Isi Kandungan
Majoriti tempat-tempat menarik di Kelantan yang popular & sering menjadi kunjungan pelancong luar lebih tertumpu kepada kawasan pasar, tempat makan menarik, destinasi bersejarah & juga kawasan pantai. Tidak kurang juga beberapa destinasi pelancongan yang lebih terarah kepada aktiviti menikmati keindahan alam semulajadi seperti di air terjun, hutan rimba & juga aktiviti rekreasi yang terdapat di beberapa resort-resort menarik di Kelantan.
Sekiranya anda baru pertama kali melancong ke Kelantan, pasti anda akan jumpa & rasa kelainan daripada beberapa aspek seperti kebudayaan orang setempat, menu makanan hariannya & yang paling ketara adalah lenggok dialek bahasanya yang mungkin agak sukar bagi sesetengah orang luar untuk fahami. Ayuh, mari kita terokai kesemua destinasi pelancongan popular untuk rujukan bersama apabila bercuti di Kelantan kelak bersama keluarga atau pun rakan-rakan sepejabat.
43+ Destinasi & Aktiviti Menarik di Kelantan Darul Naim
Sebelum memulakan penerokaan, jangan lupa untuk semak pautan-pautan rujukan yang disediakan di setiap destinasi-destinasi bawah ini untuk perkembangan semasa & juga sebagai rujukan anda. Semestinya informasi seperti waktu operasi, harga tiket, peta lokasi, hotel terdekat & juga jarak perjalanan akan memudahkan anda untuk merancang percutian di Kelantan kelak.
1. Pasar Siti Khadijah
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Di sinilah tempat yang pasti kaum wanita akan habiskan masa berjam-jam lamanya sehingga membuatkan suami ‘muka ketat’ kerana terpaksa menunggu lama. Destinasi pasar basah & kering ini menjanjikan pelbagai produk menarik untuk dibeli serta ideal untuk dijadikan buah tangan untuk jiran tetangga. Antara kategori barangan menarik untuk diterokai di sini adalah pakaian-pakaian, kain wanita, kain ela, alatan untuk solat, barang kraftangan, perkakasan hantaran perkahwinan & sebagainya.
Jika anda perasan, rata-rata peniaga di sini juga majoritinya adalah terdiri daripada golongan wanita. Ini mungkin satu pengalaman baru untuk anda melihat suasana jual beli di pasar ini yang sangat jarang terdapat di negeri lain. Pasar Besar Siti Khadijah juga boleh dilabelkan sebagai one stop centre untuk pelancong menerokai majoriti makanan tradisional di Kelantan seperti akok, nasi tumpang, etok salai, nasi kerabu, aneka kuih muih & macam-macam lagi. Jika anda peminat barangan kraftangan, terdapat beberapa bahagian yang menjual produk ukiran seperti hiasan dinding, rantai kekunci, tongkat & macam-macam lagi.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Pasar Siti Khadijah
- 7.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)
- kawasan pasar
2. Pasar Terapung Pulau Suri
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Pasar terapung yang cukup sinonim di Thailand, kini boleh didapati di Kelantan & lokasinya terletak di Kampung Pulau Suri, Tumpat. Bagi yang ingin mencari makanan popular orang Kelantan, bolehlah ke pasar terapung ini sambil-sambil merasai pengalaman yang berbeza ketika membeli juadah makanan orang setempat. Pengalaman ke pasar terapung sebegini juga sangat unik & tiada negeri lain yang menawarkan produk pelancongan sebegini.
Selain membeli belah, pelancong juga berpeluang untuk bersiar-siar melihat keindahan kawasan sekeliling Sungai Kelantan yang tidak kurang menarik keindahannya. Pasar terapung ini hanya dibuka pada hujung minggu & ada bayaran yang sangat minimal untuk masuk ke sini termasuk dengan bayaran tambang bot. Untuk ke destinasi yang juga dikenali Kelantan Floating Market ini, pelancong perlu menaiki bot di Jeti Kuala Besar yang terletak di Kota Bharu.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Lokasi Jeti |Â Jarak |Â Facebook
- Pasar Terapung Pulau Suri, Kampung Pulau Suri, Tumpat, Kelantan
Waktu Operasi Pasar Terapung Pulau Suri
- 10.30 am – 12.30 tengahari ( Hari Sabtu sahaja)
Bayaran ke Pasar Terapung Pulau Suri
- Naik bot di Jeti Kuala Besar di Kota Bharu.
- Tambang bot: RM 2.00 sehala.
- Perjalanan dari Jeti Kuala Besar ke Jeti Pulau Suri, 10 minit.
- Bayaran masuk ke Pulau Suri:
- Dewasa: RM 5.00
- Kanak-kanak: RM 3.00
3. Air Terjun Jelawang
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Terletak di Gunung Stong, Air Terjun Jelawang merupakan air terjun di Kelantan yang sangat popular untuk aktiviti mandi manda & juga merupakan air terjun bertingkat antara yang tertinggi di Malaysia serta Asia Tenggara. Bagi mereka yang sukakan aktiviti pengembaraan dalam hutan & pendakian, destinasi ini adalah satu tempat menarik di Kelantan yang semestinya perlu anda pertimbangkan untuk dilawati.
Akses ke puncak sekitar 2 km ( 3 jam) memang agak mencabar & pengunjung juga boleh bermalam di Baha’s Campsite sekiranya ingin menikmati panorama indah dari puncak Air Terjun Jelawang pada keesokan paginya. Pengalaman bersusah payah mendaki & menunggu detik emas ketika matahari terbit pasti akan terubat sebaik melihat panoramanya yang cukup membuatkan sesiapa sahaja terkesima dengan keindahannya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Dabong Forest Reserve, Kelantan, 18200, Dabong, Kelantan
- musim hujan & musim tengkujuh tidak digalakkan
- Bayaran masuk: RM 2.00
- Bayaran hiking: RM 5.00
4. Masjid Ar-Rahman
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sekiranya anda seorang yang obses dengan kesenian & binaan bangunan yang unik, Masjid Ar-Rahman yang terletak di Pengkalan Chepa adalah destinasi yang sangat ideal untuk anda lawati. Lokasinya hanya kira-kira 10 minit sahaja dari Airport KB. Untuk sampai ke sini, perlu melalui jalan-jalan kampung & mudah sahaja untuk diakses dengan kenderaan tanpa perlu meredah hutan. Masjid yang dibina dengan kayu cengal ini, kaya dengan ukiran-ukiran bermotifkan kesenian Islam Melayu & paling mencuri tumpuan adalah ukiran-ukiran ayat suci Al-Quran yang sangat halus seninya & kepala paip di kawasan berwudhu yang lain daripada yang lain.
