Isi Kandungan
Bila masuk tahun baru, bermacam agenda yang kita nak buat. Mungkin ada yang ingin pindah rumah baru ataupun mahu ganti perabot lama yang sudah lapuk rekaannya. Namun, kedai perabot di sekitar Wangsa Maju ini bukannya sikit! Harga juga memainkan faktor penting selain dari citarasa. Jadi kami di sini akan bantu supaya anda dapat pilih kedai perabot moden di sekitar Wangsa Maju yang terbaik untuk rumah mahupun pejabat anda!
10 Kedai Perabot Moden di sekitar Wangsa Maju
1. Signature Kitchen, Lexa Residence
Orang umum mengenali kedai ini sebagai pereka dapur dan almari untuk rumah. Namun, Signature Kitchen kini bukan saja menyelesaikan masalah rekaan dapur kerana mereka turut menawarkan khidmat rekaan dan pertukangan untuk ruang tamu, bilik air serta perkakas dapur!
Jenamanya cukup popular di negara ini dan mereka mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Malahan mereka juga ada 3 cawangan luar negara yang terletak di Brunei, Filipina dan Cambodia.
Jika anda lebih suka mendapatkan perabot mengikut gaya dan citarasa tersendiri, anda harus mengunjungi Signature Kitchen!
Alamat: G-02, Lexa Residence, 45, Jalan Wangsa 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (10.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-714 6006
2. Urban Furniture, Jalan Wangsa Delima
Kedai perabot Urban Furniture di Wangsa Maju ini menawarkan koleksi lengkap perabot rekaan moden yang pasti akan buat anda berminat!
Pelbagai jenis perabot dijual di sini, dari set sofa, meja makan, katil sehinggalah kerusi gaming pasti akan buat anda terpukau kerana corak serta rekaannya yang cantik dan moden.
Urban Furniture juga menawarkan khidmat customise perabot mengikut kehendak anda. Jadi, anda tak perlu risau kalau warna atau corak yang anda suka tiada dalam stok mereka, boleh customise saja nanti!
Alamat: No 12A, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Delima, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 11.00 pm)
Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-558 8400
3. Pusat Perabot KH, Setapak
Pusat Perabot KH ini mempunyai tapak kedai seluas 60,000 kaki persegi. Memang besar! Jadi, tak hairan jika kedai ini juga dinamakan kedai ekspo perabot yang terkenal sekitar Kuala Lumpur.
Sejak dari tahun 1992 lagi, Pusat Perabot KH sudah memulakan perniagaan perabot mereka. Macam-macam jenama serta jenis perabot dijual di sini. Tambahan pula, mereka turut menawarkan konsep perabot yang eco-friendly!
Perabot mereka semuanya up-to-date, jadi, bagi anda yang sukakan rekaan moden, tak perlu risau. Namun, jangan sampai rambang mata pula, kerana koleksi perabot di sini sangat banyak!
Alamat: No 54, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 8.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-40216491
4. MajuHome Concept, Setapak
Jika anda ingin mencari pelbagai jenis perabot dan sedang kesuntukan masa, MajuHome Concept adalah jawapannya! Jangan terkejut apabila anda berkunjung ke kedai ini nanti kerana koleksi perabotnya lengkap untuk rumah. Ini termasuk perabot-perabot untuk kanak-kanak dan untuk di pejabat.
Buat masa sekarang, mereka mempunyai 10 cawangan di Lembah Klang. Produknya yang berkualiti, rekaannya moden serta harga berpatutan membuatkan kedai ini menjadi pilihan pelanggan setia mereka.
Alamat: Lot 48 & 49, Batu 4 1, 2, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4023 3876
5. 99 Home Design WM, Seksyen 2
Buat warga Wangsa Maju, 99 Home Design WM merupakan kedai perabot yang anda perlu singgah jika mencari perabot moden. Kedai ini dilengkapi koleksi yang pelbagai jenis, termasuk katil, kabinet, sofa, meja, peralatan rumah lain yang berjenama dan juga tidak berjenama.
Harganya yang murah dan barang-barangnya berkualiti membuatkan 99 Home Design WM menjadi pilihan buat para pelanggan. Stafnya yang berpengetahuan turut membuatkan pengalaman anda membeli di sini menjadi lebih mudah dan pantas.
Alamat: No 28–G & 28-1, Jalan Metrowangsa 1A, Wangsa Metroview, Seksyen 2, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 8.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-2142 2358
6. Senseteak Perabot Jati, Wangsa Biz Avenue
Cadangan seterusnya adalah Senseteak Perabot Jati yang terletak di Wangsa Biz Avenue. Lokasi ini sememangnya strategik untuk para pelanggan di Wangsa Maju untuk membeli perabot yang berkualiti.
