10 Kedai Tayar Murah di Klang yang Anda Perlu Tahu!

Bila tiba waktu hujung minggu, mesti ada perancangan untuk bersiar-siar dengan keluarga atau rakan-rakan, kan? Tapi, kekadang, masa itu jugalah tayar kereta perlu ditukar pula. Anda tak perlu pening kepala, kami ada penyelesaiannya! Teruskan membaca untuk lihat 10 kedai tayar murah di Klang yang anda perlu tahu. Semoga artikel ini dapat membantu anda!

10 Kedai Tayar di Klang yg Best & Murah


1. RRK Auto Enterprise, Klang Sentral

Kedai Tayar RRK Auto Enterprise, Klang Sentral

Terletak di Klang Sentral, anda boleh cuba untuk berkunjung ke RRK Auto Enterprise untuk menukar tayar kereta anda. Kedai ini sering menjadi buah mulut pelanggan yang pernah datang ke sini kerana servis dan layanan yang diberikan adalah yang terbaik.

Ramai pelanggan sangat berpuas hati dengan servis tukar tayar yang dilakukan oleh pakar yang mahir di kedai ini. Pelanggan juga turut menyatakan bahawa harga tayar di kedai ini dijual dengan sangat murah dan sangat berbaloi berbanding kedai yang lain di kawasan ini. 

Selain dari menawarkan perkhidmatan tukar tayar, mereka juga turut menyediakan khidmat balancing dan alignment untuk tayar kereta anda. Mereka juga turut mengajar tentang penjagaan tayar kepada pelanggan yang datang. Menarik kan?

Alamat: 43, Jalan Klang Sentral 6/KU5, Klang Sentral, 42200 Klang, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-713 3731 

WhatsApp RKK Auto Enterprise


2. Tayaria (Klang – SMK Tayar Sdn Bhd), Taman Kim

Kedai Tayaria (Klang - SMK Tayar Sdn Bhd), Taman Kim

Kedai Tayaria Klang terletak di Jalan Kapar. Di sini, anda bukan sahaja boleh menukar tayar kereta anda, anda juga boleh menukar sport rim kereta anda. Mereka menjual tayar dari pelbagai jenama yang berkualiti dan murah serta sport rim kereta dari pelbagai reka bentuk dan warna yang menarik. 

Tambahan pula, servis tukar tayar juga agak cepat di kedai ini. Jika anda ingin datang ke kedai ini, anda boleh aturkan temujanji dahulu supaya anda tidak perlu tunggu lama untuk menunggu giliran untuk tukar tayar kereta. 

Alamat: No. 430, Batu 2, Jalan Kapar, Taman Kim, 41400 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-359 3338

WhatsApp Tayaria Klang


3. Rolling Right Sdn Bhd, Klang Sentral

Rolling Right Sdn Bhd, Klang Sentral

Terletak berhampiran jalan utama untuk ke bandar Setia Alam, kedai ini sering menjadi pilihan pelanggan. Hal ini kerana kedai luas, memudahkan pelanggan untuk meletakkan kenderaan mereka di sini untuk diservis.

Bukan itu saja, layanan staf dan pekerja di sini juga sangat peramah. Malah, staf mereka turut rajin memberi panduan yang terperinci sebelum pelanggan membuat keputusan untuk menukar tayar kereta.

Selain itu, kedai ini juga turut menawarkan servis tukar minyak hitam. Alang-alang anda dah tukar tayar kereta, bolehlah anda servis minyak hitam kereta anda juga bagi melancarkan lagi perjalanan anda.

Alamat: 2(G), Jalan KS 8/KU5, Taman Klang Sentral, Off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (9.00 am – 2.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-3885 0996

WhatsApp Rolling Right Sdn Bhd


4. Pusat Tayar Wheelfire (HQ), Pandamaran

Pusat Tayar Wheelfire (HQ), Pandamaran

Jika anda berada di kawasan Pandamaran Klang, anda boleh singgah ke kedai ini untuk menukar tayar kereta anda. Kedai yang sangat besar dan luas ini merupakan salah satu kedai tayar yang terbesar di kawasan ini. Kedai ini bukan sahaja menawarkan perkhidmatan servis kereta, mereka juga menjual tayar dari pelbagai saiz serta sport rim untuk kereta anda.

