Isi Kandungan
Sudah merancang itinerari percutian anda yang seterusnya? Bagaimana pula dengan mode pengangkutan anda? Sekiranya anda ingin ke Penang, apa kata anda ambil cara mudah dengan mendapatkan kereta sewa Penang.
Dengan kereta sewa Penang, anda tidak perlu lagi bersusah-payah menggunakan pengangkutan awam yang selalunya sesak dengan orang ramai. Tambahan pula, anda juga akan mendapat lebih banyak kebebasan untuk berkunjung ke destinasi yang diidamkan.
Kereta Sewa Penang daripada Festive Travels
Festive Travels merupakan antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan kondisi yang tip-top, selesa, dan semestinya bersih. Bukan itu sahaja, staf yang responsif dan peramah juga ada untuk menjawab segala persoalan anda.Â
Rata-rata pelanggan mereka sangat berpuas hati dengan layanan serta kereta sewa yang disediakan. Misalnya, sebelum menyerahkan kereta kepada anda, mereka akan menerangkan sistem, aplikasi, serta ciri-ciri kereta yang anda sewa.Â
Buat anda yang ingin turun di Penang International Airport, jangan risau! Festive Travels turut menawarkan perkhidmatan pick up di lapangan terbang (RM15–RM30) serta di Kawasan bandar Georgetown (RM30–RM50). Servis pickup oleh staf ini dikatakan sangat cepat dan cekap. Memang amat mudah dan menyenangkan!
Festive Travels
Alamat: 77- 01, 12, Medan Mayang Pasir, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 7.00 pm).
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 0174577114Â
Senarai Harga Kereta Sewa Penang 2023
Anda suka kereta yang mana? Tak perlu pening-pening, hanya tepuk dada dan tanya selera. Dengan jaminan harga promosi, anda pasti jumpa kereta sewa pilihan hati yang menepati keperluan anda.Â
Di sini, kami sertakan senarai harga kereta sewa Penang yang ditawarkan oleh Festive Travels.
Model Kereta |
Harga |
||
1 Hari | 3 Hari |
1 Minggu |
|
Nissan Urvan (M) | RM400 | RM1050 | RM2200 |
Hyundai Starex Premium (A) | RM375 | RM1000 | RM2200 |
Peugeot 5008 Turbo (A) | RM240 | RM700 | RM1450 |
Proton Exora Turbo (A) | RM220 | RM600 | RM1350 |
Proton Exora (A) | RM180 | RM510 | RM1150 |
Perodua Alza (A) | RM165 | RM480 | RM1050 |
Nissan Almera (A) | RM175 | RM500 | RM1100 |
Proton Persona (A) | RM140 | RM405 | RM875 |
Perodua Bezza (A) | RM140 | RM360 | RM800 |
Proton Saga (A) | RM115 | RM330 | RM700 |
Perodua Myvi SE (A) | RM115 | RM330 | RM700 |
Perodua Myvi (A) | RM115 | RM330 | RM700 |
Perodua Axia (A) | RM95 | RM285 | RM600 |
Walaupun harga kereta sewa Penang telah disenaraikan di atas, anda masih boleh meminta diskaun dengan menghubungi mereka melalui telefon. Festive Travels sentiasa berusaha untuk memberikan anda harga yang terbaik. Yang penting, call dulu, baru tahu!Â
Deposit serendah RM150 diperlukan untuk setiap kereta sewa. Deposit tersebut akan dipulangkan selepas tempoh sewa jika kereta berada dalam kondisi yang baik. Kos petrol ditanggung oleh penyewa, dan penalti sebanyak RM10–RM15 sejam akan dikenakan jika kereta lambat dipulangkan.Â
Tempat Yang Wajib Anda Lawati di Penang
Sebut sahaja mengenai Penang, pasti terbayang-bayang variasi tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kini, anda sudah ada kereta sewa Penang. Jadi, senanglah untuk anda dan yang tersayang ronda-ronda Penang yang penuh dengan tarikan tersendiri!
 Antara lokasi best yang boleh anda pergi termasuklah:
- The Top Komtar
- Bukit Bendera (Penang Hill) & The Habitat
- Pantai Batu Ferringhi
- Street Art Penang
- Fort Cornwallis
- Penang 3D Trick Art Museum
- P Ramlee House Museum
- Kuil Kek Lok Si
- Entopia by Penang Butterfly Farm
- Tropical Fruit Farm
Jika anda nak tahu lebih banyak destinasi percutian di Penang, bacalah artikel 57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular & Wajib Dilawati Pelancong untuk dapatkan peta lokasi dan informasi penting.Â
Sinonim dengan nama syurga makanan, rugilah jika anda ke Penang tetapi tidak mencuba variasi hidangan enak yang ada di sini. Klik artikel 50+ Tempat Makan Best di Penang Paling TOP Untuk Pelancong untuk maklumat lanjut. Tidak lupa juga, carilah homestay Penang ideal yang serba lengkap untuk menginap semasa percutian anda.Â
Kami harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang percutian dengan bijak. Apa tunggu lagi? Datanglah ke Penang dan dapatkan kereta sewa Penang daripada Festive Travels untuk memudahkan perjalanan anda nanti. Selamat bercuti!