Isi Kandungan
Umum mengetahui pelbagai kemudahan berkaitan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan buat rakyat Malaysia. Antaranya adalah hospital besar, klinik kesihatan, klinik desa, klinik komuniti dan sebagainya. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, kita tiada alasan lagi untuk tidak mengambil berat tentang tahap kesihatan kita.
Tambahan lagi penyakit yang boleh membawa maut seperti sakit jantung, strok, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain sudah mula dihidapi oleh golongan muda. Oleh itu, kita perlu peka tentang kesihatan diri sendiri dan keluarga sedari awal lagi.
Buat artikel kali ini, kami akan fokuskan tentang klinik kesihatan yang berada di sekitar Sungai Buloh. Klinik kesihatan lebih memfokuskan tentang rawatan pesakit luar dan juga rawatan sakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Klinik pergigian dan klinik ibu dan anak juga terdapat di dalam klinik kesihatan.
Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, Klinik Kesihatan Sungai Buloh terletak di bawah pentadbiran daerah Gombak. Oleh itu kami akan senaraikan klinik-klinik kesihatan yang sama daerah pentadbirannya dengan Klinik Kesihatan Sungai Buloh.
7 Klinik Kesihatan di Sekitar Sungai Buloh
1. Klinik Kesihatan Sungai Buloh, Kampung Melayu
Terletak di Kampung Melayu, Klinik Kesihatan Sungai Buloh menjadi tumpuan penduduk sekitarnya kerana fasilitinya yang luas dan lengkap.
Klinik kesihatan ini merangkumi bahagian radiologi, bahagian ibu dan anak serta klinik pergigian. Ramai juga pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti membuat pemeriksaan kesihatan di sini seperti yang diminta oleh pentadbiran universiti mereka.
Jika anda tidak mahu menunggu lama, anda digalakkan membuat janji temu terlebih dahulu melalui aplikasi MySejahtera atau di Qmed Asia. Terdapat sebuah kafeteria juga disediakan di klinik ini untuk kemudahan pengunjung dan pesakit.
Alamat: Lot 1853, Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6140 1293
2. Klinik Kesihatan Paya Jaras, Jalan Kuala Selangor
Klinik seterusnya adalah Klinik Kesihatan Paya Jaras yang terletak di Jalan Kuala Selangor. Berbanding Klinik Sungai Buloh, Klinik Kesihatan Paya Jaras ini lebih kecil fasiliti dan fungsinya. Ini kerana klinik ini merupakan klinik desa sebelumnya dan kini sudah dinaik taraf sebagai klinik kesihatan.
Klinik ini lebih tertumpu untuk bahagian ibu dan anak dan pemeriksaan kesihatan biasa. Anda juga digalakkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu sama ada melalui aplikasi MySejahtera, telefon atau di Facebook Messenger.
Klinik Kesihatan Paya Jaras ini juga ada mengadakan beberapa kelas dan program seperti demonstrasi pemakanan sihat, sambutan minggu penyusuan ibu, program ‘Jom Ke Klinik – Kasih Ibu Si Manja Sihat’ dan macam-macam lagi.
Alamat: Batu, 15C, Jalan Kuala Selangor, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6157 9135
3. Klinik Kesihatan Batu Arang
Pilihan seterusnya untuk klinik kesihatan sekitar Sungai Buloh ialah Klinik Kesihatan Batu Arang. Jarak antara dua klinik ini adalah lebih kurang 28 km dengan mengambil masa 30 minit atau lebih jika anda melalui lebuhraya. Ini merupakan antara alternatif terbaik sekiranya klinik kesihatan lain disekitarnya dihadiri ramai orang.
Seperti kebanyakan klinik kesihatan lain, anda digalakkan untuk membuat janji temu melalui telefon untuk datang mendapatkan rawatan. Anda juga boleh saja ‘walk-in’ untuk membuat janji temu ataupun jika mempunyai kes kecemasan.
Klinik Kesihatan ini banyak melakukan program bersama rakyat sekitar seperti program ‘Gaya Hidup Sihat – Larian Santai’, National Health Screening Initiative (NHSI), Bengkel Diabetes dan pelbagai lagi.
