Kalau ada kelapangan pergi ke air terjun di Hulu Langat, Selangor  di hujung minggu, jangan lupa untuk menikmati kesedapan masakan minang di Batu 12 dan lauk kegemaran saya di sini ialah gulai tunjang dan daging dendeng.
Kedai makan ni tak jauh pun dari rumah saya, naik motor tak pakai helmet pun boleh sampai. 3 minit jer menunggang motor. Terletak betul-betul di depan Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding. Ni lah dia rupa kedai tu dari seberang jalan. Dah berminggu snap gambar ni nak share dengan para pembaca sekalian :) Kedai dia open air, di bawah pokok-pokok yang besar. Kalau tengahari tu tader lah rasa panasnya bahang mentari di ufuk timur. Redup-redup gitu !!
Kedai masakan minang ni menyediakan pelbagai lauk minang yang sedap-sedap. Kalau datang sini pukul 2.30 petang kebiasaannya lauk sudah tinggal sedikit. Kalau saya datang sini pukul 3 memang selalu hampa hatiku. Tinggal sisa-sisa kehidupan sahaja.
Saya biasanya ke sini untuk membeli lauk atau makan di antara pukul 11 pagi sehingga 12 tengahari. Kalau datang lepas Zohor alamat tak merasalah Gulai Tunjang kegemaranku ini. Tu dia, dengan hirisan daun kunyit dan kelembutan dan kelemakan kuah dah isi tunjang ni memang sangat-sangat sedap. Bukan senang nak cari tunjang ni.
Dan kedai ni pun kadang-kadang je masak Gulai Tunjang. Sebab tu saya gemar datang seawal 11 pagi untuk melihat lauk gulai tunjang ni. Kalau ada ni lah makan dia !! Sarapan dan lunch terus ! Sambal lada dan begedil dia memang benda wajib yang akan saya ambil.
Begedil orang minang ni memang bagi saya secara peribadi yang tersedap paling saya makan. Walaupun agak kecil dari begedil di kedai mamak, tapi rasa dia memang seddap !! Sambal lada tu benda wajib. Kalau pergi kedai masakan Minangg atau Nasi Padang tader benda merah ni tak sah ! Mana ada KICK kalau tader !! Tak percayer?
Ha ni gambar yang terlatest !! Wajib ada sambal merah dan begedil !! Ikan keli dan lauk terung dia pun seddap !! Sekali makan terung tu rasa macam butter. Masuk mulut terus cair. Nyum3. Berair pulak mulut aku tengok gambar ni.
Berkenaan gulai tunjang ni, setaip hari cuma disediakan dalam 10-15 piring je. Kalau lambat sikit memang nganga lah jawab dia. Harga kat kedai sini tader lah mahal sangat. Biasa-biasa je macam makan kat kedai di kampung-kampung lain. Kalau macam dalam gambar atas tu baru habis 8 ringgit. Okay sangat la tu.
Kalau menuju ke Air Terjun Sungai Gabai ke atau Pangsun ke boleh singgah kat sini waktu-waktu tengahari untuk lunch. Kedai pun tepi jalan dan nak parking kereta pun senang je. Masakan minang di Selera Anggerik dan resepi Gulai Tunjang dia memang ada ummphh !! Lokasi dan koordinat restoran masakan minang ini : lat/lng: 3.102466,101.804938
Ada lg ke restoran ni? Bulan puasa bukak x?
As-salam, masih ada lagi ke kedai ini.? Teringin pulak nak makan masakan minang. tk
ada
Saya ni tak pernah makan masakan minang padahal kat area saya ni dan sekitar KL agak banyak gerainya tapi nampak sambal tu macam sedap je.. terliur pulak… :)
kena try sekali..sambal tu yg buat kita terangkat.. :P
Hallo nak tanya, lokasi atau landmark dia dkt mana yer..
adakah jalan dia dah masuk ke sg gabai ataupun sg congkak dan nak tanya lagi satu soalan dia buka dari pukul berapa ye..
Lokasi dia dekat dengan petronas nanding. Bukak dari pkul 11 hingga 3 ptg..kalau dtg lambat biasanya lauk habis terutamanya weekend..
maaflah nka sebok sikit ye. mak sy mmg org minang dr bukit tinggi. mmg makan nasi padang lah selalu. tp gulai tunjang tulah yg paling payah nk cari/susah nk buat. nti kita nk ajaklah fmly p sini tak jauh kot dr umah kt bangi
boleh dtg…gulai tunjang tu biasanya time weekend ada..dtg dlm pukul 12tgh cun..klo lambat nganga lahh :p
berair jugak la bila tengok gambo2 lauk tu…aduyaiii
eh..tapi, tunjang tu apa?
sejenis sayuran ke apa..huhu
tunjang tu saraf tunjang…mcm sejenis urat-urat saraf tunjang yang lembut dan enak dibuat gulai…
singgah balik sini sebab teringat nak tengok jawapan kpd soalan saya…hihi
oo…macam urat2 la…memang best la kalau gitu…kalau bawak ayah saya ni kompem dia suka..
boleh jer dtg sini…kat kedai lain mana lah ada jual benda ni..dtg langat ni baru jumpa makanan ni..
Teringin gak kantin sekolah masak masakan minang..
request je dgn tauke kantin tu.