Isi Kandungan
Tayar botak, tayar pancit, nak tukar tayar atau buat pemeriksaan tayar; semua ini perkara yang rutin dan biasa dihadapi oleh pemilik kenderaan. Bila ada masalah, kena lah cari kedai tayar untuk selesaikan masalah. Kalau boleh nak lah cari kedai yang best, mesra pelanggan, servis tip-top dan paling penting dapat selesaikan masalah tayar kenderaan anda. Sebenarnya ada banyak pilihan kedai tayar di Shah Alam. Di sini ada 10 kedai tayar yang best dan sering dikunjungi pemilik kenderaan. Semua kedai tayar yang disarankan ini masing-masing mempunyai keistimewaan sendiri. Jadi, jom kita lihat 10 kedai tayar best di Shah Alam.
12 Kedai Tayar Best di Shah Alam yg Berpengalaman
1. Top Hill Auto Service Sdn Bhd (Continental)
Top Hill Auto Services Sdn Bhd (Continental) adalah destinasi pilihan untuk tayar premium dan perkhidmatan pembaikan kereta yang menonjol. Dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan, seperti tayar bajet untuk prestasi, sport rim, mengimbangi dan penjajaran tayar, air cond, alat ganti, gas nitrogen, diagnostik komputer lengkap (OBD dan lain-lain), mereka menjadikan pengalaman servis kereta anda lebih baik.
Mereka juga turut dikenali kerana servis yang sangat baik, dipercayai, mesra, dan selesa. Top Hill Auto Services Sdn Bhd (Continental) juga dikenali kerana keupayaan mereka untuk menyediakan mana-mana jenama tayar yang anda perlukan, dan kakitangan mereka yang ramah dan berpengetahuan menjadikan pengalaman anda di sini lebih selesa.
Dengan harga yang berpatutan dan banyak diskaun yang ditawarkan, tempat ini adalah pilihan terbaik untuk pemilik kereta yang mencari servis tayar terbaik, pantas, dan mesra. Jadi, jangan tunggu lama-lama, datanglah dan nikmati perkhidmatan yang mesra, cepat, dengan harga tayar yang berpatutan di Top Hill Auto Services Sdn Bhd (Continental).
Alamat: No 80-G, Jalan Setia Gemilang Bj U13/Bj, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8:00am – 7:00pm (Isnin – Sabtu), 9:00am – 4:00pm (Ahad)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
2. Top Hill Auto Service Sdn Bhd (Yokohama)
Top Hill Auto Service Sdn Bhd (Yokohama) merupakan sebuah bengkel kereta yang diakui profesionalisme mereka dalam melakukan keseimbangan dan penjajaran tayar kereta. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan, bahkan lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai lain yang berdekatan.
Mereka memberikan servis tayar yang pantas, yang semua itu boleh selesai dalam masa hanya 45 minit, dilakukan oleh pekerja-pekerja yang cekap dan berpengetahuan tinggi. Dengan penekanan kepada perhatian terhadap butiran dan kakitangan yang ramah serta berpengalaman, mereka menawarkan perkhidmatan yang dapat memberikan anda kepercayaan dan keyakinan dengan hasil kerja mereka.
Dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pembaikan kereta, tayar, sport rim, aircond, spare part, serta gas nitrogen, Top Hill Auto Service Sdn Bhd (Yokohama) adalah pilihan utama untuk mereka yang mengutamakan kelajuan, ketepatan, dan mutu kerja yang terbaik.
Alamat: NO 1G, Jalan Setia Utama AW U13/AW, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8:00am – 7:00pm (Isnin – Sabtu), 9:00am – 4:00pm (Ahad)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
3. (Dunlop) Top Hill Auto Service Sdn Bhd
Terakhir sekali adalah Top Hill Auto Service Sdn Bhd (Dunlop) yang juga merupakan pusat servis kereta satu hentian yang sangat dipercayai dengan pelbagai perkhidmatan termasuk baik pulih kereta, perkhidmatan tayar, bateri, aircond, serta sport rim. Mereka dikenali kerana kebolehpercayaan dan kejujuran mereka dalam industri ini, serta menawarkan harga yang berpatutan.
Dengan reputasi yang sangat baik, mereka adalah pilihan utama untuk pemilik kereta yang mencari perkhidmatan tayar yang terbaik dengan nilai yang hebat. Kedai tayar ini juga mempunyai bos yang mesra serta kakitangan yang profesional serta berkemahiran tinggi, di mana membuatkan anda mendapat pengalaman dengan perkhidmatan yang terbaik tanpa mengorbankan kualiti.
