7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam air membosankan? Sebenarnya aktiviti lasak di dalam air lebih mendebarkan dan mencabar kemampuan fizikal dan mental seseorang daripada di darat. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi dengan anda lokasi arung jeram di Malaysia Timur yang terbaik dan tergempak yang ada. 


1. Kiulu White Water Rafting Centre, Sabah

sungai kiulu sabah

Siapa sangka pekan kecil di kawasan Kiulu tersimpan sebuah lokasi tempat pelancong arung jeram Malaysia Timur yang sangat popular di kalangan rafter baru atau entry-level. Ini kerana kategori cabaran yang boleh anda lakukan di sini diklasifikasikan sebagai grade 1 dan 2 di mana ianya agak sederhana dan santai. Kerana kawasan sungai ini sering mengalami air pasang, kebiasannya aktiviti rafting akan mengambil masa agak lama. Jika air di paras tinggi, anda perlu berakit sejauh 15 kilometer atau sekitar 2 jam. Manakala jika air di paras biasa pula, jaraknya agak singkat dan hanya mengambil masa 1 jam dengan sejauh 7 kilometer.

Bukan sahaja orang dewasa dan remaja, malah kanak-kanak seawal usia enam tahun juga sudah sudah boleh melakukan water rafting kerana keadaan air Sungai Kiulu yang tenang dan tidak bergelora jika dibandingkan dengan sungai-sungai lain yang ada. Bosan dengan water rafting, banyak lagi aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini seperti di pesisir sungai tersebut terdapat Zip Borneo untuk anda cuba. Zip Borneo menyediakan aktiviti lasak yang sangat menarik seperti Zip-line, Wall climbing, High rope challenges, Abseiling dan Archery. 

Alamat: Tamparuli 89357 Kota Kinabalu, Sabah

Bayaran Masuk: RM 190 (dewasa), RM 140 (kanak-kanak)

Waktu Operasi: 8 pagi – 4 petang (setiap hari)

Lokasi |  Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 0138082266

Whatsapp Kiulu Water Rafting


2. Papar White Water Rafting, Sabah

sungai papar sabah

Sama seperti Kiulu White Water Rafting juga, di Papar ia menawarkan grade 1 dan 2 water rafting yang sesuai untuk anda g di peringkat permulaan atau belum pernah mencuba sama sekali sukan lasak ini. Lokasi Papar berdekatan dengan bahagian selatan bandar Kota Kinabalu. Oleh itu anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari tempat-tempat menarik di sekitar Sabah kerana di sini juga sudah banyak pilihan yang menakjubkan untuk anda pilih dan kunjungi. 

Menarik lagi, lokasi yang bakal anda kunjungi ini merupakan kawasan perkampungan etnik Dusun yang unik. Dalam anda seronok bermain di sepanjang Sungai Kaiduan, sambil itu juga anda boleh menyaksikan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna yang ada disekeliling sungai ini. Memang sangat puas hati dan pasti anda tidak boleh lupakan pengalaman tersebut.

Alamat: Papar, 88300, Sabah

Bayaran Masuk: RM 170 (seorang)

Waktu Operasi: 8 pagi – 6 petang (Ahad cuti)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 016-826 0165

Whatsapp Papar Water Rafting


3. Liwagu River Whitewater Rafting, Sabah

sungai liwagu sabah

White water rafting Malaysia Timur terbaik yang seterusnya adalah Sungai Liwagu di Ranau. Pada teorinya, air  sungai ini berasal dari lereng Gunung Kinabalu atau lebih tepat di bahagan timur sebelah selatan. Panjangnya sejauh 2000 km, jadi tidak hairan jika sungai ini dikatakan terpanjang dan lebih jauh dibandingkan sungai-sungai lain yang biasa dilakukan aktiviti white water rafting. Dari lokasi rahsia sehinggalah menjadi pelancongan umum untuk orang awam, pengembara tegar yang suka menerokai kawasa hutan Sabah mengatakan kawasan tersebut berpotensi untuk menjadi khazanah dunia suatu hari nanti. 

Bukan sahaja laluannya jauh dan panjang, tetapi cabaran yang anda akan rasai di sini dalam kategori gred 1 hingga 3, yang mana banyak jeram dan batu-batan bakal menanti anda di setiap laluan. Bagi rafters yang sudah biasa dengan cabaran ini, mereka selalunya hanya mengambil masa 4 jam sahaja. Namun bagi entry-level, mereka akan diberikan masa selama 2 hari untuk menghabiskan pengembaraan ini. Di mana anda boleh berhenti separuh jalan, tidur satu malam di hutan dan esoknya menyambung kembali ekspedisi tersebut. 

Alamat: Ranau, 89300, Sabah

Bayaran Masuk: RM 205 – RM 235 (seorang)

Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang (setiap hari)

Lokasi | Ulasan Google 


4. Water Rafting Point Pukak, Sabah

pukak sabah

Water rafting di Sungai Kiulu mempunyai beberapa checkpoint yang boleh anda cuba. Biasanya, anda akan disuruh untuk memulakan aktiviti ini di Kampung Pukak sehinggalah di Kampung Poturidong.

Tetapi kampung bukan sebarang kampung kerana Kampung Pukak telah lama menyandang gelaran sebagai Pusat Pelancongan paling gah di daerah Tuaran.