Kedai ini sering menjadi pilihan pelanggan yang berdekatan kerana mempunyai ruang menunggu yang selesa dan berhawa dingin. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya cuaca panas atau hujan kerana anda boleh berehat di ruang menunggu sementara kereta anda sedang dibaiki.

Alamat: NO.7419SRM-1, Jalan Kim Chuan, Pandamaran, 42000 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.30 pm), Ahad (9.30 am – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-203 4233

WhatsApp Pusat Tayar Wheelfire


5. Ajad Tayar, Kampung Jawa

Kedai Ajad Tayar Klang, Kampung Jawa

Kedai Ajad Tayar yang terletak di Kampung Jawa, Klang, ini bukan sahaja menjual tayar baru, mereka turut menjual tayar terpakai yang berkualiti dan murah. Selain dari itu, mereka juga turut menawarkan servis baiki kenderaan anda sekiranya berlaku kerosakan. Mudah kan? Anda tidak perlu pergi ke kedai yang berbeza untuk melakukan servis. Segalanya boleh dilakukan di kedai ini sahaja.

Alamat: Lot 6276, Batu 2, Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, 41000 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-300 1013

WhatsApp Ajad Tayar


6. H2O House of Tyres and Rims Sdn. Bhd, Kawasan 18

H2O House of Tyres and Rims Sdn. Bhd, Kawasan 18

Tidak susah untuk mencari kedai ini kerana ianya terletak di tepi jalan utama untuk ke bandar Klang. Kedai ini sangat besar dan senang untuk anda mencari sekiranya anda ingin datang ke sini. Kedai ini menjual tayar kereta dan sport rim dari pelbagai saiz dan reka bentuk untuk pilhan anda. Kebanyakan pelanggan yang datang adalah pelanggan tetap mereka yang sering menggunakan khidmat mereka untuk membaiki kereta dan menukar tayar. Rata-rata pelanggan yang datang memberi komen yang positif terutamnya dari sudut layanan dan harga barang. Bolehlah anda cuba untuk datang ke sini alami sendiri servis yang diberikan oleh mereka. 

Alamat: PT4209, Jalan Kapar, Kawasan 18, 41400 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-3359 8255

WhatsApp H2O House


 7. Perkhidmatan Tayar Chin Heng Sdn Bhd (Continental), Jalan Kapar

Kedai Tayar Chin Heng Sdn Bhd (Continental), Jalan Kapar, Klang

Terletak di tepi jalan utama untuk ke Kapar, kedai tayar ini menjual tayar kereta mengikut bajet anda. Kebanyakan pelanggan yang datang menyatakan kedai ini antara kedai yang menjual tayar kereta dengan harga yang jauh lebih murah berbanding kedai lain di Klang.

Bukan itu sahaja, mereka juga turut menjual sport tim dari pelbagai saiz mengikut kesesuaian kereta anda. Mereka juga mempunyai pakar dalam membaiki kereta. Jadi, anda tidak perlu risau dengan kualiti servis yang ditawarkan di sini. 

Alamat: 508, Batu 2, 1/2, Jalan Kapar, 41400 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-3341 2633

WhatsApp Chin Heng


8. Klang Hock Li Tyre Services Sdn Bhd, Kawasan 18

Kedai Tayar Klang Hock Li Tyre Services Sdn Bhd, Kawasan 18

Sekiranya anda ingin menukar tayar kereta anda di sini, anda perlu datang awal bagi mengelakkan kesesakan dan menunggu giliran dalam waktu yang lama. Hal ini kerana kedai ini sering menjadi tumpuan ramai pelanggan yang datang.

Di sini, anda boleh dapatkan tayar kereta mengikut kesesuaian dan citarasa anda kerana mereka menjual pelbagai jenis tayar yang berjenama. Layanan baik yang diberikan oleh pemilik kedai juga membuatkan pelanggan memilih kedai ini untuk menukar tayar kereta. 

