7 Klinik Haiwan yang Terbaik di Kuala Lumpur!

Pastinya susah hati bila haiwan peliharaan kesayangan kita jatuh sakit, bukan? Tambahan lagi kita tidak berkomunikasi dengan mereka, dan tidak tahu tahap kesakitan yang mereka rasa. Jangan berlengah atau mencuba pelbagai ubat buatan sendiri yang anda pelajari dari Internet. Di sini, kami senaraikan klinik haiwan di Kuala Lumpur supaya anda boleh terus mendapatkan rawatan untuk haiwan peliharaan anda di klinik.

 7 Klinik Haiwan di Kuala Lumpur


1. Kitty’s Care Veterinary Clinic (Klinik Haiwan & Surgeri), Cheras

Kitty’s Care Veterinary Clinic (Klinik Haiwan & Surgeri), Cheras

Founder Kitty’s Care ialah Dr. Naim Kasim, yang merupakan seorang doktor veterinar berpengalaman, lepasan Doctor in Veterinary Medicine (UPM). 

Klinik haiwan yang sudah mempunyai tiga cawangan ini memperoleh 4.9 bintang dan mendapat lebih 700 ulasan pelanggan yang positif. Rata-rata pelanggan sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh kakitangan klinik.

Mereka menguruskan haiwan dengan cekap dan hemat. Mereka juga sangat peramah dan akan memberikan penjelasan tentang keadaan haiwan anda. Bukan itu sahaja, persekitaran klinik juga selesa dan bersih, dan servis yang diberikan juga laju dan teratur.

Sekiranya anda ingin membawa haiwan kesayangan anda ke sini, pastikan anda membuat temujanji terlebih dahulu dan disarankan datang awal kerana kawasan parkir yang terhad, terutama ketika peak hours.

Alamat: No 100, Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 

  • Isnin – Khamis (10.30  am – 1.30 pm, 2.30 pm – 6.30 pm)
  • Jumaat (10.30 am – 12.30 pm, 3.00 pm – 6.30 pm)
  • Sabtu – Ahad (10.30 am – 1.30 pm, 2.30 pm – 3.30 pm)

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Kitty’s Care


2. Sacred Hearts Animal Clinic, Segambut

Sacred Hearts Animal Clinic, Segambut

Klinik haiwan di Kuala Lumpur ini bukan sahaja menerima kucing, malah anjing juga boleh dibawa ke sini. Selain itu, kakitangan di klinik ini juga sangat profesional dalam mengendalikan kucing dengan lembut. Maka, si comel anda tidak akan berasa takut atau bersikap agresif semasa menerima rawatan.

Bukan itu sahaja, klinik yang memperoleh 4.8 bintang dan hampir 400 ulasan pelanggan yang positif. Ramai pelanggan telah memberikan ulasan bahawa klinik ini mengenakan charge yang sangat berpatutan. Tidak hairanlah rata-rata pelanggan di Google Review mencadangkan klinik ini kepada umum.

Alamat: Jalan 20/38A, Taman Sri Sinar, Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 

  • Isnin & Sabtu (10.00 am – 3.00 pm)
  • Selasa, Rabu & Jumaat (10.00 am – 5.00 pm)
  • Khamis (10.30 am – 5.00 pm)
  • Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6262 4773


3. Catnest Veterinary Clinic, Sungai Besi

Catnest Veterinary Clinic, Sungai Besi

Klinik haiwan Catnest Veterinary Clinic di Sungai Besi, Kuala Lumpur ini mempunyai welcoming vibes. Hal ini kerana bangunannya yang berwarna ungu yang ceria serta dekorasi yang comel di luar dan di dalam klinik. Doktor dan kakitangan yang peramah dan informative menyebabkan klinik ini sentiasa menerima kunjungan pelanggan. 

Charge yang dikenakan juga berpatutan. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis di klinik ini. Haiwan peliharaan mereka juga serasi dengan ubat yang diberikan oleh doktor di klinik ini.

Alamat: Medan Niaga Tasik Damai, 2A, Jalan Tasik Utama 9, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.30 am – 1.30 pm, 2.30 pm – 7.30 pm), Sabtu & Ahad (10.30 am – 1.30 pm, 2.30 pm – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9054 0363


4. VPAC – Vets for Pets Animal Clinic, Solaris Mont Kiara

VPAC - Vets for Pets Animal Clinic, Solaris Mont Kiara

Adakah anda sedang mencari klinik haiwan di Kuala Lumpur yang beroperasi sehingga waktu malam? Jom datang ke Vets for Pets Animal Clinic di Solaris Mont Kiara ini kerana ia beroperasi seawal jam 10 pagi sehingga 7 malam pada hari Isnin hingga Khamis. 

