Isi Kandungan
Jom terokai Sabah dengan kereta sewa Sandakan yang terbaik ini untuk anda. Sandakan juga dikenali sebagai Borneo’s Nature City dan bandar kedua terbesar di Sabah selepas bandar Kota Kinabalu. Antara tempat lain di Sandakan yang menjadi tarikan pelancong ialah Muzium Warisan Sandakan, Memorial Perang Sandakan, Santuari Orang Utan Sepilok, Taman Negara Kepulauan Penyu, Gua Gomantong, dan lain-lain lagi. Terdapat cara yang lebih baik untuk merancang percutian perjalanan anda dengan mudah dan selamat. Pertama, pilih destinasi anda dan tentukan dengan siapa anda ingin datang ke situ. Adakah dengan keluarga atau rakan anda? Kedua, berapa bajet untuk percutian anda dan tempat menarik lain yang anda dapat kunjungi. Anda pula sedang rungsing dalam mencari kereta sewa yang sesuai di Sandakan. Ayuh semak senarai kereta sewa best di Sandakan ini.
Kereta Sewa di Sandakan
1. Kereta Sewa Sandakan, Jalan Airport
Perkhidmatan kereta sewa Sandakan ini boleh dipercayai. Anda boleh mengambil kereta di sandakan atau menerima kereta di bandar lain seperti Semporna/tawau dengan kadar yang berpatutan. Kakitangan yang sangat cekap, menepati masa, mesra dan bersedia menghantar kereta sewa ke lokasi anda. Mereka juga layak untuk menerima 5 bintang dari pelanggan. Kenderaan juga diselenggara dengan baik. Harga menyewa yang berbaloi mengikut jenis kereta. Kebersihan kereta juga diutamakan. Salah satu agensi kereta sewa yang terbaik di sandakan.
Alamat: Sandakan Airport, Jalan Airport, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-2002361
2. Car Rental Sandakan (AYK Car Rental & Tour), Jalan Airport
Syarikat ini dapat membantu anda merancang pengangkutan anda sekeluarga dan anda dapat bercuti dengan tenang. Syarikat yang boleh dipercayai dan anda dapat menyewa kereta serta pandu sendiri dengan harga terbaik. Anda juga perlu menempah lebih awal supaya kereta yang anda inginkan masih ada dan menjimatkan masa anda. Selain di Sandakan, perkhidmatan AYKarrental & Tour juga boleh didapati di Kota Kinabalu.
Alamat: Arrival Hall, Sandakan Airport, Jalan Airport, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 014-7042082
Whatsapp Car Rental Sandakan (AYK Car Rental & Tour)
3. Sandakan Car Rentals, Kampung Bakau Baru
Agensi Sandakan Car Rentals ini telah memulakan perkhidmatan mereka sejak tahun 2011. Mereka juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan pemandu mengikut keperluan anda. Selain bayaran secara tunai, syarikat ini juga menerima pembayaran melalui kad debit dan kad kredit. Anda juga boleh menyewa kenderaan dari pelbagai jenama termasuklah Perodua Bezza, Toyota Revo, Toyota Hilux, Axia, Viva, Myvi, dan Toyota Hiace van. Tempahan boleh dibuat melalui laman web Sandakan Car Rental atau menerusi whatsapp mereka.
Alamat: Kampung Bakau Baru, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-8150029
4. Car A Rental Sandakan Sabah, Taman Sejati
Perkhidmatan kereta sewa yang bagus di Sandakan. Pelanggan mereka juga kebanyakan terdiri dari pelajar. Adakah anda memerlukan kenderaan sewa untuk bersiar-siar di Sandakan dan sekitar Sabah? Jika ya, agensi ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kenderaan yang sesuai dengan harga yang berpatutan. Anda akan berpuas hati dengan agensi sewa kereta di Sandakan ini.
Alamat: Lot 10 Blok, 1, Jalan Airport, Taman Sejati, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam
Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 019-8963517
Whatsapp Car A Rental Sandakan Sabah
5. Golden Pierre Car Rental Sandakan, Jalan Sejati
Kereta sewa yang baru, bersih, dan selesa untuk perjalanan jauh. Respon mesej yang pantas, mudah berurusan dan disyorkan untuk anda di Sandakan. Harga berpatutan dan boleh berunding untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Semua kereta adalah auto dan pelanggan yang berulang kali menyewa di Golden Pierre Car Rental Sandakan ini akan menerima potongan harga. Kereta Toyota Avanza dan Perodua Bezza pun ada untuk anda. Perkhidmatan kereta sewa murah di Sandakan.