Istimewanya kedai perabot Senseteak ini kerana ‘teak’, atau kayu Jati dalam Bahasa Melayu, merupakan tarikan utama bagi kedai ini. Mereka menawarkan pelbagai jenis perabot kayu jati yang berkualiti. Namun, tak perlu risau jika ia nampak lapuk kerana rekaan perabot mereka tampak unik dan moden.
Paling menarik, kedai ini boleh ubah suai perabot mengikut citarasa anda. Mereka juga boleh membaiki perabot jati lama anda! Best kan?
Alamat: No. 16, Wangsa Biz Avenue, Jalan Wangsa Niaga, Off, Jalan 34/26, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 7.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-981 8932
WhatsApp Perabot Jati Senseteak
7. Asia Furniture Wangsa Maju, Seksyen 2
Jika anda mencari kedai perabot dengan pelbagai jenis pilihan koleksi ditawarkan, Asia Furniture Wangsa Maju adalah kedai perabot yang anda cari. Asia Furniture menjanji harga yang berpatutan serta kepuasan pelanggan terhadap kualiti perabot serta pertukangannya.
Pelanggan juga menyukai pengalaman membeli kedai ini yang menawarkan perabot moden yang berkualiti. Kedai ini juga sering membuat promosi pakej perabot dengan harga yang murah. Jadi, anda boleh selalu lawat laman Facebook mereka!
Alamat: 33A, Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-2434 9850
8. Be In Design Solutions, Taman Melawati
Ternyata Be In Design ini adalah hidden gem buat penggemar perabot moden sekitar Kuala Lumpur. Jika anda lebih suka untuk design sendiri perabot anda, Be In Design Solutions adalah jalan penyelesaiannya.Â
Mereka mempunyai team pereka dalaman yang berdedikasi untuk menjadikan impian anda menjadi nyata! Buat peminat perabot rekaan moden akan pasti teruja apabila melihat rekaan mereka.
Anda boleh terus ke kedai mereka atau boleh lihat sendiri contoh projek mereka di laman web atau Facebook mereka. Kami pasti anda akan jatuh cinta dengan design mereka!
Alamat: B-1-2, Pusat Korporat Melawati, Jalan Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2303 9609
9. Perabot Malaya, Wangsa Melawati
Kedai perabot Wangsa Maju seterusnya adalah Perabot Malaya yang terletak di Wangsa Melawati. Kedai ini mempunyai beberapa cawangan dan cawangan ini antara yang menjadi pilihan ramai pelanggan.
Koleksi perabot mereka unik serta berkualiti. Harga yang ditawarkan juga mampu milik. Semua ini menjadikannya sebuah kedai yang harus anda singgah jika ingin membeli perabot moden di Wangsa Maju.
Paling menarik, mereka menawarkan harga kilang. Jadi, sudah tentu harganya lebih murah berbanding yang lain. Menurut review di Google, pelanggan mereka berpuas hati dengan servis dan harga yang murah di kedai perabot ini.
Alamat: 43-1 & 45-1, Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad ( 9.15 am – 9.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1449 9450
10. King Home Design, Wangsa Biz Avenue
Nama kedai perabot King Home Design ini semestinya tidak asing bagi penduduk Wangsa Maju. Lokasinya di Wangsa Biz Avenue adalah sangat strategik buat pelanggan untuk survey perabot dan peralatan rumah.
Mereka menawarkan pelbagai jenis perabot berkualiti dengan harga yang berpatutan. Reka bentuk perabotnya yang moden dan selesa merupakan keutamaan King Home Design.
Para pelanggan mereka juga berpuas hati dengan khidmat staf di sini berdasarkan komen di Facebook mereka. Jadi, memang tak rugi singgah di sini jika anda mencari perabot.
Alamat: No.18, Jalan Wangsa Niaga, Off Jalan 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad ( 10.00 am – 10.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4820 9108
Moga-moga dengan senarai kedai perabot di Wangsa Maju ini dapat membantu anda untuk memilih kedai yang bersesuaian dengan rekaan kegemaran serta harga yang mengikut bajet anda.
Jika anda mahu membeli perabot baru namun tiada masa untuk ke setiap kedai untuk survey, anda boleh melayari artikel kami di mana kami telah cadangkan 10 Top Kedai Perabot Online Shopee Yang Patut Dikunjungi.