Kota Cornwallis – Kubu Bersejarah Pulau Pinang

Antara tempat bersejarah di Pulau Pinang yang popular yang sering kali menjadi kunjungan pelancong adalah Kubu Cornwallis yang dipercayai berusia lebih 200 tahun. Fort Cornwallis ini terletak bersebelahan sahaja dengan Padang Kota Lama yang merupakan sebuah kawasan terbuka berpadang yang sering menjadi tempat santai-santai orang sekitar.

Selain itu, lokasinya juga terletak di tepi laut yang berdekatan dengan Penang Port dan sudah tentu bayu laut yang bertiup pada waktu petang pasti menjadi port lepak yang ideal untuk anda bersantai di sekitar Georgetown.


Kota Cornwallis – Sebuah tempat bersejarah di Pulau Pinang berusia lebih 200 tahun

harga tiket fort cornwallis

Harga tiket warganegara Malaysia untuk masuk ke Fort Cornwallis ini hanya RM 10 untuk seorang dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Tiket ini sah satu hari dan anda boleh keluar masuk bila-bila masa dalam satu hari. Destinasi ini dibuka seawal jam 9 pagi sehinggalah ke 10 malam. Bagi yang tidak ingin masuk, anda boleh melihat atau berfoto di kubu ini dari luar dan yang paling menarik adalah di bahagian sebelah Padang Kota Lama berdekatan dengan dataran pantai.


bercuti ke georgetown penang

Kemudahan parking kereta hanya di sebelah tapak bersejarah ini dan untuk satu jam pertama dicas RM 2 dan RM 1 untuk setiap jam berikutnya. Lokasi parking kereta di sebelah Fort Cornwallis ini juga sangat strategik kerana berdekatan dengan beberapa lagi tempat menarik di Penang yang lain seperti Muzium 3D, Padang Kota Lama, Muzium Peranakan, Muzium Emas dan sebagainya. Yang penting kenderaan anda lebih terjamin selamat berbanding parking di tepi jalan.


kubu cornwallis menarik penang

Sejarah Fort Cornwallis ini bermula apabila ianya dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light dan di sini jugalah merupakan tempat pendaratan beliau bersama pengiring-pengiringnya ketika menawan Pulau Pinang. Walaupun sudah berusia lebih 230 tahun, kota ini masih utuh berdiri dan merupakan satu-satunya kota lama di Malaysia yang masih terpelihara dengan baik.

Kalau nak tahu, kubu ini pada asalnya dibina pada tahun 1786 hanya menggunakan batang nibung dan dinamakan sempena dengan nama Gabenor India ketika itu. Pada tahun 1793 kota ini dibina semula dengan menggunakan batu bata untuk tujuan pentadbiran serta kubu pertahanan. Dahulunya, kubu berbentuk bintang ini dikelilingi dengan parit namun kini hanya di bahagian pintu masuk B yang ada parit.


deretan-meriam-kubu-cornwallis

Dalam kota atau kubu ini terdapat beberapa binaan bangunan dan meriam-meriam yang kini hanya menjadi sebagai kawasan bersejarah. Antaranya ialah tempat/ stor simpanan bahan letupan dan juga sebuah Gereja Kecil yang dibina oleh Francis Light untuk tujuan ibadat. Gereja ini juga merupakan Gereja Anglican yang terawal di sini.

Banyak artikel ringkas yang disediakan di setiap bangunan / mercu tanda sebagai panduan untuk pelancong untuk lebih mendalami sejarah penubuhan Fort Cornwallis dan latar belakang cerita di sebalik wujudnya tapak warisan sejarah Penang ini.


tugu francis light penang

Terdapat juga tugu peringatan Francis Light yang menjadi ikon kubu lama ini dan telah dibina sejak tahun 1938 lagi. Dan tugu ini diukir menggunakan bahan gangsa dan telah beberapa kali dipindahkan di sekitar Pulau Pinang seperti ke Muzium Negeri & Bangunan Mahkamah Tinggi sebelum diletakkan kembali di Fort Cornwallis pada tahun 2003.

Seawal binaan tugu gangsa ini, terdapat sebilah pedang dipinggangnya namun ketika Perang Dunia ke 2, dipercayai tentera Jepun telah membuang dan dileburkan untuk dijadikan kelengkapan senjara perang. Di dalam Fort Cornwallis juga terdapat sebuah restoran dan kemudahan tandas yang selesa serta bersih.


bercuti ke penang 2017

Secara umumnya, melawat tapak bersejarah di Penang ini sememang satu pengalaman yang berharga sekiranya anda seorang pelancong yang ingin lebih mendalami nilai-nilai sejarah sesuatu tempat dan gemarkan aktiviti santai-santai outdoor. Sebaliknya kalau anda lebihkan sesuatu yang eksrem, Kota Cornwallis mungkin bukan destinasi yang ideal untuk anda.


Sesudah penat berjalan di sini, bolehlah pula bersiar-siar di tepi laut atau makan di medan selera yang tidak jauh dari sini. Semoga perkongsian salah satu tempat bersejarah di Pulau Pinang ini menjadi panduan anda untuk bercuti ke Penang kelak. Wassalam.

2.4/5 - (43 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet...

7 Kedai Steamboat di Penang Rugi Kalau Anda Tak Cuba!

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti anda terbayangkan keindahan negeri ini serta tak lain tak bukan makanannya. Pulau Pinang atau Penang ini juga digelar Syurga...

Kedai Jeruk Madu Pak Ali – Destinasi Beli Buah Tangan Penang Terbaik

Sekiranya anda melancong ke Penang dan ingin mencari buah tangan yang sinonim dengan orang Penang untuk dibawa balik ke rumah, salah satu destinasi menarik...

Top 10+ Kereta Sewa di Penang Yang TERBAIK & Murah

Pulau Pinang atau dipanggil Penang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi. Antara tempat menarik di Penang seperti Pantai...

Terokai 10 Penginapan Homestay yang Menarik di Batu Ferringhi!

Batu Ferringhi, terkenal dengan sebuah tempat dan pekan yang dikelilingi oleh pantai yang cantik dan membiru. Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan warisan...

7 Homestay di Balik Pulau yang Boleh Anda Cuba!

Balik Pulau terletak di negeri Pulau Pinang yang mana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat padat dan menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x