7 Kedai Tayar Terbaik di Bangi Anda Patut Cuba!

Keadaan tayar yang baik, berbunga tebal dan alignment yang seimbang amat penting. Sekiranya anda mendengar bunyi pelik atau anda merasakan sesuatu tidak best semasa memandu, sebaiknya anda ke kedai tayar supaya mekanik boleh melakukan pemeriksaan secara terperinci. Jom tengok senarai tujuh kedai tayar terbaik di Bangi yang telah memperoleh 4.0 bintang dan ke atas dan menerima banyak ulasan positif di Google Review!

7 Kedai Tayar di Bangi


1. Bangi Motorsports, Seksyen 9

Kedai Tayar Bangi Motorsports, Seksyen 9

Kedai tayar ini bukan calang-calang, kerana Bangi Motorsports memperoleh 4.7 bintang dan hampir 200 ulasan di Google Review. Menurut beberapa pelanggan yang telah mendapatkan servis di kedai tayar ini, layanan yang diberikan kepada pelanggan sangat bagus.

Selain itu, harga yang ditawarkan juga tidak mahal. Malah, jika anda inginkan diskaun apabila anda mendapatkan perkhidmatan di sini, anda boleh menjadi ahli (member) kedai ini. Menarik, kan?

Bukan itu sahaja, kedai tayar Bangi Motorsport turut menawarkan servis cas secara percuma kepada pelanggan yang datang semula ke kedai ini sekiranya mengalami sebarang masalah selepas diservis.

Di samping itu, mekanik di kedai tayar ini juga peramah dan berkaliber. Mereka juga teliti dalam melakukan tugas mereka. Jika anda ingin tayar kenderaan diperiksa, anda tidak perlu membayar apa-apa kerana servis itu percuma. 

Jelaslah, Bangi Motorsports ini adalah kedai tayar yang anda perlu kunjungi untuk mendapatkan servis tayar kereta!

Alamat: 8, Jalan 9/6, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Bangi Motorsport


2. Tayaria – Se7ven Tyre & Car Services, Jalan Kajang Impian

Tayaria - Se7ven Tyre & Car Services, Jalan Kajang Impian

Anda mahukan kedai tayar yang mempunyai mekanik yang jujur di sekitar Bangi ? Ayuh datang ke kedai tayar Tayaria- Se7en Tyre & Car Services ini. Mekanik yang jujur pasti dapat menyelamatkan anda daripada membayar melebihi bajet yang telah anda sediakan.

Tambahan pula, ada pelanggan berkata harga yang ditawarkan bagi servis yang dilakukan di kedai tayar ini sangat berpatutan. Malah, mereka juga mahir dalam servis alignment dan balancing tayar kereta. Jadi, anda tak perlu ragu-ragu akan kualiti servis mereka!

Alamat: 63-G, Jalan Kajang Impian, 1/11, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Tayaria


3. Wan Henz Corporation, Seksyen 4 Tambahan

Wan Henz Corporation, Seksyen 4 Tambahan

Tayar kereta tiba-tiba bermasalah di tepi jalan? Jangan risau, anda boleh call sahaja kedai tayar Wan Henz Corporation ini kerana mereka menyediakan perkhidmatan ambil di tepi jalan. Sangat mudah, kan?

Selain itu, kedai tayar yang memperoleh 4.7 bintang di Google Review ini turut menawarkan harga yang mampu milik untuk rim tayar. Para pekerja di sini juga cekap dan bagus dari segi memberi penerangan dan cadangan. Rata-rata pelanggan di Bangi amat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pekerja di kedai tayar ini. 

Alamat: No. 2, Jalan 4/11b, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Wan Henz


4. Pang Tyres & Services, Seksyen 7

Kedai Tayar Pang Tyres & Services, Seksyen 7 Bangi

Adakah anda mencari kedai tayar yang beroperasi pada hujung minggu, terutamanya hari Ahad? Inilah kedai yang sesuai untuk anda, kedai tayar Pang Tyres & Services. Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan layanan yang ramah serta penerangan dan cadangan yang bagus oleh boss kedai ini.

Bukan itu sahaja, kedai tayar ini merupakan salah satu pengedar sah Michelin. Selain itu, kedai tayar ini juga akan memberikan cash voucher kepada anda berdasarkan terma dan syarat. Anda juga berpeluang untuk menerima diskaun untuk pembelian ataupun servis yang seterusnya! Menarik, kan?

