Isi Kandungan
Dengan jumlah kenderaan di Malaysia yang meningkat dengan mendadak setiap tahun, pastinya permintaan terhadap tayar juga akan bertambah. Adakah anda sedang mencari kedai tayar yang boleh dipercayai di sekitar Kota Bharu? Maka artikel ini adalah untuk anda!
Pada masa ini, terdapat beribu-ribu kereta di jalan raya. Daripada kereta biasa sehinggalah lori kontena yang besar, semuanya memerlukan dua perkara yang sama, enjin dan tayar. Sebagai satu-satunya bahagian kenderaan anda yang bersentuhan dengan permukaan tanah semasa memandu, tayar adalah penting untuk perlindungan anda.
Tayar yang berkualiti dan yang diselenggara dengan baik mempunyai banyak kebaikan. Antaranya boleh menjamin keselamatan anda, menjimatkan bahan api, dan dapat berhenti dalam apa-apa keadaan jalan. Selain daripada itu, keadaan tayar yang sempurna dapat memberikan keselesaan dan kualiti perjalanan yang lebih baik.
Jadi, teruskan membaca untuk mencari kedai tayar di Kota Bharu yang mampu memberikan servis tayar yang terbaik demi keselamatan diri dan keluarga anda.
10 Kedai Tayar di Kota Bharu
1. Hanz Tyres Autocare, Kampung Darat
Hanz Tyres Autocare merupakan salah satu kedai servis kereta yang terbaik di Kota Bharu. Terdapat pelbagai jenis tayar dan sport rim yang dijual dengan harga berpatutan. Pekerja di sini ramah dan cekap dalam melakukan servis kereta. Mereka juga akan memberi penerangan terperinci mengenai masalah yang dihadapi oleh pelanggan.
Alamat: 976-A & B, Jalan Guchil Bayam, Kampung Darat, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.30 am – 7.30 pm), Jumaat (12.00 pm – 5.30 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-666 5578
2. Mat Yie Tyre and Sport Rim, Kampung Chempaka
Diasaskan pada tahun 2009, Mat Yie Tyre and Sport Rim menyediakan servis pemasangan tayar dan rim sama ada yang baru atau terpakai. Kedai ini mempunyai pelbagai pilihan sport rim sehingga boleh rambang mata dibuatnya.
Kedai ini memiliki pekerja yang ramai dan dapat membuat servis dengan pantas. Selain itu, anda boleh berunding harga untuk mendapat barangan kereta yang bersesuaian dengan bajet.Â
Alamat: No 1723, Jalan Rambutan Rendang, Kampung Chempaka, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Ahad – Khamis (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu (8.30 pm – 6.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-977 5698
3. Kedai Tayar Syarikat Y.A Salam, Kubang Kerian
Selain servis tukar tayar, kedai yang terletak di Kubang Kerian ini turut menyediakan khidmat servis kereta, alignment, menjual brake pad dan wiper. Pekerja mereka mesra, berpengalaman dan cekap dalam melakukan servis. Tempat mereka juga luas dan selesa untuk anda menunggu kereta siap diservis.
Alamat: Lot 2299, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 5.30 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-765 3174
4. Pusat Perkhidmatan Murah Tayar, Kampung Pulau Kapas
Kedai yang terletak di Kampung Pulau Kapas ini menjual tayar dan sport rim yang baru dan terpakai. Mereka telah meletakkan harga yang tetap untuk tayar termasuklah khidmat memasang dan balancing. Jadi, anda boleh memilih tayar yang bersesuaian dengan bajet anda. Selain itu, kedai ini menerima pembayaran secara kad debit dan kad kredit untuk memudahkan urusan pelanggan.Â
Alamat: 1066-A, Jln Raja Perempuan Zainab II, Kampung Pulau Kapas, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.30 am – 6.00 pm), Jumaat (9.30 pm – 5.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-764 0862
5. Jayamas Tyre Service Centre Sdn Bhd, Kampung Padang Daerah
Ditubuhkan pada tahun 2015, Jayamas merupakan salah satu pengedar tayar Michelin yang murah di Kota Bharu. Selain menyediakan servis tayar, mereka juga memberi servis penyelenggaraan kereta dan penukaran bateri.