Alamat: Jalan Sejati, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-2290537
Whatsapp Golden Pierre Car Rental Sandakan
6. Shah Kereta Sewa Sandakan, Jalan Airport
Selain dari menyewa kereta, agensi ini turut menawarkan perkhidmatan lain. Antaranya termasuklah mencadangkan homestay terdekat pada harga rendah, sandakan city tour, perkhidmatan pemandu serendah RM100 sehari untuk 10 Jam serta penghantaran dan pengambilan luar daerah. Kereta sewa juga dalam keadaan terbaik dan penghantaran kereta sewa sekitar bandar Sandakan adalah percuma.
Alamat: Tingkat 1, Taman Airport, Shop Lot No.4, Mile 7, Jalan Airport, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Selasa – khamis & sabtu: 7am – 6.30pm, ahad: 7am – 5.30pm, isnin & jumaat: 7.30am – 6.30pm
Lokasi | Laman web | Ulasan Bisnes | Phone: 014-5648990
Whatsapp Shah Kereta Sewa Sandakan
7. Kereta Sewa Sandakan Car Rental, Commercial Bandar Utama
Perkhidmatan kereta sewa yang sangat baik di Sandakan. Pelanggan juga memberi ulasan bahawa kereta yang disewa sangat selesa dan bersih. Kakitangan agensi ini juga sangat membantu dan mesra terhadap pelanggan.Kami sangat mengesyorkan kereta sewa ini kepada mereka yang ingin mencari pengangkutan semasa bercuti di Sandakan. Pelanggan juga berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat ini dan menyukai keadaan kereta sewa mereka. Selain Sandakan, mereka juga menerima pelanggan dari Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu.
Alamat: Suite-25, 1st floor, Lot 20, Utama Zone 3, Commercial Bandar Utama, Mile 6, North Road, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari: 8am – 10pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-7808892
Whatsapp Kereta Sewa Sandakan Car Rental
8. Hertz Car Rental Sandakan Airport Sabah
Syarikat Hertz menawarkan perkhidmatan sewa kereta di seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali dari perkhidmatan ini. Selain Sandakan, mereka juga menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Penang, Labuan, Lumut, Miri, dan Kuala Lumpur. Syarikat ini juga menawarkan penyewa pelbagai jenis kereta yang sesuai untuk sebarang bajet dan majlis. Antara kereta yang ditawarkan ialah Nissan Versa, Toyota Corolla, Proton Persona, Hyundai Elantra, Honda City, BMW dan sebagainya. Ini antara kereta yang mesra bajet dan berkualiti.
Alamat: Lot LGF 15B, Arrival Level, Sandakan Airport, 90719 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Ahad: tutup & isnin – sabtu: 9am – 6pm
Lokasi | Laman web |Â Ulasan Bisnes | Phone: 608-9227330
Whatsapp Hertz Car Rental Sandakan Airport Sabah
9. Anna Car Rental, Bandar Utama IJM
Anna Car Rental menyediakan perkhidmatan sewa kereta untuk kegunaan anda. Adakah anda memerlukan kereta atau kenderaan anda perlu masuk bengkel untuk dibaiki? Kami ada penyelesaian untuk anda,anda boleh menyewa kereta dari agensi ini. Kereta juga dalam keadaan baik supaya pelanggan dapat sampai ke destinasi dengan selamat. Antara kereta yang disediakan ialah Perodua Axia, Perodua Viva, Toyota Vios, Toyota Innova Baru, Van Toyota Hiace, Van Nissan Urvan dan lain-lain lagi.
Alamat: Block D1, Lot 85, First Floor Phase 7, Bandar Utama IJM, 90000, Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari: 8am – 5pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-8330304
10. Sandakan Car Rental (Edy Enterprise), Jalan Utara
Agensi ini telah beroperasi sejak tahun 2018. Mereka berfokuskan keselamatan dan keselesaan pelanggan. Anda boleh memilih sama ada ingin menyewa secara harian, mingguan atau bulanan. Penghantaran percuma sekitar lapangan terbang Sandakan. Bagi yang berminat untuk menyewa kereta dengan Sandakan Car Rental (Edy Enterprise), anda boleh whatsapp atau hubungi mereka.
Alamat: 90000, Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu Operasi: Setiap hari: 24 jam
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-8623691
Whatsapp Sandakan Car Rental (Edy Enterprise)