Isi Kandungan
Memilih atau menggunakan sparepart yang terbaik untuk kenderaan boleh mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini. Selain itu, menukar alat ganti yang rosak juga penting agar dapat memastikan bahagian atau komponen kereta anda berfungsi dengan baik.
Pemilihan kedai sewaktu mencari sparepart kereta juga adalah sangat penting kerana kedai yang terbaik akan memberikan barangan yang baik. Oleh itu, kami telah menyenaraikan 10 kedai sparepart kereta di Shopee yang wajib anda kunjungi sekiranya ingin mencari sparepart.
Tidak menjadi masalah pada harga kerana sparepart kereta di sini ditawarkan dengan harga yang mampu milik. Di aplikasi Shopee ini juga, anda boleh add to cart sparepart pilihan anda sekiranya tidak mahu membelinya.
10 Kedai Sparepart Kereta Menarik Di Shopee Yang Wajib Cuba
1. Kedai Sparepart Collective Auto Parts Shopee
Collective Auto Parts menawarkan pelbagai jenis sparepart kereta yang berkualiti tinggi dan harga yang murah. Bukan sahaja boleh mencari sparepart kereta tetapi sparepart motorsikal juga boleh dibeli di sini. Sebagai contoh alat ganti motorsikal yang ada dijual ialah cermin sisi, suis lampu motor, lampu signal kiri kanan dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga ada menjual pelbagai aksesori yang cantik untuk kereta.
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang produk mereka, boleh berhubung dengan mereka melalui Shopee di ruangan chat. Mereka akan membalas segala pertanyaan anda dengan pantas. Untuk pengetahuan anda, kedai ini juga telah mempunyai pengikut seramai lebih 7 juta dan mempunyai rating hampir lima bintang.
2. Kedai Sparepart MM Autoparts Shopee
MM Autoparts adalah salah satu kedai sparepart kereta yang boleh dipercayai dan telah menjadi kegemaran ramai. Antara sparepart kereta yang boleh dibeli di sini adalah absorber mounting bearing, mars racing type screw, sparepart untuk bahagian enjin, penyejuk radiator dan banyak lagi. Mereka menawarkan produk-produk berkualiti dengan tawaran harga yang tidak boleh didapati di kedai lain.
Selain itu, antara produk yang menjadi jualan tertinggi mereka ialah mentol halogen untuk kereta. Jualan mentol ini telah berjaya dijual sebanyak lebih 22 ribu. Ia juga dijual dengan harga yang mengikut pada jenis mentol tersebut. Mereka juga mendapat hampir lima bintang dan mempunyai lebih 2 ribu pengikut.
3. Kedai Sparepart APIS AUTOPARTS Shopee
APIS AUTOPARTS menawarkan sparepart kereta yang berkualiti tinggi untuk pelbagai jenis jenama kereta. Antara sparepart kereta yang boleh didapati di sini adalah klip fender, klip bumper, sparepart aircond dan banyak lagi. Mereka sering memberikan potongan harga yang menarik bagi sesetengah produk dan sering membuat sale yang boleh membuatkan anda dapat menjimatkan duit dalam perbelanjaan sparepart.
Mereka telah mempunyai pengikut lebih seribu orang dan mendapat rating lebih 4.9/5 bintang. Selain itu, mereka juga mempunyai chat prestasi lebih 96%. Oleh itu, jangan ragu-ragu lagi untuk bertanya kepada mereka sekiranya anda ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang kedai atau produk yang dijual. Soalan anda juga akan dijawab dengan penuh berhemah.
4. Kedai Sparepart USB Auto Parts Shopee
USB Auto Parts memaparkan pelbagai jenis sparepart kereta yang menarik serta berkualiti. Kedai ini telah menggunakan platform Shopee selama lebih 3 tahun. Mereka juga telah mempunyai pengikut seramai lebih 9 ribu dan mendapat rating hampir 5 bintang. Di sini anda tidak perlu bimbang tentang kualiti barangan yang dijual kerana kesemuanya adalah 100% barangan asli.
Antara yang menjadi jualan popular mereka ialah minyak enjin. Sebanyak lebih 500 minyak enjin telah berjaya dijual dan Ia boleh dibeli dengan harga RM 20. Oleh itu, jangan terlambat untuk mendapatkan sparepart untuk kereta kesayangan anda.
5. Kedai Sparepart SFM Auto Parts Shopee
Kepada anda yang masih mencari kedai sparepart kereta yang menawarkan harga yang berpatutan pada barangan mereka, boleh mengunjungi SFM Auto Parts. Di sini ada menjual sparepart kereta seperti gear boxes, set gasket blok, enjin dan pelbagai lagi. Selain menjual sparepart kereta, di sini juga ada menjual sparepart dan aksesori untuk motorsikal seperti cable clutch, handle grip,wayar horn, pad brek dan bold handle brek.