Perkarangan Masjid Ar-Rahman juga dikelilingi dengan tasik yang menghijau & kelihatan seakan-akan terapung sekiranya dilihat dari sudut-sudut tertentu. Bagi mereka yang gemar menghasilkan karya photo landskap yang cantik, Masjid Ar Rahman adalah masjid di Kelantan yang sangat menarik untuk anda terjah. Satu tempat menarik di Kota Bharu yang sangat disyorkan untuk pelancong yang cintakan keindahan senibina tradisional orang setempat
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Kampung Pulau Gajah, Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu, Kelantan
- Subuh-Isyak
- Derma ikhlas masuk tabung masjid
5. Pasar Malam Wakaf Che Yeh
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Pasar Wakaf Che Yeh ini memang sangat besar & jika anda datang ke sini, mesti tidak kurang 2 jam untuk aktiviti cuci mata sahaja. Suasana di sini mula meriah di sebelah malam sehinggalah ke awal pagi keesokannya. Kota Bharu bukanlah seperti di KL yang mempunyai banyak kedai mamak 24 jam atau pun midnight cineplex. Jadi jika anda mencari destinasi menarik untuk memenuhi aktiviti percutian anda di KB pada waktu malam, ini adalah salah satu tempat menarik di Kota Bharu yang disyorkan. Produk jualan di sini juga sangat pelbagai baik pakaian wanita, aksesori wanita, tudung, seluar jeans, jersey bola & macam-macam lagi.
Jika bertandang ke sini bulan Ramadhan terutamanya beberapa sebelum hari raya, terdapat banyak jualan durian runtuh yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk membeli. Lapar ? Usah risau kerana di sini juga terdapat medan selera di tengah-tengah pasar yang menghidangkan pelbagai menu makanan kenegerian orang Kelantan. Pendek cerita, Pasar Malam Wakaf Che Yeh boleh dikatakan satu tempat menarik di Kelantan pada waktu malam yang paling ‘happening’ untuk dilawati kalau anda sedang bercuti di Bandar Kota Bharu. Cabaran ke sini waktu puncak hanyalah satu, iaitu susah untuk mencari parkir kereta yang dekat dengan Pasar Wakaf Che Yeh.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- 2028, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Pasar Malam Wakaf Che Yeh
- Dibuka pada setiap hari
- 6.00 pm – 3.00 am
- percuma (destinasi pasar malam)
6. Bazar Tok Guru
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Terkenal dikalangan pengunjung sebagai syurga borong & destinasi membeli belah khususnya untuk wanita. Bazar ini dibuka pada tahun 2011 & terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Menempatkan lebih 300 lot kedai/bazar yang menjual produk-produk seperti kain ela, tudung, baju wanita, telekung solat dan sebagainya. Lokasinya yang mudah diakses dari Bandar KB menjadikannya satu tempat shopping di Kelantan yang pasti kaum hawa tidak mahu lepaskan untuk kunjungi apabila bercuti di Kota Bharu.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Bazar Tok Guru
- 9.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)
- kawasan pasar & membeli belah
7. Rumah Api Pantai Senok
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi yang ingin mencari tempat menarik di sekitar pantai Kota Bharu yang cantik untuk lepak petang & bersantai, salah satu destinasi yang ideal adalah berdekatan dengan Rumah Api Senok. Kawasan sekeliling dengan landskap pokok rhu yang tumbuh meninggi & sangat redup pasti menjanjikan satu situasi yang menarik untuk anda merakam gambar & selfie. Sering menjadi lokasi wedding photoshoot orang setempat kerana kawasannya yang mempunyai landskap tepi pantainya yang agak berteluk & berbatu selain menampakkan rumah api serta laut biru terbentang luas yang indah.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- 16020 Kota Bharu, Kelantan
- kawasan pantai (24 jam)
- Percuma ( kawasan pantai)
8. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Seperti juga di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor, destinasi ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan untuk shopping barang-barangan seperti pinggan mangkuk, periuk belanga, toto, sudu garfu & macam-macam lagi. Yang membezakannya adalah dari segi harga dan juga pilihan yang ada. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang boleh dikatakan lebih besar & lebih banyak pilihan kedai untuk membeli kalau nak dibandingkan dengan Pengkalan Kubor. Makanan-makanan tempatan termasuk dari Thailand juga boleh dijumpai dengan mudah di sini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200, Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
- 9.00 am – 8.00 pm ( setiap hari)
- Kawasan pasar
9. Muzium Negeri Kelantan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Lokasi muzium ini dekat dengan menara jam ataupun roundabout di Tuan Padang di Kota Bharu. Muzium Negeri Kelantan ini mempamerkan pelbagai jenis artifak, infografik bersejarah & koleksi barangan seni seperti wayang kulit, dikir barat, makyong, menora, gasing & juga instrumen-instrumen muzik tradisional tempatan. Selain itu, turut mencuri tumpuan di sini adalah bangunan muzium ini sendiri yang mempunyai senibina yang sangat unik memandangkan ianya telah wujud sejak zaman penjajahan lagi.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 609-7482266 |Â Facebook |Â Website
- Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Jalan Hospital, 15000, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Muzium Negeri Kelantan
- 8.30 am – 4.45 pm ( Sabtu-Rabu)
- 8.30 am – 3.30 pm ( Khamis)
- Jumaat (Tutup)
Harga Tiket Muzium Negeri Kelantan
- Dewasa: RM 5.00
- Kanak-kana: RM 3.00
10. Masjid Kampung Laut
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Ada beberapa masjid di Kelantan yang selalu dikunjungi pelancong kerana binaannya yang unik serta mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Salah satunya adalah Masjid Kampung Laut yang kini terletak di Nilam Puri. Masjid ini dipercayai merupakan antara masjid yang tertua yang masih wujud di dalam benua Nusantara. Percaya atau tidak, tapak asal masjid ini sebenarnya bukannya di lokasi sekarang.
