Mi segera yang lebih dikenali sebagai maggi oleh segelintir rakyat Malaysia. Jenama maggi tidak asing lagi di hati rakyat Malaysia sejak zaman 90-an lagi. Rakyat Malaysia amat menggemari maggi kerana rasanya yang sangat sedap dinikmati bila-bila sahaja. Namun, tidak disangka terdapat Warung Maggi Dapur Arang di Changlun. Warung ini terletak di tepi lebuhraya utama Changlun-Kuala Perlis. Warung ini masih baharu dibuka pada pertengahan bulan 10, 2022 dan dimiliki oleh sepasang suami isteri iaitu Puan Zairina dah Encik Badrul. Nampak seperti warung biasa tepi lebuhraya tetapi mempunyai keistimewaan luar biasa.
Hanya Warung Kuning Tepi Jalan Menjanjikan Keindahan Luar Biasa
Warung yang berkonsepkan “stop eat and go” dimana ia menyajikan makanan yang tidak berat kerana hanya maggi sahaja. Menu utama maggi kerana maggi sangat terkenal dalam golongan pelajar dan orang awam akan tetapi Warung Maggi Dapur Arang membawa konsep maggi yang dimasak menggunakan dapur arang dimana ia membawa keunikan yang tersendiri untuk menarik minat pelanggan ditambah dengan rempah dan adunan sos “homemade”.
Sotong Jahat Mampu Menggoda Semua Penggemar Mi Segera
Ada pelbagai pilihan jenis maggi yang disediakan di sini. Paling menarik perhatian kebanyakkan masyarakat di sini semestinya Maggi Sotong Jahat. Perisa maggi yang diolah dengan pes buatan sendiri resepi Puan Zairina. Saiz sotong jahat yang sangat besar di dalam hidangan maggi berkuah “homemade” telah viral di TikTok.
Sebenarnya maggi dapur arang sudah lama wujud di Terengganu dan jugak Kelantan, tetapi tidak pula ada di sebelah utara, jadi kami menggunakan peluang yang ada untuk mewujudkan sebuah warung maggi dapur arang di sebelah utara. – Puan Zairina
Hidangan Lauk Lain Yang Tidak Kurang Hebatnya
Antara maggi lain selain sotong jahat. Penggemar maggi juga boleh menikmati maggi telur, maggi ayam, maggi sotong, dan maggi telur sotong. Menu-menu ini bermula dengan harga RM5 yang sangat berpatutan dengan rasa yang dijanjikan. Warung ini juga turut menjual pelbagai jenis minuman untuk dinikmati bersama maggi.
Pasti anda sudah terliur kerana membayangkan rasa maggi di Warung Maggi Dapur Arang di Changlun. Jangan tunggu lagi, anda boleh singgah sahaja kerana warung ini terletak di tepi lebuhraya. Mudah untuk membeli secara makan di warung atau bungkus.
Disini saya sertakan alamat dan waktu berniaga warung. Saya nasihatkan anda singah pada masa yang tepat, agar tidak terlepas menikmati keunikkan rasa maggi di sini.
Alamat: Maggi Dapur Arang, Selepas Petronas Changlun, Lebuhraya Changlun- Kuala Perlis, 06010 Changlun, Kedah.
Waktu Operasi: Khamis-Selasa (5.30pm-11.30pm), Tutup Rabu
Lokasi | Tel: 0138794069
Artikel disumbang oleh: Hazwani Binti Idris, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kejuruteraan Keusahawanan), Universiti Malaysia Perlis