Walaupun mereka beroperasi di Shopee sekitar lebih 24 bulan tetapi mereka telah berjaya mempunyai pengikut seramai lebih seribu orang dan mendapat rating hampir lima bintang. Oleh itu, jangan ragu-ragu lagi untuk membeli sparepart kereta atau motor anda di kedai ini.
6. Kedai Sparepart Bosch Autoparts Shopee
BOSCH sememangnya jenama yang tidak asing didengari lagi. Ia juga merupakan salah satu jenama sparepart kereta yang terkenal dan disukai ramai. Jenama ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 di Stuttgart, Jerman. Untuk anda yang masih mencari sparepart kereta berjenama BOSCH, boleh mendapatinya di Bosch Autoparts. Selain itu, di sini juga ada menjual pelbagai sparepart kereta yang semestinya mempunyai kualiti yang hebat.
Kepada anda yang masih merasa ragu-ragu tentang produk mereka atau mempunyai sebarang soalan boleh berhubung dengan mereka di ruangan chat. Mereka juga mendapat chat prestasi lebih 93% dan mempunyai pengikut yang setia sebanyak lebih 7 ribu orang.
7. Kedai Sparepart Amaze Autoparts Shopee
Amaze Autoparts merupakan antara salah satu kedai sparepart di Shopee yang wajib untuk anda kunjungi. Antara sparepart kereta yang boleh didapati ialah penapis udara, pembuka palam pencucuh, lampu bahagian hadapan, wiper stand dan banyak lagi. Semestinya kedai sparepart kereta yang boleh dipercayai kerana mereka telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau lebih dikenali sebagai SSM.
Menawarkan harga yang hebat pada semua produk mereka dan menjual produk yang dijamin asli. Selain itu, mereka juga telah mempunyai pengikut seramai lebih 2 ribu dan mendapat rating hampir lima bintang. Oleh itu, jangan terlepas untuk mendapatkan sparepart yang terbaik untuk kereta anda.
8. Kedai Sparepart A-Z Autoparts Shopee
A-Z Autoparts menawarkan sparepart kereta yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Bukan sahaja menjual sparepart kereta tetapi di sini juga menjual pelbagai sparepart untuk motorsikal. Mengunjungi kedai ini akan membuatkan anda menjadi rambang mata. Mereka juga menjanjikan akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan mereka.
Pesanan yang dibuat akan diproses dalam sehari atau tiga hari dan akan dihantar dengan selamat oleh Pos laju. Walaupun mereka beroperasi di Shopee selama lebih 35 bulan tetapi mereka telah berjaya mempunyai pengikut seramai lebih 3 ribu orang dan mendapat rating sebanyak lebih 4.8/5 bintang.
9. Kedai Sparepart 5s Autoparts Shopee
5s Autoparts menawarkan produk yang berkualiti dan asli dengan harga yang berpatutan. 5s yang dimaksudkan di sini ialah mewakili kepantasan, keselamatan, perkhidmatan, penjimatan dan kepuasan. Ia juga telah menjadi prinsip utama kedai ini. Anda akan berpuas hati dengan produk-produk yang dijual. Di sini ada menjual sparepart kereta seperti absorber, coil spring, pad brek, kit klac, enjin dan banyak lagi.
Produk terlaris mereka ialah sport spring untuk kereta model Perodua Myvi yang dijual dengan harga RM 162.00 dan mempunyai warranty selama setahun. Untuk pengetahuan anda, mereka juga telah mempunyai pengikut seramai lebih seribu orang dan mendapat rating hampir lima bintang.
10. Kedai Sparepart Luckycat Autoparts Shopee
Luckycat Autoparts menawarkan banyak sparepart kereta yang berkualiti dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Mereka telah mempunyai pengikut seramai lebih seribu dan mendapat rating lebih 4.9/5 bintang. Ia dapat menunjukkan kedai ini sememangnya kedai sparepart yang menarik. Antara sparepart kereta yang ada dijual di sini ialah kit klac, cakera brek, klip brek, cover wiper dan banyak lagi.
Mereka juga ada menyediakan free gift bagi sesetengah barangan yang dijual. Sekiranya anda mempunyai soalan tentang produk mereka, boleh berhubung di ruangan chat. Perkhidmatan pelanggan mereka akan menjawab segala persoalan anda dengan baik.
Kesimpulannya, kereta yang berfungsi dengan baik dapat menjamin keselamatan anda dan pengguna jalan raya lain. Justeru itu, anda mestilah mengunakan sparepart yang terbaik untuk menjadikan kereta kesayangan anda sempurna dan dapat berfungsi dengan baik. Di sini anda juga boleh membuat perbandingan harga antara kedai dan mencari sparepart untuk kereta anda mengikut kesesuaian bajet yang telah ditetapkan.
Tidak berminat dengan pilihan yang kami telah senaraikan ini? Jika anda duduk di Johor Bahru, anda boleh mencari alternatif dengan membaca artikel kami ini, 8 Kedai Spare Part Kereta Tip Top di Johor Bahru.