Kedudukan masjid yang pada asalnya di Kampung Laut, Tumpat dahulu telah dialihkan ke sini selepas banjir besar (bah besar) pada tahun 1966. Walaupun banyak kerosakan pada waktu itu, tetapi majoriti struktur bangunan ini masih yang asli. Binaannya yang berkayu tanpa paku semestinya menjadikan destinasi ini satu tarikan pelancongan di Kelantan yang perlu diterokai.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan
- subuh-isyak
- percuma ( kawasan ibadat umat Islam)
- derma ikhlas masuk tabung masjid digalakkan
11. Pasar Besar Siti Aishah Jelawat
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Sebuah pasar yang sangat popular di Bachok, Kelantan untuk mereka yang nak mencari ikan, makanan laut, buahan, sayur-mayur yang segar & sebagainya. Harga di sini juga sangat berpatutan berbanding beberapa lokasi pasar basah lain & pilihan yang ada juga lebih banyak. Tidak hairanlah pasar ini selalu sesak dengan pengunjung. Bagi pelancong, destinasi ini sangat sesuai untuk anda mencari makanan tradisional tempatan. Banyak gerai-gerai yang ada menjual lauk pauk & kuih muih popular orang setempat. Sambil-sambil itu bolehlah melihat budaya perniagaan orang tempatan di pasar Kelantan .
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jelawat, 16070 Bachok, Kelantan
Waktu Operasi Pasar Besar Siti Aishah Jelawat
- 6.30 am – 3.00 pm ( setiap hari)
- kawasan pasar
12. Pantai Tok Bali
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Satu destinasi tepi pantai yang sangat menenangkan jiwa & terletak tidak jauh dari sempadan Negeri Terengganu. Sekitar Pantai Tok Bali juga terdapat beberapa buah resort tepi pantai yang menarik seperti D’muara One Chalet Tok Bali, Tok Aman Bali Beach Resort, Arwana Inn Tok Bali & D’Kuala Resort yang sangat ideal untuk dijadikan sebagai destinasi penginapan ketika berbulan madu di Kelantan.
Aktiviti di sini lebih kepada santai-santai tepi pantai dan melihat suasana perkampungan nelayan. Lokasi Pantai Tok Bali juga berdekatan dengan muara Sungai Semerak & di sini juga terdapat jeti yang menjadi tempat pendaratan bot nelayan. Di muara ini juga menjadi lokasi kegemaran pemancing terutamanya di sekitar jambatan yang sangat tinggi yang merentasi muara sungai. Kalau anda kaki pancing, jenguk-jenguklah ke sini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- 16700 Pasir Puteh, Kelantan
- 24 jam ( kawasan pantai awam)
- percuma ( kawasan pantai awam)
13. Pantai Irama
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Pantai rekreasi ini terletak di Bachok & kalau anda menuju ke Kuala Terengganu melalui jalan Tok Bali, bolehlah singgah di sini dulu bersama anak-anak untuk bergambar & makan makanan santai orang di sini seperti lokcing (satay ikan), keropok, air kelapa, goreng gorengan & sebagainya. Kawasan pantai di sini juga sangat lapang & landai serta mempunyai kawasan berteluk yang kecil & sesuai untuk kanak-kanak bermain-main air di tepinya. Kemudahan seperti masjid, tandas awam, menara tinjau & kedai-kedai makan di sini juga banyak.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pantai Irama, 16300 Bachok, Kelantan
- 24 jam
*meriah pada waktu petang
- kawasan pantai terbuka
14. Tok Aman Bali Beach Resort
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi anda yang bercadang nak berbulan madu di Kelantan, salah satu destinasi penginapan yang menarik & lokasinya tepi pantai adalah di Tok Aman Bali Beach Resort yang terletak di Pantai Bisikan Bayu, Tok Bali yang terletak kira-kira 45 minit dari Bandar Kota Bharu. Resort ini juga dikelilingi laguna air Sungai Semerak & kalau dapat bilik yang mengadap pantai atau laguna air ini memang sangat puas hati, boleh lihat sunset pada waktu petang sambil layan kopi di beranda bilik. Tawaran aktiviti outdoor di sini juga banyak seperti berkayak, paddle boat, berbasikal & sebagainya. Terdapat juga swimming pool yang menarik untuk kanak-kanak bersuka ria.
Semak Harga |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 609-6918809 |Â Facebook |Â Instagram |Â Website
6264-1, Pantai Bisikan Bayu, 16700 Kelantan
- Sepanjang tahun
- Untuk harga penginapan, semak sini.
- Harga-harga aktiviti outdoor:
- Paddle Boat: RM 15 / 30 minit
- Kayak: RM 15 / 30 minit
- BMX Bikes: RM 10 / 30 minit
- Adult Bike: RM 10 / sejam
- Child Bike: RM 10/ sejam
- Paintball War Zone: RM 70 / person
15. Gunung Stong
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Dengan ketinggian lebih 1400 m dari aras laut, Gunung Stong sering menjadi destinasi utama pelancong dalam & luar negara untuk mendaki menawan puncak gunung ini. Route menuju ke puncak memang sangat mencabar & kalau selepas hari hujan boleh jadi sangat licin & agak berbahaya. Untuk ke puncak, pendaki biasanya akan bermula dari Kem Baha yang merupakan campsite untuk ke Gunung Stong.