Alamat: No 49-1-1, Jalan Setia Prima A, U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8:00am – 7:00pm (Isnin – Jumaat), 8:00am – 5:00pm (Sabtu), 9:00am – 5:00pm (Ahad)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
4. Maxipura Continental Tyre & Services
Alamat: No. 15, Jalan Jemuji 1, Lorong 16/13a, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin (9.00 – 5.00), Selasa – Sabtu (9.00 – 7.00), Ahad (tutup).
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
5. Lim Tyre Seksyen 13
Terletak di Seksyen 13, kedai tayar ini merupakan salah satu outlet Lim Tyre yang memang popular di Malaysia. Outlet ini menawarkan perkhidmatan penjualan tayar baharu dan penyelenggaraan tayar sedia ada. Mekanik di sini memang terlatih dan mahir dalam bab-bab tayar. Selalunya semua masalah tayar dikendalikan dengan baik dan memuaskan.
Apa yang best tentang kedai tayar Lim Tyre ialah ada banyak pakej dan promosi seperti diskaun untuk pemegang kad kredit, pelanggan syarikat insurans, selain mempunyai pakar tayar yang profesional. Dengan reputasi terbaik yang dimiliki Lim Tyre sememangnya anda tidak akan risau tentang kualiti perkhidmatan yang diberikan. Caj perkhidmatan agak premium tetapi berbaloi dengan tahap kepuasan yang diperoleh pelanggan.
Alamat: 43, Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 9.00 – 6.00 (Isnin-Sabtu), 9.00 – 5.30 (Ahad)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
6. TyrePlus
Terletak di Seksyen 15, kedai tayar TyrePlus menawarkan perkhidmatan berkualiti dengan jaminan kepuasan pelanggan. Kalau nak tahu, jenama TyrePlus dah lama ada di Malaysia dan ada banyak cawangan termasuklah di Shah Alam. Kebanyakan pemeriksaan dilakukan oleh mekanik profesional menggunakan kepakaran secara manual atau automatik sepenuhnya.
Apa yang best di sini ialah ruang bengkel yang luas dan selesa. Di ruangan menunggu disediakan kemudahan untuk berehat lengkap dengan pendingin hawa dan bahan bacaan. Caj perkhidmatan agak premium tetapi berbaloi dengan jaminan kepuasan dan kualiti perkhidmatan yang diberikan.
Alamat: Lot 53, Jalan Utas 15/7, Section 15, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 9.00 – 7.00 (Isnin-Sabtu), Ahad (tutup)
Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan
7. TMK Rawang Tyre & Auto Service (Shah Alam) Sdn Bhd
Terletak di Seksyen 20, TMK Rawang Tyre & Auto Service (Shah Alam) Sdn Bhd adalah salah satu cawangannya yang ada di Semenanjun Malaysia. Bertapak sejak 20 tahun lalu, kedai tayar ini menawarkan perkhidmatan penyelanggaraan dan penukaran tayar dengan kualiti terbaik dan memuaskan. Selain tayar, pelbagai jenis dan saiz rim tayar pun ada sesuai untuk kenderaan biasa atau jip 4X4.
Apa yang best di kedai tayar ini ialah skala dan kapasiti kedai yang besar, mempunyai stok tayar pelbagai jenis mengikut kehendak pelanggan. Pemberian diskaun pun ada untuk setiap pembelian tayar beserta khidmat pemasangan dan nasihat dari pakar tayar.
Alamat: Pusat Perdagangan Suri Putri, No. 15 & 17, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 43000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 9.30 – 7.00 (Isnin-Sabtu), 9.30 – 6.00 (Ahad)
Lokasi | Laman web | Ulasan Pelanggan
8. Oscar Tyre Sdn. Bhd
Terletak di Seksyen 34, kedai tayar Oscar Tyre Sdn Bhd adalah antara kedai tayar yang sering dikunjungi orang ramai. Di depan kedai ada timbunan tayar bersusun-susun merupakan strategi pemasaran yang baik sebab dari jauh sudah kelihatan. Jadi memang mudah untuk pelanggan cari dan kenalpasti.