Selain daripada merawat kucing, klinik haiwan ini juga merawat anjing dan arnab. Doktor Robyn sangat professional ketika mengendalikan haiwan dengan sentiasa memastikan haiwan peliharaan anda berada dalam selesa dan nyaman.

Klinik yang memperoleh 4.6 bintang dan 200 ulasan pelanggan ini juga turut menawarkan boarding services untuk mereka yang risau akan keselamatan haiwan kesayangan sekiranya ditinggalkan di rumah sendirian ketika mereka tiada di rumah dalam jangka masa yang lama.

Alamat: 5, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Khamis (10.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 7.00 pm), Jumaat – Ahad (10.00 am – 3.00 pm)

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp VPAC


5. TTDI Veterinary Clinic, Taman Tun Dr Ismail

TTDI Veterinary Clinic, Taman Tun Dr Ismail

Jangan terkejut jika anda ternampak burung-burung yang sakit di TTDI Veterinary Clinic kerana klinik ini juga memberi rawatan kepada mereka. 

Dr Jay, yang juga seorang doktor haiwan untuk burung, sangat baik dan cermat semasa mengendalikan burung-burung yang sakit. Bukan hanya burung, jika anda membawa kucing anda yang selesema, juga akan diberi rawatan dengan sebaiknya. 

Charge yang dikenakan juga amat berpatutan, seiring dengan servis yang tiptop oleh kakitangan klinik haiwan ini. Meskipun bangunan klinik haiwan di Kuala Lumpur ini kelihatan lama, tetapi servis yang diberikan masih evergreen dan berkualiti!

Alamat: 119, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Sabtu & Isnin – Khamis (10.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 6.30 pm), Jumaat (10.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp TTDI Vet Clinic


6. Klinik Veterinar Muezza, Gombak

Klinik Veterinar Muezza, Gombak

Klinik Veterinar Muezza ini pasti mudah untuk anda jumpa kerana ia merupakan sebuah bangunan dua tingkat, dengan signage yang besar dan jelas. Selain itu, terdapat lima orang doktor veterinar bertauliah di sini yang dibantu oleh lapan orang staf.

Klinik Veterinar Muezza turut menawarkan servis seperti dental care, ultrasound, warding, surgery dan blood analysis. Cukup lengkap, bukan? Customer service yang terbaik membuatkan klinik ini memperoleh 4.3 bintang dan 600 ulasan pelanggan di Google Review. 

Alamat: G-3, Residensi Gombak 126, No.133 Jalan Gombak, 53000 Gombak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Sabtu – Isnin & Khamis (10.30 am – 1.45 pm, 3.30 pm – 5.45 pm), Selasa & Rabu (10.30 am – 1.45 pm, 3.30 pm – 7.00 pm)

Lokasi | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4031 5082


7. Klinik Haiwan Genting Kelang, Taman Ayer Panas

Klinik Haiwan Genting Kelang, Taman Ayer Panas

Walaupun tampak agak tua dari luar, persekitaran dalam Klinik Haiwan Genting Kelang ini amat selesa, nyaman dan bersih. Pasti haiwan peliharaan anda akan selesa sementara menunggu giliran. 

Klinik haiwan yang memperoleh 4.0 bintang dan lebih 200 ulasan pelanggan di Google Review ini menawarkan pelbagai servis, antaranya neutering (spay/castration), prescription diets dan juga in-house blood test.

Anda tak perlu risau sekiranya haiwan peliharaan anda mudah menjadi agresif di samping orang yang tidak dikenali. Hal ini kerana doktor di sini mampu menenangkan mereka semasa menerima rawatan. Selain itu, klinik di Kuala Lumpur ini juga menjual makanan haiwan berjenama Royal Canin.

Alamat: 133, Jalan Genting Klang, Taman Ayer Panas, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi:

  • Isnin – Jumaat (9.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 5.00 pm)
  • Sabtu (10.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 5.00 pm)
  • Ahad (9.00 am – 12.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4023 8272


Kami harap senarai ini dapat membantu anda untuk mencari klinik haiwan yang terbaik di Kuala Lumpur. Anda disarankan untuk membuat janji temu terlebih dahulu untuk masalah yang tidak serius sebelum anda datang ke klinik-klinik haiwan yang tersenarai.

Jika pilihan klinik haiwan yang kami senaraikan tidak menepati kriteria klinik yang anda mahukan, tidak mengapa! Kami sarankan anda baca artikel kami tentang 10 Klinik Haiwan yang Terbaik di Petaling Jaya.

Akhir sekali, jangan lupa untuk terokai blog CariDestinasi untuk dapatkan lebih banyak artikel-artikel informatif!

5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x