8 Kedai Tayar di Kajang yang Berkualiti dengan Harga Berbaloi!

Selain daripada penjagaan enjin kenderaan, penjagaan tayar kenderaan juga penting untuk keselamatan anda ketika memulakan perjalanan untuk ke satu destinasi. Jika tayar kenderaan pancit atau rosak di tengah jalan, ia memakan masa untuk anda sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Selain itu, keadaan tayar yang terbaik dan alignment yang seimbang akan memastikan pemanduan yang selesa dan lancar. Bila ada masalah, mesti anda mahu cari kedai tayar yang best, servis tip-top dan paling penting dapat selesaikan masalah tayar kenderaan anda. Di sini, kami senaraikan 8 kedai tayar di Kajang yang terbaik untuk anda.

8 Kedai Tayar yang Terbaik di Kajang


1. Zam O Lima Sdn Bhd, Reko Sentral

Zam O Lima Sdn Bhd, Reko Sentral

Kedai tayar Zam O Lima ini terkenal di kalangan penduduk Kajang kerana menawarkan harga yang murah dengan servis yang terbaik. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis tayar yang berjenama dan berkualiti dengan harga yang berpatutan di kedai tayar di Kajang ini.

Selain itu, kedai ini juga sentiasa membuat jualan promosi yang menarik. Anda boleh ikuti laman Facebook mereka untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang promosi yang dilangsungkan.

Tambahan pula, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai harga tayar, anda boleh WhatsApp mereka sahaja. Pastinya mereka akan memberi layanan yang terbaik dan pantas.

Alamat: 17-G, Jalan Reko Sentral 9, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Zam O Lima


2. EH Tyre & Auto Service, Taman Perindustrian Kajang

Kedai Tayar EH Tyre & Auto Service, Taman Perindustrian Kajang

Dari jauh anda boleh nampak bangunan kedai tayar di Kajang yang besar dan berwarna putih ini. Tempat parking yang luas juga memudahkan anda mendapat perkhidmatan di sini. 

Kedai tayar EH Tyre & Auto Service menjual dan memberi perkhidmatan servis tayar dengan harga berpatutan. Selain itu, dikatakan juga pekerja di sini cekap, berpengalaman dan sentiasa memberi servis yang terbaik untuk kereta anda.

Alamat: No 1, Jalan PK1, Jalan Reko, Taman Perindustrian Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (9.30 am – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp EH Tyre


3. L & K Jaya Auto Tyres Services, Taman Reko Jaya

L & K Jaya Auto Tyres Services, Taman Reko Jaya

L&K Jaya Auto Tyres Services merupakan antara kedai tayar yang terbaik dan murah di Kajang. Kedai ini menyediakan perkhidmatan penukaran dan servis tayar kereta serta servis enjin. Di samping itu, lokasi kedai ini yang terletak di sepanjang Jalan Reko selepas lampu isyarat ini semestinya akan memudahkan untuk anda pergi ke sini. 

Pekerja di sini juga sangat friendly, berpengetahuan dan cekap. Ramai pelanggan yang berpuas hati dengan customer service di sini. Jika anda ada sebarang kemusykilan atau permasalahan, anda boleh terus bertanya kepada mereka dan anda akan diberikan penerangan secara terperinci.

Alamat: No. 7, Jalan Reko Jaya, Taman Reko Jaya, 43000 Kajang, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (9.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp L&K Jaya Auto


4. Kedai Tayar dan Servis Kereta De Sheng, Taman Sri Langat

Kedai Tayar dan Servis Kereta De Sheng, Taman Sri Langat, Kajang

Kedai yang terletak di Taman Sri Langat ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan servis tayar, mereka turut membaiki kereta, menjual alat ganti kereta dan pelbagai lagi.

Tambahan pula, dikatakan pekerja di sini ramah, cekap dan berpengalaman. Harga perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan berpatutan. Tidak hairanlah kedai tayar di Kajang di berjaya mendapat 4.4 bintang di Google Review!

Alamat: 73, Jalan Langat 1, Jalan Reko, Taman Sri Langat, 43000 Kajang, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp De Sheng


5. Zakwan Wheels & Tyres, Jalan Tenaga 20

Zakwan Wheels & Tyres, Jalan Tenaga 20

Kedai tayar Zakwan Wheels & Tyre ini terletak agak jauh dari jalan utama. Walau bagaimanapun, ia masih senang dicari dan mempunyai banyak tempat parking. Bagi anda yang sedang mencari rim terpakai termasuk tayar dengan harga mampu milik, anda patut kunjungi kedai ini. Kedai ini sangat popular di kalangan peminat sport rim. 

Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis warna, reka bentuk serta saiz yang ada di kedai tayar di Kajang ini. Malah, mereka turut menerima trade-in dan harga boleh dirunding mengikut bajet anda. Menarik bukan?

