6 Kedai Tomyam Paling Best di sekitar Port Dickson

Port Dickson merupakan tempat pelancongan yang agak popular di Malaysia kerana pantai dan pemandangannya yang tenang dan cantik. Ditemani angin laut yang sangat mendamaikan, hidangan tomyam ialah menu yang sesuai untuk dinikmati dengan rasanya yang pedas, masam dan isi yang segar. Jika anda mencari hidangan tomyam yang menyelerakan, anda bolehlah melawat salah satu kedai tomyam di Port Dickson di bawah.

6 Kedai Tomyam di Port Dickson


1.  Amierna Corner Tomyam Seafood, Jalan Politeknik 1

Amierna Corner Tomyam Seafood, Jalan Politeknik 1

Lokasi Amierna Corner Tomyam Seafood terletak di Jalan Politeknik 1 yang dibuka setiap hari kecuali pada hari Sabtu dari pukul 10 pagi hingga 11 malam. Kedai ini sangat dikenali dengan nasi kerabu dan nasi kukus yang sangat sedap oleh pelanggan. Walaupun begitu, menu tomyam di kedai ini juga adalah kegemaran para pelanggan.

Dengan rating 4.8, kedai tomyam ini membuktikan bahawa kualitinya sangat memuaskan hati pelanggan dari segi rasa hidangan, saiz hidangan, servis pelanggan dan harganya yang berpatutan.

Alamat: 19, Jalan Politeknik 1, Taman Politeknik, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Ahad – Jumaat (10.00 am – 11.00 pm), Sabtu (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-6709 067

WhatsApp Amierna Corner


2.  Kedai Makan Marina Corner, Taman Port Dickson Utama

Kedai Makan Marina Corner, Taman Port Dickson Utama

Kedai Makan Marina Corner yang menghidangkan masakaqn tomyam ini terletak di Taman Port Dickson Utama dan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat. Waktu operasi kedai ini adalah dari pukul tiga petang hingga 11 malam.

Kedai ini sering menjadi tumpuan keluarga yang ingin makan bersama-sama kerana mempunyai hidangan set lengkap seperti tomyam, sayur campur, siakap tiga rasa atau stim limau dan lain-lain. 

Kedai ini juga sering diberikan maklum balas positif dari pelanggan kerana rasa hidangannya yang sedap dengan portion yang besar dan mencukupi. Selain itu, harga semua menu juga adalah berpatutan dan berbaloi dengan rasanya.

Bagi anda yang bercuti di Port Dickson bersama keluarga, Kedai Makan Marina Corner adalah idea yang terbaik untuk anda singgah menjamu selera masakan tomyam.

Alamat: Taman Port Dickson Utama, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (3.00 pm – 11.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-2733 460

WhatsApp Marina Corner


3.  Restoran Warinee Tom Yam, Kampung Bahasa Kapor

Restoran Warinee Tom Yam, Kampung Bahasa Kapor

Lokasi Restoran Warinee Tom Yam terletak di Kampung Bahasa Kapor dan dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad mengikut waktu operasi yang ditetapkan di bawah. Kedai ini menyediakan pelbagai hidangan ala Thai yang bakal memuaskan hati dan citarasa pelanggan. 

Restoran Warinee Tom Yam juga sering mendapat maklum balas yang positif dari pelanggan dengan rasa hidangannya yang sangat sedap dan portion makanan juga besar sehingga pelanggan boleh berkongsi satu hidangan untuk dua orang. Kedai ini juga dianggap antara kedai dengan hidangan tomyam yang terbaik di sekitar Port Dickson. 

Alamat: Jalan Pandai 1013, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 2.30 pm) dan (5.30 pm – 9.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-9810 823

WhatsApp Warinee Tom Yam


4.  Restoran Ummi Seafood, Taman Mewah Port Dickson

Restoran Ummi Seafood, Taman Mewah Port Dickson

Restoran Ummi Seafood terletak di Taman PD Mewah dan dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa. Waktu operasi kedai ini adalah dari pukul lima petang hingga 12 tengah malam. Kedai ini sering menjadi tumpuan pelancong kerana berdekatan dengan Grand Lexis Resort. 

Rata-rata pelanggan yang pernah singgah di kedai ini memberikan maklum balas yang baik dengan hidangan yang mereka sediakan untuk pelanggan. Hidangan seperti tomyam, siakap tiga rasa dan siakap stim lemon.

Servis dari pekerja juga adalah sangat baik dan mesra. Walaupun masakannya sedap, kedai ini tidak terlalu sesak dengan pelanggan. Jadi, jika anda mencari tomyam atau hidangan masakan panas yang lain dengan harga yang berpatutan, anda patut singgah di Restoran Ummi Seafood ini. 

