6 Lokasi Paling BEST Untuk Tour Kelip-Kelip di Malaysia Timur

Ada tiga sebab utama, mengapa anda suka melancong. Pertama, untuk merehatkan diri. Kedua, untuk melepaskan tekanan hidup dari hiruk-pikuk bandar. Dan yang ketiga, untuk mencari ketenangan dan kedamaian. Tenang adalah sesuatu yang subjektif bagi semua orang. Setiap orang mempunyai pendapat dan perspektif yang berbeza dalam memahami makna ketenangan.

Kehijauan alam flora dan fauna, kebiruan lautan, keindahan matahari terbit dan terbenam, dan kemegahan bangunan prasejarah, semuanya mengamit memori dan mencipta ketenangan bagi sesiapa yang memerhati. Ada orang boleh menjadi tenang dengan hanya melihat kerlipan cahaya dari kelip-kelip. Sehinggakan ada yang sanggup menyelusuri sungai dengan bot pada waktu malam semata-mata untuk merasai kenangan bersama serangga ini. 


1. Kelip-kelip Kota Belud, Sabah

fireflies kota belud

Kelip-kelip atau Fireflies adalah spesia kumbang Lampyridae. Di dunia, terdapat lebih 1500 spesies kelip-kelip dikawasan sederhana panas dan tropika. Sungai Nanamun di Kota Belud menjadi tempat berkungjung yang sangat sinonim bagi pelancong domestik dan luar negara khususnya Korea dan China. Sungai ini amat kaya dengan flora dan fauna seperti monyet, monyet belanda (proboscis monkey), kelip-kelip, dan unggas. 

Walaupun Kota Belud sudah sangat terkenal sebagai sebuah pekan dan daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, tetapi kelip-kelip Malaysia Timur di Kota Belud ini antara lokasi panas yang baru dijumpai oleh pengembara di sana. Jika anda mahu menyaksikan keindahan malam bersama kelip-kelip, anda boleh mendapatkan khidmat tour river cruise, dan anda akan dibawa mengelilingi sepanjang sungai selama 30 minit untuk merasai pengalaman itu. 

Alamat: 89150 Kota Belud, Sabah

Bayaran Masuk: bergantung kepada pakej river cruise/tour guide

Waktu Operasi: 24 jam (kawasan umum)

Lokasi | Ulasan Google | Phone: 013-858 6018

Whatsapp Kelip-Kelip Kota Belud


2. Kelip-kelip Sungai Klias, Sabah

fireflies sungai klias

Kota Klias terletak di daerah Beaufort yang merupakan tarikan pelancongan eco-tourism paling menakjubkan. Jika anda pernah menonton filem animasi Alice In Wonderland, pastinya anda boleh merasakan pengalaman yang seakan-akan berlatarbelakangkan alam fantasi seperti itu jika datang ke Klias Wetland

Cuba anda bayangkan anda duduk ditengah-tengah hutan paya bakau, dikelilingi spesis flora dan fauna yang eksotik, sambil menyaksikan kelip-kelip pada waktu malam. Memang sangat mempersonakan. Untuk pengetahuan anda, kelip-kelip jantan mampu mengeluarkan cahaya yang lebih terang dengan dua segmen cahaya di bahagian abdomennya berbanding kelip-kelip betina yang hanya mempunyai satu segmen sahaja. 

Alamat: 89800 Beaufort, Sabah

Bayaran Masuk: bergantung kepada pakej river cruise/tour guide

Waktu Operasi: 24 jam (kawasan umum)

Lokasi | Ulasan Google 


3. Weston Wetland, Sabah

weston wetland

Tempat menarik di Sabah kali ini adalah antara destinasi yang istimewa di daerah Beaufort. Aktiviti menaiki bot untuk menyelusuri sungai sambil melihat panorama alam bukan suatu perkara yang asing lagi bagi anda terutamanya jika anda seorang kaki melancong. Namun, anda pasti pelik mengapa pengunjung yang sudah biasa dengan aktiviti river cruise seperti ini akan datang dan mencuba lagi dan lagi tarikan sungai yang ada di Weston Wetland.

Terdapat dua keunikan yang ada di river curise Weston Wetland tetapi tiada di destinasi lain. Pertama, anda boleh melihat haiwan-haiwan eksotik yang biasanya menjadi habitat safari hijau seperti monyet belanda, dan long tail macaques. Kedua, anda boleh merasai rasa sunyi malam sambil ditemani cahaya paling terang dari kelip-kelip. Jadi sangat jelas jika ada orang bertanya, mengapa anda sanggup ke Beaufort yang terletak agak jauh sekitar 100 kilometer dari bandar Kota Kinabalu. Weston Wetland Park lah yang menjadi alasannya. 

Alamat: 89800 Beaufort, Sabah

Bayaran Masuk: RM 190 (dewasa), RM 130 (kanak-kanak)

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 013-858 6013

Whatsapp Weston Wetland


4. Sabandar Cowboy Town, Sabah

sabandar cowboy town

Jika anda sudah terbiasa berkunjung ke Rumah Terbalik, Kiulu, atau Jambatan Tamparuli, jangan lepaskan peluang untuk ke Sabandar Cowboy Town di kawasan Sabandar berdekatan daerah Tuaran. Ramai yang bertanya ada apa di Sabandar Cowboy Town? Dan mengapa destinasi ini sering menjadi tumpuan pengunjung? Destinasi yang bakal anda kunjungi ini meliputi beberapa tarikan yang berbeza, iaitu sungai, hutan paya bakau, dan pantai. 

