Isi Kandungan
Bercakap tentang kedai mamak, pastinya anda sudah terbayang kelazatan nasi kandar di situ, bukan? Selain itu, mamak juga sinonim dengan ‘port’ lepak sambil pekena teh tarik dan roti canai. Khas buat mereka yang berada di George Town, di sini kami sajikan anda dengan senarai lapan kedai mamak di George Town yang patut anda cuba!
8 Kedai Mamak Popular di George Town
1. Bistro Halia Nasi Kandar, Persiaran Halia 3
Kedai mamak di George Town ini menjadi pilihan utama kerana sambal ikan bilisnya yang dikatakan amat sedap. Digandingkan pula dengan teh tariknya yang kaw, ia pasti membuatkan anda tidak berpaling ke kedai lain lagi.
Tambahan pula, persekitaran kedai ini yang bersih dan selesa menarik lagi minat orang ramai untuk datang dan cuba makan di sini. Jadi, jika anda ingin merasai roti canai yang sedap dan gebu serta dihidangkan bersama dengan sambal ikan bilis yang padu, inilah tempatnya!
Alamat: 2-1-1, The Latitude, Persiaran Halia 3, 11200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 11.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-675 9058
2. Deen’s Maju Nasi Kandar, Jalan Gurdwara
Kedai ini merupakan antara kedai mamak yang paling popular di George Town. Cukup dikenali dengan menu ‘signature’ mereka iaitu ayam ros ataupun nasi kandar ayam goreng berempah, anda harus mencuba hidangan ini sekurangnya sekali seumur hidup.
Namun, anda disarankan untuk datang awal kerana kedai ini sentiasa dipenuhi orang dan dikatakan ‘line’ beratur di sini antara yang paling panjang di George Town. Jika nasib anda kurang baik, anda perlu menunggu lama untuk mendapatkan tempat duduk.
Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (12.00 pm – 9.30 pm), Jumaat (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-425 2421
3. Restoran Tajuddin Hussain, Lebuh Queen
Jika anda ingin menikmati nasi kandar yang sedap dan menggunakan resepi warisan Pulau Pinang yang sukar ditemui di mana-mana tempat, anda wajib datang ke sini! Menariknya, kedai ini kecil namun terdapat sebanyak 15 jenis kari dan lauk yang pasti memikat selera anda.
Jika anda berpeluang untuk mengunjungi George Town, jangan lupa singgah Penang Little India untuk makan di sini. Jangan melepas untuk merasai sendiri hidangan istimewa seperti ayam masak ros, ayam bawang dan kurma lembunya!
Alamat: 45-63, Lebuh Queen, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 3.30 pm, 6.30 pm – 10.00 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-262 5367
4. Ramzan Restaurant, Lebuh Ah Quee
Jika kedai mamak di George Town yang lain terkenal dengan keenakan roti canainya, kedai ini dikenali dengan keenakan capati dan kari dagingnya. Kedai ini juga dikatakan antara kedai mamak yang telah lama beroperasi di George Town, namun hidangan makanan masih sedap seperti dulu.
Anda dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda sebelum ke sini kerana jika anda terlambat, anda tidak akan berpeluang untuk merasai keenakan makanan di sini! Jadi, pastikan anda datang awal untuk cuba sendiri ‘combo’ capati dan kari daging mereka
Alamat: 48, Lebuh Ah Quee, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (6.30 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-2614967
5. Nasi Kandar Imigresen, Lorong Pasar
Hanya menggunakan gerai roda tiga, kedai ini menjadi tarikan utama para pengunjung yang datang ke George Town. Terletak di antara lorong rumah kedai dan restoran, keunikan kedai mamak di George Town ini adalah seiring dengan namanya yang unik.
Untuk pengetahuan anda, kedai ini hanya menyediakan makanan sahaja, jadi jika anda ingin memesan minuman, anda boleh pergi ke kedai kopi berhampiran. Satu tips yang kami boleh kongsikan, jika anda datang ke sini, jangan lupa untuk minta bawang goreng atas nasi!
Alamat: 8, Lorong Pasar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 7.00 pm), Jumaat (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-453 0046
WhatsApp Nasi Kandar Imigresen
6. Nasi Kandar Merlin, Union St
Jangan risau, walaupun namanya seperti barat, kedai ini merupakan antara kedai halal di George Town yang unik dan sememangnya terkenal. Di sini, salah satu lauk kegemaran yang akan dipesan pelanggan adalah ayam goreng dan kari ikannya. Jika anda ingin mencuba sesuatu yang lain, anda juga boleh mencuba kari kambingnya.
Harganya juga tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan kedai lain. Kedai ini biasanya akan dipenuhi pelanggan terutamanya pada hari bekerja. Jika anda berada di area jeti, anda boleh cuba merasai makanan di sini. Namun, jangan lupa, kedai ini hanya beroperasi sehingga jam tiga petang sahaja!
Alamat: 1A, Union St, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.00 am – 3.00 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-402 7452
7. Restoran Mohamed Raffee Nasi Kandar, Jalan Burma
Kedai mamak yang terletak di Jalan Burma ini biasanya akan dipenuhi pelanggan pada waktu malam. Telah beroperasi sejak tahun 1959, kedai ini cukup terkenal dengan nasi kandarnya yang sememangnya tiada tandingan.
Jika anda berpeluang berkunjung ke sini, jangan lupa untuk cuba merasai ayam gorengnya yang berwarna merah dan pastinya sedap dan cukup rasa. Jika anda kurang menggemari nasi kandar dan kari, kedai ini ada menyediakan makanan lain seperti nasi tomato pada waktu makan tengahari.
Alamat: 295-A, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.30 am – 11.59 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-228 8466
8. Nasi Kandar Beratoq Pokok Ketapang, Kampung Benggali
Sesuai dengan namanya, kedai ini berkonsepkan warung yang berwarna hijau dan ia lebih sesuai jika anda mahu bawa balik makanan ke rumah atau ‘take away’. Satu kelemahan kedai ini adalah kawasan parkirnya yang sangat terhad.
Kedai ini juga sering mempunyai ramai pelanggan, terutamanya ketika peak hours. Jika anda terlambat, anda juga mungkin terpaksa bersesak dan beratur lama. Mungkin inilah sebabnya nama kedai mamak ini sebegitu.
Namun, jangan susah hati. Walaupun anda terpaksa beratur lama, penat lelah anda pastinya berbaloi. Hal ini kerana anda dapat merasai kelazatan nasi kandar yang ‘power’ dari kalangan kedai mamak yang best di George Town!
Alamat: 4846, Jalan Kampung Benggali, Kampung Benggali, 12200 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (6.00 pm – 4.00 am)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-582 2311
Akhirnya, kami berharap perkongsian kami kali ini dapat memberi manfaat kepada anda. Ini adalah lapan pilihan kedai mamak di George Town yang boleh anda pertimbangkan. Sememangnya kedai mamak adalah syurga buat pencinta kari dan nasi kandar. Semoga membantu!
Jika anda juga sedang mencari kedai makan di sekitar Bentong, anda boleh melayari artikel kami yang telah menyenaraikan 10 Kedai Makan Halal di Bentong – WAJIB cuba.