Isi Kandungan
Selain daripada penjagaan enjin kenderaan, penjagaan tayar kenderaan juga penting untuk keselamatan anda ketika memulakan perjalanan untuk ke satu destinasi. Jika tayar kenderaan pancit atau rosak di tengah jalan, ia memakan masa untuk anda sampai ke destinasi yang ingin dituju. Jadi, bagi anda yang berada di Kuantan, jom kita lihat 10 kedai tayar popular dan berkualiti di Kuantan!
10 Kedai Tayar di Kuantan
1. Kedai Tayar Pro Kuantan, Taman Guru
Kedai Tayar Pro Kuantan merupakan antara kedai tayar kereta yang termurah di Kuantan. Mereka menyediakan khidmat servis tayar, menjual sport rim baru dan secondhand, membaiki kereta dan macam-macam lagi. Ia sering menjadi tumpuan pelanggan kerana perkhidmatan servis yang ditawarkan sangat baik dan mesra pelanggan.Â
Selain itu, kedai ini juga sering melakukan promosi jualan murah untuk setiap pembelian tayar yang ada. Jadi, jika anda berada berdekatan dengan Jalan Gambang, anda boleh singgah ke kedai ini untuk tukar tayar dan servis kereta anda sebelum memulakan perjalanan.Â
Alamat: B68, Jalan Gambang, Taman Guru, 25150 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (10.00 am – 4.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-980 2600Â
2. Tyreplus – UTS Tyre Service, Jalan Wong Ah Jang
Selain di Jalan Wong Ah Jang, kedai tayar Tyreplus mempunyai beberapa cawangan di luar kawasan seperti Sg Isap dan Jalan Semambu, Kuantan. Jika anda berada berdekatan di kawasan ini, anda boleh singgah untuk menukar tayar kereta anda di kedai ini.
Kedai ini menjual tayar yang berkualiti dengan harga yang sangat murah. Kebanyakan pelanggan yang datang memberikan komen yang baik tentang harga dan layanan yang ditawarkan. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis tayar mengikut kesesuaian dan citarasa untuk kereta anda.
Alamat: E1275 E-861 Tingkat Bawah, Jalan Dato’ Wong Ah Jang, Taman Lee Hwa, 25100 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-515 0060
3. CS Kuantan Tyre Service Centre, Jalan Air Putih
Untuk anda yang ingin berjimat, kedai tayar CS Kuantan menjual tayar yang berkualiti dengan harga yang mampu bayar. Mereka juga turut menjual sport rim yang murah, mampu milik dan terdapat pelbagai saiz untuk anda pilih.
Jadi, jika anda ingin menukar sport rim baru, bolehlah cuba untuk mendapatkannya dari kedai ini. Kebanyakan pelanggan memberi komen yang baik terhadap layanan dan servis yang diberikan.
Alamat: A-325, Taman Sri Setali Intan, Jalan Air Putih, 25300 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.30 pm), Ahad (9.30 am – 2.30 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-568 4788
4. Kedai Tayar Abe Kuantan, Kampung Pandan Dua
Kedai Tayar Abe terletak di Kampung Pandan Dua, Kuantan. Mereka menawarkan khidmat jual tayar baru dan terpakai dengan harga yang jauh lebih murah berbanding kedai tayar yang lain. Malah, menurut suatu pelanggan, kedai ini merupakan kedai tayar yang paling murah di kawasan ini!
Bukan itu saja, servis yang mereka tawarkan juga sangat cepat dan profesional. Jadi, anda tidak perlu menunggu lama untuk kereta anda siap dibaiki jika anda pergi ke kedai ini!
Alamat: DT 8A, Kampung Pandan Dua, 25150 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (10.00 am – 5.00 pm)
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-946 6694
5. Fendy Auto Tyre, Taman Pandan Perdana
Kedai tayar Fendy Auto Tyre, atau nama lamanya Second Tyre Kuantan, ditubuhkan pada Januari 2013. Pada asalnya, mereka fokus kepada menjual tayar secondhand sahaja. Kebelakangan ini, mereka juga turut menjual tayar baru yang berkualiti tinggi dengan harga termurah dalam pasaran.
Bukan itu sahaja, mereka turut menawarkan servis alignment/chamber, servis cuci kusyen kereta, pemasangan tinted dan macam-macam lagi. Jadi, anda boleh cuba datang ke kedai ini untuk mendapatkan servis yang terbaik dengan harga yang berbaloi.Â
Alamat: B-2, Lorong Pandan Perdana 1/2, Taman Pandan Perdana, 25150 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (10.00 am – 6.45 pm), Jumaat (tutup)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-922 8825
6. Europro Tyre (M) Sdn Bhd, Jalan Bukit Ubi
Kedai tayar Europro terletak di berhampiran dengan bandar Kuantan. Ramai pelanggan datang ke kedai ini kerana kedainya yang luas dan selesa. Sangat mudah untuk pelanggan yang datang untuk meletakkan kenderaan mereka di sini.