Pekerja mereka cekap dan pantas dalam melakukan servis yang dikehendaki. Mereka turut mempunyai ruang menunggu yang berhawa dingin untuk keselesaan pelanggan.Â
Alamat: Lot 3631, Kampung Padang Daerah, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-743 7355
6. Tyreplus – Pomcek Solutions, Taman Desa Kemumin
Pomcek Solutions merupakan salah satu cawangan Tyreplus, kedai tayar yang popular di Malaysia. Mereka menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dan stok alat ganti berkualiti tinggi daripada jenama antarabangsa. Kedai ini menggunakan alatan moden dan pekerja yang berpengalaman untuk memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan. Selain itu, ruang menunggu mereka luas dan selesa serta mempunyai tempat untuk kanak-kanak bermain.Â
Alamat: Lot 5207-A, Jln 2/44, Taman Desa Kemumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8.30 am – 6.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-740 9056
 7. S.P. Kami Tayar & Trading, Wakaf Mek Zainab
S.P. Kami Tayar & Trading yang terletak di Wakaf Mek Zainab ini menjual tayar baru dan terpakai. Servis mereka pantas dengan harga yang berpatutan. Pekerja mereka juga ramah dan sedia membantu dalam apa jua masalah berkaitan tayar.Â
Alamat: 5601G, Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, 15300, Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-744 5998
8. Howa Hong (Kota Bharu) Sdn. Bhd., Jalan Che Su
Kedai Howa Hong merupakan pengedar tayar jenama Goodyear di Kota Bharu. Jenama tayar Goodyear adalah jenama yang terkenal di Malaysia. Kedai ini membuat servis tayar Goodyear dengan harga yang berpatutan dengan kualiti. Pekerja mereka cekap dan berpengalaman dalam khidmat servis tayar.
Alamat: 115-117, Jalan Che Su, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.00 pm), Jumaat (9.00 am – 12.30 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-744 2341
9. Mezuan Tayar, Jalan Sultan Yahya Petra
Mezuan Tayar menyediakan perkhidmatan servis tayar dan kereta untuk penduduk sekitar Kota Bharu. Selain kedai ini, Mezuan Tayar turut mempunyai 2 cawangan lain di Kota Bharu yang terletak di Jalan Guchil Bayam dan Jalan Long Yunus. Pekerja mereka ramah dan bersedia menjawab sebarang pertanyaan daripada pelanggan. Selain itu, ruang menunggu mereka juga luas dan selesa.
Alamat: ABC, No. 5302, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-368 2045
10. Hilal Autocare – Pusat Servis Kenderaan, Tayar & Cafe, Jalan Pintu Geng
Hilal Autocare merupakan one-stop centre untuk servis tayar dan kereta. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah menukar tayar baru, balancing, brake pad, air-con, servis minyak hitam dan lain-lain. Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan mereka, anda boleh terus WhatsApp mereka di bawah.
Selain itu, mereka mempunyai kafe di dalam kedai. Jadi, anda boleh menikmati minuman sementara menunggu kereta anda siap diservis.
Alamat: Lot 1210 Kampung Paloh, Jalan Pintu Geng, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.15 am – 6.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-2965 0305
Kami harap senarai ini dapat membantu anda mencari kedai servis tayar yang terbaik di Kota Bharu. Sentiasalah memantau keadaan tayar kenderaan demi keselamatan anda dan keluarga.Â
Sementara menunggu kereta anda siap diservis, anda boleh menyewa kereta untuk memudahkan urusan anda. Semoga artikel kami mengenai Top 10 Kereta Sewa di Kota Bharu Yang TERBEST dapat membantu anda.