Alamat: 22, Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm ), Ahad (9.00 am – 4.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Pang Tyres


5. Autohaus KL Bangi S7 – Pusat Servis dan Tayar, Seksyen 7

Autohaus KL Bangi S7 - Pusat Servis dan Tayar, Seksyen 7

Kedai tayar Autohaus telah memperoleh 4.5 bintang dan lebih daripada 100 ulasan pelanggan di Google Review. Pasti kedai tayar ini menjadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, servis untuk tampal tayar hanya dikenakan caj serendah RM5 sahaja. Murah, kan?

Bukan itu sahaja, kedai tayar ini juga menyediakan beberapa kemudahan untuk para pelanggan mereka, iaitu mekanik yang berkemahiran, Wi-Fi percuma serta tandas. Pembayaran pula boleh dibuat dalam tiga cara iaitu kad debit, kad kredit dan tunai. Jadi, tiada masalah sekiranya anda lupa untuk membawa cash bersama anda! 

Alamat: No.23, 1, Jalan 7/7c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Autohaus KL


6. Tahara Services, Seksyen 3

Kedai Tayar Tahara Services, Seksyen 3 Bangi

Kedai Tahara Services ini merupakan salah satu pusat servis tayar di Bangi. Ia telah memperoleh 4.5 bintang di Google Review. Rata-rata pelanggan memuji kelengkapan bengkel yang lengkap dan mempunyai alatan yang profesional. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

Bukan itu sahaja, bos dan pekerja di Tahara Services juga sangat berpengetahuan dan cekap. Ramai pelanggan yang berpuas hati dengan customer service di Tahara Services ini. Jadi, tunggu apa lagi? Mari kunjungi kedai tayar ini!

Alamat: 30, Jalan 3/7, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis & Sabtu (9.00 am – 6:30 pm), Ahad (9.00 am – 5.00 pm), Jumaat (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Tahara Services


7. New Century Tyre & Car Service Centre, Seksyen 7

New Century Tyre & Car Service Centre, Seksyen 7

Sekiranya anda ingin pergi ke kedai tayar ini, anda perlu mencari sebuah bangunan berwarna kelabu dengan signage Kumho Tire bersebelahan dengan Restoran Belauk yang terletak di selekoh jalan.

Berdasarkan ulasan pelanggan di Google Review, mereka berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan oleh pekerja di New Century Tyre & Car Service Centre. Harga yang ditawarkan juga tidaklah terlalu mahal, sesuai mengikut bajet.

Alamat: 77, Jalan 7/7c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 7:15 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8926 8837


Kami harap senarai ini dapat memudahkan anda untuk mencari kedai tayar yang terbaik dari segi customer service dan harga di Bangi, Selangor. Namun, jika anda mahu mencari alternatif lain, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 6 kedai tayar di Rawang dengan servis yang tiptop.

Sebelum anda ke kedai tayar, pastikan anda call nombor yang tertera untuk memastikan kedai tayar pilihan anda telah dibuka dan mereka boleh menerima pelanggan lagi, kerana dikhuatiri anda perlu membuat appointment terlebih dahulu. Semoga bermanfaat!

4/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Tayar di Kajang yang Berkualiti dengan Harga Berbaloi!

Selain daripada penjagaan enjin kenderaan, penjagaan tayar kenderaan juga penting untuk keselamatan anda ketika memulakan perjalanan untuk ke satu destinasi. Jika tayar kenderaan pancit...

7 Kedai Cermin Kereta dengan Servis Tiptop di Batu Caves!

Cermin kereta yang bersih dari sebarang kekotoran dan retakan amat penting untuk memastikan pemanduan berjalan dengan lancar dan selamat. Tapi, kemalangan kecil seperti batu-batu...

TOP 10 Kedai Tayar Puchong Terbaik

Puchong, sebuah kawasan yang padat di Malaysia, tidak hanya dikenali sebagai sebuah destinasi yang mempunyai banyak tawaran komersial, tetapi juga sebagai tempat di mana...

7 Kedai Aksesori Kereta Pilihan Pelanggan di Shah Alam!

Sudah semestinya pemilik kereta mempunyai keinginan untuk menambah aksesori kereta agar kelihatan lebih menarik. Kebanyakan aksesori kereta bukan sahaja dapat mencantikkan dalaman dan luaran...

8 Kedai Cermin Kereta Yang Murah dan Terbaik di Shah Alam!

Cermin depan kereta ialah ciri keselamatan penting yang membantu pemandu melihat dengan jelas semasa memandu. Adalah penting untuk mengekalkan cermin depan dalam keadaan baik...

10 Kedai Tayar Murah di Klang yang Anda Perlu Tahu!

Bila tiba waktu hujung minggu, mesti ada perancangan untuk bersiar-siar dengan keluarga atau rakan-rakan, kan? Tapi, kekadang, masa itu jugalah tayar kereta perlu ditukar...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x