Di sini jugalah terletaknya salah satu air terjun di Kelantan yang popular untuk beriadah iaitu Air Terjun Jelawang. Pemandangan dari puncak yang menampakkan pemandangan awan-awan & laut China Selatan terutamanya pada waktu pagi sememangnya satu pengalaman yang eksklusif untuk pelancong nikmati.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Gunung Stong, Dabong, Kelantan
- sepanjang tahun
*musim hujan & musim tengkujuh tidak digalakkan
- Air Terjun Gunung Jelawang: RM 3
- Mendaki: RM 5
- Pondok di campsite: RM 10 per head per night
- Camp sites: RM 3.00 per head per night
16. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Pengkalan Kubor merupakan kawasan bebas cukai seperti di Padang Besar, Perlis atau di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Mula dibuka pada pukul 10 pagi sehinggalah ke petang. Pelancong yang melawat destinasi sebegini sudah tentu & tidak bukan untuk membeli barang-barang seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, coklat, jersey, handbag, pakaian wanita dan sebagainy. Selain itu, pengunjung juga boleh mencari makanan santai orang setempat di gerai-gerai yang berdekatan seperti mee celup, mee chambul, pulut ayam, pulut mangga, ais krim baba & sebagainya.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Tumpat, 16080, Kelantan
Waktu Operasi Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur
- 9.00 am – 5.30 pm
- kawasan membeli belah
17. Istana Jahar ( Muzium Adat Istiadat)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Satu destinasi bersejarah di Kelantan yang mesti anda kunjungi bersama anak-anak. Bangunan ini merupakan sebuah muzium yang dahulunya merupakan sebuah istana. Uniknya, bangunan ini dibina secara tradisional menggunakan kayu cengal & tanpa menggunakan sebatang paku ataupun skrew.
Pelbagai bahan bersejarah Negeri Kelantan & diorama yang menjadi tarikan pelancong yang berkaitan dengan Adat Istiadat DiRaja seperti adat pertunangan, perkahwinan, melenggang perut, adat pijak tanah & sebagainya. Selain itu pelancong juga boleh melihat pelbagai koleksi senjata tradisional lama di bahagian Balai Senjata seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain senjata.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 609-7482266 |Â Facebook |Â Website
- Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Istana Jahar
- 9.30 am – 4.30 pm
- 9.30 am – 3.30 pm ( Khamis)
- Jumaat tutup
Bayaran Harga Tiket Istana Jahar
Pelancong Tempatan
- Dewasa: RM 2.00
- Kanak-kanak: RM 1.00
Pelancong Asing
- Dewasa: RM 3.00
- Kanak-kanak: RM 1.50
18. Muzium Diraja ( Istana Batu)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Dibina pada tahun 1939 dibawah pemerintahan Sultan Ismail 1 ( 1920-1944) sebagai hadiah perkahwinan kepada Baginda Yahya Petra (1960 – 1979) yang merupakan pewaris kerajaan Kelantan ketika itu. Bangunan unik berwarna kuning ini kini dibuka untuk orang awam sebagai destinasi untuk mempelajari sejarah, salasilah sultan-sultan Kelantan, kehidupan sultan & adat istiadat Diraja Negeri Kelantan. Terdapat pelbagai koleksi barangan antik, gambar & perkakasan hiasan cantik yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan Sultan di Kelantan satu ketika dahulu.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 609-7482266 |Â Facebook |Â Website
- Jalan Tengku Puteri, 15300, Kota Bharu, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Muzium Diraja ( Istana Batu)
- 9.30 am – 4.45 pm
- 9.30 am – 3.30 pm ( Khamis)
- Jumaat tutup
Harga Tiket Muzium Diraja ( Istana Batu)
- Dewasa: RM 1.00
- Kanak-kanak: RM 0.50
- Pelancong Asing: RM 2.00
19. Kampung Kraftangan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bahan binaan utama bangunan ini ialah kayu dan destinasi ini lebih kepada pusat perniagaan bagi songket, barangan perak, batik dan hasil seni kraftangan tempatan yang pasti sesuai bagi mereka yang obses dengan seni. Bagi yang ingin merasai pengalaman mewarna batik, boleh mencuba di sini dengan bayaran hanya RM 10. Di kampung kraftangan ini jugalah terletaknya satu tempat makan menarik di Kelantan yang sangat popular untuk makan tengahari iaitu Nasi Ulam Cikgu. Sesudah lunch di sini, bolehlah pula beli barangan kraftangan untuk dibuat ole-ole orang di rumah.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Merbau, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Kampung Kraftangan Kelantan
- 9.00 am – 5.00 pm ( Jumaat tutup)
- kawasan beli belah.
- Mewarna batik RM 10
20. Bazar Buluh Kubu
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bazar yang sangat popular di Kota Bharu yang menempatkan kedai yang menjual pakaian & kain khususnya batik, songket dan pelbagai pilihan kraftangan negeri Kelantan. Terdapat juga pakaian-pakaian harian terutamanya untuk wanita seperti baju kurung, selendang, tudung & juga baju kelawar. Pilihan songket & batik di sini juga agak banyak samaada yang jenis murah ataupun yang premium serta lebih eksklusif. Kalau bercuti ke Kelantan & bercadang nak beli cenderahati istimewa untuk mak, kakak atau yang tersayang, bolehlah ke sini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Buluh Kubu, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Bazar Buluh Kubu
- 9.00 am – 9.00 pm ( setiap hari)
- kawasan pasar membeli belah
21. Pantai Cahaya Bulan (Pantai PCB)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Pantai PCB merupakan antara pantai yang terdekat daripada Bandar Kota Bharu . Di kalangan orang Kelantan, pantai ini lebih sinonim dipanggil pantai PCB. Dahulunya dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi dan kini ditukar menjadi Pantai Cahaya Bulan. Bagi orang luar, perkataan Berahi ini bermakna Ghairah tetapi kalau di Terengganu dan Kelantan, Berahi ni bermakna Suka Sangat.
