7 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Kuala Lumpur!

Penyakit kulit sudah menjadi dominan perbualan pada masa kini kerana terdapat penyakit kulit yang mudah berjangkit. Penyakit ini terbahagi kepada dua, iaitu berjangkit atau tidak berjangkit. Penyakit kulit yang berjangkit adalah seperti kurap, bisul, impetigo, cacar air, kudis, kusta dan banyak lagi. Penyakit kulit yang tidak berjangkit adalah seperti jerawat, dermatitis, psoriasis, rosacea dan lain-lain.

Penyakit-penyakit kulit ini boleh dirawat dengan berjumpa pakar kulit di mana-mana klinik atau hospital berdekatan dengan rumah anda. Bagi penduduk di sekitar Kuala Lumpur, berikut adalah 6 klinik pakar kulit di sekitar sini yang boleh anda kunjungi jika anda menghidapi sebarang penyakit kulit.

6 Klinik Kulit di Kuala Lumpur


1. Regions Clinic, Segambut KL

Klinik Kulit Regions Clinic Segambut

Regions Clinic di Kuala Lumpur merupakan pilihan utama untuk rawatan estetik berkualiti tinggi, terletak di Suria @ North Kiara dengan teknologi canggih dan kemudahan moden. Klinik ini diketuai oleh doktor estetik berkelayakan LCP, memastikan rawatan yang selamat dan berkesan. Pasukan klinik terkenal dengan sikap mesra dan pengalaman pesakit yang selesa.

Antara rawatan khusus yang dijalankan di sini adalah seperti Rawatan Laser Pico untuk penyingkiran pigmentasi, tatu, dan peremajaan kulit. Rawatan HIFU yang menggunakan ultrasound bagi mengangkat dan menegangkan kulit serta rawatan pengurangan beg mata dan lingkaran gelap. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan rawatan muka bentuk V untuk wajah yang lebih kemas, serta rawatan parut jerawat bagi mengurangkan parut jerawat untuk kulit lebih licin di klinik ini. 

Selain itu, Regions Clinic ini turut menawarkan perkhidmatan Rawatan Kombo Laser Pico,

HIFU 2.0 yang merupakan teknologi terbaru merangsang pengeluaran kolagen untuk kulit yang lebih tegang serta Laser Penyingkiran Rambut Ais di mana rawatan ini menyasarkan dan mengurangkan rambut yang tidak diingini dengan berkesan untuk semua jenis kulit.

Paling penting, semua harga rawatan di sini sangat berpatutan dengan keputusan rawatan yang terbukti efektif untuk hasil estetik berkualiti. Jika anda pentingkan persekitaran dan lokasi yang mudah akses, jangan risau! Klinik ini mempunyai suasana moden dan santai. Terletak di lokasi mudah diakses dengan tempat letak kenderaan mencukupi. Bukan itu sahaja, peralatan yang digunakan di sini juga berteknologi canggih.

Pendek kata, dengan Regions Clinic, anda bakal mendapat rawatan estetik dengan teknologi terkini, perkhidmatan berkualiti, dengan harga yang sangat-sangat berpatutan, menjadikan ia pilihan utama untuk rawatan estetik terbaik. 

Untuk maklumat lanjut atau temujanji, kunjungi klinik di Suria @ North Kiara atau hubungi mereka melalui maklumat di bawah.

Alamat: Unit 1-3, First Floor, Suria @ North Kiara, Jalan Seri Bintang, Segambut, 52100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 10:00 pagi – 7:00 petang

Lokasi | Facebook | Website | Tel: 011-19399888


2. My Bliss Clinic, Publika Shopping Gallery

My Bliss Clinic Kuala Lumpur

My Bliss Clinic merupakan sebuah klinik estetik popular yang terletak di Publika Shopping Gallery. Klinik ini pakar dalam rawatan estetik yang bukan pembedahan dan akan menyelesaikan masalah kulit, muka, badan dan rambut anda. Klinik ini juga mempunyai pakar kulit yang agak popular, Dr. Elson Chee Chern Shiung. Beliau merupakan seorang pakar kulit yang berpengalaman dalam industri kecantikan dan kesihatan. 

Perkara yang menjadikan My Bliss Clinic istimewa ialah klinik ini menawarkan rawatan laser penyingkiran tatu. Selain itu, klinik ini juga mempunyai kakitangan yang mesra pelanggan dan memberikan servis yang mantap kepada pesakit. Ulasan yang baik seperti ini akan meyakinkan anda untuk mendapatkan rawatan dari My Bliss Clinic. Jadi, apa tunggu lagi? Setkan hari temujanji anda dengan hubungi My Bliss Clinic sekarang!

Alamat: Publika, Lot 1&2, Level G2, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2300 0268


3. Nathan’s Skin, Hair & Laser Centre, Menara UOA Bangsar

Nathan's Skin, Hair & Laser Centre Kuala Lumpur

Klinik Pakar Kulit Nathan yang terletak di Menara UOA Bangsar ini adalah merupakan perusahaan keluarga. Tan Sri Dato’ Dr Nathan Sr. tumpukan rawatan penyakit berkhusus kulit, manakala anak lelakinya, Dr. Nathan Jr., fokus kepada penyakit kulit berkaitan rambut. 

Menurut ulasan, Dr. Rubhan Nathan sering mendapat pujian yang baik kerana pengkhidmatannya yang profesional, sabar dalam mendengar masalah kulit pesakit, memberi rawatan mengikut keperluan pesakit dan banyak lagi. 