Apa yang best di kedai tayar ini ialah harga tayar yang murah dan servis yang pantas. Kebanyakan pelanggan yang pernah datang ke sini berpuas hati dan menyarankan kedai tayar ini. Tapi biasalah, kalau dah ramai yang datang memang kena lah menunggu. Biasanya masa menunggu lebih lama berbanding masa mendapatkan servis. Tapi berbaloi lah dengan harganya.
Alamat: 1, Jalan B 34/B, Taman Perindustrian Bukit Kemuning, 40470 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 9.00 – 7.30 (Isnin-Sabtu), 9.00 – 5.00 (Ahad)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
9. S One Tyre & Spot Rim
Terletak di Setia Alam, kedai tayar S One Tyre & Spot Rime menawarkan perkhidmatan penjualan dan servis tayar kereta. Tayar baharu dan terpakai pun ada di sini cuma kena buat tempahan awal dan pastikan harganya tepat. Ruang kerja di sini bersih dan luas ditambah dengan pelbagai pilihan tayar dan spot rim.
Apa yang best di kedai tayar ini adalah harga tayar yang murah. Rata-rata pelanggan yang pernah datang ke sini berpuas hati dengan harga, selain sikap staf yang mesra pelanggan dan kepantasan menyelesaikan masalah tayar kenderaan mereka.
Alamat: No 1-G, Jalan Setia Utama AT U13/AT, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 – 7.00)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
10. CN Auto Tyre Sdn Bhd (HQ)
Terletak di Seksyen 17, kedai tayar CN Auto Tyre Sdn Bhd memang besar dan luas. Kalau nak tahu, kedai tayar ini sudah lama bertapak dan mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Selain menyediakan servis tayar, penjualan tayar baharu dan terpakai, kedai tayar ini juga menawarkan banyak pilihan tayar dan spot rim dari pelbagai jenama dengan harga mampu milik.
Apa yang best di kedai tayar ini mekaniknya terdiri daripada staf terlatih dan mahir khusus dalam pengendalian tayar kenderaan. Kebanyakan pelanggan sangat berpuas hati dengan sikap profesional mekanik dalam menyelesaikan masalah tayar yang dihadapi.
Alamat: No 41, 43, 45 & 47, Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 9.00 – 7.00 (Isnin-Sabtu), 9.00 – 5.00 (Ahad)
Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan
11. KB Maju Auto
Terletak di Seksyen 15, kedai tayar KB Maju Auto menawarkan perkhidmatan menjual dan menukar tayar kenderaan khususnya kereta. Mekanik di sini terlatih dan mesra pelanggan, serta transparen dalam bab pengendalian masalah tayar. Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan harga yang berpatutan dan sikap profesional mekanik di sini.
Apa yang best di kedai tayar ini ialah pelanggan boleh menyemak harga tayar sebelum membuat tempahan. Jadi boleh lah berunding dahulu sehingga bersetuju dengan harga akhir. Ok lah kan, tidak lah gerun sangat bila nak membayar nanti sebab dah tahu berapa yang kena bayar.
Alamat: Dataran Otomobil, 80-G, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 10.30 – 7.00 (Isnin-Sabtu), Ahad (10.30 – 2.00)
Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan
12. E.D Tayar dan Bateri
Terletak di Seksyen 24, kedai tayar E.D Tayar dan Bateri ada menawarkan servis penukaran dan penyelenggaraan tayar kereta. Barangan tayar dan spot rim kebanyakannya datang dari negara Thailand, China, Korea dan Malaysia jadi harga yang ditawarkan berpatutan dengan bajet pelanggan.
Apa yang best di kedai tayar ini ialah harga tayar dan sevis pemasangan sudah ditetapkan terlebih dahulu. Harga pakej untuk tayar, spot rim, alignment, balancing dan servis pemasangan pun ada. Ini memudahkan pelanggan membuat pilihan mengikut citarasa dan bajet sendiri.
Alamat: 4&6, Jalan Bawang, Jalan 24/36, Section 24, 40300 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 10.00 pagi – 8.00 malam (Ahad tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
Macam mana? Menarik kan info kedai tayar best yang ada di Shah Alam. Kesemua kedai tayar ini menerima ulasan 4.0 bintang ke atas dari pelanggan yang pernah datang dan dapatkan perkhidmatan mereka. Sebagai pengguna kena lah rajin-rajin bertanya dan selidik terlebih dahulu sebelum dapatkan servis dan produk terbaik untuk tayar kenderaan anda. Semoga artikel ini membantu anda mencari kedai tayar terbaik di sekitar Shah Alam.