Selain itu, terdapat pelbagai pilihan dan saiz tayar untuk anda pilih. Malah, kedai ini juga turut menjual sport rim dari pelbagai design dan berkualiti tinggi. Anda boleh datang ke sini kerana ramai pelanggan yang datang ke sini berpuas hati dan memberi komen yang positif terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Alamat: Lot 14952, 3, Jalan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (10.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-932 5852
7. Soon Tyre and Services, Jalan Paya Tiga
Kedai ini juga sering menjadi pilihan utama pelanggan yang berdekatan kerana servis yang diberikan sangat memuaskan. Selain itu, anda boleh menukar tayar anda dengan pakar yang terlatih dan berpengalaman dengan harga yang berbaloi di sini.
Staf mereka akan memberi nasihat tentang penjagaan tayar dan memberi cadangan tentang tayar yang terbaik untuk kereta anda terlebih dahulu. Ini dapat membantu anda untuk buat pilihan dan keputusan dengan lebih baik.
Kedai ini juga sentiasa membuat jualan promosi yang menarik, maka, anda boleh datang ke sini untuk ambil peluang ketika promosi dijalankan. Pastinya banyak wang anda boleh jimat di sini!
Alamat:Â A 109, Jalan Paya Tiga, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-931 1211
WhatsApp Soon Tyre and Services
8. Rizki Tyre Store, Taman Sekilau Maju
Kedai tayar Rizki juga sering menjadi tumpuan pelanggan di Kuantan kerana lokasinya yang strategik. Kedai yang luas dan terletak di corner lot ini memudahkan pelanggan yang datang untuk parking kereta mereka.
Selain dari menawarkan perkhidmatan tukar tayar dan servis kereta, kereta ini juga menjual minyak hitam, baiki enjin kereta dan sebagainya. Anda juga boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan. Jadi, bolehlah anda datang ke kedai ini untuk menukar tayar serta servis kereta anda.
Alamat: Lot B-3098, Taman Sekilau Maju 5, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-513 5737
9. Tyre Masters Sdn. Bhd, East Coast Garden
Kedai yang terletak di Jalan Baserah ini sering menjadi tumpuan pelanggan yang datang untuk menukar tayar dan servis kereta mereka. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis tayar yang berjenama dan berkualiti dengan harga yang berpatutan di kedai ini. Dari gambar saja, boleh lihat ramai pelanggan yang datang.
Walau bagaimanapun, disebabkan pelanggan yang datang ramai, anda mungkin perlu menunggu sedikit untuk mendapatkan giliran anda. Namun, anda tak perlu risau! Menariknya kedai ini, mereka juga menyediakan tempat menunggu bagi anda yang ingin menunggu kereta anda siap dibaiki.
Alamat: A2068-2070, Jalan Beserah, East Coast Garden, 25300 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-517 7609
10. C One Tyre Service Sdn Bhd, Jalan Indera Mahkota
C One Tyre Service mempunyai cawangan kedai di Jalan Semambu dan Jalan Wong Ah Jang. Kedai tayar ini bukan sahaja menjual tayar yang berkualiti tinggi, mereka juga turut menjual sport rim untuk kenderaan anda.Â
Beberapa pelanggan mengesyorkan kedai ini sekiranya anda ingin mendapatkan tayar baru dengan harga yang murah di kawasan ini. Ramai pelanggan berkata mereka berpuas hati dengan nilai yang mereka dapat apabila menukar tayar kenderaan di sini. Malah, masa yang diperuntukkan untuk menukar dan baiki kenderaan anda juga sangat pantas.
Alamat:Â B28, Taman Medan Masyhur, Jalan Indera Mahkota 2, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-967 6666
Ini merupakan senarai 10 kedai tayar popular dan berkualiti di Kuantan yang anda boleh cuba. Ingat, jangan lupa untuk menukar tayar kenderaan anda pada waktu yang ditetapkan. Setiap barangan pasti ada waktunya di mana ia perlu ditukar atau diservis, termasuklah tayar kereta.
Jadi, jangan tunggu lama-lama untuk menukar tayar kenderaan anda. Hal ini kerana ia mungkin membahayakan nyawa anda dan keluarga ketika dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi.
Jika anda ingin mencari kedai tayar terbaik di kawasan Shah Alam, anda tak perlu cari mencari lagi! Jom lihat artikel kami tentang 10 Kedai Tayar Best di Shah Alam yang Murah dan Pro!