Isi Kandungan
Kedai mamak merupakan salah satu ‘port’ lepak terbaik yang sering menjadi pilihan orang ramai. Hal ini kerana suasananya yang menarik dan santai. Sebut sahaja di mana lokasinya, seperti di Kuala Lumpur, rata-rata pasti akan ada kedai mamak yang sering menjadi tempat lepak.
Namun, tahukah anda bahawa ada sesetengah kedai mamak yang menjadi tumpuan utama dek keistimewaannya? Di sini, kami kongsikan dengan anda lapan ‘hotspot’ kedai mamak di Kuala Lumpur yang patut anda cuba!
10 Kedai Mamak di Kuala Lumpur
1. Nasi Kandar Haji Mohaideen, Sungai Besi
Terkenal dengan mee goreng mamaknya yang sedap dan juga ‘portion’ ayamnya yang banyak, kedai mamak ini sering menjadi tumpuan utama penduduk di sekitar Kuala Lumpur.
Walaupun kedai ini sering dibanjiri dengan ramai pelanggan terutama pada waktu hujung minggu, namun mereka masih mengekalkan servis layanan mereka yang bagus. Buat penggemar mee goreng mamak, ini adalah kedai terbaik yang menyediakan mee goreng mamak dengan ramuan yang tersendiri. Anda patut datang dan cuba sendiri!
Alamat: 3, Jalan Suasa, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 11.00 pm)
Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-604 9649
WhatsApp Nasi Kandar Mohaideen
2. TG’s Bistro, Bukit Bintang
Terletak di kawasan Bukit Bintang, kedai mamak di Kuala Lumpur ini juga turut menjadi tumpuan melanggan kerana mereka menghidangkan makanan yang berteraskan makanan India.
Salah satu tarikan istimewanya adalah mereka mempunyai hidangan pelbagai rasa yang pastinya akan membuatkan anda kecur air liur. Buat mereka yang ‘vegetarian’, jangan risau! Kedai ini turut menyediakan hidangan mengikut cita rasa dan keperluan dietary anda. Jom, klik link di bawah dan datang ke sini!
Alamat: 8, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (Buka 24 jam)
Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1055 6435
3. Restoran Mahbub, Bangsar
Terkenal dengan motto ‘The Best Nasi Briyani in Town’, kedai ini mendapat tempat di hati para pelanggan kerana nasi briyani ayam madunya yang sedap dan lain daripada yang lain.
Restoran ini mula beroperasi sejak 1974 dengan nama asalnya Restoran Sharifa. Kini, kedai mamak ini makin berkembang maju seiring dengan visi menyediakan servis terbaik untuk pelanggan di Kuala Lumpur.
Jika anda ingin merasai pengalaman makan di kedai mamak tetapi tidak suka suasana yang bising dan panas, kedai ini adalah pilihan yang tepat! Hal ini demikian kerana Restoran Mahbub beroperasi dalam kawasan yang berhawa dingin, jadi anda tidak perlu berpanas lagi.
Alamat: 15-17, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.30 am – 11.00 am)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2095 5382
4. Restoran Kudu Abdul, Jalan TAR, Chow Kit
Penduduk di sekitar Kuala Lumpur pastinya cukup mengenali kedai mamak ini. Maklumlah, kedai ini telah beroperasi hampir separuh abad. Terkenal dengan lauk ayam sambal bawang dan daging kicap yang istimewa, ramai pengunjung luar sanggup datang dari jauh untuk merasai hidangan mereka.
Menariknya, kedai ini menggunakan resepi asli dari Pulau Pinang dan merupakan antara kedai kegemaran Allahyarham P. Ramlee. Cubalah sendiri dan anda pasti takkan berpaling ke kedai lain!
Alamat: : 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 10.00 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2697 7082
5. Restoran Abdul Gani, Pekan Sungai Besi
Kedai mamak ini merupakan kegemaran buat penduduk yang tinggal di Sungai Besi, Kuala Lumpur kerana stafnya yang dikatakan memahami pelanggan. Seterusnya, harga yang dikenakan untuk setiap hidangan juga amat berpatutan.
Walaupun telah berpindah dari lokasi lama yang terletak di bawah pokok, namun kedai ini masih menjadi tumpuan dan pilihan orang ramai. Buat anda yang ingin mencuba rojak dan mee goreng yang sedap, kedai ini adalah pilihan yang terbaik!
Alamat: 11, Jalan Suasa, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.00 am – 12.00 am)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9054 5315
6. Kedai Mamak Selvi, Taman Sri Bintang, Kuala Lumpur
Kalau kedai mamak lain, orang akan cari nasi kandar. Tetapi, menariknya di kedai mamak di Kuala Lumpur ini adalah kerana kebanyakan pelanggan yang datang disebabkan oleh ingin merasai roti canainya yang dikatakan lembut dan gebu.
Buat mereka yang pertama kali ingin mencuba masakan mamak, kami cadangkan anda untuk datang dan cuba masakan di sini, pasti anda akan menyukainya!
Alamat: Taman Sri Bintang, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (6.30 am – 8.00 pm)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 014-337 8075
7. Nasi Kandar Pelita, Jalan Ampang
Siapa sahaja yang tidak mengenali kedai mamak Pelita ini, bukan? Kedai ini merupakan antara kedai mamak di Kuala Lumpur yang paling dikenali. Terletak di Jalan Ampang, bersebelahan dengan KLCC, ia cuma 5 minit sahaja jika anda berjalan kaki daripada KLCC.
Terkenal dengan masakannya yang sentiasa ‘fresh’ dimasak, kedai ini sering dipenuhi pelanggan. Namun, anda dinasihatkan untuk datang pada awal pagi untuk elak dari beratur panjang!
Alamat: 149, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.30 am – 12.00 am)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2162 5532
8. Restoran Sri Nirwana Maju, Bangsar
Dikenali dengan hidangan utama mereka iaitu nasi daun pisang, kedai ini sering menjadi tumpuan pengunjung tidak kira jauh atau dekat. Walaupun harganya dikatakan sedikit mahal, namun ia tidak menjadi halangan buat mereka yang menggemari nasi daun pisang.
Selain itu, kedai ini juga menjadi pilihan kerana beroperasi dalam kawasan yang berhawa dingin. Namun, awas! Jika anda ingin cuba makan di sini, anda disarankan untuk datang awal kerana kedai ini sering dipenuhi pelanggan.
Alamat: 43, Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.30 am – 11.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2287 8445
Secara keseluruhannya, kedai mamak di Kuala Lumpur sememangnya sinonim dengan kuah kari yang pekat, sedap dan tiada tandingannya. Oleh itu, dengan adanya senarai ini, kami harap artikel ini dapat membantu anda mencari ‘port’ lepak mamak yang sesuai.
Jika anda juga sedang mencari restoran dan kedai makan sedap di sekitar Hulu Langat, kami ada artikel yang sesuai untuk anda baca! Sila rujuk kepada artikel kami di mana kami telah menyenaraikan 13 Restoran dan Kedai Makan Sedap di Hulu Langat.