Kehadiran pengunjung ke Pantai PCB lebih meriah pada waktu petang & aktiviti di sini lebih kepada untuk beriadah, makan-makan, melayan jiwa sendiri & bermain layang-layang dengan anak-anak. Pada waktu malam pula, ada beberapa pilihan restoran & medan ikan bakar yang berdekatan dengan pantai. Pilihan resort di sini juga agak banyak antaranya PCB Resort, Perdana Resort, Perdana Beach Resort & sebagainya. Kalau anda bercadang bercuti di Bandar Kota Bharu, mencari penginapan di sini juga adalah satu idea yang bernas.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan
- 24 jam ( kawasan pantai)
*sebaiknya waktu petang kalau untuk bersantai
- percuma ( kawasan pantai)
22. Kota Sultan Ismail Petra
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi ini merupakan salah satu mercu tanda untuk Negeri Kelantan serta terletak berdekatan dengan perkampungan kraftangan & Masjid Muhammadi. Antara yang menjadi tarikan di sini ialah Pintu Gerbang Besar (Menara Rehal) serta Istana Balai Besar. Kalau di Langkawi pelancong akan ambil gambar di monumen Helang Besar di Dataran Lang sebagai kenangan bercuti di sana manakala di Kota Bharu pula, di sinilah tempat wajib ambil gambar sebagai tanda kenangan yang anda pernah bercuti ke Kelantan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
- 24 jam ( kawasan terbuka)
- kawasan terbuka (percuma)
23. Pantai Bisikan Bayu
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi ini yang juga dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu & pantai ini lebih sesuai untuk dijadikan pantai untuk rehat atau berekreasi tepi pantai. Pantai ini tidaklah semeriah di Pantai Cahaya Bulan atau di Pantai Irama di Bachok namun kalau anda nak destinasi pantai yang tidak sibuk dan sesak dengan orang, pantai inilah jawapannya. Pantai Bisikan Bayu mempunyai pantai yang lapang dan air laut yang lebih membiru kehijauan kerana lokasinya yang semakin bersempadanan kearah perairan Negeri Terengganu.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pasir Putih, Kelantan, 16800, Pasir Puteh, Kelantan
- 24 jam ( kawasan pantai)
- percuma (kawasan pantai)
24. Pantai Sri Tujoh
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Pantai Sri Tujoh memang sangat meriah kalau waktu hujung minggu. Di sini juga ada permainan sukan air seperti paddle boat & berkayak yang sesuai untuk golongan berkeluarga. Destinasi ini terletak di Jajahan Tumpat dan hanya 2-3 kilometer dari Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Bersebelahan dengan Pantai Tumpat ialah Pantai Geting yang juga sering menjadi tempat rekreasi orang kampung di petang hari.
Sekitar pantai ini juga ada beberapa chalet & resort yang tidak kurang menariknya seperti Senangin Hotel Resort, Chalet Terapung Sri Tujuh & beberapa pilihan homestay. Sesuai untuk anda menginap sekiranya ingin bercuti di Tumpat mahupun di Kota Baru. Lokasi pantai ini ke Kota Bharu pun tidak jauh sekitar 15-20 minit sahaja. Pada waktu malamnya terdapat mini theme park yang boleh golongan berkeluarga singgah untuk masa riang ria. Pilihan tempat makan malam juga mudah seperti yang popular adalah di Restoran Terapung Pantai Sri Tujoh.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jln Pantai Tujuh, 16200 Tumpat, Kelantan
- 24 jam ( kawasan pantai)
- percuma ( kawasan pantai)
25. Masjid Negeri Al-Muhammadi
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Terletak di Kota Bharu dan merupakan masjid yang sangat ikonik di Kelantan. Masjid yang juga dikenali dengan ‘masjid batu’ atau ‘masjid negeri’ atau ‘masjid besar’ ini pada asalnya dibina pada tahun 1867 dengan hanya menggunakan kayu kayan sahaja dan kemudian melalui beberapa proses pengubahsuaian bagi menampung jemaah yang semakin meningkat. Kubahnya yang keemasan dan struktur binaan yang sangat unik menjadikan ianya satu destinasi yang wajib bagi umat Islam singgah kalau sudah terlajak bercuti di Kota Bharu.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
- Subuh-Isyak
- percuma ( tempat ibadat umat Islam)
- derma ikhlas masuk tabung masjid digalakkan
26. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail (Masjid Beijing)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Terkenal di kalangan pelancong sebagai Masjid Beijing kerana mempunyai senibina berunsurkan Cina purba & menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun yang terletak di Beijing, China. Kalau menuju ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, anda pasti akan berjumpa dengan bangunan masjid ini yang mempunyai bumbung merah hijau melengkung & kelihatan seperti rumah agam tradisional di negara China.
Terletak hanya 2 km dari Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang. Tidak hairanlah masjid ini menjadi satu tempat menarik di Pasir Panjang yang sering dikunjungi pelancong yang sedang menuju ke zon bebas cukai. Sesudah shopping bolehlah singgah di masjid ini untuk solat ketika bermusafir.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Kampung Rantau Panjang, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
- Subuh-Isyak
- percuma ( kawasan ibadah orang Islam)
- derma ikhlas masuk tabung masjid digalakkan
27. Air Terjun Jeram Linang
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Air Terjun Jeram Linang merupakan satu tempat menarik di Machang yang sangat popular di kalangan penduduk setempat untuk melakukan aktiviti perkelahan di air terjun. Kawasan air terjun di sini sangat sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa & mempunyai kemudahan untuk aktiviti berkumpulan seperti berkhemah ataupun merentas hutan.
