Isi Kandungan
Jika anda berminat ingin mempelajari aktiviti menyelam (diving) dengan lebih mendalam, anda boleh menyertai Professional Association of Diving Instructors (PADI) Water Course di Koh Lipe. Anda akan dilatih dengan pengajar yang profesional dan mendapat kelayakan PADI yang diiktiraf di seluruh dunia selepas menyertai kursus ini. Berikut adalah agensi terbaik yang menawarkan kursus PADI di Koh Lipe untuk anda cuba!
1. DJL Diving Koh Lipe
Davy Jones’ Locker Diving atau dikenali juga sebagai DJL Diving Koh Lipe menawarkan kursus PADI di Koh Lipe sesuai bagi peringkat permulaan hingga profesional. Sangat sesuai untuk first-timer yang baru ingin mencuba aktiviti menyelam kerana mereka mempunyai kelas asas menyelam secara teori dan praktikal. Sekiranya berminat, anda boleh menyertai kursus menyelam bersama mereka untuk menjadi pengajar yang profesional. pengajar DJL Diving adalah profesional dan ada yang berpengalaman sehingga 30 tahun dalam bidang ini. Mereka sangat mementingkan isu keselamatan ketika melakukan watersport ini maka, peralatan yang digunakan adalah yang berkualiti dan selamat digunakan.
Kebanyakan kursus PADI yang ditawarkan mempunyai pembelajaran teori secara digital yang dipanggil elearning. Hal ini dapat memudahkan dan menjimatkan masa anda untuk belajar teori lebih awal dan di mana sahaja sebelum menghadiri kelas praktikal bersama pengajar mereka. Elearning yang disediakan itu mempunyai pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol dan banyak lagi.
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook |Â Phone: +66954835371
2. Diving Koh Lipe Â
Salah satu PADI Water Course yang berlesen di Koh Lipe ialah Diving Koh Lipe yang terletak di Walking Street. Mereka menyediakan kursus PADI untuk para penyelam dari semua peringkat dan tempoh kursus tersebut adalah antara 1-3 hari sahaja. Setiap kumpulan hanya terdiri dari 4 orang sahaja agar setiap peserta mendapat perhatian secukupnya dan untuk menjaga keselamatan ketika kursus dijalankan. pengajar Diving Koh Lipe adalah golongan profesional dan terlatih dalam bidang ini serta boleh berbahasa selain bahasa tempatan seperti Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Mandarin dan lain-lain lagi. Oleh itu, komunikasi antara pengajar dan peserta menjadi lebih efisien.
Anda juga boleh menyertai kursus Rescue Diver di mana anda akan mempelajari mengenai menangani masalah ketika dalam air sekaligus dapat meningkatkan skill menyelam. Selain itu, mereka ada menyediakan kursus khas yang lebih terperinci tentang pengetahuan menyelam seperti program servis peralatan, menyelam waktu malam, Emergency Response dan banyak lagi.
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook |Â Phone: +66876226204
3. Adang Sea Divers
Adang Sea Divers menawarkan kursus menyelam PADI bermula dari peringkat beginner hingga profesional yang akan dilatih oleh pengajar dari PADI atau SSI. Mereka menyediakan pakej kursus menyelam peringkat pemula selama 2 hari. Sesuai bagi anda yang mempunyai masa yang singkat untuk menyertai kursus. Di samping itu, sekiranya anda ingin mempelajari dengan lebih terperinci, anda boleh mengambil pakej kursus selama 4 hari. Sebelum hadir ke kursus tersebut, anda akan diberikan pembelajaran secara atas talian melalui web atau aplikasi khas mereka.
Memang tidak rugi menyertai kursus PADI bersama Adang Sea Divers kerana anda akan mempelajari sehingga 20 skil menyelam sambil menikmati keindahan terumbu karang dan kehidupan bawah laut. Untuk menjadi penyelam profesional, anda boleh mengambil kursus Divemaster mereka yang menyeronokkan dan banyak pengetahuan yang boleh diperolehi.
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook |Â Phone: +66900700233
4. Castaway Divers Koh Lipe Â
Castaway Divers Koh Lipe yang terletak di Sunrise Beach ini menyediakan kursus menyelam PADI dengan pengajaran peribadi yang penuh dedikasi. Banyak pakej yang ditawarkan seperti kursus menyelam untuk peringkat pemula, pertengahan sehingga profesional serta kursus menyelam untuk kanak-kanak. Anda akan mempelajari secara teori dan praktikal. Untuk menjimatkan masa, anda boleh mengambil kelas teori tersebut secara atas talian sebelum hadir ke kursus menyelam di Castaway Divers.
Yang lebih menarik di Castaway Divers ini ialah mereka mempunyai kursus fotografi di bawah laut di mana anda akan mempelajari basic skills untuk mengambil gambar ketika menyelam. Bukan itu sahaja, selepas kursus ini anda berpeluang untuk menyewa peralatan fotografi mereka dengan tawaran harga yang menarik.
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook |Â Phone: +66874781516
5. Pura Vida Diving Koh Lipe Dive Center
Terletak di Pattaya Beach dan Walking Street, Pura Vida Diving Koh Lipe Dive Center menawarkan kursus menyelam yang santai dan disesuaikan untuk pelbagai peringkat. Untuk pemula, anda boleh menyertai kursus mereka selama 3 hari dengan pembelajaran teori dan praktikal menyelam yang lengkap. Bagi meningkatkan lagi skil menyelam, sertai Advanced Course mereka di mana anda akan menyelam hingga kedalaman 30 meter, menyelam pada waktu malam dan banyak lagi.
Ada banyak lagi kursus lain yang ditawarkan seperti Divemaster, kursus penyelamatan penyelam dan lain-lain lagi. Pelatih profesional mereka yang mesra dan berpengalaman dapat memberikan anda jaminan menyelam yang bagus. Untungnya kursus menyelam bersama Pura Vida Diving ini ialah harga kursus yang ditawarkan sudah termasuk dengan peralatan dan insuran.
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook |Â Phone: 012-3900873
Anda boleh menikmati pengalaman menyelam yang menakjubkan sambil melihat keindahan alam bawah laut di Koh Lipe apabila sudah mahir menyelam selepas menyertai kursus PADI ini. Jadi, marilah sertai kursus ini untuk pengalaman menyelam yang tiada tandingan!
Baca lagi: Top 5 Tempat Snorkeling Popular di Koh Lipe