Isi Kandungan
Tomyam adalah antara makanan yang sering digelar ‘comfort food’ pada waktu hujan, waktu lepak dengan kawan-kawan atau makan bersama keluarga. Dengan rasa sup yang cukup rasa dari segi masam dan pedas itu, tomyam selalu menjadi tujuan utama pelanggan jika datang makan di restoran. Di sini, kami senaraikan 6 kedai tomyam di Subang Jaya untuk anda kunjungi dan menjamu selera.
6 Kedai Tomyam Paling Sedap di Subang Jaya
1. Phad Thai, Taipan Business Centre
Restoran Pad Thai yang dibuka di Taipan Business Centre ini merupakan sebuah kedai makanan Thai yang halal di Subang Jaya. Pad Thai juga dibuka setiap hari mengikut waktu operasi yang ditetapkan oleh tuan kedai.Â
Kedai ini juga terkenal dengan hidangan tomyam yang menjadi kegemaran ramai pelanggan di Subang Jaya. Dengan rasa tomyam yang sedap, pekat dan berlemak itu sangat memuaskan hati pelanggan.
Dikatakan juga bahawa hidangan tomyam mereka sesuai untuk pelanggan yang tidak tahan pedas kerana tahap kepedasannya adalah pada tahap medium. Selain daripada tomyam, menu lain yang sering dicari-cari oleh pelanggan ialah telur dadar yang rangup di luar tetapi juicy di dalam.Â
Alamat: 21, Jalan USJ 10/1c, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Selasa – Sabtu (11.30 am – 10.00 pm), Isnin (11.30 am – 10.30 pm), Ahad (10.00 am – 10.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-239 2072
2. SOI 55 Thai Kitchen, SS 15
SOI 55 Thai Kitchen (SS15) dibuka setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari hingga 9.30 malam. Kedai ini juga sangat terkenal dengan hidangan Thai seperti tomyam, pulut mangga, kerabu mangga dan banyak lagi. Hidangan tomyam di kedai ini bersaiz besar dan membolehkan pelanggan berkongsi dua orang bagi satu hidangan.
Tambahan pula, kedai ini menghidangkan tomyam dengan isi makanan laut yang segar di dalamnya dan harga menu tersebut adalah sangat berpatutan. Ramai pelanggan memberikan ulasan yang positif untuk kedai tomyam di Subang Jaya ini.
Jadi, jika anda mencari kedai tomyam yang mempunyai banyak lagi pilihan makanan Thai, mari datang ke SOI 55 Thai Kitchen (SS15).
Alamat: 62, Jalan SS 15/4c, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (12.00 pm – 9.30 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-737 0555
3. Restoran Desa Tomyam & Seafood, SS19
Restoran Desa Tomyam & Seafood SS19 ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad pada pukul 3.00 pm hingga 11.30 pm. Restoran ini menyajikan menu ala Thai dan merupakan tempat yang sesuai untuk makan bersama keluarga.Â
Dengan rating 4.1 di Google, kedai ini menerima banyak ulasan positif serta ulasan yang kurang memuaskan. Namun, hidangan tomyam di kedai di Subang Jaya ini sering mendapat pujian dengan rasanya yang sedap dan pedas. Menu lain juga sering mendapat pujian daripada pelanggan.
Komen yang kurang memuaskan adalah seperti masa menunggu makanan untuk dihidangkan agak lama. Namun, rata-rata pelanggan gemar mengunjungi kedai tomyam ini selepas pulang kerja bersama rakan-rakan di Subang Jaya.Â
 Alamat: No. 16, Jalan SS 19/1d, SS 19, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (3.00 pm – 11.30 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-621 0731
4. Mr Tuk Tuk, Sunway Pyramid
Mr Tuk Tuk terletak di dalam pusat beli belah Sunway Pyramid yang dibuka mengikut waktu operasi pusat beli belah tersebut iaitu setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Restoran ini juga menyediakan menu ala Thai yang mempunyai banyak pilihan untuk pelanggan.
Semestinya menu yang paling popular ialah tomyam dan pulut mangga di kedai ini. Menu lain yang sering dipesan oleh pelanggan juga adalah seperti nasi goreng tomyam dan nasi goreng nenas.
Kedai ini mendapat banyak ulasan yang positif dari pelanggan kerana keenakan semua hidangan di sini. Namun, kedai ini mempunyai ruang yang kecil membuatkan keadaan kedai agak sempit jika mempunyai ramai pelanggan. Namun, ini membuktikan bahawa Mr Tuk Tuk adalah merupakan pilihan tempat makan ramai pelanggan.
Alamat: Floor LG, Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-56125738
5. Tom Yam Mutiara, USJ 6
Kedai Tom Yam Mutiara ini dibuka setiap hari dari pukul tujuh pagi hingga 12 tengah malam. Kedai ini merupakan tumpuan utama bagi pelanggan yang ingin berjumpa dan meluangkan masa dengan rakan-rakan selepas dari waktu bekerja dan makan masakan tomyam di Subang Jaya.Â
Dengan rating 4.3, kedai tomyam ini juga mendapat banyak ulasan positif seperti harga hidangan yang sangat murah, servis yang baik dan cepat. Selain itu, hidangan di Tom Yam Mutiara ini juga sangat sedap dan mempunyai banyak pilihan untuk pelanggan.
Alamat: Jalan USJ 6/1, Usj 6, 47610 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.00 am – 12.00 am)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8020 6643
6. Nita Tomyam, SS 19
Kedai Nita Tomyam dibuka setiap hari kecuali pada hari selasa dari pukul empat petang hingga 12 tengah malam. Kedai ini menyediakan menu masakan Melayu dan ala Thai untuk pelanggan yang datang.
Keadaan kedai di Subang Jaya ini yang selalu sesak dengan pelanggan juga telah membuktikan bahawa Nita Tomyam menghidangkan pelbagai makanan yang sedap.Â
Selain itu, kedai ini juga sesuai untuk hidangan keluarga kerana mempunyai menu seperti tomyam, telur dadar, sayur campur dan ikan siakap stim yang biasanya dipesan secara set.
Jika anda ingin membawa keluarga makan di restoran tetapi mempunyai bajet yang rendah, di sini adalah tempat yang sangat bersesuaian. Anda boleh mendapati makanan yang sedap dengan harga berpatutan di Nita Tomyam.
 Alamat: Jalan SS19/6, Ss 19, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Rabu – Isnin (4.00 pm – 12.00 am), Selasa (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-312 4432
Dengan 6 senarai kedai tomyam sekitar Subang Jaya di atas, kami yakin bahawa kedai-kedai tersebut adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Keenam-enam kedai itu menyediakan hidangan ala Thai dengan rasa tomyam yang sedap dan padu. Harga hidangan juga adalah sangat berpatutan dan berbaloi dengan saiz sajian.Â
Jika makanan kegemaran anda ialah tomyam, kedai-kedai di atas pasti tidak mengecewakan anda. Namun, jika anda mencari makanan best yang lain sekitar Subang Jaya, Selangor, Kuala Lumpur dan berdekatan dengannya, kami cadangkan anda untuk layari artikel kami di Top 10 Tempat Makan yg Best di Ampang. Jadi, apa tunggu lagi? Jom ke kedai pilihan anda!