Alamat: Menara UOA Bangsar, Unit 2-3A & 2-5 Level 2, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin, Selasa, Khamis (9.00 am – 5.00 pm), Rabu & Sabtu (9.00 am – 1.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2284 0557


4. Klinik Pakar Kulit Md. Noh, Jalan Tuanku Abdul Rahman

Klinik Pakar Kulit Md. Noh

Lokasi klinik ini juga dikategorikan sebagai tempat yang strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Klinik pakar kulit ini diusahakan oleh Dr. Mohd Noh Idris yang sangat berpengalaman dalam bidangnya.

Kadar prestasi klinik ini berada di sederhana baik kerana mempunyai ulasan yang baik dan kurang baik. Ulasan yang baik adalah seperti rawatan yang efektif dan Dr. Mohd Noh yang memberikan perkhidmatan yang sangat memuaskan hati pesakit. Namun, ulasan kurang baik khususnya terhadap servis pekerja klinik yang kurang sopan dan waktu giliran yang panjang. Dahulu dikatakan, klinik ini hanya menerima bayaran secara wang tunai, tetapi sekarang klinik ini juga menerima bayaran secara atas talian bagi memudahkan pesakit. Jadi, pesakit tidak perlu lagi risau membawa wang tunai yang banyak ke klinik ini.

Alamat: Tingkat 1, 87, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu (9.00 am – 5.00 pm), Rabu, Jumaat dan Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2693 9793


5. Klinik Kulit Kuala Lumpur, Jalan Raja Chulan

Klinik Kulit Kuala Lumpur

Lokasi klinik ini terletak di tingkat 6 bangunan Wisma Lim Foo Yong. Klinik ini diusahakan oleh Dato’ Dr Low Bin Tick yang sangat mesra dan suka membantu pesakitnya. Dato’ Dr Low Bin Tick ini juga sering dipuji dengan kerjanya yang sangat profesional, berpengalaman, pantas dan efektif. Walaupun begitu, Klinik Kulit Kuala Lumpur menawarkan kos rawatan dan perubatan dengan harga yang tinggi, menyebabkan sesetengah penduduk yang kurang berkemampuan tidak berkunjung di klinik itu. 

Alamat: 6th Floor, Wisma Lim Foo Yong, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 4.00 pm), Sabtu (9.00 am – 12.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2142 9522


6. Ting Skin & Laser Clinic, Bukit Bintang

Ting Skin & Laser Clinic

Klinik pakar kulit ini yang terletak di Bukit Bintang Kuala Lumpur amat mudah dijumpai kerana lokasinya yang berada di tengah-tengah Kuala Lumpur. Pemilik klinik yang bernama Dr. Ting Hoon Chin ini agak terkenal kerana perkhidmatannya yang berkualiti. Beliau juga merupakan seorang yang mempunyai banyak pengalaman dan memiliki banyak anugerah perubatan. 

Ting Skin & Laser Clinic mempunyai perkhidmatan perubatan dan kosmetik. Klinik ini bukan sahaja merawat penyakit kulit seperti ekzema, tetapi juga merawat jerawat. Menurut ulasan, pesakit bebas bertanya soalan tentang penjagaan kulit dan cara merawat kerana doktor di klinik ini suka berkongsi ilmu dan mesra pelanggan. Walaupun klinik ini mendapat ulasan yang bagus seperti doktor yang peramah dan harga yang murah, tetapi sering diberikan ulasan buruk kerana terlalu ramai pesakit sehingga menyebabkan beratur yang panjang dan lama.

Alamat: 136, Jln Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Rabu (9.00 am – 1.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2144 4848


7. Klinik Sliq KL, KL Eco City M

Klinik Sliq Kuala Lumpur

Klinik Sliq, atau Sliq Clinic KL, terletak di KL Eco City Mall. Ia menawarkan perubatan penyakit kulit, khususnya kosmetik. Klinik ini juga mempunyai cawangan lain di Petaling Jaya yang membolehkan penduduk di Selangor mendapat rawatan kulit yang sama. Klinik ini juga agak popular kerana rawatannya yang sering memuaskan hati pelanggan. 

Sliq Clinic merupakan antara klinik kulit yang terbaik kerana mempunyai teknologi terkini seperti teknologi laser yang diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA). Klinik ini juga lain daripada yang lain kerana pesakit boleh mendapatkan rawatan estetik dan anti-penuaan di sini. Jika anda mempunyai masalah kulit, khususnya masalah wajah, disyorkan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Sliq.

Alamat: L1-13 Kompleks Perniagaan, No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-772 7134

WhatsApp Klinik Sliq


Kami berharap senarai klinik kulit di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat pilihan dan merawat penyakit kulit yang anda hidapi. Jika anda sudah membuat keputusan dan bersedia untuk menerima rawatan, disyorkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu kerana ditakuti masa menunggu sangat lama.

Namun, jangan takut untuk membuat rawatan kerana anda pasti mendapat perkhidmatan yang baik dari pakar kulit yang sangat berpengalaman. Jangan tunggu untuk membuat rawatan, segeralah mencari pakar-pakar di atas! Jika senarai ini bukanlah apa yang anda cari, anda boleh dengan merujuk kepada artikel kami, 5 Klinik Pakar Kulit di Bangi untuk alternatif lain.

 

5/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

TOP 10 Klinik Kulit di Melawati KL TERBAIK

Ramai yang merungut dan stress kerana mengalami masalah kulit. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia, dan menjaganya dengan baik adalah penting untuk kesihatan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x