dan minum petang boleh dinikmati jika anda datang tepat pada waktunya atau tidak mahu terlepas peluang, anda boleh membuat tempahan awal. Jika anda bernasib baik, anda boleh menikmati buah-buahan tempatan segar dari kebun mereka seperti manggis, rambutan, durian dan duku.
Alamat:Â Lot 9756, Kampung Chemperoh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi:
- Isnin – Khamis: Tutup
- Jumaat: 8.00 am – 5.00 pm
- Sabtu: 8.00 am – 5.00 pm
- Ahad: 8.00 am – 5.00 pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-3265966
2. Pinto Coffee+
Lokasi tersembunyi di Janda baik yang mesti pergi ialah Pinto Coffee+. Di Pinto Coffee+ menyajikan hidangan kopi menggunakan hasil tananam mereka kerana mereka memproses biji kopi mereka sendiri. Mereka juga menjual kopi mereka seperti banjaran origin, kultura dan belantara. Boleh dapatkan kopi mereka daripada online ataupun dari kedai mereka sendiri. Suasana di sini sangat nyaman dan menenagkan kerana dikelilingi dengan tumbuhan hijau.
Antara menu kopi, pencuci mulut dan pasta yang boleh di pesan di Pinto Coffee adalah seperti espresso single shot, espresso double shot, espresso macchiato, black americano, carrot walnut slice, plain cheesecake dan marble cake a la mode. Semua menu disini ditawarkan dengan harga yang yang berbaloi.
Alamat:Â Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi:
- Isnin – Selasa: Tutup
- Sabtu – Ahad: 10.00 am – 8.00 pm
- Ahad, Rabu, Khamis: 10.00 am – 6.00 pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-3907875
3. Cafe Nusantara Daun
Antara kedai makan yang harus singgah di Janda Baik ini adalah Cafe Nusantara Daun. Cafe Nusantara Daun menawarkan menu yang sangat berpatutan dengan rasanya dan saiz hidangan. Persekitaran kafe ini juga dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan perkampung sangat menyenangkan. Menu di sini adalah menu masakan kampung. Dikhabarkan juga menu sarapan di sini berharga RM1.
Antara menu wajib cuba di Cafe Nusantara Daun ini adalah sup tulang, sate, nasi bakar, nasi buluh yang dihidangkan bersama ayam goreng, tempe, tauhu dan sambal bajak, patin tempoyak dan banyak lagi. Anda juga boleh memesan bermacam set menu di sini yang menghidangkan menu yang berbeza. Di sini juga mempunyai menu gorengan yang boleh anda pesan.
Alamat:Â Jalan Kampung Janda Baik, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi:
- Isnin – Khamis: Tutup
- Jumaat – Ahad: 1.00 pm – 10.00 pm
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-6273583
Whatsapp Coffee Nusantara Daun
4. Ikan Bakar Sri Tanjung
Jika anda tercari-cari menu bakar-bakar, boleh singgah ke Ikan Bakar Sri Tanjong. Ikan bakar di sini sangat terkenal di bandar ini. Di sini, mereka menyediakan ikan-ikan dan makanan laut lain yang segar seperti kerang dan sotong untuk dibakar ataupun untuk dibuat hidangan dalam menu. Pelbagai jenis menu di sini menggunakan makanan laut yang anda boleh didapati seperti bakar-bakar, celup tepung, masak stim, masak tiga rasa, pedas, masam manis dan banyak lagi. Jadi tidak perlulah risau, anda masih boleh memesan menu yang anda inginkan walaupun namanya kedai ikan bakar.
Dengan harga yang ditawarkan sangat berbaloi, anda berpeluang untuk makan menu kesukaan anda di sini. Tidak peliklah jika kedai makan Ikan Bakar Sri Tanjong ini dikunjungi oleh ramai orang pada hujung minggu, berbuka puasa dan makan tengahari ketika waktu rehat bekerja.
Alamat:Â 1, Batu 1, 4, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
Waktu Operasi:
- Isnin – Selasa: Tutup
- Rabu – Ahad: 5.00 pm – 8.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-7111305
Whatsapp Ikan Bakar Sri Tanjong
5. Kopi N Kraf
Kopi N Kraf adalah sebuah lokasi yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama ataupun yang mahu merehatkan minda. Kopi N Kraf ini dikelilingi dengan tumbuhan hijau yang menyenangkan mereka yang datang. Konsep elegant cafe ini yang membuatkan anda rasa seperti bercuti ke tempat yang terpencil bebas daripada kesibukkan bandar.
Kopi N Kraf menawarkan harga yang berpatutan untuk minuman dan makanan mereka. Jangan risau buat mereka yang bukan penggemar kopi, anda juga boleh memesan minuman selain kopi di sini. Pelbagai jenis minuman panas dan minuman sejuk ditawarkan di Kopi N Kraf ini. Walupun nama kedai ini seperti menjual minuman sahaja, mereka juga menawarkan pelbagai menu makanan simple gaya tempatan, gaya barat dan ada juga gaya Indonesia. Jika anda seorang food hunter ataupun gemar update story di Instagram, di sini adalah lokasi yang mesti anda jejaki.
Alamat: 27797, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi:Â
- Isnin – Rabu: Tutup
- Khamis – Ahad: 9.00 am – 6.00 pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-8713509
6. Warung Janda Baik
Sebuah kedai makan popular iaitu Warung Janda Baik ini memiliki nama yang sangat mudah diingati dan menjadi kegemaran penduduk sekitar dan mereka yang melakukan aktiviti berkonvoi menaiki kereta, motorsikal mahupun berbasikal. Oleh itu, di sini sesuai juga buat mereka yang datang dengan jumlah yang ramai atau datang dengan keluarga besar. Harga ditawarkan juga sangat berpatutan. Warung ini menjadi tumpuan ketika waktu sarapan dan makan tengahari.
