Isi Kandungan
Pahang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi yang terpelihara. Untuk pengetahuan anda, hampir dua per tiga dari negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini diselebungi dengan hutan hujan tropika. Kehijauan dan keindahan alam semula jadinya dipelihara dengan begitu baik. Banyak tempat menarik di Pahang yang boleh dikunjungi. Kalau sehari je berjalan di Pahang ini memang tidak cukup. Rancang dengan rapi percutian anda ke Pahang agar tidak terlepas untuk melawat Taman Negara, Bukit Fraser, Pantai Teluk Chempedak dan banyak lagi destinasi yang pastinya menarik untuk dilawati. Di Pahang memang sangat popular dengan pusat peranginan Cameron Highland. Namun, bukan itu sahaja tau tempat menarik di Pahang.
Di ibu negeri Pahang iaitu Kuantan, terdapat banyak lagi tempat menarik anda wajib pergi seperti Bukit Gambang dan Pantai Cherating. Seperti yang dikatakan, sehari sahaja tak cukup masa lah nak merasai keindahan di negeri Pahang. Luangkan masa percutian sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari, barulah banyak tempat yang anda boleh terokai. Bagi memudahkan lagi perjalanan anda di sana, anda boleh menaiki kenderaan sendiri atau menggunakan perkhidmatan kereta sewa Kuantan. Senarai di bawah membantu anda untuk mencari kereta sewa di Kuantan yang best.
Kereta Sewa di Kuantan
1. SMA Travel & Tour
Jika anda sedang mencari kenderaan untuk disewa, apa kata kalau anda memilih SMA Travel & Tours Sdn Bhd? Syarikat ini menawarkan perkhidmatan sewaan kereta yang sangat memuaskan.
Dengan waktu operasi dari 8:00 pagi hingga 8:00 malam, mereka memberikan respons pantas kepada pelanggan, memastikan urusan sewaan anda berjalan dengan mudah dan cepat.
Kereta yang disediakan juga baru, bersih, dan wangi, serta diselenggara dengan sangat baik. Jadi, anda tidak perlu lagi risau dengan masalah kenderaan suka buat hal atau tiba-tiba meragam!
Bukan itu sahaja, harga sewaan yang ditawarkan juga berpatutan dan pelbagai kaedah bayaran turut disediakan untuk kemudahan pelanggan.
Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan penghantaran, menjadikan pengalaman sewaan lebih mudah. Pelanggan boleh memilih perlindungan daripada “Excess Protection” dan memilih pilihan “Full to Full” untuk pengisian petrol.
Secara keseluruhannya, SMA Travel & Tours Sdn Bhd adalah pilihan yang tepat bagi anda yang mencari perkhidmatan sewa kereta yang berkualiti, cepat, dan berpatutan. Dengan pelbagai pilihan dan perkhidmatan yang ditawarkan, anda pasti akan berpuas hati dengan pengalaman sewa kereta anda.
Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh menghubungi mereka dengan maklumat yang disediakan di bawah.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 8.00pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Phone: 018-9060080
2. AR Kuantan Car Rental
Anda boleh dapatkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang menarik dari AR Kuantan Car Rental. Murah dan sangat berpatutan harga yang ditawarkan tu. Bukan itu sahaja, mereka sering mengadakan pakej harga promosi buat pelanggan mereka. Jadi anda boleh dapat harga sewa kereta yang lebih murah lah. Ada kereta transmisi manual dan juga auto. Kereta mereka dilengkapi dengan tingkap tinted. Tak banyak kereta sewa yang ada tingkap tinted ni kan. Tingkap tinted ni dapat menjamin keselamatan terutama bagi yang perempuan dan mengurangkan sinar matahari ke dalam kereta.
Segala harga promosi dan maklumat terkini boleh didapati di laman Facebook mereka. Tempahan dan pertanyaan boleh dilakukan di whatsapp nombor mereka.
Alamat: NO 104, JALAN 1, Taman Tas, 25150 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 11.00pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-9098881
Whatsapp AR Kuantan Car Rental
3. Kereta Sewa Kuantan – AAZ Transportation
Bagi yang memerlukan kenderaan untuk penumpang yang ramai, AAZ Transportation ada menyediakan kereta jenis MPV, 4×4 dan van untuk disewa. Sesuai untuk yang ingin bercuti di Kuantan bersama keluarga dan saudara-mara atau dalam kumpulan yang besar. Mereka mempunyai pakej sewa untuk harian, mingguan dan bulanan. Di samping itu, mereka juga mempunyai kereta sewa lain seperti Axia, Bezza, Myvi dan lain-lain. Servis AAZ
Pengangkutan ni memang terbaik. Pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Kereta mereka sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih supaya pengguna akan berasa selesa dan nyaman ketika dalam perjalanan. Boleh terus hubungi mereka untuk pertanyaan dan membuat tempahan.
Alamat: Lorong Sri Setali 11, Taman Setali, 25300 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: 24 jam
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-6127427
4. Kereta Sewa Kuantan
Kereta sewa Kuantan ini merupakan antara cawangan Khaimal Car Rental yang beroperasi di Kuantan, Pahang. Mereka menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk individu, kumpulan keluarga, kawan-kawan, korporat ataupun pengunjung tempatan dan luar negara. Mereka mempunyai pakej harga sewa untuk harian, mingguan, dan bulanan. Harga yang ditawarkan cukup berbaloi dan berpatutan. Banyak pilihan kereta yang disediakan seperti Exora, Myvi, Viva dan sebagainya. Rata-rata testimoni mengatakan mengenai servis mereka adalah terbaik dan boleh dipercayai.
Anda boleh lihat senarai harga penuh di laman web mereka dan mengetahui maklumat terkini di laman Facebook Khaimal Car Rental. Sebarang masalah dan pertanyaan, boleh whatsapp melalui pautan di bawah.
Alamat: a33 tingkat, 1, Jalan Bukit Bay Route, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 11.00pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-3397271
5. HAI Berkat Car Rental kuantan
Syarikat HAI Berkat Car Rental ini menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan penghantaran kereta di sekitar Kuantan. Mereka menjanjikan keadaan kereta yang tiptop dan bersih maka, tidak perlu risau akan keselesaan dan perjalanan anda sama ada jauh mahupun dekat. Ada kereta Viva, Axia, Bezza, kereta jenis MPV dan juga van. Anda boleh dapatkan harga diskaun atau harga yang lebih murah jika sewa kereta lebih dari sehari.
Terus sahaja whatsapp mereka untuk rundingan harga. Mereka akan menawarkan harga yang cukup menarik untuk pelanggannya. Servis yang dipersembahkan oleh staf mereka adalah mesra dan sangat peramah. Mudah untuk berurusan dengan HAI Berkat Car Rental.
Alamat: A-2, Lorong Padang Lalang 14, Jalan Tanjung Api, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.30am – 10.00pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-9165495
Whatsapp HAI Berkat Car Rental kuantan