Bila sebut sahaja nama Sabandar Cowboy Town, orang pasti beranggapan ianya hanya sekadar tempat menunggang kuda atau lokasi yang obses dengan Cowboy. Malahan sebenarnya tempat menarik di Sabah ini membawa daya tarikan yang menyeluruh dengan aktiviti utama seperti meninjau taman bakau, merasai pengalaman menjamu selera di restoran buluh, merasai pengalaman menginap di penginapan bercirikan cowboy, dan melihat kelip-kelip sambil menaiki bot.

Alamat: Jalan Shah Sabandar, Tuaran, 89200 Kota Kinabalu, Sabah

Bayaran Masuk: RM 85 (Dewasa), RM 65 (Kanak-kanak)

Waktu Operasi: 7 pagi – 5 petang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 016-822 1501

Whatsapp Sabandar Cowboy Town


5. Kuching Wetlands National Park Fireflies, Sarawak

kuching wetland national park

Tempat menarik di Sarawak ada kelip-kelip? Pasti anda tertanya-tanya adakah di Sarawak juga menjadi habitat paling disukai kelip-kelip seperti di beberapa lokasi Sabah. Sudah pasti ada, jika anda berkunjung di Kuching Wetlands National Park yang terletak 5 kilometer dari Pantai Damai. 

Taman negara yang berkeluasan 6610 hektar ini merupakan hutan paya air masin yang besar dengan dihuni kawasan perkampungan Melayu, dan kepelbagaian flora dan fauna seperti helang laut, buaya, proboscis monkey, monyet berhidung besar, kelip-kelip dan sebagainya. Lokasi tempat menarik di Sarawak ini berdekatan dengan Sungai Salah dan Laut Sibu. Oleh kerana itu, ekosistem lautnya sangat menakjubkan.

Alamat: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Bayaran Masuk: RM 160 – RM 180

Waktu Operasi: 9 pagi- 8 malam

Lokasi | Ulasan Google


6. Kelip-kelip Sungai Bongawan, Sabah

sungai bongawan

Destinasi terakhir untuk menyaksikan kelip-kelip Malaysia Timur adalah di Sungai Bongawan. Walaupun Sungai Bongawan tidaklah sepopular sungai-sungai di Sabah yang lain, tetapi sungai ini berpotensi untuk dibangunkan menjadi daya tarikan baru kepada pelancong. Jika anda fahami apa yang diusulkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, mereka mahu menaik taraf dan membangunkan kawasan Bongawan menjadi pasar terapung seakan-akan yang ada di negara Thailand. Buah fikiran ini jika berjaya dihasilkan maka akan membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat dan sektor pelancongan domestik.

Yang mana masyarakat di kampung boleh mengaplikasikan idea berkenaan dengan mendirikan gerai-gerai terapung di pesisir Sungai Ulu Bongawan-Kampung Seri Serbang. Masyarakat boleh menjual pelbagi produk tempatan termasuklah makanan tradisi, buah-buahan tropika, dan kraf tangan budaya. Kombinasi antara spot terbaik kelip-kelip di Sarawak dan pasar terapung adalah pilihan yang terbaik untuk destinasi pelancongan.

Alamat: Jalan Seladan Biau Bongawan, Pekan Bongawan, 89709 Bongawan, Sabah

Bayaran Masuk: bergantung kepada pakej river cruise / tour guide

Waktu Operasi: 24 jam (kawasan umum)

Lokasi | Ulasan Google


Untuk menikmati destinasi paling menakjubkan dan menenangkan, anda tidak perlu mencari yang jauh sehingga luar dari Malaysia. Di Malaysia sendiri sudah mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang setanding dengan destinasi percutian di luar negara. Bukan satu, bukan dua, tetapi beratus-ratus daya tarikan yang ada di setiap negeri bermula dengan tempat peranginan tanah tinggi, taman rekreasi air terjun, taman negara hutan, taman peninggalan sejarah, taman tema, pulau-pulau yang cantik dan bermacam-macam lagi. Bersyukur dan berbanggalah kerana kita lahir di Malaysia.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Tempat Hiking di Semenanjung Malaysia Yang Wajib Anda Kunjungi

Terlalu lama tidak keluar untuk menghirup udara segar dan mengelilingi alam semula jadi mungkin membuat otak anda tepu dan stress. Ramai yang memilih hiking...

8 Canopy Walk Di Semenanjung Malaysia Yang Terbaik (Paling BEST)

Siapa yang tidak sukakan keindahan alam semula jadi? Rata-rata semua orang menyukainya terutamanya kepada pencinta alam. Salah satu tujuan anda melancong adalah untuk merehatkan...

15 Tempat Memancing Yang Terbaik di Malaysia

Setiap orang mempunyai hobi dan aktiviti yang menjadi kegemaran mereka setiap kali ada waktu lapang. Di Malaysia, aktiviti yang sinonim dengannya adalah memancing. Terlalu...

7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam...

10 Pulau Di Malaysia Timur Yang Anda Mesti Pergi Untuk Snorkeling

Malaysia Timur (terdiri daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) adalah sebahagian daripada Malaysia dan terletak di Kepulauan Borneo. Malaysia Timur mempunyai kurang penduduk...

15 Trek Joging Yang Best Untuk Bersenam Di Malaysia

Amalan bersukan yang paling mudah dan tidak memerlukan belanja yang besar seperti berjoging di taman adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang mahu kekal...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x