Alamat: 120, Jalan Tenaga 20, 43650 Kajang, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.30 am – 7.00 pm), Ahad (11.00 am – 2.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Zakwan


6. DSS Auto Accessories, Taman Jasmin

DSS Auto Accessories, Taman Jasmin

Kedai DSS Auto Accessories telah menyediakan perkhidmatan servis tayar untuk penduduk Kajang sejak dari tahun 2001 hingga kini. Kedai yang terletak di corner lot ini memudahkan anda untuk mencari dan mempunyai parking yang banyak. 

Seterusnya, pekerja mereka juga ramah dan akan memberi cadangan tentang tayar yang terbaik untuk kereta anda terlebih dahulu. Ini dapat membantu anda untuk buat pilihan dan keputusan dengan lebih baik. Ruang menunggu yang luas akan juga memastikan anda berasa selesa sementara menunggu tayar siap dipasang.

Alamat: Lot 2&4, Jalan Jasmin 4, Taman Jasmin, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 8.00 pm), Ahad (9.30 am – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp DSS Auto


7. Weng Choon Auto Services & Tyre, Reko Sentral

Weng Choon Auto Services & Tyre, Reko Sentral

Weng Choon Auto Services & Tyre juga menjual pelbagai jenis sport rim, tayar, suspensi dan lain-lain. Selain di Kajang, kedai tayar ini turut mempunyai cawangan di Cheras dan Gombak. Anda yang duduk berdekatan kawasan-kawasan ini bolehlah singgah ke cawangan mereka ini juga.

Jika anda peminat sport rim, memang rambang mata bila anda masuk ke kedai ini. Di sini, terdapat pelbagai jenis reka bentuk, saiz dan warna sport rim untuk anda pilih mengikut citarasa. 

Alamat: 2-G, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (9.30 am – 4.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Weng Choon


8. Speed Racing Tyres Auto Services, Taman Kajang Putra

Kedai Tayar Speed Racing Tyres Auto Services, Taman Kajang Putra

Kedai yang terletak di Taman Kajang Putra, Kajang ini menjual pelbagai jenis dan saiz tayar yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian kereta anda. Selain itu, mereka turut menjual pelbagai jenis, reka bentuk dan warna sport rim. Jika anda keliru untuk memilih, jangan risau, pekerja mereka akan membantu anda dalam pemilihan tayar yang terbaik.

Selain itu, harga yang ditawarkan bagi servis yang dilakukan di kedai tayar ini juga sangat berpatutan. Pekerja mereka friendly, cekap dan sentiasa memberi layanan terbaik kepada pelanggan. Tambahan pula, mereka juga mahir dalam servis alignment dan balancing tayar kereta.

Alamat: No. 10-G & 11-G, Jalan Putra 6, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10.30 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Speed Racing


Kami harap senarai ini dapat memudahkan anda untuk mencari kedai tayar yang terbaik dari segi customer service dan harga di Kajang, Selangor. Sebagai pengguna, anda perlu rajin bertanya dan selidik terlebih dahulu sebelum dapatkan servis dan produk terbaik untuk tayar kenderaan anda.

Namun, jika anda mahu mencari alternatif lain, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Kedai Tayar di Petaling Jaya yang Best dan Murah. Semoga bermanfaat!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Aksesori Kereta Pilihan Pelanggan di Shah Alam!

Sudah semestinya pemilik kereta mempunyai keinginan untuk menambah aksesori kereta agar kelihatan lebih menarik. Kebanyakan aksesori kereta bukan sahaja dapat mencantikkan dalaman dan luaran...

8 Kedai Aircond Kereta di Shah Alam yang Murah Tapi Superb!

Kita sering memandang ringan terhadap keadaan aircond kereta kita. Tanpa kita sedar, ianya membuatkan prestasinya menurun dan kemungkinan akan rosak. Warga Shah Alam pastinya...

10 Kedai Tayar Port Klang Paling BEST

Jika anda tinggal di kawasan Port Klang dan belum menemui kedai tayar Port Klang terbaik, anda boleh dapatkan senarai kedai tayar terbaik dengan mengikuti...

6 Kedai Tayar di Rawang Dengan Servis Tiptop!

Anda perlu lakukan alignment dan balancing untuk tayar kereta? Tapi terlalu banyak kedai tayar di Rawang sehinggakan anda tidak tahu nak pilih yang mana...

8 Kedai Cermin Kereta Yang Murah dan Terbaik di Shah Alam!

Cermin depan kereta ialah ciri keselamatan penting yang membantu pemandu melihat dengan jelas semasa memandu. Adalah penting untuk mengekalkan cermin depan dalam keadaan baik...

Best Perkhidmatan Towing & Tow Truck di Sekitar Klang Valley

Apabila anda berada dalam situasi kecemasan di jalan raya, anda memerlukan perkhidmatan towing yang boleh dipercayai untuk membantu anda. Jangan teragak-agak dengan Papa Callman,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x