Isi Kandungan
Sebuah kepulauan yang penting di negeri Perak adalah Pulau Pangkor. Dimana di sini menjadi tempat penting bagi sektor pelancongan di Malaysia. Pulau Pangkor mempunyai populasi kria-kira 25 ribu orang. Di sekitar Pulau Pangkor mempunyai banyak pulau menarik yang lain seperti Pulau Pangkor Laut, Pulau Giam, Pulau Mentagor, Pulau Simpan dan Pulau Tukun Terindak. Setiap kali jika melancong, mengenyangkan perut adalah menjadi keutamaan.
Jadi di sini kami ada senaraikan 5 kedai makan yang sedap dan halal dengan harga berbaloi jika anda datang ke Pulau Pangkor nanti. Pastinya akan meninggalkan memori berharga ketika berada di Pangkor.
Kedai Makan Yang Sedap Di Pangkor
1. Chef Makbul Kitchen
Ada yang menggelar Chef Makbul Kitchen di Pangkor ini sebagai hidden gem. Di Chef Makbul Kitchen mereka menawarkan hidangan yang sedap dengan harga yang murah kepada pelanggan. Di sini mereka menyediakan masakan Cina, masakan Singapura dan masakan Asia.
Walaupun ini hanya sebuah restoran kecil saja tetapi bahan yang digunakan di sini membuatkan anda automatik akan rasai kesegarannya ditambah lagi dengan portion makanan yang besar, memang anda akan datang lagi!
Menu di sini senang saja ingin pesan di mana hanya tertulis mengikut kategori dan banyak pilihan setiapnya seperti, tomyam, sup, tauhu, telur, ikan, sotong, udang dan nasi. Anda yang berminat atau teringin mencuba masakan cina di Pulau Pangkor, singgah sini adalah keputusan terbaik. Banyak makanan recomended di sini seperti chicken chop, nasi goreng kampung dan kailan ikan masin.
Alamat: 157 Jalan Besar, Sungai Pinang Kecil, 32300 Pangkor Island, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari: 4.00 pm – 8.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-20868346
2. Muslim Seafood Ikan Bakar
Muslim Seafood Ikan Bakar atau nama lainnya dikenali sebagai De Ilham Cafe menawarkan masakan yang sedap dengan harga yang murah. Di sini mereka menawarkan juga masakan Thailand dan masakan tempatan.
Harga ikan di sini sudah tentu bergantung kepada jenis ikan yang anda pilih. Malah mereka juga menyediakan makanan laut seperti sotong dan udang. Semuanya dalam keadaan segar. Menu sotong goreng tepung agak popular juga di sini kerana kerangupannya. Jika anda berminat untuk datang, mestilah pada waktu yang tepat kalau tidak penuh nanti.
Alamat: Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 11.00 pm – 8.00 pm
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-10688121
3. Nipah Deli
Satu lagi hidden gem sekitar Pulau Pangkor iaitu Nipah Deli. Bagi yang mencari kedai makan dengan pemandangan laut, Nipah Deli menjadi carian penduduk tempatan atau pelancong yang datang untuk makan tengah hari ataupun makan malam di sini. Suasana yang ditemani angin laut dan bunyi ombak membuatkan pelanggan di sini bersantai sambil menjamu selera. Ketika waktu senja anda boleh menikmati matahari terbenam yang sangat mengujakan.
Antara menu popular di sini adalah nasi goreng seafood yang dihidangkan bersama sambal dan barbeku sotong. Di sini mereka menyediakan hidangan laut yang segar dan antaranya ialah ikan dan ketam. Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan makanan dengan harga yang berpatutan.
Suasana tepi laut yang menimbulkan rasa romantik memang sesuai buat mereka yang ingin melakukan event di sini seperti anniversary, hari lahir, majlis perkahwinan dan banyak lagi. Sesi fotografi juga sesuai dilakukan di sini dek pemandangan yang sangat memukau.
Alamat: No. 13, 14, 15 & 16, Gerai Penjaja, Teluk Nipah, 32300 Pangkor, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari: 11.00 am – 8.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-6851416
4. Daddy’s Cafe
Cafe yang agak popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang kerap ke Pulau Pangkor iaitu Daddy’s Cafe. Ini kerana lokasinya berada di tepi pantai yang sudah semestinya akan menggamit pemandangan bagi sesiapa yang datang.
Menu di sini sangat banyak dan menawarkan harga lumayan seiring rasanya. Menu di sini membuatkan anda terasa di hotel. Anda akan bersantapan di sini sambil menikmati angin laut. Pantai di sini juga selamat unutk bermandi-mandi, jadi sambil duduk di cafe anda boleh memantau anak-anak bermandi.
Bagi kaki instagram, di sini mungkin tempat yang sesuai untuk bergambar bukan setakat pemandangan yang cantik tetapi art plating di cafe ini juga boleh membuat anda teruja dan mengambil gambar. Tempat ini keseluruhannya sesuai untuk yang ingin santai tenangkan fikiran.
Gambar kiri di atas adalah candle light dinner yang anda boleh rasai dengan pasangan anda. Suasana terus bertukar romantik sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
Alamat: Daddy’s Cafe, 27, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari: 11.00 am – 8.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-6851744
5. Restaurant Ye Lin
Jika anda datang ke Restoran Ye Lin ini, anda berpeluang untuk merasai keenakkan masakan ala-ala air tangan ibu. Restoran Ye Lin dikenali dengan masakan cina dan banyak lagi masakan anda boleh pilih. Masakan di Restoran Ye Lin ini menyediakan hidangan yang sedap dengan harga berbaloi.
Makanan laut di sini juga dihidangkan dalam keadaan segar. Anda boleh dapati makanan laut seperti ketam, ikan, sotong, udang dengan pelbagai cara masak seperti masak tumis, goreng, stim, masam manis, kari dan banyak lagi. Kedai makan ini, pendek kata sesuai untuk mereka yang suka makan makanan laut. Restoran ini memang selalu ramai, jadi lebih baik anda telefon mereka dahulu sebelum pergi.
Alamat: 32300 Pangkor Island, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 12.00 pm, 6.00 pm – 8.00 pm
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-6851881
Jadi sekarang jika singgah ke Pulau Pangkor kami berharap anda tidak lagi pening kepala mencari kedai makan dan menggunakan senarai yang telah kami sediakan ini. Bermacam aneka lauk-lauk, makanan barat mahupun makanan tempatan ada disediakan antara kedai makan di atas. Kami berharap anda seronok dengan pilihan kedai makan yang kami sediakan ini.