Fasiliti tempat makan , tandas awam & kawasan parking kereta turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Air Terjun Jeram Linang bukan sahaja terkenal sebagai tempat mandi manda di Kelantan yang popular bahkan sering menjadi lokasi institusi pengajian setempat untuk adakan aktiviti outdoor ataupun kem bina semangat. Terdapat juga mini zoo di sini yang tidak kurang menariknya untuk pelancong.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Lata Jeram Linang, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Waktu Operasi Air Terjun Jeram Linang
- 7.00 am – 6.00 pm
Harga Tiket Air Terjun Jeram Linang
- Percuma
*Untuk aktiviti perkhemahan, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Jajahan Machang
28. Lata Beringin
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Air terjun Lata Beringin memang sangat cantik kerana mempunyai pemandangan air terjun yang bertingkat dan kawasan tadahannya di bawahnya pula sangat lapang tidak berbatu yang sesuai untuk mandi dan berenang bagi dewasa. Namun lokasinya agak terpencil di Sungai Pas, Kuala Krai dan memerlukan pengunjung melalui jalan yang agak mencabar untuk sampai ke sini. Bagi orang muda yang ingin berkhemah dengan suasana air terjun yang masih asli keindahannya, sangat dicadangkan untuk berkelah di Air Terjun Lata Beringin.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000, Kuala Krai, Kuala Krai, Kelantan
7.00 am – 6.00 pm
- Percuma
29. Jeram Pasu
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi ini terletak di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh dan lokasinya juga mudah diakses dengan kenderaan dari Bandar Pasir Putih sekitar 15 km sahaja. Kemudahan awam lengkap untuk pengunjung seperti tandas, pondok & terdapat juga kolam buatan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Fasiliti & landskap sekeliling yang mendamaikan membuatkan ianya sesuai untuk dijadikan sebagai satu destinasi percutian air terjun di Kelantan bersama keluarga. Waktu hujung minggu memang ramai yang datang ke sini untuk berkelah & mandi air terjun. Sekiranya anda bercuti sekitar Pasir Putih atau di Tok Bali & ingin mandi air terjun, bolehlah ke sini bersama anak-anak.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jeram Pasu, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
- 8.00 am – 6.00 pm
- percuma
30. Muzium Perang (Bank Kerapu)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bangunan ini pada awalnya dibina sebagai bank perdagangan dan ketika era penjajah Jepun ianya bertukar menjadi markas tentera Jepun. Pengunjung boleh melihat sendiri artifak peninggalan seperti barangan peperangan dan juga duit lama. Muzium ini dikenali dengan nama Bank Kerapu kerana permukaan simen bangunannya yang kasar & menggerutu (ber’kerapu’). Dalam dialek bahasa Kelantan, perkataan ‘kerapu’ atau disebut dengan bersabdu ‘khappu’ bermakna menggerutu. Satu tempat menarik di Kelantan yang sesuai untuk dijadikan destinasi lawatan sambil belajar oleh insitusi pengajian atau sekolah.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Pejabat Pos Lama, 15300, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Muzium Perang ( Bank Kerapu)
- 8.00 am – 5.00 pm ( Ahad-Rabu)
- 8.00 am – 4.00 pm ( Khamis)
- Jumaat tutup
Harga Tiket Muzium Perang ( Bank Kerapu)
- Dewasa: RM 2.00
- Kanak-kanak: RM 1.00
31. Kolam Air Panas Tok Bok
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Destinasi yang sangat popular di Machang bagi mereka yang ingin merasai kolam air panas semulajadi yang bagus untuk kesihatan kulit & peredaran darah. Terletak di Kg Rengas Labok dan jarak dari bandar utama di Machang lebih kurang 20 km. Kawasan kolam air panas di sini tidaklah terlalu besar & sekiranya kebetulan anda bercuti di Machang & ingin merasai pengalaman mandi air panas semulajadi bersuhu sehingga 41-42 darjah celcius, bolehlah ke sini. Kawasan mandi lelaki & perempuan juga berasingan. Terdapat juga kemudahan tandas & tempat bersalin pakaian untuk pengunjung.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Kampung Rengas, Labok, 18500, Machang, Kelantan, 18500 Machang, Kelantan
- pagi-malam (setiap hari)
- percuma
*derma ikhlas masuk tabung
32. Muzium Wau
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Adakah anak-anak anda pernah melihat wau bulan & kenal akan wau kucing? Sekiranya tidak, sangat dicadangkan untuk membawa mereka pada cuti sekolah untuk melawat destinasi ini. Galeri yang tidak terlalu besar ini menempatkan pelbagai jenis wau yang cantik & sangat susah nak ditemui di tempat lain seperti Wau Bulan, Wau Kekek, Wau Kucing, Wau Puyuh, Wau Jala Budi dan wau rasmi setiap negeri lain di Malaysia. Sering menjadi tempat lawatan pelancong asing untuk melihat keunikan & warisan kesenian Melayu yang pada hari ini semakin hilang ditelan arus kemodenan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pantai Sri Tujoh, 16200, Tumpat, 16200 Tumpat, Kelantan
Waktu Operasi Muzium Wau
- 8.30 am – 4.45 pm ( Sabtu-Rabu)
- 8.30 am – 3.30 pm ( Khamis)
- Jumaat tutup
Harga Tiket Muzium Wau
Pelancong Tempatan:
- Dewasa: RM 2.00
- Kanak-kanak: RM 1.00
Pelancong Asing:
- Dewasa: RM 4.00
- Kanak-kanak: RM 2.00
33. Taman Perbandaran Tengku Anis
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi yang bercuti di Kota Bharu, mungkin anda inginkan destinasi yang nyaman dikelilingi pohon-pohon hijau yang cantik & pada masa yang sama boleh bergambar sebagai kenang-kenangan. Destinasi Taman Perbandaran Tengku Anis adalah jawapan yang paling tepat untuk anda lawati. Terdapat kemudahan track jogging, bangku, kolam, playground yang besar & pohon-pohon hijau yang redup sesuai untuk dilawati pada waktu petang ataupun malam.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Taman Tengku Anis,15400, Kota Bharu, Kelantan
- Taman rekreasi awam terbuka 24 jam. Sebaiknya waktu pagi atau petang
- percuma
34. Jeram Mak Nenek
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Jeram Mak Nenek atau Jeram Mengaji merupakan destinasi perkelahan yang sangat popular di kalangan penduduk sekitar Pekan Selinsing, Pasir Putih terutamanya pada hujung minggu. Andai kata anda sedang makan angin di sekitar Tok Bali atau di Pasir Putih, bolehlah menerokai keindahan alam & rasai sendiri kedinginan air sungai di sini yang boleh terasa sehingga ke sum sum tulang.
Kawasan tadahan air untuk mandi manda di Jeram Mak Nenek tidaklah terlalu besar & ekstrem kedalaman dasarnya. Sesuai untuk kanak-kanak mandi & untuk dijadikan sebagai destinasi perkelahan hujung minggu bersama keluarga. Kemudahan pengunjung seperti bangku, tapak camping & kemudahan lain lengkap tersedia untuk pengunjung.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Selising, Pasir Putih, 16800, Pasir Puteh, Kelantan
- 8.00 am – 6.00 pm
- percuma
35. Sungai Kenerong Dabong
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi yang ingin adakan aktiviti outdoor berkumpulan atau team building di kawasan yang indah dengan keindahan flora fauna, salah satu tempat menarik di Kelantan adalah di Sungai Kenerong, Dabong. Sungai Kenerong memang sangat jernih & sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti di sungai seperti water tubing, berkayak ataupun berakit. Memandangkan lokasinya yang strategik, pelancong juga boleh ke beberapa tarikan lain yang ada di sini seperti mendaki Gunung Stong, mandi manda di Air Terjun Jelawang dan juga aktiviti caving ke Gua Keris, Gua Ikan dan Gua Pagar.