Alamat: JKR G/1325, Batu Arang, 48100 Batu Arang, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6035 2287
4. Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kuala Lumpur
Walaupun Klinik Kesihatan Taman Ehsan ini terletak di Kuala Lumpur, namun ia masih di bawah pentadbiran klinik kesihatan daerah Gombak, sama seperti Klinik Kesihatan Sungai Buloh.
Klinik Kesihatan Taman Ehsan ini dilengkapi dengan klinik pesakit luar, klinik pergigian, serta klinik ibu dan anak. Klinik ini juga mempunyai bahagian radiologi, jadi anda boleh melakukan pemeriksaan X-ray di sini.
Melihat dari komen pengunjung, ramai pesakit berpuas hati dengan perkhidmatan di sini, terutamanya di klinik pergigian. Jika anda ingin datang ke sini, anda harus membuat janji temu terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan dari anda menunggu terlalu lama ataupun langsung tidak mendapat rawatan.
Alamat: Jalan E 4/16, Taman Ehsan, 52100 Kuala Lumpur, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6272 7471
5. Klinik Kesihatan Rawang, Rawang Perdana
Terletak di Taman Rawang Perdana, klinik kesihatan ini berlainan dengan Klinik Kesihatan Rawang Lama yang terletak di Bandar Baru Rawang. Klinik Kesihatan Rawang ini adalah premis yang lebih baru.
Juga di bawah pentadbiran daerah Gombak, klinik ini menyediakan klinik untuk pesakit luar, klinik ibu dan anak serta klinik pergigian. Pelbagai saringan kesihatan juga boleh dibuat di sini. Anda digalakkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu sebelum berurusan.
Alamat: Jalan Rawang Perdana, Taman Rawang Perdana, 48000 Rawang, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6091 9055
6. Klinik Kesihatan AU 2, Taman Keramat
Klinik seterusnya ini adalah Klinik Kesihatan AU 2 yang terletak di Taman Sri Keramat. Klinik ini juga terletak di bawah pentadbiran daerah Gombak sama seperti Klinik Kesihatan Sungai Buloh.
Sama seperti di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang lain, premis ini menyediakan klinik ibu dan anak, pesakit luar dan pergigian. Janji temu perlu dibuat untuk mendapatkan rawatan di sini. Anda boleh menggunakan aplikasi MySejahtera atau Qmed Asia untuk memudahkan anda membuat janji temu.
Alamat: Jalan AU 2a, Taman Sri Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (7.30 am – 4.30 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4251 9005
7. Klinik Kesihatan Kuang, Rawang
Terletak di Rawang, Klinik Kesihatan Kuang adalah antara klinik kesihatan alternatif selain daripada Klinik Kesihatan Sungai Buloh. Seperti di premis yang lain juga, klinik ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 5 petang.
Seperti biasa, pada waktu sekarang, anda digalakkan membuat janji temu terlebih dahulu melalui aplikasi MySejahtera. Anda juga boleh membuat panggilan terlebih dahulu untuk membuat janji temu. Klinik yang terdapat di sini adalah klinik pesakit luar, klinik ibu dan anak serta klinik pergigian.
Mereka juga mengadakan beberapa kempen seperti klinik berhenti merokok, klinik diabetes dan hipertensi. Klinik ini juga turut menyediakan saringan status kesihatan, saringan TB, saringan kesihatan wanita seperti pap smear, mammogram dan pelbagai lagi.
Alamat: Batu 20, Mukim, Kuang, 48050 Rawang, Selangor.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6037 1355
Pada waktu sekarang, pasca COVID-19 ini membuatkan kita semua harus mengadaptasikan diri dengan norma baharu. Tidak seperti sebelumnya, di mana kita boleh saja pergi ke klinik kesihatan, sekarang kita diminta untuk membuat janji temu terlebih dahulu supaya dapat memudahkan urusan dan mengelakkan dari berkumpul ramai di suatu tempat.
Jika klinik kesihatan yang anda ingin pergi sentiasa sibuk, anda boleh cuba untuk memilih klinik lain yang di bawah pentadbiran daerah yang sama. Diharap dengan artikel ini dapat membantu anda mengetahui klinik alternatif lain sekiranya klinik kesihatan yang biasa dikunjungi itu sibuk.
Jika anda mencari klinik yang beroperasi 24 jam di sekitar Petaling Jaya, anda boleh mengunjungi artikel kami, 8 Klinik yang Beroperasi 24 Jam di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu. Semoga bermanfaat!