Berkonsepkan layan diri untuk mengambil makanan dan minuman, kedai makan ini menyediakan pelbagai sarapan gaya barat dan gaya tempatan. Makanan terkenal yang dianggap singnature di sini adalah Nasi Lemak Hijau dan Lempeng Pisang yang dimakan bersama serawa durian, sambal dan lain lagi. Menu dibelakangnya ialah lempeng kelapa, patin tempoyak, nasi ayam, soto, bergedil, nasi lemak berlauk dan banyak lagi.
Alamat:Â Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat: Tutup
- Sabtu – Ahad: 8.00 am – 5.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 014-7967680
7. Kopi Ladang Restaurant
Sebuah lagi restoran aesthetic buat food hunter dan penggemar Instagram iaitu Kopi Ladang Restaurant. Pun begitu namanya, restoran ini sesuai untuk singgah setiap masa seperti sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Restoran ini adalah restoran layan diri.
Padanlah sangat popular di kalangan penduduk tempatan walaupun masih di awal pagi. Pelbagai menu sarapan yang anda boleh dapati disini dengan gaya tempatan mahupun gaya barat seperti nasi lemak, roti bakar, lontong, roti telur goyang, nasi kerabu, nasi lemak ayam berempah dan macam-macam lagi.
Beralih kepada namanya, kopi disini perlu dicuba jika datang ke sini. Sudah pasti akan gembira apatah lagi penggemar kopi. Minum kopi di sini membuatkan anda berasa sangat esklusif kerana mereka menanam, mengupas, membakar dan membancuh sendiri kopi mereka. Hasilnya yang sangat berbaloi dengan harga yang mereka tawarkan. Sudah semestinya anda boleh memesan kopi samada panas atau sejuk.
Alamat: Lot 6503, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi:
- Isnin – Khamis: Tutup
- Jumaat – Ahad: 8.00 am – 10.00 pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-6957168
Whatsapp Kopi Ladang Restaurant
8. Restoran Che Seafood Janda Baik
Sebuah restoran yang popular dalam kalangan penduduk tempatan iaitu Restoran Che Seafood Janda Baik. Harga di sini cukuplah berbaloi untuk menu-menu yang ditawarkan. Bahan utama di sini adalah makanan laut. Oleh itu, kebanyakkan senarai menu mereka berunsurkan makanan laut tetapi ada juga menu lain yang bukan berasakan makanan laut. Selain penggemar makanan laut, Restoran Che Seafood juga sesuai bagi yang sukakan makan masakan panas.
Bertemankan suasana perkampungan, menu yang anda boleh cuba di sini terdiri daripada masakan tomyam, sup, nasi bubur, masakan telur dan masakan istimewa dimana anda boleh pilih untuk masak bersama bilis, udang, sotong, daging, ayam mahupun campur. Jika pening kepala, anda boleh memesan set-set yang menawarkan hidangan yang lengkap dengan air, 3-4 makanan berlauk, menu gorengan dan nasi putih.
Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari: 3.00 pm – 12.00 am
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-2330597
9. Kedai Makan Minang Seri Selera
Ianya merupakan sebuah kedai makan yang menghidangkan lauk pauk tradisi minang. Melihat pada gambar di atas, itu adalah kepakaran Kedai Makang Minag Seri Selera ini iaitu Nasi Campur Padang dan Sup Tulang. Pernah terima jolokan sup tulang terbaik di Janda Baik, sup tulang mereka mempunyai rasa yang sedikit kepedasan tetapi pasti menjamin kepuasan. Harganya juga ditawarkan dengan berbaloi sesuai rasanya.
Sup tulang di sini anda boleh membuat pilihan, sama ada makan bersama nasi atau bihun. Selain menu di atas, di sini juga menyediakan bermacam lauk-pauk dan makanan bergoreng untuk waktu sarapan, makan tengahari dan minum petang seperti pisang goreng, patin tempoyak, kari ayam dan banyak lagi. Ada juga pencuci mulut dijual di sini seperti ABC.
Alamat: Kampung Sum-Sum, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00 am – 9.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-2359681
Whatsapp Kedai Makan Minang Seri SeleraÂ
Kami bersetuju jika anda mengatakan semua restoran di sini kelihatan menyelerakan. Anda berpeluang memuaskan nafsu makan anda sekali berbayar dengan harga yang berbaloi. Jika anda berada di Janda Baik agak lama, make sure untuk singgah kedai yang kami senaraikan di atas ini. Pasti tidak menyesal!
How bout Nero Bianco deli? This cafe shud be in the list too
Ada satu lagi kedai yang tak tersenarai dalam list. Rumah Makan Riverside Janda Baik. The best Patin Tempoyak yang pernah kami rasa. Kalah kedai kedai patin yang viral di Temerloh. Memang cukup dengan citarasanya yang tersendiri. Makan sedap, pekerja baik, ramah. Oh siap ada buskers. What a good vibes and ambience . Cant wait to repeat again
10/10 review score
dua hari yang lalu , saya berkunjung ke D’Amah Garden Cafe untuk mencari sarapan. Kedai ini menyediakan nasi lemak ( biasa , telur mata dan ayam berempah ) , lontong , sate , freshly brewed coffee , lempeng dan kuih cakoi. Its really awesome and i give 5 stars because the food is really scrumptios and homemade food. I recommend to you all to visit thia new cafe.