Terdapat juga tapak perkhemahan yang disediakan secara percuma. Tempat rekreasi ini sentiasa dibuka untuk kunjungan orang ramai dan boleh datang pada bila-bila masa. Sambil berekreasi, para pengunjung juga boleh memberi sumbangan seikhlas hati untuk para tahfiz yang ada di madrasah berdekatan. Maklumat lanjut sila berhubung 017-9635644.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Kampung Jelawang, 18200, Dabong, 18200 Dabong, Kelantan
- setiap hari
- tapak perkhemahan percuma
- Maklumat lanjut sila berhubung 017-9635644
- Info berkaitan, semak sini
36. Pantai Melawi
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Adakah anda mencari destinasi penginapan tepi pantai di Kelantan & mempunyai pilihan chalet-chalet yang murah? Sekiranya ya, salah satu destinasi yang terkenal adalah di Pantai Melawi. Pantai ini hanya terletak di antara Tok Balik & Bachok. Menuju ke Bandar KB lebih kurang 40 minit – sejam perjalanan.
Pantai ini terletak di kawasan perkampungan & suasananya aman serta tidak terlalu sesak dengan kehadiran pelancong. Sesuai untuk dijadikan destinasi bermalam kalau nak bercuti di Kelantan untuk 1-2 hari sambil menenangkan fikiran. Pilihan aktiviti pantai di sini bukanlah seperti di Batu Ferringi yang banyak dengan aktiviti sukan di air tetapi lebih kepada santai-santai di tepi pantai.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pantai Melawi, Bachok, Kelantan
- kawasan pantai
- kawasan pantai
- Chalet yang menarik di Pantai Melawi, semak sini
37. Gelanggang Seni
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Merupakan pusat kebudayaan negeri Kelantan yang mana pelancong boleh menyaksikan pelbagai persembahan tradisional kenegerian, contohnya persembahan wayang kulit, permainan gasing, batu seremban, demo menghasilkan wau, seni silat tari & persembahan muzik tradisional. Terdapat juga pakej-pakej lawatan yang disediakan untuk pelancong di sini seperti melawat tempat buat wau, kilang tekstil tradisional, perkampungan nelayan, tempat buat wayang kulit & banyak lagi. Satu destinasi pelancongan di Kelantan yang sangat ideal untuk pelancong mulakan percutian di Kelantan untuk lebih mendalami tentang kesenian & kebudayaan orang setempat.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Persembahan di Gelanggang Seni Kelantan:
- Bermula 3.30 pm – 5.30 pm (setiap Sabtu & Isnin)
- Bermula 3.30 pm – 5.30 pm & 9.00pm-11.00pm (Rabu)
Harga Tiket Gelanggang Seni Kelantan
- Percuma bagi menyaksikan persembahan seni kebudayaan tradisional Negeri Kelantan.
38. Gua Ikan
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi yang sukakan aktiviti melihat keindahan alam semulajadi, satu destinasi unik bergua yang ada di Kelantan adalah di Gua Ikan yang terletak kira-kira 7 km dari Pekan Dabong. Lokasinya mudah diakses dengan kenderaan & tidak perlu nak meredah hutan seperti di taman negara. Gua Ikan yang merupakan sebuah gua batu kapur memang sangat menarik kerana mempunyai kawasan tadahan air di dalamnya & mempunyai pembentukan stalagtik & stalagmit yang sangat menggiurkan untuk pelancong tangkap gambar. Sesudah melakukan aktiviti caving di Gua Ikan, bolehlah pula makan mee udang yang sangat popular di kawasan yang berdekatan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Kuala Gris, 18200 Dabong, Kelantan
- Tiada masa yang dikhususkan untuk melawat. Terbuka 24 jam. Sebaiknya datang berkumpulan.
- percuma
39. Taman Air Splash
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Pilihan tempat menarik di Kelantan untuk taman tema air atau waterpark memang tidak sebanyak di KL, Selangor & JB. Namun sekiranya anak-anak masih inginkan ke tempat mandi manda di Kota Bharu, destinasi yang paling sesuai adalah di Taman Air Splash yang terletak sebelah Kota Darul Naim.
Lokasinya hanya dalam bandar & di sini terdapat 3 jenis kolam yang kedalamannya sesuai untuk kanak kanak mandi manda. Segala kemudahan untuk pengunjung disediakan termasuk tempat makan & bangku rehat. Pada waktu hujung minggu, destinasi ini boleh jadi sangat sesak dengan kehadiran pengunjung & parking kereta pun terhad.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â Facebook
- Jalan Kuala Krai, 15000, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Taman Air Splash
- 10.00 am hingga 7.00 pm (1.00 pm hingga 2.00 pm rehat)
Harga Tiket Taman Air Splash
- Ibu Bapa / Penjaga : RM 3.00
- Kanak-kanak:
- 6 tahun ke bawah: RM 5.00
- 7 hingga 12 tahun: RM 6.00
- 12 tahun ke atas: RM7.00
40. Putera Valley Resort
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi mereka yang nak menginap di destinasi yang menawarkan aktiviti outdoor di kawasan sungai, tasik & pelbagai aktiviti lasak lain, salah satu resort menarik di Kelantan adalah di Putera Valley Resort. Sesuai untuk dijadikan destinasi percutian hujung minggu bersama keluarga ataupun bersama rakan sepejabat untuk event-event seperti hari keluarga atau team building.
Pelbagai aktiviti menarik yang ada di sini seperti abseiling, jungle trekking, water confidence, berkanu & sebagainya. Destinasi penginapan sebegini juga memang sesuai untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama keluarga pada cuti sekolah atau hujung minggu. Fasiliti & kemudahan di sini juga sangat lengkap untuk event-event corporate, meeting, seminar & sebagainya.
Semak Harga |Â Peta Lokasi |Â Jarak |Â 6017-9601007 |Â Facebook |Â Website
- No.1, Jln Kenerak,Highway Machang-Jeli, Tanah Merah, Kelantan
- Destinasi resort. Dibuka sepanjang tahun.
- Tawaran harga penginapan, semak sini.