Alamat: Jalan Kiulu Lawa Mandau, 89250 Tuaran, Sabah

Bayaran Masuk: RM 190 (dewasa), RM 140 (kanak-kanak)

Waktu Operasi: 8 pagi – 4 petang (setiap hari)

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 0105379823

Whatsapp Water Rafting Point Pukak


5. Jeram Lingkubang, Sabah

jeram lingkubang sabah

Sebuat sahaja pasal Tegal atau Jeram Lingkubang pasti semua pernah dengar tentang Kelah Fish Spa yang ada di sana. Destinasinya terletak di bahagian pantai barat Sabah bersama-sama dengan beberapa daerah lain iaitu Putatan, Inanam, Telipok, Tamparuli, Tenghilan, dan Kinarut.

Tempat ini memang sangat sesuai untuk aktiviti family bonding seperti picnic, mandi-manda, BBQ, dan water rafting. Airnya yang jernih dan tidak terlalu dalam dan berarus, menjadikan ia lokasi percutian yang paling dinanti pengunjung. 

Alamat: Kota Belud, 89150, Sabah

Bayaran Masuk: RM 120 – RM 160 (seorang)

Waktu Operasi: 7 pagi – 6 petang (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Phone: 017-8336634

Whatsapp Jeram Lingkubang


6. Xtreme Paddlers Kadamaian White Water Rafting, Sabah

sungai kadamain sabah

Sungai Kadamaian adalah white water rafting Malaysia Timur terbaik dalam kategori gred 1 hingga 2. Panjang sungai ini sekitar 16 kilometer dan berdekatan dengan Sungai Wariu. Kecantikkan alam semula jadi, keindahan panorama senja di perbukitan, dan kejernihan airnya sudah tidak perlu disangkal lagi kerana Sungai Kadamaian paling menonjol dalam senarai sungai yang tercantik di Sabah. 

Geografi Kadamaian sangat menarik untuk dipelajari. Bermula dengan penduduk yang menghuni 74 kampung, kepelbagaian flora dan fauna untuk dihayati, dan juga aktiviti yang selalu menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara seperti meneroka hutan, mendaki bukit, menerong burung, mencerap bintang, dan yang paling utama water rafting. 

Alamat: Jalan Ranau Bypass, Kota Belud, 89150, Sabah

Bayaran Masuk: RM 130 – RM 180 (seorang)

Waktu Operasi: 9 pagi- 6 petang (Ahad cuti)

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 011-1010 7261

Whatsapp Xtreme Paddlers Kadamaian


7. Sungai Padas Water Rafting, Sabah

sungai padas sabah

Asyik lokasi water rafting untuk beginner sahaja, untuk profesional macam mana pula? Bagi anda yang tertanya-tanya, lokasi terakhir ini memang khas ditujukan kepada peminat tegar sukan water rafting untuk gred 3 hingga 4. Paling deras, paling bahaya, dan paling mencabar di Malaysia, jadi tidak hairan sesiapa yang beraksi di sini akan diuji ketahanan mental dan fizikalnya. 

Berbeza dengan yang lain, air sungai ini tidak jernih sebaliknya berwarna coklat. Laluan sepanjang 14 kilometer ini pastinya akan mendera diri anda kerana anda tetap akan jatuh ke dalam sungai walaupun dalam keadaan air pasang atau surut. 

Alamat: Sandakan, 90500, Sabah

Bayaran Masuk: RM 210 – RM 250 (seorang)

Waktu Operasi: 8 pagi -6 petang (setiap hari)

Lokasi | Ulasan Google


Apa lagi yang tidak boleh anda terokai di Malaysia Timur? Keindahan alam semula jadinya adalah suatu keajaiban yang tidak mampu untuk diluahkan dengan kata dan dinukilkan dengan rasa. Ditambah dengan aktivti pelancongan seperti ini. Sudah tentu kombinasi kedua-duanya ini sungguh luar biasa.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

47+ Aktiviti Menarik di Rumah yang boleh Dibuat Hari ini

Dah bosan main phone dan takde idea lagi apa yang boleh dibuat masa berada dalam rumah? Sebenarnya banyak lagi, berikut adalah senarai aktiviti di...

8 Canopy Walk Di Semenanjung Malaysia Yang Terbaik (Paling BEST)

Siapa yang tidak sukakan keindahan alam semula jadi? Rata-rata semua orang menyukainya terutamanya kepada pencinta alam. Salah satu tujuan anda melancong adalah untuk merehatkan...

15 Lokasi Yang BEST untuk Berbasikal di Malaysia Timur

Berbasikal bukan sahaja menjadi sukan yang digemari rakyat Malaysia khusunya generasi muda malahan ia telah mempengaruhi trend masa kini. Perkataan Jamboree, Fun Ride, Charity...

Aktiviti Menarik di Malaysia yang Mencabar – Takut HABIS

Bagi golongan dewasa yang memang 'jantan', aktiviti seperti di bawah ini pasti akan memberi cabaran yang lebih kepada anda. Jom tengok 7 aktiviti menarik...

8 Padang Golf Yang Terbaik di Malaysia Timur

Rakyat Malaysia sudah mula membuka mata dengan sukan Golf dan bukannya tertumpu pada golongan elit sahaja. Jika dulu ia sering kali dikaitkan dengan sukan...

15 Lokasi yang BEST untuk Berbasikal di Semenanjung Malaysia

Sukan berbasikal semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Perkembangan ini berlaku mungkin disebabkan nama-nama besar pelumba basikal yang dihasilkan oleh negara seperti Daud...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x