Alamat: 132, Jalan Kapar, Kawasan 18, 41400 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (9.30 am – 3.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-3348 8539

WhatsApp Klang Hock Li


9. Pusat Tayar Klang Dua Sdn Bhd, Taman Kota Jaya

Pusat Tayar Klang Dua Sdn Bhd, Taman Kota Jaya

Anda boleh membuat penukaran tayar oleh pakar yang terlatih dan berpengalaman dengan harga yang berbaloi di kedai ini. Ramai pelanggan yang datang pulang ke rumah mereka dengan perasaan gembira kerana layanan dan servis yang diberikan adalah memuaskan.

Kedudukan bangunan kedai ini yang strategik dan luas membolehkan mereka untuk menerima banyak kereta dalam satu masa. Jadi, anda tidak perlu tunggu terlalu lama untuk menukar tayar di kedai ini.

Alamat: 160, Exit, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Kota Jaya, 41100 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (10.00 am – 3.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-358 9108

WhatsApp Pusat Tayar Klang Dua


10. Continental Perniagaan Tayar Hiap Hoe Loon Tai Sdn Bhd, Sungai Pinang

Continental Perniagaan Tayar Hiap Hoe Loon Tai Sdn Bhd

Jika anda berada dan menetap di kawasan ini, bolehlah cuba untuk datang ke kedai ini untuk menukar tayar kenderaan anda. Kedai ini sering menjadi pilihan pelanggan yang duduk berdekatan.

Staf di kedai ini sentiasa memberi tunjuk ajar dan panduan sebelum pelanggan membuat keputusan untuk menukar tayar kereta. Selain tayar kereta, mereka juga turut menjual sport rim, membuat servis kereta dan sebagainya. Anda boleh datang ke kedai ini untuk mendapatkan servis tayar kereta dnegan harga yang berpatutan mengikut bajet anda.

Alamat: Lot 26375, Batu 2 1/2, Sungai Pinang, Jalan Kapar, 41400 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Blog | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-3342 0254

WhatsApp Perniagaan Tayar Hiap Hoe


Kami harap senarai 10 kedai tayar murah di Klang ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk anda membuat pilihan. Sebelum keluar bersiar-siar, jangan lupa untuk check tayar kereta anda dahulu supaya perjalanan hari anda lebih mudah dan selamat. 

Jika anda ingin mencari kedai tayar di area Petaling Jaya, anda boleh baca artikel kami di mana kami senaraikan 10 kedai tayar di Petaling Jaya yang best dan murah.

4.7/5 - (20 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Kedai Motor dengan Servis Terbaik di Sekitar Puchong, Selangor

Sudah masuk tahun baru, motor pun kenalah nampak baru! Jadi, kepada penunggang motosikal dan penggemar aksesori motor, anda harus mengunjungi enam kedai motor dengan...

8 Bengkel Kereta di Bandar Baru Bangi yang Perlu Anda Kunjungi!

Sering saja kita mendengar bahawa kereta yang dihantar ke bengkel bukannya semakin elok, malah lebih teruk. Kami percaya sebagai pemilik kereta, mencari bengkel kereta...

7 Kedai Cermin Kereta Terbaik di Petaling Jaya, Selangor!

Pasti anda berasa susah untuk fokus semasa memandu apabila cermin kereta anda retak, bukan? Anda ingin ke kedai cermin kereta tapi tidak tahu di...

6 Kedai Tayar di Rawang Dengan Servis Tiptop!

Anda perlu lakukan alignment dan balancing untuk tayar kereta? Tapi terlalu banyak kedai tayar di Rawang sehinggakan anda tidak tahu nak pilih yang mana...

8 Kedai Cermin Kereta Yang Murah dan Terbaik di Shah Alam!

Cermin depan kereta ialah ciri keselamatan penting yang membantu pemandu melihat dengan jelas semasa memandu. Adalah penting untuk mengekalkan cermin depan dalam keadaan baik...

8 Kedai Aircond Kereta di Shah Alam yang Murah Tapi Superb!

Kita sering memandang ringan terhadap keadaan aircond kereta kita. Tanpa kita sedar, ianya membuatkan prestasinya menurun dan kemungkinan akan rosak. Warga Shah Alam pastinya...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x