- Aktiviti Outdoor
- Junglle trekking: RM 6/pax
- Obstacle course: RM 6/pax
- Berkanu: RM 5
- Swimming Pool:
- Dewasa: RM 12
- Kanak-kanak: RM 10
- Kanak-kanak bawah 6 tahun: RM 6
- Flying fox: RM 8/pax
- Abseiling: RM 7/pax
- Water confidence: RM 9
41. Masjid Brunei ( Masjid Terapung Pasir Mas)
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Masjid yang dibina pada 70-an ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik kerana terletak di kawasan tepi Tasik Danau Tok Uban, Chetok. Sekiranya anda suka ambil gambar yang cantik & mencari tempat menarik di Pasir Mas untuk aktiviti photoshoot, destinasi ini adalah jawapan yang paling tepat.
Disyorkan untuk datang ketika waktu sunset kerana situasi, lighting & subjek gambar akan jadi lebih menarik. Pantulan cahaya jingga matahari dari tasik & keunikan senibina Melayu Brunei klasik di masjid ini memang satu kombinasi yang meletup untuk anda hasilkan photo yang cantik. Sesudah itu, jangan lupa untuk Solat Maghrib berjemaah di sini.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Kampung Rong Chenok, Danau Tok Uban, 17040, Pasir Mas, Kelantan
- Subuh-Isyak
- kawasan masjid ( derma ikhlas masuk tabung masjid)
42. Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi yang menginap berdekatan dengan Airport Kota Bharu, destinasi pasar terapung yang terdekat adalah di Pengkalan Datu yang terletak kira-kira 10 km dari Bandar KB. Di sini pelancong boleh melihat budaya jual beli penduduk setempat & juga mencari makanan-makanan popular orang Kelantan pada harga yang sangat berpatutan. Untuk ke sini pengunjung tak perlu menaiki bot seperti ke Pasar Terapung di Pulau Suri.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Pengkalan Datu, Pengkalan Chepa, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu
- 8.00 am – 2.00 pm ( Sabtu sahaja)
- kawasan pasar
43. Menara Jam Tambatan Diraja
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Bagi anda yang nak merakam gambar yang cantik di sekitar KB, salah satu destinasi terbaik adalah di Menara Jam Tambatan Diraja. Menara yang setinggi 150 kaki ini dibuka pada orang awam & rata-rata pelancong yang datang ke sini adalah untuk melihat pemandangan indah Sungai Kelantan & Bandar KB. Lokasinya juga berdekatan dengan Padang Merdeka yang merupakan taman rekreasi yang popular untuk warga KB bersiar-siar. Selepas melihat pemandangan indah Sungai Kelantan di sini, bolehlah pula makan-makan di restoran yang berdekatan.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Sultan, 15400, Kota Bharu, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Menara Jam Diraja Tambatan
- Ahad-Khamis:
- 8.00 am – 12.00 pm
- 2.00 pm – 5.00 pm
- Jumaat-Sabtu
- 8.00 am – 12.00 pm
- 2.30 pm – 5.00 pm
Harga Tiket Menara Jam Diraja Tambatan
- Pelancong Asing: RM 2.00
- Pelancong Tempatan:
- Dewasa: RM 1.00
- Kanak-kanak: RM 0.50
44. Jambatan Keretapi Guillemard
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
- Harga Tiket
Satu lagi tempat menarik di Kelantan yang boleh dikategorikan sebagai bersejarah ialah Jambatan Keretapi Guillemard yang merentasi Sungai Kelantan di Kursial, Tanah Merah. Jambatan ini juga merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia. Jambatan berwarna hitam yang panjang ini telah dibina sejak 1940 lagi & apabila berada di sini seolah-olah kita kembali ke satu zaman dahulu kala ketika televisyen masih gambar hitam putih.
Bagi mereka yang kaki kamera & mencari subjek yang ikonik & klasik di Kelantan, wajib singgah di sini. Memandangkan jambatan ini warna hitam, pakailah pakaian yang cerah untuk lebih kontra. Pasti gambar yang terhasil lebih menarik & ‘meletup’ apabila upload di media social anda kelak.
Hotel Terdekat |Â Peta Lokasi |Â Jarak
- Jalan Kampung Kursial, 17500, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
- kawasan terbuka ( 24jam)
- percuma
Tempat Penginapan Menarik di Kelantan
Kalau anda mencari hotel dan penginapan di Kota Bharu yang betul-betul selesa dan 5 bintang, hanya ada beberapa sahaja yang agak menepati piawaiannya (Hotel Perdana & Hotel Renaissance). Industri hotel di Kelantan ini bukannya macam di KL, Penang atau JB, jadi kalau nak cari penginapan yang 5 bintang, memang terhad pilihannya. Namun pilihan hotel 3 atau 4 bintang di KB lebih banyak & juga lebih mesra poket rakyat Malaysia.
Selain menginap di Bandar Kota Bharu, antara lokasi penginapan tepi pantai yang berdekatan & menarik untuk bermalam adalah di Pantai PCB, Pantai Tumpat, Pantai Bachok & Pantai Tok Bali. Pantai-pantai ini hanya memerlukan masa antara 20-40 minit memandu ke bandar KB. Kalau dari Pantai Tok Bali paling lama pun sejam & itu pun kalau trafik jem.
Tempat Makan Menarik di Kelantan
Dari segi makanan, Kelantan mempunyai banyak makanan tradisional yang terkenal untuk diterokai. Kebanyakan makanan tradisional Kelantan boleh pelancong dapatkan di mana-mana pasar seperti di Pasar Siti Khadijah, Pasar Chabang 4 Tok Mek Ngoh, Pasar Wakaf Che Yeh, Pasar Besar Jelawat, Pasar Wakaf Bharu & sebagainya.
Semoga senarai 42+ tempat menarik di Kelantan seperti di atas memberi anda inspirasi & kemudahan untuk merancang percutian di Negeri Che Siti Wan Kembang pada masa akan datang. Sila share di sosial media anda untuk manfaat bersama. Selamat cuti-cuti Malaysia di Kelantan. Wassalam.
Jadual Operasi FLOATING MARKET tu salah tu
Hai Tuan Adam, kami akan betulkan ya.
boleh lahhhhh
Terbaikk… maklumat yang menarik
thanks very much admin
thanks very much
Terima kasih atas perkongsian..
Cemerlang admin