Alamat: Persiaran Kurau 5, Taman PD Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Rabu – Isnin (5.00 pm – 12.00 am), Selasa (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-6763 867

WhatsApp Ummi Seafood


5.  Restoran Habsah Tomyam (BOB), Kampung Si Rusa

Restoran Habsah Tomyam (BOB), Kampung Si Rusa

Restoran Habsah Tomyam(BOB) terletak di Jalan Pantai Kampung Si Rusa dan dibuka setiap hari dari pukul 5.30 petang hingga dua pagi. Waktu operasi kedai ini agak lama dan sesuai untuk pelanggan yang lepak dengan kawan-kawan.

Memandangkan Port Dickson merupakan kawasan yang agak kecil, kedai ini sangat menjadi tumpuan bagi pelanggan yang lapar tengah malam yang menginginkan masakan tomyam.

Dengan rating 4.2 di Google, hidangan di kedai ini sering mendapat pujian dari pelanggan kerana rasanya yang enak dan portion yang besar. Kedai ini juga adalah tujuan utama para pelanggan yang mengidam tomyam yang kaya dengan bahan seperti ayam dan makanan laut di dalamnya. Masakan panas yang lain juga disediakan di kedai ini.

Alamat: 314, Jalan Pantai, Kampung Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Isnin – Ahad (5.30 pm – 2.00 am)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-342 8210

WhatsApp Habsah Tomyam (BOB)


6.  Restoran Ocean-Sky Seafood (Muslim Seafood Chinese Styles), Taman Mikamas

Restoran Ocean-Sky Seafood (Muslim Seafood Chinese Styles), Taman Mikamas

Restoran Ocean-Sky Seafood adalah merupakan kedai makanan laut cina Muslim. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Rabu mengikut waktu operasi yang ditetapkan di bawah. 

Kedai makan ini juga sangat sesuai untuk keluarga yang ingin makan bersama kerana kedai ini menggunakan meja bulat yang besar untuk ahli yang ramai berada di satu meja. Dengan rating 4.2, kedai ini sering mendapat pujian dengan hidangannya yang sedap, berkualiti dan portion yang besar.

Alamat: Pt 300 & 301 Taman Mikamas, Bt 2.5, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: Khamis, Ahad – Selasa (11.00 am – 10.00 pm), Jumaat – Sabtu (11.00 am – 11.00 pm), Rabu (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1063 3993

WhatsApp Ocean-Sky Seafood


Jika anda ingin melancong ke Port Dickson, senarai kedai tomyam di atas pasti tidak akan mengecewakan anda kerana semua pilihan tersebut sering mendapat komen positif dari pelanggan. Hidangan mereka sangat berbaloi dengan rasa dan harga yang ditawarkan oleh tuan kedai. 

Selain daripada hidangan tomyam, anda juga pasti mencari hidangan masakan panas yang lain di sekitar Port Dickson. Jadi, anda boleh layari artikel kami di 30 Tempat Makan BEST di Port Dickson Untuk Pelancong Terjah sebagai rujukan anda mencari kedai makan. Semoga membantu!

 

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

30 Tempat Makan BEST di Port Dickson Untuk Pelancong Terjah

Sudah menjadi kelaziman kita sebagai pelancong, kalau bercuti di mana-mana tempat menarik di Malaysia sudah tentu kita ingin mencuba makanan tempatan yang popular atau...

15 Homestay Di Port Dickson- Penginapan Dekat Dengan Pantai TERBAIK

Port Dickson memang terkenal dengan pantai-pantai yang menjadi tarikan pelancong. Tempat-tempat penginapan tepi pantai di sini sesuai untuk anda yang bercuti bersama pasangan, keluarga...

26+ Tempat Menarik di Port Dickson – Destinasi Pilihan Untuk Dilawati Pelancong

Destinasi percutian tepi pantai di Negeri Sembilan paling popular iaitu Port Dickson menawarkan banyak aktiviti & penginapan menarik untuk anda terokai. Sebagai salah satu...

Top 5 Kereta Sewa di Port Dickson & Seremban yg Terbaik

Adakah anda ingin melancong ke negeri Sembilan dan ingin mencari kereta sewa di Port Dickson dan Seremban yang best? Jika ya, anda berada di...

10+ Resort Di Port Dickson- Cantik dan Unik!

Adakala manusia memerlukan percutian sebagai salah satu terapi untuk mengembalikan mood yang sedang berada dalam tekanan atau masalah. Dalam Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x