Isi Kandungan
Anda berada di Petaling Jaya dan sedang mencari klinik pakar kanak-kanak untuk si kecil? Di sini, kami telah senaraikan 6 Klinik Pakar Kanak-Kanak terbaik di Petaling Jaya untuk anda! Kami juga turut menyenaraikan lulusan para doktor di setiap klinik untuk rujukan para ibu bapa kelak.
6 Klinik Pakar Kanak-Kanak di Petaling Jaya
1. Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Tengku Putri Zainab @ Sunway Specialist Centre Damansara, Petaling Jaya
Dr Tengku Putri Zainab ialah Consultant Pediatrician dan pakar dalam pediatrik am, dengan minat khusus dalam penyusuan susu ibu, penjagaan bayi dan perkembangan kanak-kanak. Beliau juga merupakan Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC).Â
Buat pengetahuan para ibu bapa, beliau turut menulis artikel dan blog berkaitan kesihatan bayi, termasuk tips dan nasihat untuk penjagaan bayi. Artikel beliau pernah dipaparkan dalam majalah terkemuka seperti Pa&Ma, Motherhood, Sinar Harian, dan MyMotherHood.
Ibu bapa tidak perlu khuatir sekiranya si kecil akan merengek kesakitan sewaktu divaksin di sini. Hal ini kerana Dr Tengku Putri melakukannya rawatan dengan penuh hemat dan painless.
Ibu bapa juga boleh tujukan pelbagai soalan berkaitan anak anda kepada Dr Tengku Putri. Doktor ini seorang pendengar yang baik dan pastinya akan memberikan jawapan yang diperlukan kepada anda dengan teliti.
Alamat: Lot B-G-1, B-G-2, B-G-3, Sunway Nexis Retails, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin, Selasa, Khamis & Sabtu (9.00 am – 5.30 pm), Jumaat (2.00 pm – 5.30 pm)
Lokasi |Â Laman Web | Facebook |Â Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-833 0935
WhatsApp Klinik Dr Tengku Putri
2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Cheng (Cheng Child Clinic) Petaling Jaya, SS7
Sekiranya si kecil mengalami ekzema ataupun ruam, ibu bapa boleh mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Kanak-Kanak Cheng di Petaling Jaya ini. “The cream works like magic! “, itulah ulasan majoriti dari pelanggan klinik ini. Rata-rata pengunjung mengatakan bahawa krim yang digunakan memberi kesan seawal dua hari! Hebat, bukan?Â
Dr. Cheng Seong Wai, lulusan MBBS (MAL) dan MRCKP (UK), telah berkhidmat di klinik ini selama satu dekad lebih. Servis yang tiptop, peramah, dan penerangan secara terperinci merupakan salah satu faktor Klinik Pakar Kanak-Kanak Cheng ini menjadi favourite clinic ibu bapa.
Alamat: Ground Floor, FAS Business Avenue, No. 7 Lot 113, Jalan Perbandaran, SS7, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 1.00 pm, 2.30 pm – 4.30 pm, 7.00 pm – 9.00 pm), Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Lokasi |Â Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7880 8711
3. Klinik Pakar Kanak-Kanak Chua Petaling Jaya, Kota Damansara
Percaya atau tidak, terdapat beberapa pengunjung yang datang dari jauh, semata-mata untuk mendapatkan rawatan di klinik ini. Pastinya, disebabkan oleh service yang tiptop oleh doktor dan para kakitangan klinik.Â
Bukan itu sahaja, sesetengah pengunjung masih setia mendapatkan rawatan di klinik ini kerana si kecil serasi dengan ubat yang diberikan oleh doktor. Ini secara tidak langsung membuktikan betapa bagusnya perkhidmatan yang disediakan di sini.
Dr. Chua Keng Foo merupakan General Paediatrics, berkelulusan MBBS (UM) dan MRCPCH (Royal College of Paediatrics and Child Health), UK. Beliau mendapat banyak pujian dari pengunjung berkenaan sifatnya yang peramah, sabar dengan kerenah si kecil, serta tidak lokek berkongsi tips semasa menjawab pertanyaan para ibu bapa.
Alamat: 19-G, Pusat Dagangan Seri Utama, Jalan Sepah Puteri 5/1B, PJU 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Â
- Isnin – Khamis (9.00 am – 1.00 pm, 5.30 pm – 9.00 pm)
- Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
- Ahad (10.00 am – 2.00 pm)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6157 7567
4. Klinik Kanak-Kanak TTDI, Taman Tun Dr Ismail
Anda akan berurusan dengan Dr. Ghulam Altaf Hussain di klinik ini yang merupakan lulusan MD (Ghent University, Belgium) dan MMed-Paeds) (UKM). Beliau sangat disenangi oleh setiap ibu bapa yang berkunjung ke sini.Â
Selain itu, Klinik Kanak-Kanak TTDI juga mesra kanak-kanak untuk memastikan anak anda akan berasa gembira dan selesa sepanjang berada di klinik. Dr. Altaf ini mampu untuk mengambil hati budak-budak dengan baik sekali.Â
Bukan sahaja doktor, kakitangan klinik juga peramah, membuatkan para ibu bapa berasa senang dengan servis yang diberikan. Jadi, tidak hairan lah ramai kanak-kanak yang berasa sangat selesa sepanjang menerima rawatan di sini.
Alamat: 42, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (9.00 am – 12.00 pm)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7722 3812
5. Signature Specialist Clinic, Kota Damansara
Klinik ini dimiliki oleh Dr. Tan Gek Ling, lulusan MBBS (UM) dan MRCPCH (Royal College of Paediatrics and Child Health) (UK), dengan 20 tahun pengalaman di bidang ini. Beliau juga seorang Early Nutrition Specialist dan Oral-motor Interventional. Bukan calang-calang orang!
Jika anda tidak pasti masalah yang dihadapi oleh si kecil, ataupun tiada jawapan yang anda peroleh dari klinik/hospital lain, Dr. Tan boleh membantu anda. Beliau akan melakukan pemeriksaan dan bertanya pelbagai soalan untuk anda sehinggalah anda mengetahui punca kesakitan si kecil.Â
Rata-rata pengunjung memberi ulasan positif terhadap servis Dr. Tan yang peramah, hemat dalam pemeriksaan dan penerangan yang terperinci. Malah, ada juga pengunjung berkata pembayanran yang dikenakan juga antara termurah di kawasan ini!
Alamat: B 3, Signature Park, Block 3, Jalan Teknologi 2/1B, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Â
- Isnin – Khamis (9.30 am – 12.30 pm, 1.30 pm – 4.30 pm)
- Jumaat (9.30 am – 1.00 pm, 1.30 pm – 4.30 pm)
- Sabtu (9.30 am – 1.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6151 0113
6. Klinik Kanak-kanak Khoo (Khoo Children’s Clinic), SS2
Klinik ini dimiliki oleh Dr Khoo Boon Hock, lulusan MBBS (Malaya), FAAP (USA), FRACP (Australia), MRCP (UK), M.Sc. (Distinction) (Tropical Medicine, London), DCH (London), DTM & H (London), dan Diplomate of American Board of Paediatrics.
Menurut ulasan pengunjung, Dr Khoo ini adalah seorang yang sangat merendah diri kerana walaupun dengan usia yang tua, dia tidak pernah berhenti belajar. Dr Khoo juga dikatakan seorang yang berpengetahuan, mempunyai pengalaman yang mendalam, dan memberikan rawatan dan diagnosis yang tepat..Â
Para ibu bapa juga boleh melayari Facebook page klinik ini untuk melihat update semasa, seperti waktu operasi yang mungkin ada perubahan kecil. Selain itu, anda juga boleh bertanya soalan di Facebook mereka sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan nasihat.
Alamat: 127, Jalan SS 2/24, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Rabu (8.30 am – 12.30 pm, 6.30 pm – 8.30 pm), Khamis – Sabtu (8.30 am – 12.30 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7875 3535
Kami ingin mengingatkan kepada setiap ibu bapa untuk sentiasa menyediakan wang yang mencukupi dalam bentuk wang kertas kerana dikhuatiri terdapat sesetengah klinik ini yang tidak mempunyai akses untuk online transfer ataupun QR payment.
Namun, kami berharap senarai ini dapat memudahkan para ibu bapa dalam usaha mencari klinik pakar kanak-kanak yang bagus di Petaling Jaya. Sebagai ibu bapa, kita harus sentiasa beringat bahawa kesihatan anak-anak kita perlulah sentiasa diutamakan.
Sekiranya pilihan klinik kanak-kanak tidak menepati kriteria anda, anda boleh mencari alternaif lain dengan merujuk artikel lain yang kami telah sediakan, iaitu 6 Klinik Pakar Kanak-Kanak Terbaik di Shah Alam.